BISMILLAHIRRAHMINIRRAHIM...
Salamunalaik!!
Short semester ku tempuhi dgn berat hati. Terkadang rasa menyesal ambil short sem tatkala sahabat2 lain sedang enak menghabiskan masa di kampung halaman masing-masing. Tujuanku nak ambil short sem bukannya apa, cuma mahu menambah pointer cgpa yang tidak seberapa dan bagi memudahkan aku untuk keluar ke mana-mana (tmpat program). Bukan main payah kalau nak keluar ke mana-mana dari rumah, biasalah, anak bongsu perempuan la katakan..
Setelah hampir 2 minggu berada di bumi cenfos, diimbas kembali, best jugak ambil short sem ni, kalu duduk di rumah pun, lagho ja memanjang dengan astronya, dengan cerita koreanya dan macam2 ada.
Seronok bila fikirkan dapat berjumpa dengan sohabiah yg juga ada short sem, untuk muslimat 13 orang rasanya. Walaupun kami di fasa short sem tapi pelbagai agenda yang dirancang untuk memenuhi masa lapang bila short sem ni, usrahnya, talknya.. ALHAMDULILLAH.. Dia Maha Mengatur segala-galanya.. Sungguh Maha Bijaksana ALLAH..
Antara pengalaman menarik yang ditimba sepanjang 2 minggu nih, ialah salah satunya dapat menjelajah ke rumah ab tersayang, Fatimah.. seronok juga dapat merantau ke Muar, walaupun agak jauh dari JB tapi terubat juga rindu untuk bertandang di tanah kelahiran arwah abah ini. Sejak abah meninggal setahun yang lalu, kami sekeluarga jarang ke johor, mungkin tidak sanggup menatap wajah-wajah saudara yang ada seiras arwah abah.
Ok, berbalik kepada kisah Fatimah, MasyaALLAH, ALLAH pilih dia dan adik2 untuk terima ujian keimanan yang sangat berat, bayangkan kehilangan salah seorang insan yang selama ini menatang kita bagai minyak yang penuh pun sudah hampir gila dibuatnya, apatah lagi kehilangan kedua-duanya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui rahsia dan hikmah di sebalik kejadian. Satu detik yang mengajar saya erti kesyukuran ialah di mana, ada satu ketika saya diminta Fatimah untuk menemani dia dan 2 lagi orang adiknya untuk mengambil adiknya yang lain dari sekolah. Dalam perjalanan, adiknya Zulaikha yang berumur 6 tahun, sempat lagi menceritakan rutin hariannya setiap kali solat. Akak, lepas solat zulaikha akan baca 5x fatihah, satu untuk ummi, satu untuk abi, satu untuk (xingat ), satu untuk (xingat), dan satu untuk (xingat). Lepas tu dia pun membaca ‘bismillahir rahmanirrahim, alhamdulilah hirabbil alamin ilaakhir ayat’. Diulang si adik kecil ini sampai 5x tanpa jemu sambil mengira di jari kecilnya itu. Dalam hati terdetik,“YA ALLAH, terkadang aku sering menyalahkn takdir kehilangan abah lalu aku jarang berdoa untuknya, tapi adik kecil ni kehilangan kedua2nya, masih lagi tidak jemu mendoakan meraka di sana. Astaghfirullah..” ketika berada di sana juga, aku belajar satu lagi benda, erti kasih sayang seorang kakak. Fatimah tidak jemu melayan adik bongsunya yang istimewa, husna. Diajarnya husna ABC, 123. Dimarahnya husna untuk mendidik. Didukungnya penuh kasih sayang. Lantak apa orang nak kata, adik aku darah dagingku, penghibur dukaku, amanah ummi dan abahku. Kisah pengalaman insan bergelar Fatimah ini tidak terhenti ketika saya kembali ke cfs, tetapi ianya menjadi insipirasi untuk terus tabah mengharungi hidup. Terima kasih duhai sahabat, tahniah kerna ALLAH telah memilihmu untuk menjadi hamba yang paling dikasihiNYA.
Satu lagi detik berharga sepanjang 2 minggu ini, berlaku pada hari ini. Tepat jam 3.45 ptg tadi waktu kelas math 2. Seperti biasa kami sekelas disajikan dengan pelbagai kisah nabi dan pengajaran yang berharga dari seorang guru bernama Sir Suhaimi. Wajah yang tak lekang dengan senyuman. Senyum je sokmo.
Rutin beliau yang aku dapat lihat ialah di mana, beliau akan berhenti mengajar silibus math2 kira-kira 15 minit sebelum kelas tamat untuk bercerita tentang kisah nabi.
Sungguh rasa hormatku pada Sir lagi mendalam, beliau tidak memakan gaji buta untuk tidak menghabiskan setiap detik waktu kelasnya dengan perkara yang tidak berfaedah atau keluar awal sebelum waktun kelas.
Mukaddimah ayat untuk dia bercerita seperti selalu ialah “do u remember those 25 names of the prophet?.” Kami sekelas akan tersenyum lalu tangan masing-masing mengemas pen, pensel dan buku untuk menumpukan perhatian pada cerita beliau. Walaupun ada sesetengah yang lain lebih memilih untuk meneruskan kerja math atau lebih tidak sopan lagi dengan bersembang dengan rakan sebelah.
Baiklah, untuk hari ini beliau membawakan kisah Nabi Ayub atau Prophet George.”do u remember the twelve prophet among those 25 prophets?” Sungguh asyik beliau menceritakan di mana kisah nabi ayub ini ditimpa pelbagai jenis ujian dari ALLAH. Ditimpa sakit kulit yang serius sehinggakan isteriny sendiri pergi meninggalkan diri kerna tak sanggup lagi menjaga Nabi Ayub yang sedang ditimpa sakit. Dan macam2 lagi…
Antara pengajaran yang Sir Suhaimi ceritakan yang betul2 mengenai batang hidungku ini ialah “actually, what is belong to us is what we give to others. Even ourselves is not belong to us. Rezki is not just wealth but health also. We can determine whether a person is truly take care of us is when we are sick. As example, if we have stroke, we cannot take care of our own, so we need to depend to other people. That is when we know that the person which we think is near to us in loyal or not. Actually, there’s no person that love us or loyal to us in this life. We can only think that everything is not belong to us. Even our children is not, even this math book is not.”
TERIMA KASIH FATIMAH TERIMA KASIH SIR SUHAIMI.
TAPI, SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH BUAT ALLAH, TUHAN YANG MAHA MEMILIKI KERANA MEMBERIKAN DETIK DAN SAAT INI UNTUK AKU BERFIKIR LALU BERMUHASABAH.
Terima kasih jugak untuk short sem!!!
terima kasih Allah, terima kasi nur aisyah... he.
ReplyDelete