Be Confident & Feel it

Saturday, December 24, 2011

Ada Berani? cubalah~





Assalamualaikum.

anyiohaseyo~ XD




tatkala manusia lain sibuk menatap helaian nota demi nota,
terketar-ketar melawan gelisah exam final yang semakin mahu menjengah...
berwarna-warni nota yang sebelum ini putih suci kudus dan mulus..
penuh dengan lakaran peta minda dan flow chart mekanisme sistem badan..
namun...sepuluh minit aku fokus..lima belas minit aku meneliti setiap inci benda yang berada di sekitarku, di hadapanku..
fikiranku melayang... jaaauh... entah di mana ia hanyut...

senyap berteleku di meja study menandakan aku sedang berfikir tentang SEMUA....
aku bersyukur kerana
ALLAH telah memberi aku peluang untuk
muhasabah tatkala aku sedang jihad ilmu~


ALHAMDULILLAH..





Hem...
sedikit perkongsian buat sahabat yang sudi membaca.. =)

aku pinta tiada prejudis dari benak kalian kerana aku sendiri sudah mengikis prejudis terhadap perbezaan pendapat..
perbezaan itu rahmat tetapi perpecahan itu bala~



hai hai...
selama aku hidup,
ada satu benda bermakna yang paling aku ingat.. *memory shining*
saat aku jatuh hati pada perjuangan menegakkan hukum Tuhan..

aku mula dengan diri sendiri..
tarbiyyah dan latih tubi ini membentukku menjadi kental dari segi matlamat hidup..
inti hijrahku ini macam-macam perisa dialami..
pedas,panas,manis, pahit,tawar..
lalu..
dibulatkan menjadi doh yang diuli-uli...dicanai-canai..
masakan itu sahaja..untuk menjadi kuih paling sedap, fasa seterusnya menanti..
terus digoreng minyak panas, bisa dibakar dalam ketuhar yang panas membahang..
dari situ.....
aku mulai kenali apa erti hidupku.
tujuan dan matlamat hidupku..
kenapa aku di sini?
sungguh... benar...
tiada yang senang datang bergolek..
tiada yang mudah datang berlari..

hmm...cuba fikir...apa akan terjadi??
andai aku malas, malu, segan,tak yakin dalam mengenalkan produk paling
terindah dalam dunia kepada mereka yang aku sayang iaitu"Anda Semua"..

jadi,aku berazam mahu memperkenalkan perisian hidup yang paling canggih melawan
segala ciptaan saintis berotak geliga dan genius melebihi tahap IQ180..
ianya adalah nikmat "Iman dan Islam" =D

lalu, di sini..

tegarkah aku?
jika membiarkan sahaja manusia di sekelilingku jauh dari fitrah suci mereka..
sedangkan...
Rasulullah sendiri mengorbankan jiwa dan raga Baginda dalam mencurahkan sirna Islam..
pipi Baginda terluka, berdarah mengalir menitik di tanah pasir tatkala berperang menegakkan kebenaran dan hukum ALLAH..
gigi hadapan Baginda pecah..
Sakit tahu tak!!
hm..
apa mungkin aku buta perut membiarkan kawan-kawanku terus hanyut dalam kronologi hidup ciptaan emosi dan angan-angan palsu mereka sendiri?
ya, memang mereka Islam,
IC jelas tercatat Islam..tetapi, benarkah Islam dalam pemahaman hidup mereka?
suka atau bencikah mereka pada hidup islamik?
ya, aku dulu pernah alaminya,
aku skeptikal pada kelabuhan tudung mereka yang sekolah agama kerana aku lihat ada sahaja yang hilang identiti Islam tatkala graduasi dari sekolah itu..
namun, setelah aku teladani semula..
itu hanya penyakit dalam hatiku sendiri..
lalu ku pujuk hati...
"oh...mereka hanya insan biasa, bisa terjatuh dalam ujian hidup...nobodys perfect though"

hm...Islam hanya pada nama adalah sia-sia dan kerugian semata-mata..
hidup untuk belajar..
hidup untuk berkahwin..
hidup untuk makan..
hidup untuk bekerja..
hidup untuk dapatkan pangkat tinggi..
hidup untuk dapatkan kerjaya berjuta gajinya..bla bla..
ah,
semuanya kerana sebab yang tak kekal sifatnya.. betul tak? =D

seriously,

hatiku terpaut pada perjuangan bukan sekelumitpun kerana aku..
hatiku terpikat pada perjuangan bukan sezarahpun kerana aku..
itu semuanya aturan daripada ALLAH..
itu semuanya kehendak daripada ALLAH.
sedari aku..
perjuangan menegakkan hukum ALLAH ini sangat pahit luarannya tetapi sebenarnya manis tak terkata..
bayangkan..tatkala hak dan batil saling sama menaikkan pengaruh masing-masing.
pertarungan kian sengit..
dunia semakin parah.. ditoreh dan ditombak dengan senjata pemusnah akhir zaman..

uish,semestinya,
aku tidak mahu ketinggalan dari menjadi mata rantai perjuangan ini..
aku tidak mahu terputus dalam rangkaian menegakkan yang ma'ruf..
aku tidak mahu menjadi penyebab Islam tersekat dari orang lain,
biarpun ku tahu, aku bukanlah syarat utama kemenangan Islam kerana tanpa aku sekalipun,
ALLAH pastikan membela Islam hingga hari Kiamat..

masakan aku sanggup membiarkan sahaja diri menikmati "candu kehidupan" sedangkan umat di sana terkapai-kapai kelemasan dalam asap kemaksiatan yang berkepul-kepul,
meracuni iman mereka?

masakan aku asyik melayan "bahtera rakus" yang penuh dengan "harta karun fana" membadai lautan hak umat
tatkala mereka amat2 memerlukan sauh untuk berlabuh dan sama menikmati anugerah Islam seperti aku?
masakan aku leka menjadi "kilang keturunan" yang menghasilkan produk yang hanya mahu mengejar material dan fanatisme keduniaan.
hidup hanya untuk cari duit, bagi makan minum, pakaikan mereka, sekolahkan mereka tapi akhirnya...habuk pun takda.. mati untuk dunia..

TIDAK!
NEVER!
NEHI!

tercari-cari sumbangan apa yang relevan untuk aku curahkan pada umat akhir zaman ini..
ini adalah amanah yang Rasulullah wariskan kepada mereka yang bergelar Muslim..
mutiara Islam perlu dijadikan loket dalam jiwa masing-masing..
permata iman perlu dijadikan cerminan dalam tekad masing-masing..
kini...

aku sudah melangkah jauh dari persimpangan dilema yang pernah ku hadapi..
aku berjalan dan terjatuh dalam "daerah duri" ini bukan kerana sia-sia..
ada sebab dan musabab..
ada hikmah dan makrifah..



justeru..
maka..
oleh itu...

jangan sekali-kali kau meletakkan signal "pause" dalam "playing mode" untuk aku terus memutarkan bait-bait keindahan Islam.
biarkan aku suarakan keindahan "melodi dan irama Islam" yang aku yakin,
komposer yang TERHEBAT telah menang tanpa perlu bertanding dalam apa2 anugerah sekalipun.
DIA lah yang Maha Mengetahui.
bongkaklah aku untuk menutup jalan suci ini dari dilihat orang lain.
adakah kau juga turut serta mahu menutup jalan itu?

apakah adanya hujah konkrit yang bisa diberikan tatkala mahkamah Mahsyar sedang berlangsung.
tiada peguambela yang bisa kau upah untuk menegakkan tindakan membuta tuli dikau di dunia dulu..
semoga dijauhkan...

Huuuuu...
hati kecilku mulai menangis..
tersentak tatkala aku fikir aku tak mungkin panjang hayat dalam perjuangan ini..
jika bukan kerana diriku sendiri, mungkin datang dari kehidupan berumahtangga nanti..
mungkin juga datang dari karier yang membunuh masaku untuk terus berjuang..

"Robbana la tuziq qulubana ba'da izhadaitana wa hablana milladunnka rahmah, innaka antalwahhab~"


aku pinta pada sesiapa sahaja termasuk diriku sendiri USAH SEKAT PERJUANGAN INI!

Thursday, December 1, 2011

Alhamdulillah..sakit ini aku terima..ia adalah tanda..



Assalamualaikum wbt..

apa khabar iman semua?

adakah bertambah baik atau semakin merosot?

ayuh kita mantapkan keyakinan pada ALLAH..

kenapa kita perlu yakin?

when you believe, it'll happen.

trust me. (^_^)





~sofiaku sayang~


sharing moment =)
sejak kebelakangan ini,

ALLAH menguji iman yang rapuh ini dengan cagaran dunia..

ianya mampu membahagiakan dan jua mampu menyakitkan..

(tik tok tik tok)

jarum saat itu ligat bersaing dengan fikiranku yang sedang mencari solusinya.

persoalan itu menganggu tumpuan aku.

menimbulkan rasa tidak senang pada hati

imanku meniti titian sukar.

laluannya seakan payah untuk ditapak.


inilah yang dinamakan dugaan hidup.


sekejap ia menerpa halus,

sekejap ia menusuk tajam..

payah untuk membuang hasrat ini jauh-jauh..
kerana ianya adalah fitrah manusia.


jika dilayan tanpa panduan, pastinya akan tercalit najis dosa.

jika disuap dengan kesenangan, pastinya akan merubah ubat kepada tuba,

jika dihalang tanpa bimbingan, pasti akan meronta tak menentu.


Argh!

ini sudah mula menjadi parah.

tidak patut malahan tidak boleh diteruskan.

sesuatu perlu dilakukan..

istikhorah telah bermula..

isi hati sudah terluah...

ia sedang dan akan tetap berlangsung..


baru tadi...
petunjukNYA telah terhampar..
ya, terima kasih.

ini membuatkan hati semakin kuat menangkis.

kini aku sudah tenang..


yosh! ~new chapter begins~

Sunday, August 14, 2011

Aku nak berubah~ *glowing face* ~

SALAM RAMADHAN....1423H..ramadhan ke-14..
(semakin berlalu Ramadhan, semoga semakin baik diri kita..) *nod nod*

saya terima berkawan dengan sesiapa sahaja kerana saya yakin perkenalan saya dengan
mereka adalah aturan dari ALLAH.
saya terima mereka yang luarannya baik,
luarannya ganas,
luarannya aurat,
luarannya tatu,
luarannya miskin,
luarannya busuk berpenyakit..
saya terima mereka seadanya..
kerana apa?
kerana saya tak suka orang yang membahagikan orang mengikut luarannya..

saya punya pengalaman...itu sudah cukup mematangkan diri.
saya punya exposure..itu sudah cukup mencelikkan mata hati..
saya punya itu ini...itu sudah cukup mengubah skeptik saya dengan syukur pada-NYA.

bila saya ketemu mereka yang menolak Islam secara agresif,
hati saya bengkak..
tapi saya yakin mereka cuma jahil..
saya tak mahu menidakkan peluang mereka untuk kembali ke pangkal jalan kerana selagi
nafas tak terhenti di tenggorok, selagi malaikat Maut tak datang menjemput...
mereka masih punya peluang dan ruang...
saya juga percaya,
bagi yang penuh ilmu agama di dada, mereka juga tak lari dari diuji..
mungkin saat ini mereka mampu mempertahankan keimanan mereka,
tapi siapa tahu,
mungkin dek kerana ikhlas tak wujud dalam diri, mereka akan teruji..
ada saja yang terpesong walaupun lulusan bidang agama...
jadi kita semua hidup dalam ujian..

mahu tidak mahu,
mohon sahaja kekuatan dari ALLAH supaya tidak dipalingkan hati kita setelah dikurniakan
pinjaman nikmat iman dan Islam..

dulu mungkin kita pendosa halus...siang2 alim, malam2 zalim...
dulu mungkin kita pendosa tegar...masyuknya dengan maksiat,menyampah gila dengar nasihat...
dulu mungkin kita pendosa bermusim...bila rasa susah, solatlah kita,bila senang,lantak kitalah..
dulu mungkin kita pendosa bergaji...terpaksa buat onar kerana sesuap nasi..
dulu mungkin kita pendosa lepasan... semua rekod jahat kita tandatangan..

tapi...
jika dulu itu berlaku,
saya yakin kita akan belajar dari kesilapan..
jika dulu kita tak didedahkan dengan dosa2,
kita mungkin tak hargai peluang kali kedua..
tiada siapa lahir untuk jahat..kita hanya dipersiapkan untuk bertaubat..

ramai artis yang kini bertudung dan mula jatuh hati semula pada Islam,
mungkin bukan cinta pertama tetapi kembali bercinta dengan Islam..
sejuk hati saya melihat perkembangan mereka..
sungguh, ALLAH Maha Mengetahui akan nasib hamba2Nya...
Hidayah itu milik Dia..Pohon dan mintalah supaya diberi izinNya..

Wardina safiyyah (klik link)
Irma Hasmie (klik link)
Catriona Ross (klik link)
Sham kamikaze (klik link)
Bob Lokman (klik link)

saya lihat situasi mualaf atau saudara baru kita..
mereka jadi sayang, jatuh cinta pada Islam kerana mereka mengenal Islam atas usaha
mereka sendiri..
mereka rasa terpanggil untuk kenal hati budi Islam..
mereka kaji, selidik...
bila ALLAH buka hijab dengan keindahan dan kecantikan Islam itu sendiri,
mereka appreaciate habis-habisan..

dari yang jadi rockers, beralih arah menjadi pendakwah..
dari yang keluarga toktok Kristian, beralih hala menjadi aktivis Islam..

bukan sekadar agama warisan yang kebanyakan kita di Malaysia..
darah daging kita semua Islam.. tapi yang itulah yang menjadi penyebab kenapa kita rasa
kosong dengan Islam..
kita awal2 lagi sudah diberi peluang oleh ALLAH untuk jadi Umat
Islam..
kenapa masih tidak dihargai? jadi, ambil peluang ini untuk muhasabah..

dulu saya bukan dari sekolah agama..
hanya ALLAH yang Maha Tahu,saya mahu masuk sekolah agama, sejuk hati tengok orang yang
sekolah agama ini, tudung labuh2, zuhud2 sahaja wajahnya..amin..
tetapi saya bersyukur kerana situasi saya berada di sekolah yang biasa2 sahaja,
menyebabkan saya tercari-cari identiti Islam saya sendiri..
saya lihat sekeliling saya...
oh, kalau aku dapat nikmat ini awal-awal,
mungkin aku pandang ringan sahaja..
terus mungkin saja aku memberontak, aku mahu mencuba segala2nya yang dilarang sejak sekolah..orang kedah kata "jadi jakun"
Maha Hebat ALLAH mengaturnya..
aku bersyukur kerana aku kenal ALLAH melalui pintu taubat =)

saya menyanjung orang yang mahu kenali semula diri dia..
kerana saya dulu kini dan selamanya mahu berkenalan lagi dengan diri yang hidup dalam
naungan Islam..
mungkin saat pena ini ditulis nikmat Islam masih hidup dalam jiwa hamba ini,
saya khuatir saat depan hati ini terpesong,
maka saya pohon perlindungan dari ALLAH
yang jiwaku di tanganNYA agar dikekalkan beriman sehingga saat saya bertemu menghadap
Tuhan Pemilik sekalian alam..amin..

"HARGAI APA YANG ADA..UBAH APA YANG TIADA"

Islam...dulu, kini dan selamanya. peace yaw~ (^_^)

Friday, May 20, 2011

Kena luluih....

Assalamualaikum wbt.

Wadduh…sudah lama tidak mengupdate, sedangkan online setiap hari.Broadband peneman setia. Alasan oh alasan! Satu batu masalah…Saya jadi buntu tatkala melihat skrin putih yang memerlukan taipan tulisan hitam bergaris merah hijau dalam perisian words. Baru saja menaip dua tiga ayat, di backspace semula. Namun, atas desakan naluri da’wah, yakni menyeru atau mengajak kawan-kawan tentang Islam dan

kehidupan, saya gagahkan jua meluncurkan jari ke kiri dan ke kanan meluahkan untaian kalam. Robbi Yassir wala Tua'ssir.. (^_^)

Sejak hampir sebulan lebih menghabiskan waktu cuti di rumah, saban hari saya jadi khuatir dengan aktiviti seharian, takut-takut hanya memperabihkan beraih di rumah atau menambah tisu-tisu lemak di pipi dan perut sahaja. Hafalan sudah semakin menjauh dari lubuk hati, ish, tak boleh jadi ni. Setiap hari nak tak nak mesti separuh muka dalam kepala.insyaALLAH..Kita hanya mampu merancang, buat tetap kena buat, hasilnya ALLAH sahaja yang menentukan. Yosh!

Bercakap soal kehendak dan takdir,

ALLAH telah mentakdirkan kehadiran insan cilik ini dalam rumah 18 lorong pipit 3.. sangat memerlukan perhatian penuh dari seorang yang boleh dianggap sebagai pengganti ibundanya. Saya seperti dilantik menjadi ibu kedua untuknya, "mak ekspress".. (mak su comey)<-- panggilan pia

bila mood baik.

Dulu punyalah beria-ria sangat mahu emak saya mengandungkan adik perempuan, biasalah, anak bongsu lumrahnya sunyi, abang-abang takmo geng saya, kakak dok asrama,teringin nak main masak sama-sama, pakai baju boria sama2 time raya.. well... ALLAH Maha Mengetahui, Dia bagi cara lain,dikurniakan minah kecil ini menemani saya dan emak di rumah, penyeri suasana walaupun saban hari memang bergegar isi rumah jika sorang menangis berlagu mendayu rock kapak pastu sorang lagi cengey macam singa sarkis aka saya. Hihi.Ibarat menyelak lembaran baru sebuah buku, itulah pengalaman saya dalam menguruskan si kecil aka si kenit.Ada sahaja pengalaman

baru, ada saja yang tak kena, penin kepala nak disiplinkan si kenit ni.

disuruh mandi, main semboq ayaq,

diminta kemaskan rumah, disepahkannya lagi..

disuruh makan nasi, jenuh kena ligan satu rumah..

diberi kertas dan pensel, dinding rumah penuh graffiti amatur.. pengaruh artzooka kat nicklodeon lah ni..ish ish...

Addoi…pening kepala sampai berdenyut-denyut menahan amarah.. Serius,saya respect malah tabik spring pada cikgu-cikgu tadika yang boleh kawal berpuluh-puluh budak dalam satu2 masa. hurm...pia oh pia...Siapa tak sayu dengan mata bundar itu. Dia hanya sedetik lebih merasai dakapan perhatian seorang ibu. By the way,baru saya tahu, saya ini seorang yang cengey. Hihi. ALLAH tunjukkan melalui cara ini. (gaya unit disiplin..hihi)

Toyyib...

Sedikit perkongsian, tobat lahum ampa sume dok dengaq clichรฉ “Ujian ni tanda ALLAH sayang kita” tapi benarkah kita faham 120% tentang frasa pujukan itu?

Jika ditanya saya sebelum ini, saya mengaku terus-terang saya tidak faham barang 0.2% sekalipun kerna saya sekadar menelan “ubat hati” itu lalu entah ke mana system akal saya menghadam. Pastu, kembali *blur mode* dan *silence crying mode* (@_@).. dok tepi dinding, nangeh sorang-sorang main sambung jari telunjuk..ish ish

Namun, Alhamdulillah, hasil kuliah yang saya ikuti dari seorang Ustaz di masjid Akaq Peluru, Aloq Setaq iaitu Al-Fadhil Ustaz Yusoff Awang, saya diberi kelapangan untuk menghayati mesej-mesej yang beliau sampaikan.banyaaakk... tapi hari ini satu ja nak kongsi...yang ni paling ingat sebab terkena pada bulu hidung sendiri..

Berkenaan "Tokwan Ujian" ini, Ustaz melakukan analogi mudah dan praktikal, beliau cerita lebih kurang begini: (loghat kedah piaw)

...“Tuan-puan toksah pikiaq jauh pasaipa ALLAH bagi ujian pada kita, tuan-puan tengok contoh terdekat ni saja cukup, La ni (sekarang ni) anak-anak kita dok belajaq,setiap kali tu depa mesti buat exam, pada exam tulah yang tentukan tahap kefahaman depa, kalo ghajin dapat cemerlang, maka depa luluih dan dipandang tinggi orang luaq,masa depan pun ceghah dan macam tu juga sebaliknya. Jadi kita tengok lagu ni, macam tu jugaklah ujian ALLAH pada kita, makin ALLAH sayang makin tinggi tahap kita kena uji, kita ni kuat ka atau tak kuat, cepat putuih asa ka dak.Oleh itu,kita kena luluih dalam ujian ini maka disitulah letaknya tahap kita, kalau kita redha, ALLAH bertambah sayang, kalau kita jadi menyebai tak puaih hati, ALLAH tambahkan lagi ujian supaya kita sedaq dan kembali padaNYA”..

MasyaALLAH…tuddia...baiknya ALLAH..

Oooooooooemjay…melopong saya sambil mengangguk-angguk.Sejak umuq 22 tahun ni, baru sekarang saya faham..ish ish… selama ni setiap kali frust saja tentang sesuatu saya jadi hilang semangat, terasa macam tidak dilayan baik oleh ALLAH sedangkan ALLAH sayang sangat-sangat pada hamba kerdil ini..adeyh…Maafkan diriku wahai ALLAH.. (T_T)..

p/s: seronok tengok makcik-pakcik datang dengaq kuliah, tekun sungguh depa catit, gagahkan juga pulas stereng kreta nak tuntut ilmu punya pasai..tapi slack sikit sebab generasi muda 2 3 kerat sahaja.. hurm... kena pikiaq ni...strategi tarik orang muda terletak pada bahu kita semua =)

Okay setakat itu saja untuk kali ini.

Semoga kalian sentiasa lulus dalam ujian hidup ye.

Pai pai.Wassalam. =)

Friday, March 11, 2011

Ceq BANGGA!!! Ampa pun patut bangga!!

Assalamualaikum..
bunyi kipas ligat berputar volume 4 tapi sejuk natural di luar tingkap masih menjuarai,
terkadang hujan tiba-tiba mencurah-curah macam cerita korea.
Fiuh....
setelah kepenatan pulang menghantar hafalan pada Ustaz,
aku terkenang peringatan dan nasihat Ustaz yang sabar melayan kerenah anak-anak muridnya..(terutamanya aku yang banyak songeh ni..)
lalu, jiwa ini kembali berbunga-bunga..
Menghafal Al-Quran ini kena ada jadual hafalannya, kalo sehari 24 jam, 8 jam tidur, 8 jam sekolah, 8 jam lagi?
(saya study la ustaz, aiceyh, ye ke? hehe)

cuba luangkan masa sejam untuk Al-Quran sehari, 1 muka surat dah dapat, kalo seminggu macam tu?
(uish...7 muka surat wo...)

oh, lagi satu,
its not that IQ matter yang menyebabkan seseorang itu cepat menghafal,
semuanya bergantung pada komitmen dan istiqamahnya
mengulang hafalan dan menambah hafalan baru...
jadi, setiap orang punya peluang dan ruang.. (YOSH!!! Aja2 fighting!!!)

By the way,
hati jadi teringat akan sesuatu apabila terkenang surah hafalan sekarang...
"an-Nisa"
hurm..
jadi,
saya ingin berkongsi keistimewaan menjadi wanita dalam ISLAM.
ini juga,
hasil sisipan jiwa daripada talk Srikandi Idaman Syurga by ustaz Badli Shah Alaudin, kolumnis Solusi (rugi wo...sapa tak datang semalam..hoho)

Pernah tak persoalan ini bermain-main di fikiran kawan-kawan semua?

.....adeyh, leceh la jadi wanita ni.....

nak kena tutup aurat pun payah,
(eh, dah kita ni makhluk ALLAH paling indah yang diciptakan, kenalah tutup secara eksklusif)
pastu ibadat pun tak rasa cukup, yelar,
manalah ada perempuan yang puasa penuh 30hari dalam bulan ramadhan, dahla kena ganti pulak tu...
(eh,kalau time tak solat, seronok la bleh cuti hehe).

pastu, kalo dah berkahwin, anything kena minta izin dari suami,
nak bagi orang masuk dalam rumah pun kena bagitahu suami
(eh, tapi kita kena taat sepenuhnya pada suami je, kalo mereka sang suami kena taat sepenuhnya pada mak diorang 3x ganda,-isteri kepada ayah diorang yang juga wanita seperti kita-
kalau rumah ada aircond, tapi rumah mak sendiri pakai kipas berdiri,
jenuh la kena jawab dengan ALLAH nanti)
(pastu diorang plak kena tanggung 4 golongan semasa di padang Mahsyar nanti
1- ibu mereka
2- isteri2 iaitu kita
3- anak-anak perempuan kita
4- saudara perempuan diorang,
kita just tunggu je orang lain kena bayarkan saman..ish ish ish.)

pastu,
tak puas hati tentang pembahagian harta pusaka,
kita dapat 1/4, anak lelaki dapat separuh..
(eh, kan diorang kena tanggung lagi banyak orang).
duit kita tu kalu seposen belah tujuh pun suami tak bleh kacau. (unless kita yang redhakan)

erm...
kalo ini yang bermain di fikiran kita sebagai perempuan muslimah,
mahukah lagi menidakkan kasih sayangnya ALLAH pada kita.
jika kita sedar,
pada Al-Quran itu sendiri ada satu surah khas buat kita, surah keempat Surah An-Nisa.
pada anggota badan kita sendiri ada meminjam nama-nama ALLAH , Rahim...
tak ke kita ni special?
apa lagi yang mahu digelengkan kepala? *mode confuse*

kalau dahulu,
kita anak perempuan ini ibarat takda tempat dalam masyarakat Arab Jahiliah,
kalau kita dilahirkan, akan ditanam hidup-hidup.(scary movie sungguh)
tapi setelah Islam datang, martabat kita diperjuangkan dan dinaik tarafkan,
Nabi sendiri meraikan kelahiran anak perempuan Baginda dengan mendukungnya di tengah masyarakat Arab dahulu kerana seronok dapat anak perempuan..(oh Rasulullah, kami merinduimu)

jika di masyarakat Barat sehingga sekarang,
mereka menghapuskan nama ayah kita lepas kita berkahwin,
tak percaya?
cuba saya tanya korang kenal tak siapa Victoria Caroline Adams?? siapa makcik ni?
tak? er...kalo yang ni kenal??
(hehe)

jadi,
kenapa tangan kita sendiri yang mahu lagi menghilangkan keistimewaan kita dalam Islam?
usah terburu-buru terikut-ikut agenda sekularis yang mahu merendahkan kita di mata bukan Non-Muslim..
usah terlalu mengikut telunjuk tundingan puak liberalis yang mahu menceroboh ruang kita yang eksklusif ini..

ayoh!
kita bersyukur pada ALLAH kerana
dengan limpahan kasih sayangNYA,
kita dipilih menjadi wanita ISLAM =,)






Wednesday, March 9, 2011

Inilah saatnya.


Assalamualaikum wbt.
*Mode Serius*

bicara hati ini menguntum seribu satu kelopak persoalan.
ianya mekar mewangi harum semerbak membunga-bunga sekeping hati ini
tatkala aku sandarkan pada niat hidup hanya kerana NYA, kerana Agama Nya, kerana Kekasih AgungNya, kerana Umat Kekasih AgungNya...
satu persatu hikmah terbuka,
menandakan sudah tiba masanya aku mengorak langkah ke hadapan,
meninggalkan ketidakpuasan hati pada takuk lama,
pergi membawa diri yang baru,
mendidik singa yang terpendam dalam jiwa ini supaya tangkas menerkam pahala.
aku mahu libas dengan cemeti Taubat jika singa ini liar menjejak jalanan hitam.
singa ini mahu menjadi singa yang berguna pada koloninya, teritorinya...

Ya ALLAH, sejauh mana pengharapanku padaMu?
aku mulai bingung...apa harus ku lakukan? banyak perkara yang menjerut leherku sendiri.
ditelan mati bapak, diluah mati emak.
suatu ketika,
sahabat bertanyakan, sudahkah kamu memberi kata putus?
tak baik kalo lambat-lambat.kesian.
aku mula tergaru-garu, oh, ada jawapan yang perlu diberikan.
aku teringat, cepat! kecilkan skop fitnah ini. elakkan mudharat yang lebih besar.

tadi,
peringatan demi peringatan dikumandangkan,
aku kisar sendiri cerita itu, aku olah sendiri pengalaman ini,
pulangan identiti baru bukan senang seperti terlihat, ianya jauh lagi memerlukan kesediaan.

AH!
baru aku sedar,
bahawa ini bukan lagi masanya untuk aku membuka lembaran hidup baru,
bagaimana harus aku buka halaman yang baru
sedangkan halaman yang sekarang masih belum terisi dengan amanah yang sepatutnya?
banyak lagi layang-layang amanah yang perlu aku tangkap dan warnai dengan penuh dedikasi.
aku tidak mahu membiarkan markahku kosong tatkala aku disoal di hadapanNYA..
entah apa jawapan di hadapan Nya? sungguh Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui setiap yang nyata dan yang tersembunyi.

adakah aku terburu-buru kerna aku takut pada kutukan manusia sekeliling tatkala itu jawapan yang aku berikan?
adakah aku sanggup menggadaikan keutamaan aku hanya kerna terikut-ikut arus kesatuan sahabat handai? ..
adakah aku gentar pada rezeki yang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya nanti?
TIADA JAWAPAN wahai ALLAH...
sungguh, aku tercengang menantikan kitab amalan sebelah mana yang Engkau akan berikan nanti.
jika saat ini jiwaku ditarik,
aku gentar pada tusukan ribuan pedang bayangan sakaratul maut yang bakal menjengah bila-bila masa sahaja.
semoga itu bukan yang aku gentarkan cumanya biarkan aku gentar jika tatkala itu tertimbul sekelumit ketidak yakinan pada TakdirMU wahai yang Maha Mengatur segala Urusan dengan sempurna.

jadi, mulai saat ini,
aku tutup salah satu pintu hatiku pada yang tak sepatutnya,
ada hati yang perlu ku isi,
ada jiwa yang perlu ku temani,
ada fizikal yang perlu ku santuni,
masa ini bukan masa berimaginasi itu ini,
tapi aku perlu cambah kefahaman akan realiti,
aku perlu suburkan kefahaman demi ummat ini.
ini pendirianku.

fokusku sekarang,
mengejar keutamaan, bukan mengejar keterikutan!!
jika ada hati yang terguris,
aku tidak mampu menyembuh luka kalian kerna itu urusan ALLAH,
kembalilah pada ALLAH, Dia Maha Penyembuh segala duka, Pengubat segala lara.

"ALLAH redha terhadap mereka. Dan mereka pun redha terhadap ALLAH SWT. "
(surah al-Bayyinah: 8)


"Dunia dan Akhirat ibarat dua wanita yang dimadu,
Apabila engkau senang (pada) salah satu (antara) keduanya,
maka akan marahlah yang lain."
(Saidina Ali r.a)


Monday, February 21, 2011

luahan mengubat rasa..ALLAHU Ghoyatuna (^_^)


aku tak pinta bermewah dengan dunia...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang terhebat

aku tak pinta jaminan kerja lumayan...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang teratas

aku tak pinta wajah cantik seindah bidateruna...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang terhangat

aku tak pinta kesenangan dunia yang melekakan..
itu kejaran manusia biasa..
bertanding siapa yang bertuah
kerana
mahar perjuangan ini menuntut kehadiran susuk tubuh yang luar biasa..

khalifah itu bukan manusia biasa...
khalifah itu mencintai ALLAH dan RasulNYA melebihi segala2nya..
khalifah itu mengutamakan pertemuan indah di sepertiga malam bersama kekasih Agung..
khalifah itu tegar melayan masalah umat daripada melayan kepentingan peribadi..
khalifah itu takut pada kemurkaaan ALLAH yang sangat malang baginya...
khalifah itu menangis bukan kecewa dek aturan hidupnya tapi tatkala gagal melaksanakan amanahnya..

bicara indah ALLAH pada ayat ini menyentuh kalbuku
Nilai tertinggi "ISTIQAMAH" menjadi dambaan..
surah al-Ahqaaf:13
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. "


hanya ini yang ku pinta...
perjuangan ini jangan dimudahkan...
perjuangan ini jangan dimainkan...
perjuangan ini jangan diperlecehkan...

siapalah kita mahu menolak perjuangan?
sedangkan itu bukan semangat yang dilaung-laungkan.
berdegar-degar tanpa solusi..
bertekak di medan selesa..

siapalah kita mahu menghalang perjuangan?
sedangkan umat masih tak keruan...
tidakkah sedih melihat umat ini bergelimpangan?
terdampar di layaran maksiat...
generasi tak berayah tapi beribu..
generasi yang tak berlesen hak masyarakat..
generasi yang lahir dari percaturan nafsu serakah..

jika bukan diri ini yang bergerak,
apa jawapan pada soalan ALLAH nanti?
apa sumbangan kamu pada umat ini?
bersedialah menerima balasan atas amanah yang tergadai itu..

adakah sekadar melihat dari jauh?
adakah sekadar mengutuk tanpa belas?
adakah sekadar menjaga kepentingan kelompok sendiri?
adakah sekadar meninjau masalah luar tanpa prihatin pada masyarakat terdekat?


aku mahu mencorak generasi tarbawi
tak lelah kerana lelah biasa
tak lembik kerana lembik biasa
biar nanti generasi ini
tekad menapak selangkah ke hadapan
memegang panji jihad
bukannya leka melayan gajet terkini
kerana
medan dakwah itu perlukan mereka
medan siasah itu mahukan mereka


aku mahu
generasi nanti
bangkit mara menyahut seruan
bukan sekadar mengikut arus perdana
terumbang-ambing tanpa tali yang kukuh
mengejar realiti yang sebenarnya maya semata

jika ini yang aku mahukan,
aku sendiri perlu tekad memburu lesen ini:
manusia luar biasa malah menjadi hamba ALLAH yang sangat luar biasa!
moga bukan permainan kata sekadarnya.

"Innalillah hi wainna ilaihirojiun..
Allahumma ajirni fi musibati, wa akhlifhi khoira minha"

Wednesday, February 16, 2011

...bukan mudah....


Assalamualaikum wbt..
.UJIAN.
"itu tanda kasih ALLAH pada kita". ungkap seorang sahabat. =,)
esakan itu makin kuat,
malah bertambah kuat bila diulangi "ALLAH pilih orang yang kuat untuk menerimanya".
kepedihan itu merobek-robek jantung..
kesakitan itu mencakar-cakar kalbu,
keperitan itu menyengat..
setelah menyelongkar lubuk hati,
jiwa ini baru ku kenal,
ianya cukup rapuh dan poros.
ianya mudah jauh dan jatuh.
"aku kecewa kenapa bukan aku???!! "
@##$$$%%%^
godaan kedudukan rupa-rupaya sudah menggamit, *bling-bling*
nampaknya niat aku sudah salah dari awal. Padan muka ang.heh =p
cuma sekarang ianya ketara.

terkesima aku berkenalan dengan "niat jahat" itu,
ibarat gunting dalam lipatan.memotong redha ALLAH pada aku selama ini..
"oh, engkau rupa-rupanya menyebabkan aku jauh dari ALLAH?!"
terlihat jelas...
kelemahan dalaman mulai mengalir sederas titisan air mata hangat ini.
mata sepetku membengkak macam terkena suntikan "kissing bug" ataupun "tsetse bug"
aku menangis semahu-mahunya....biarlah orang nampak, nak sembunyi tapi spek mata hitam tinggai di rumah...(T_T)
ikutkan nafsu,
mahu sahaja lari jauh-jauh.
tapi itulah bahananya bersesatkan nafsu..
ikutkan hati,
mahu sahaja diri ini pergi...
tapi itulah ancamannya bermusuhkan iman..
ikutkan akal,
mahu sahaja ku terpa berjuta-juta persoalan..
tapi itulah rosaknya pulangan ketidaksabaran...

but don't worry...
ALLAH sentiasa bersama-samaku...
aku bersimpuh menghadap Tuhan pemilik segala Jiwa..
kekuatan yang aku perlukan kini sudah mulai menerpa..
aku cuba membina jiwa lusuh ini,
jahitkan kembali dengan benang-benang ukhuwah,
aku cuba tampal dengan sutera kasih ALLAH,
aku gunting lebihan benang halus hasutan syaitan,
aku sematkan pin kesetiaan, jarum peniti kekuatan..
kini aku mahu berdiri lagi sekali,
memakai jiwa yang baru lega..
terima kasih Ya ALLAH,
Engkau pilih daku...
Engkau pilih daku...
Engkau pilih daku..
hak memberi nikmat
dan juga
hak memberi azab,
itu MILIKMU yang Mutlak.
kerdilnya diriku mahu melawan aturan taqdirMU..

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH..
itulah motto hidupku sekarang!!

Saturday, January 15, 2011

En-Ai-Kay-Ei-Hesh .....5 Tempat Kosong


"Let's Get Married" mengimbau seribu satu perasaan.

gundah gulana. rileks.tak keruan. terkawal. terbabas.

kemungkinan, itu persepsi yang berlegar-legar di benak penonton yang datang semalam.

saya fikir tajuknya sudah berupaya menggerakkan langkah kaki menapak ke Main Audi KOM kerana geist ayat karamat "Marriage".

al-fadhil ustaz Mohamad Ridhauddin
membuka mata hatiku,

mencerahkan minda intelekku,

mencemar kedaulatan cinta manusiawi dalam diri.

serangan halus fitrah mahu berpasangan sudah bertapak di sanubari masing-masing.
jika bukan sepenuh hati, sepertiga suku hati pun tobat ada. betul? =)

semua inginkan penjelasan apakah itu kahwin? rumahtangga? couple? nikah semasa belajar?
nah, penjelasan tidak langsung dari ustaz terus bermula dengan persoalan UTAMA.

eh, kamu kahwin SEBAB APA?
1- sebab nak melahirkan zuriat.
2- sebab nak menjaga hati.
semuanya betul, ikut skema jawapan pelangi, sasbadi, fajar bakti =p
terkesan kata2 beliau:
"perjanjian saya dengan isteri sebelum kahwin bahawa dia adalah isteri kedua"
"oh, kalo begitu awak juga suami kedua saya"
"isteri pertama saya adalah ISLAM"
"suami pertama isteri saya adalah ISLAM"
...cantik bukan? tak perlu berebut siapa yang patut pertama..
Matlamat sesebuah perkahwinan perlu jelas.
baru jelas destinasi.
jika mahu berkahwin kerna itu dan ini, maka itu dan ini sahaja yang anda akan dapat.
not more not less.
Maka,
letakkan destinasi paling akhir yang terakhir
iaitu Syurga Firdausi. pengakhiran yang abadi..bukan sekadar ke akhir hayat.
kita mati, dia cari pengganti,
kita mati,bertemu bidateruna (oops,entah dapat entah tidak) ^o^
serius...
anjakan itu, membikin satu filem baru dalam siaran kehidupan:
jiwaku yang serba bergelora
dilanda ribut kerisauan ini
terus tenang berlabuh di dermaga
disimbahi matlamat bersinar terang.
yes! i've found my answer.
ALHAMDULILLAH...
jangan gelojoh mencari jodoh,
ia datang tanpa disangka, datang tak mampu ditepis..
dengarilah,
dia tercipta di luar sana untuk kita... dia itu refleksi diri kita..
jika baik diri kita, maka baiklah dia, tercetuslah generasi yang baik2...
jika buruk diri kita, maka buruklah dia, disambung pula dengan generasi yang buruk2..
pilihan di tangan anda =)
memetik bingkisan hadiah istimewa dari ALLAH pemilik segala kebaikan:
an-nahl ; 97 :
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun
perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"
ALLAH telah letakkan satu jalan yang paling indah,
Nun kaf alif ha
en-ai-kay-ei-hesh-
_ _ _ _ _= NIKAH
kemanisan jelas terasa bila mana saatnya berkomunikasi yang halal,
bercanda gurau secara barakah,
menjaga hati pasangan diganjari pahala,
berpegangan tangan menyimpul kasih tanpa rasa bersalah..
ish, tataw la nak bayang macam mana.em........
Nikmat oh nikmat (^_^)
Thats what i'm looking for. *sparkling eyes*
wahai diri yang gundah,
jika pilihan terlalu banyak, (maklumlah...ramai yang mengetuk tingkap)
Solat Istikharah, mohon petunjukNYA itu yang terbaik.
mimpi bukan syarat, mungkin pertemuan satu tanda, kebetulan itu menguatkan..
Jika sudah memilih, maka kuatkanlah dengan
Solat Hajat
ikhlaslah memohon kesungguhan hati kita. insyaALLAH,
"menanti sebuah jawaban" terungkai sudah...
Marriage is meeting the right person, at the right time, with the right Intention =)
"ALLAHUMMA AJIRNI FI MUSIBATI WA AKHLIF LI KHAIRAN MINHA"
" YA ALLAH, ganjarilah aku dengan musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya"
...harapnya dengan berkat ALLAH dalam doa ini,semoga kerisauan itu terhakis dari kotak hati...

Bagi yang sedang berpasangan,
tanya diri anda dulu,
saya maksudkan bukan diri anda yang luaran
di mana anda dan dia sedang menguntum senyuman bahagia,
TAPI....
tolong tanya jiwa yang bersarang di sana..
adakah tenang tatkala menghamburkan kerinduan
pada yang bukan milikmu, bukan yang sah lagi halal?
Am i happy enough??
is that what i've been looking for?
BELUM TERLEWAT..
ALLAH itu Maha Cantik, sudah aturkan apa yang cantik untukmu.
Usah hilangkan nikmat itu.
"lecturer yang paling best adalah lecturer yang paling boring atas dunia"
cuba bayangkan selepas 2 jam menanggung "seksa" menadah telinga, mencelikkan biji mata, lepas tu... "okay, that's all our lecture for today"
perasaan lega terang-terangan disertai sengih yang puas hati.
"Allah....leganya....." hehe
sekadar cadangan:
Alternatif untuk tidak mengecewakan kita dalam bertindak selepas ini,
...teori tanpa praktis ibarat melukis dalam air sungai..
-jaminan kepada yang mencuba-
Pisahkan diri darinya,
ambil masa menghitung detik yang sesuai, persiapkan diri.
Nah...Jika dia terjumpa yang lain, BERSYUKURLAH, dia tak setia.
TAHNIAH buat anda, teruskan jalan lain yang lebih baik malahan yang terbaik.
yakin dengan tindakan nekad anda.
"pahlawan CINTA Agung yang hebat!"
tatkala janji ditepati, masa yang sesuai sudah termaktub dalam kad undangan nikah,
catatan di Lauh Mahfuz mula mengibarkan bendera kemenangan cinta,
BERSYUKURLAH, anda dan dia adalah insan yang setia.
~salam juang buat Pahlawan dan Serikandi Pemburu Cinta AGUNG~