Be Confident & Feel it

Wednesday, April 8, 2009

Kisah zaman jahiliyah




Dulu aku sekolah biasa,
jadi, bukan sekolah agama,
Perempuan2 sahaja,
Memang nerd la orang kata,
Jadi, budak laki2 aku jarang bertegur sapa,
Tapi kawan-kawan semua ceria,
handphone di tangan berdering sentiasa,
aku tanya apa rahsia, apa cerita,
diorang tergelak2, suka ketawa,
selidik punya selidik akhirnya,
ramai ada pakwe aka marka,
aku tergaru-garu tudung di kepala,
best sangat ka kapel ni ampa?
depa kata, best wo, ada teman bicara,
ada teman bersuka ria,
ada teman berduka lara,
boleh sama2 kongsi rasa.
aku tergaru-garu mata,
macam tak percaya,
lantaklah janji aku bahagia.

alkisah dibuka,
zaman yang dicerita,
waktu tingkatan dua,
ada sorang jejaka,
kononya terpikat dengan si pencerita,
katanya nak berkenalan saja,
aku tanya kawan2,apa pendapat depa,
depa kata on saja,
bukannya senang ada orang minat kat kita,
aku pun terima,
jangan salah faham pula,
fahami ini formula,
budak nerd terperangkap dalam cinta monyet = budak nerd tak tahu apa,
sekadar mencuba kawan2 biasa,
kawan2 tengok aku sepadan dengan dia,
berbunga-bunga hati rasa.



selang setahun lebih masanya,
bosan pulak rasa,
bukannya best macam dikata,
asyik kena mesej sentiasa,
call tak payah cerita,
padahal sembang cerita ntah hapa2,
tuisyen saja nampak muka dia,
dia ajak keluar macam kapel biasa,
aku tolak sebab aku tak selesa,
apa barang sheikh,keluaq dua dua,
mesej2 call2 sudahla nak lebih2 pula dia,
adoila,memang membuang masa dan tenaga,
menyesal pula terima saranan tak bernas depa.



bosan sungguh la..,
malas layan dah jadi alasan utama,
aku jauhkan bermesej2 macam biasa,
dia pun minta penjelasan berjela2,
aku nekad, minta stop semua,
meluat, menyampah, boring suma ada,
entah kenapa perasaan itu menjelma.
adakah itu petanda ALLAH nak tunjuk jalan taubat kepadaNYA??




selama itu, aku temui sahabat setia,
dia selalu perhatikan aku dari jauh sahaja,
waktu tu aku konflik dalam jiwa,
masihkah sudi Dia memandang aku yg serba hina?
Sahabat aku ini menyapa,
nasihat aku dia tak pernah putus asa,
dia tunjukkan aku jalan agama,
tudung bawal jadi tudung labuh bidang 60 macam dia,
kawan2 lama siap perli pun ada,
tudung labuh sampai tahap ustazah mengajaq agama,
terguris juga jiwa,
tak nampakkah depa aku nak berubah bertaubat padaNYA?





Alhamdulillah,
semakin hari aku semakin dekat dengan DIA,
kebetulan, aku ada rezeki buat umrah di mekah sana,
time tu aku insaf gila,
balik2 malaysia,aku nekad dalam jiwa,
aku nak ubah hidup jahiliah ke arah hidup bertamadun islami mencari redhaNYA.
sampai sekarang aku masih sedang kembara,
syukur pada ALLAH sudi anugerahkan nikmat dalam hayat fana,
yakni landasan perjuangan ini sebagai wasilah anjakan paradigma,
"dont judge a book by its cover" biasa dah orang kata,
inilah diriku, yang kalian lihat macam baik2 alim saja,
sedangkan diri ini pernah terpalit dosa noda,
aku tak mahu jadi hipokrit pada kawan2 semua,
jadi aku cerita sikit sejarah lama...



Moga terubat luka cinta manusia fana dengan cahaya cinta keredhaan ALLAH.
~Memburu seinfiniti redha ILLAHI~

4 comments:

  1. slm.hebat kisah ni.ana pun sebenar walaupun sekolah agama taopi hampir terjerumus.tambah dtg dari latar keluarga yg biasa shj.kawan2 llak semua biasa ada kapel ni.ni ana kat umah kwn kat umah sibuk usung makwe masing2.dorg tanya ana x da awek ke.walaupun mereka begitu tp ana still berkawan dgn mereka.cuba gak masuk.sesungguhnya kalo nak tahu di rumah ni ana hidup dlm suasana yg sgt mencabar.kalo ana x jd ahli gerakan mungkin ana juga kan terjerumus.bersyukur pada allah

    ReplyDelete
  2. salam.. alhamdulillah.. ana suka baca kisah ni.. jln yang Allah tnjuk buat "choosen people".. yang berlalu, biarkan dbwa angin.. hmm..ana tgk aisyah semakin hebat skrg..bgus2..teruskan usaha mencari cinta ILAHI salam mjahadah..

    ReplyDelete
  3. aisyah, kelako deh nti punya sajak. bagus2.. maybe ini faisal tehrani akan datang versi muslimat.. doakan ana jugak, tp kite xleh rase eksklusif ngan wasilah ni, byk lg tggjawab menanti.

    oh.

    ana ingtkan diri ni gak supaya x nato je. hehe, nti paham kan nato ni ape kan? =)

    salam juang!

    ReplyDelete
  4. sgt besh,let's share same2...i ponk ad blog,spend sumtime to read mine..i hav 2 blogs..

    ReplyDelete