Be Confident & Feel it

Saturday, April 11, 2009

Ada apa dengan mereka??




Soalan cepu cemas..

Berapa org nama sahabat Rasulullah s.a.w yg ada dihafal di ceruk minda?
Nah, apakah nama Isteri2 baginda yg mulia?
Lagi, yg asas,berapa org nama Rasul yg kena ingat?
Pertanyaan itu merayau2 di hujung kepala.. tergaru2 hidung memikirkannya..
isy selama ni aku mengaku Islam tp figure penting dlm sejarah Islam pun merangkak2 tak tahu.. adeh.. xpa2.. its still not too late..





Resolusi diri= 1) Selami hati budi tokoh2 serikandi Islam berikut..
Sikit2 dahulu.. Jgn terburu2..


Saidatina Khadijah, Srikandi Pedamping Nabi s.a.w.
Sejarah telah mencatatkan kesetiaan, keteguhan, ketaqwaan, kesabaran dan kedermawaan Khadijah r.a telah menyumbang bukan sedikit kepada kejayaan perjuangan Baginda Rasul s.a.w.

Beliau merupakan seorang wanita yang bukan sahaja banyak hartanya malah beliau pandai melakukan cara-cara untuk mengembangkannya. Beliau mampu bersaing dengan kaum lelaki dalam dunia perdagangan. Setelah bergelar isteri kepada Rasulullah s.a.w, beliau memperhatikan semua urusan Nabi s.a.w dan segala tugas yang dibebankannya. Pernah di suatu masa ketika Baginda s.aw merasa takut tatkala menerima wahyu pertama kali di gua Hira', beliau r.a telah berusaha menenangkan Baginda Rasul s.a.w sehingga tekad Baginda s.a.w menjadi kuat dan tegar menyiarkan dakwahnya dengan pertolongan Allah dan isterinya yang berakhlak mulia. Kecerdasan Saidatina Khadijah dalam menilai keadaan dan memiliki pendekatan yang terbaik membantu mencipta yang cemerlang.

Saidatina Fatimah, Seorang dan Isteri Yang Penyayang.
Perjuangan r.a terhadap tamadun juga tidak kurang bandingnya. Kesabaran beliau melalui liku-liku hidup dan perjalanan yang getir mencipta sejarah peradaban yang luhur. Sokongan padu diberikan kepada ayahnya, Baginda Rasul s.a.w dan suaminya Saidina Ali r.a. Tanpa kita sedari, Saidatina Fatimah sebenarnya telah berjaya menerapkan satu mentaliti yang positif walaupun mengharungi kesusahan yang amat sangat. Keyakinannya kepada Allah menerbitkan dalam diri beliau suatu keberanian walaupun apa sahaja bentuk cabaran. Bukan sekali r.a berlapar kerana tiada makanan untuk dimakan dan pernah juga dalam keadaan serba kekurangan itu, datang seorang pengemis amat dhaif memintanya memberikan makanan dan sehelai pakaian. Saidataina Fatimah tidak cepat panic dan mengeluh bahkan berusaha menyampaikan hajat si pengemis dan tanpa berfikir panjang, satu-satunya loket milik beliau diberikan kepada pengemis agar dapat dijual dan memenuhi kebutuhannya. Beliau juga berani ke depan membela ayahandanya yang tercinta ketika ayahnya dianiaya dan diperlekehkan.

Saidatina Aisyah, Guru Para Ulama'
Kepandaian dan kecerdasan fikiran Saidatina Aisyah ataupun nama timang-timang yang baik, ketinggian pandangan, kepandaian mengambil hikmah daripada sesuatu peristiwa dan ingatan yang kuat. Selama hidup bersama Rasulullah s.a.w, Aisyah r.a banyak menceduk ilmu dalam segala bidang dari Baginda s.a.w. Hingga kerana banyaknya ilmu yang diserap oleh Aisyah r.a, Baginda s.a.w bersabda yang ertinya: "Ambillah separuh agamamu dari Humaira' itu".

Nama Saidatina Aisyah selalu tercatat dalam sejarah Islam baik dalam ilmu politik, tasyri' dan adab. Banyak hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a dan menjadi pegangan umat Islam sampai sekarang. Beliau telah meriwayatkan lebih daripada 5 ribu buah hadith. Hanya Abu Hurairah r.a melebihinya. Beliau sering menerima pertanyaan dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Analisanya tepat dan fikirannya tajam, kemampuannya yang pelbagai ini menyumbang kepada tamadun Islam yang gemilang.


Khansa', Si Penyair.

Memang menjadi kegemaran masyarakat Arab merakamkan peristiwa di dalam syair dan bait-bait puisi. Seni sastera memang satu wadah yang mampu mengubah cara berfikir dan tamadun sesebuah masyarakat. Jelas di dalam sejarah, penyair wanita yang bernama Tumadhir Binti Amru Bin Sharid atau lebih akrab dipanggil Khansa' memainkan peranan menyemarakkan semangat jihad dan cinta kepada Allah melalui syair. Nilai-nilai kehidupan yang positif baik dari sudut social dan kemanusiaan turut menjadi inti syair-syairnya.

Nasibah Binti Kaab
Di samping mengajar dan menguruskan rumahtangga, wanita Islam dalam saat-saat yg memerlukan, memberi pertolongan di medan perang. Satu contoh yang masyhur ialah Nasibah Binti Kaab seorang wanita berani dari golongan Ansar. Di medan Uhud dia merawat mereka yang cedera dan memberi minuma kepada mereka yang dahaga. Apabila mendengar Rasulullah s.a.w cedera parah, dia terus menghunuskan pedang dan berperang untuk melindungi Baginda s.a.w. Keberaniannya memasuki medan pertempuran dan memberi bantuan sampingan (auxiliary support) ketika keadaan genting merupakan satu perjuangan terhadap tamadun Islam.

Khaulah Binti Al-Azwar
Seperti Nasibah, Khaulah juga mempunyai keberanian dan semangat pantang menyerah kalah. Pernah suatu ketika dia ditawan oleh pasukan Romawi, dengan sikapnya itulah Khaulah mengomando teman-teman tawanan wanita mengambil tiang-tiang khemah. Dengan tiang-tiang itu mereka melawan pasukan Romawi dengan memukul kepala mereka. Berkat keberaniannya, mereka berhasil bebas dari tawanan musuh.

Asma' Binti Yazid Al-Anshoriah
Dia merupakan seorang wanita yang berani bicara menuntut haknya serta hak keluarganya dan kaumnya. Dengan susunan kata yang menarik dan logika yang cemerlang, dia berjaya meyakinkan yang bertanggungjawab. Pernah dia bertanya langsung kepada Rasulullah s.a.w tentang hak-hak wanita dalam urusan agama. Pertanyaannya muncul dari akal dan jiwa emosional wanita yang kuat dan menarik. Usahanya tidak menghampakan bahkan dia berjaya mendapatkan apa yang dituntutnya dengan hati yang tenang.

special credit to:
Catatan=
Tradisi perjuangan wanita solehat, suatu penilaian sejarah
oleh Ustazah Zuwainah Bte Md Kamalutheen
B.A. Syariah, Universiti Al Azhar

No comments:

Post a Comment