Assalamualaikum..
jawab jgn tak jawab.. salam itu kan doa kesejahteraan untuk kita, free of charge, x rugi seduit pun (^_~) Apa kabar orang kampung? =p
Praise be to ALLAH..
tetiba hati hina ni terdetik nak kongsi dengan kawan2 tentang isu neh,
herm.....
Mengajak ke arah Islam hanya kerja budak2 pakai tudung labuh,budak2 yang pakai kopiah, berjubah, berjilbab, hafal quran 30 juzuk, hafal hadis beserta matan, budak sekolah agama, budak jurusan wahyu...
persepsi yang normal dalam kalangan kawan2 bukan?
kenapa itu terjadi? kenaaapaaaa??
Islam ni untuk diorang saja ke? Kan selalu dilaung2kan Islam untuk Semua..
Islam untuk semua maknanya, bukannya untuk orang lain saje, tapi kawan2 jugak..
please dont be such low self-esteem dear..
We are muslim, so Islam is for us and everyone right? come on, cheer up (^_^)
jap2, sambungan tadi (^_T)
antara halangan kawan2 untuk mengajak orang buat baik
(bagi senang tulis,berdakwah) ialah antara calon2nya:-
rasa rendah diri?
ilmu cetek lagi, mengaji pun tersasul2?
rasa tak layak suruh orang solat sedangkan diri sendiri solat ikut suka?
bila nasihat orang, dia pula yang condemn kita?
mak ayah tak pernah solat, buat apa nak solat dan ajak adik beradik lain solat?
hidup dah hancus dengan dosa bersosial,berkapel, berclubbing, ber rempit,
macam2 "ber" lagi, so, rasa dah xda harapan dah nak jadi baik dan ajak orang jadi baik?
NO NO NO..
Pintu taubat ALLAH masih dan sentiasa terbuka selagimana dada kita tidak semput dengan sakaratulmaut..
Kawan2ku sayang,
Yakinlah.. ALLAH itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..
Dia Maha Mengetahui, di lubuk hati sebenar-benar dan sejujur-jujurnya,kawan2 dah ada mekanisme atau perasaan mahu berTuhan sebab benda tu dah lama di install dalam rohani kita bahawasanya kawan2 hidup kat dunia ni, once dah ditiup roh selepas 4 bulan mak kita hamilkan kita, memang komfem 100 persen tak dapat lari dari ada rasa mahu berTuhan.. tak percaya? tepuk dada, garu2 mata, tanya iman anda (~_^)
Apa2 yang kawan2 rasa, tidak salah sama sekali sebab itu lumrah hamba yang serba lemah, tak berupaya nak melarikan diri daripada hasutan nafsu durjana..
para alim atau amilin (yang berkerja untuk Islam) iaitu individu yang lebih banyak ilmu Islam di dada pun, Kalo ALLAH nak uji dia, terpesong jugak,bukan? sebab tu lar, kawan2 jangan rasa rendah diri.. nates2 (setan2) cukup suka sampai melompat2 kena siling kalo kawan2 give up dengan ALLAH.. isy3...
Ha..tambah lagi,apa yang salahnya,
kawan2 masih lagi berada di takuk lama, masih lagi bersenang lenang dengan dosa, ituuuuu yang saaalahhh... xbley itu maciam.. (T_T")
Marilah kawan2, anda dan saya masih belum terlambat,
saya pun nak bersama-sama dengan kawan2 untuk buat kebaikan.. tak bley ar selfish nak buat baik neh.. =p
entah2 saat ni saja saya mampu menaip2 kat keyboard, ntah2 lagi seploh minit saya dah pulang ke tempat asal? only ALLAH knows...
Kawan2,kalo nak ajak orang buat baik,
APA YANG PENTING? KERJASAMA!! betul2 =p
tapi,yang paling betul, TAUBAT dulu, istighfar la banyak2..
Nabi kita yang tercinta pun istighfar 100 kali..
Baginda tu pun dah kira ALLAH jamin syurga,masih lagi solat malam panjang2,lama2, sampai bengkak2 kaki Baginda yang mulia tu.. Bila Saidatina Aisyah bertanya kenapa? Baginda, jawab dengan penuh tawadhu', "Bukankah aku ini hambaNYA yang beryukur"..
Nah.. Baginda ini manusia yang paling agung pun bersyukur, kita ni sendiri yang tak tahu kesudahan hidup dan mati macam mana dah give up dengan jaminan ALLAH.. tak macho ar gitu...adeh
Kawan2,
ALLAH Maha Mengasihani hambaNya yang pernah berbuat dosa biarpun sebesar dosa membunuh 100 orang, malahan 100 ekor nyamuk, 100 ekor kucing pun.. Malah DIA lebih suka sebab kita dah menyesal dengan dosa tu, so automatik kita tak berani buat dah, yang tu lagi ALLAH suka.. nates (setan2) pun lari takmo kawan dengan kita dah (~_^)
Dosa2 kita yang bertimbun2 macam gunung everest pun, ALLAH bagi jaminan ampunkan..
MasyaALLAH.. nikmat yang paling masyuuk..pergh.. (^_^)
herm,
kalo kawan2 jarang solat, try la sikit2 untuk penuhkan 5 waktu, kejap je pun solat neh, tak sampai berjam2 macam main game DOta, xsampai keluar hingus2 tengok drama korea..
lepas solat,
insyaALLAH, komfem hati kawan2 akan rasa lebih tenang untuk buat kebaikan..
AJA2 FIGHTING!!
AYOH, kita balik semula jadi Hamba yang diredhai TUHAN kita..
p/s: yang dok baca neh, sambil2 tu lidah tu jangan lupa terkumat-kamit istighfar ye..
sori, penulisan ni agak dhoif dari segi hujah2 bernas, tapi saya masih mahu mencuba untuk kongsi2 ilmu yang sikit2 kat kepala neh..(^_^)
sorry,cume nampak cam ade silap je..game dota kan..eh ke ade je game dato..anyway,nice entry..teruskan berjuang..
ReplyDeletesalam. syah, ske bace tulisan aisyah yg sempoi. gud2.stiap kt mst ada gaya pnulisan trsendiri kn. =) mga sdikit prkongsian kt ni bjaya mnarik org dn smoga prkongsian sdkt kt ni mpu mnjadi satu ingatan yg brterusan x ptus walaupn kt dh tiada lg d dnia ni insyaAllah. truskn bjuang shbt.
ReplyDeletep/s: ble yan g pj ari tu, yan sgt tringin nk bsama shbt lama2. nk brpisah sgt brat hti ari tu. sbrg slh slp drpd pnyampaian yan mlm tu sgt harp dimaafkn dan yan mhon teguran drpd aisyah dn shbt2. itulh kali prtama yan cba mberi, dan yan cba memberikn yg trbaik... maaf ye syah, andai byk sgt kekurangan.. slm rindu dn syang drpd yan buat semua shbt. =) slm.