Assalamualaikum wbt..
kaifahalukum? harap baik2 aja yar.. usah tensyen2..
hidup mesti ceria kalo tak buang karan namanya...(^_^)
herm..
medium penulisan ini penulis jadikan satu garis panduan untuk muhasabah diri yang asyik dengan jadual dunia..
pembaca budiman sekalian,
sekadar perkongsian untuk makanan rohani kita..hermm
balik cuti maulidurrasul, baru-baru ni
penulis bersyukur diberi kesempatan untuk menyertai pengajian sirah di menara zakat alor setar bersama bonda tercinta.
lantunan selawat sebanyak 100 kali memberi kesan untuk penulis tunduk sayu mengenangkan perjuangan getir Rasulullah s.a.w yang tercinta.
berikut adalah sedikit coretan yang mampu penulis kongsikan ;
Subhanallah..
Betapa indah rupawan wajah Baginda.
Tak berapa tingi, tak berapa rendah, sederhana saja namun pabila Baginda yang mulia ini berdiri dalam kalangan orang yang paling tinggi, Bagindalah dilihat paling tinggi! Baginda adalah makhluk ALLAH yang paling indah di atas muka bumi yang pernah diciptakan. Rambut Baginda tak kerinting tak lurus, ikal mayang.
MasyaALLLAH..
{how come kita menggilai wajah2 hemcem pelakon2 hollywood, korea, hindustan mahupun bangladesh sedangkan Nabi yang sangat cintakan kita walaupun di saat kewafatan Baginda yang sangat Sakit dan pedih itu masih disebut nama kita 3 kali tapi kita sanggup ketepikan? pelik pelik}
Betapa indahnya sinaran wajah Baginda, satu ketika yang agak kelam, saidatina Aisyah r.a sedang menjahit baju, jarumnya terjatuh di atas lantai, ketika Baginda yang mulia ini masuk ke dalam rumahnya, sinaran nur Baginda menerangi rumah yang kelam itu sehinggakn saidatina Aisyah r.a dapat mencari semula jarum yang terjatuh itu..nak kata betapa terang benderangnya nur pada Baginda..
MasyaALLAH..
{orang2 kata, muka orang beriman ni kalo kita tengok, tenang2 aja sebab ada nur. tapi cuba bayangkan wajah Baginda yang sinaran Nur Baginda jauuuuhhh lebih indah dan mantap..masih lagikah kita nak deny kehebatan yang ALLAH campakkan kepada KekasihNya?}
Ada satu soalan pernah diajukan buat Baginda sekiranya kita mahu berjumpa dengan Baginda di akhirat kelak.
lalu Baginda berkata, carilah aku di tiga tempat.
pertama, di hadapan Mizan (tempat menimbang amalan)
kedua,jika aku tiada di situ, carilah aku di permulaan titian Sirat.
ketiga,jika aku tiada di situ, carilah aku di Telaga Kauthar..
MasyaALLAH...
{layakkah kita bertemu dengan Baginda yang mulia??
sunnah Baginda pun kita terlepas pandang ataupun ambil separuh-separuh.kita hanya ikut apa yang sesuai dengan kehendak duniawi dan nafsu kita sahaja padahal kalo benar kita sayangkan Nabi, hatta Sunnah Baginda ketika makan pun kita wajib ikut tapi apa selalu ditiru adalah petua anak pakcik "Mat Salleh"}
Ada satu kisah di mana seorang hamba ditarik kasar oleh 2 malaikat yang bengis untuk dihumbankan ke neraka tetapi Baginda s.a.w yang cukup dikenali sangat kasih pada umatnya,meminta supaya tidak ditarik umatnya ke dalam neraka namun 2 malaikat itu berkata mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan dan tidak mampu berbuat apa.
lalu Baginda memohon kepada ALLAH supaya ditimbang semula amalan hamba itu sekali lagi, lalu ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mengarahkan ditimbang semula.
setelah ditimbang, amalan jahatnya masih lagi lebih berat,
lalu Baginda meletakkan sesuatu di atas timbangan kebaikan,
maka timbangan kejahatan menjadi lebih ringan.
lalu, hamba itu dijemput dengan senyuman manis oleh 2 malaikat tadi untuk dimasukkan ke syurga.
lalu, bertanyala hamba tadi yang sangat hairan..
"Ya Rasulullah, apakah yang telah Dikau berikan tadi?"
lalu dijawabnya Baginda,
"itu adalah SATU selawat yang pernah kau ucapkan untuk aku"..
MASYA ALLAH..
{betapa ruginya kita memandang enteng untuk berselawat ke atas Baginda sedangkan Kesan hebat Selawat itu bisa menentukan
sama ada kita hidup selamanya merana dalam neraka ataupun selamanya bahagia di syurga..}
Kadang-kadang kita pelik (ataupun penulis sahaja yang berfikiran begitu barangkali)
"kenapa yar Nabi s.a.w tak dilahirkan malah tak diwafatkan pada hari Jumaat sedangkan dalam Islam, hari Jumaat adalah penghulu sekalian hari?.". lalu, persoalan itu dirungkai oleh ustaz dengan jawapan yang ringkas dan tepat "Nabi Muhammad s.a.w tidak mulia atas sesuatu sebab kerna sesuatu sebab itulah yang jadi mulia kerna Baginda. contohnya, Baginda yang mulia ini dilahirkan dan juga diwafatkan pada hari Isnin lalu hari Isnin menjadi salah satu hari yang mulia disebabkan kemuliaan Rasulullah s.a.w"
MasyaALLAH..
{betapa uniknya kurniaan yang ALLAH hadiahkan buat KekasihNYA itu..
why not we try to be one of servant of ALLAH yang sudi dipandang oleh ALLAH di dunia dan diakhirat kelak..
usah bicara isu layak atau tak layak sebab yang tak melayakkan kita adalah Alasan!! }
ayoh, koreksi diri kita..
cukupkah amalan yang kita yang hakikatnya tak berapa nak cukup2 makan itu?
jeng jeng jeng <--- tetiba plak (^_=") satu trivia ringkas untuk pembaca.
macam mana nak tingkatkan iQ kita?
seorang sahabat yang penulis kagumi, bagi satu tips yang senang untuk dipraktikkan "Banyakkan bertanya Soalan"
setakat ni dah cuba, Alhamdulillah, terkesan di minda. cubalah =)
salam..post yang mantap..tersentuh hati masa baca cerita psai orang hat masuk neraka keluaq balik sbb selawat ke atas baginda..
ReplyDeletekita banyak disibukkan urusan2 prjuangan tapi lupa utk duduk sbntar mengingati dan menghayati kehidupn baginda SAW
Sallahu 'alaihi wassalam..