Be Confident & Feel it

Sunday, September 19, 2010

Aku adalah aku

Aku punya impian,
ingin menggapai redha tertinggi,
hidup hanya dikelilingi mereka berjiwa hamba Tuhan,
hiasan jiwaku hanya zikir fikir demi Islam,
cukup sahaja hidup tanpa imanku diganggu,
tapi ku punya cabaran sendiri,
ALLAH tempatkanku di kawasan ini,
hidupku dulu penuh dengan pendedahan,
latar belakangku penuh dengan lalai..
aku tak biasa didedahkan didikan ad-deen intensif,
tidak layak ku salahkan ibubapa yang mendidik,
kerna ku sedar hikmahnya,
lalu kuterima sebagai penyebab untukku,
tahu apa fikiran sana,
lihat apa yang salahnya,
ingat apa yang jahilnya.
cari solusi masalahnya,
justeru,

aku cuba menjadi diriku sendiri,
aku ada sebab dan matlamat,
aku punya kawan-kawan yang tak bisa ku tinggalkan,
aku tak mahu dicop mementingkan iman sendiri,
mereka perlu seseorang figura yang boleh mereka rujuk tatkala buntu,
mereka perlu seseorang yang bisa mengingatkan bahawa mereka tidak bersendirian,
mereka perlu ajakan yang berterusan tanpa putus asa,
mereka melakukan dosa tetapi dosa lagi diriku jika membiarkan mereka terus hanyut..
Ya ALLAH.. berikanlah daku kekuatan..demi ISLAM tercinta~

No comments:

Post a Comment