Assalamualaikum wbt..
lamanya tak update.. dah berkepuk-kepuk debu dan sawang di siling blog ni.. huhu..
luahan hati yang merintih~
duhai Al-QURAN..
aku tak pernah menghargai keberadaanmu disisiku selama ni..
kau terkandung pelbagai nasihat ke arah kebaikan hakiki...
malah lebih hebat dari nasihat seorang manusia yang tinggi ilmu..
kau terkandung peringatan hari kemudian,
malah lebih hebat dari filem 2012 yang penuh dgn kepalsuan hari kiamat sebenar...
kau membawa khabar gembira dan gambaran nikmat yg tak pernah ku mampu ungkapkan,
malah lebih hebat dari tayangan siri realiti tv yang memaparkan hidup mewah artis barat kim kardashian...
jika dibuat metafora...
manusia tidak semua boleh dipercayai..
sejauhmana aku mencintai mereka ataupun cintaku dibalas..
manusia tidak semua boleh dijadikan tauladan..
sejauhmana baik mereka di hadapanku ataupun di ketiadaanku..
manusia tidak semuanya indah..
sejauhmana kemachoan, keanggunan yang mereka pamerkan..
apa lagi yang aku mahukan dalam hidup?
percaya...
kata-kata indah yang kau hidangkan, tiada keraguan mahupun sebesar biji sawi!! 0.00001 error in reading pun confirm takkan wujud!
tauladan...
tatasusila dalam kehidupan ini yang paling perfect telah digariskan dalam bait-bait nasihat yang kau sediakan manualnya.. 100% tiada cacat-celanya..
indah...
lantunan dan susunan indah irama yang kau nyanyikan untukku, lebih indah dari syair arab, lebih merdu dari lagu maher zain, lebih tepat bunyinya dari susunan lagu komposer terkenal dunia...
jelas di sini,
aku sayu mengenangkan masa-masa berlalu tanpa alunan indah kalammu di hujung lidahku..
jelas di sini,
aku terpaku mengenangkan bagaimana tiba suatu masa yg dijanjikan kau akan pergi diambil semula oleh Tuhan Tempat kembali segala-galanya..
jelas di sini,
aku MENYESAL kerana aku mengabaikanmu!!!
astaghfirullah hal azim...
aku cinta padamu... YA AL-QURANUL KARIM...
No comments:
Post a Comment