Be Confident & Feel it

Thursday, March 25, 2010

diriku 1


-catatan hidupku-
Assalamualaikum wbt~
hidup mesti enjoy. erti apa harus aku enjoy?
enjoy bukan bererti hukum ALLAH dilanggari.
Just by spending the ni'mat wisely. that's it for me.


herm. sekadar berkongsi;
(24hb Mac 2010)

6-7.50pm =
semalam time nak pecah kepala dengan exam UNGS 26hb esok,
aku masih lagi sempat mengikuti kursus
kecantikan di bilik ika..ahaha. mary kay. botanical-based product.
baru tahu mukaku ni jenis kulit kering. hais, kena minum ayaq banyak-banyak ni.
tapi satu tips yang aku takkan lupa,
kalo mencuci muka kena guna 3 beauty fingers = semua jari tangan kecuali jari telunjuk dengan ibu jari sebab tekanan otot pada kedua-dua jari ni lebih kuat lalu akan menyebabkan kulit yang kering bertambah kering, kulit berjerawat semakin galak naik jerawatnya~
tapi apa2pun, Tips kecantikan semulajadi =Banyakkan Senyuman=

8.00-9.50pm =
persiapan diri.. persiapan rohani...
tick! tock! masa berlalu dengan begitu pantas. (T_T)

10.00pm =
baru start study. BIOCHEM2- Reactive Oxygen Species (ROS) .. dibahagikan kepada radicals and non-radicals. during the process of energy production, oxygen escapes in the form of dangerous molecules in the form of ROS called radicals..etc
sukooi = cool (japanese).. (^_^)
MasyaALLAH, terasa nikmat study bila aku rasa aku study kerna ALLAH time tu,
niat study untuk exam aku tepis tepi-tepi keluar tingkap. syuh! syuh!

12.00am =
pertarungan ilmu direct...
boom! kepala jadi jem, (rehat rehat)
trus, bukak internet, wireless free menjajah ke pelosok uia kuantan. (T_T)"
Alhamdulillah, tangan dah tak gatal buka facebook lagi.
"leli, nanti kalo kamu tahu namy buka facebook time exam ni, chubit ye"
hehe. terngiang-ngiang janji takmo buka facebook.
justeru,
tanganku tangkas menaip "pengalaman kahwin semasa belajar" di pakcik "googles".
sengih sorang-sorang.
nape la mek chah uit. tetiba ja teringat isu ni. =p
"oh, lupa, ni semua penangan blog amalina-peter.blogspot.com".
kisah hidupnya banyak memotivasikan diriku, "TO BE MY OWN SELF!" walopun tak pernah ketemu di UIA, tapi blognya menarik minatku untuk ditatap hampir setiap hari. =)
kawan-kawan pun dok usik-usik, siapa la yang nak jadi org pertama memecah tradisi biomedic 09/10 ni... aku salah seorang yang dicop "kawin awal".. sebab apa? sebab selalu tanya pasal kawin da..ahaha..=p
sori ek,kalo sisters,si cantik manis hanan,
kalo brothers, sama ada saudara ismail atau fais adha..
hee.. kita tunggu dulu sapa yang pos kad kawin. =p

oops, berbalik kepada tajuk tu;
nah.. berderet-deret website terpampang tajuk ni.
aku tertarik pada catatan Ustaz Hasrizal. "saifulislam.com"
"jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh"
ada lagi yang aku tertarik :
"Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan."
....................
aku blur sebentar. *kosong*
mencari-cari adakah ini satu petunjuk bahawasanya sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku menikah?
hoho.
jangan terikut-ikut ataupun bertaqlid buta not esyah uit. hem..
betul betul betul~
tapi, bila dilihat keseluruhan artikel ustaz tauladan aku ni, aku fikir-fikir,
ustaz tidak terus menolak mentah-mentah idea bernikah semasa belajar, kerana dia ada juga ajukan nasihat bagi yang memang dah tetap pendirian untuk bernikah semasa belajar, nah silakan. tapi, kena pandai-pandai la uruskan.
ia bukan hanya soal haram halal tapi soal mencari yang terbaik.. =)
........................................................................................
di site pencarian itu, tak kurang juga yang menyokong ;
antara sebab yang aku ingat sampai sekarang

1 - daripada mesej-mesej "i luv u" kepada gelifren atau buayafren yang terang-terangan haram, baik mesej "i luv u" kepada suami atau isteri yang sah-sah halalan toyyiban. dapat pahala free~
2- bisa mententeramkan hati muda yang sedang rancak bergelodak. dah tetap untuk diingati yang mana satu. takdela nak fikir-fikir, "si A ke si B"
3- selalunya kebanyakan yang menikah semasa belajar, jika sebelum ini, result atas pagar saja, tapi lepas nikah, terus dean list. biasala, ada orang yang bagi booster, semangat untuk belajar tatkala rasa malas menjerut leher.
dan seterusnya...

warh... alangkah indahnya hidup mereka.. *blink blink*
woops! hello hello. anybody home?
aku ketuk kepala 2 3 kali.
aku tengok balik kondisi diri.
herm, degree baru first year, skill masak tahap 2.00 (kira gred C),
soal kematangan selalu dipersoalkan sahabat-sahabat lain (aisyah, bila la ang nak matured ni? ),
disiplin diri sokmo kecundang,
dalam kelas kalo tak kaco membe sebelah memang tak sah,
bla bla bla..
patutlah mak tak bagi aku tunang lagi (hoho. isu panas ni).. =p

malam tu jugak aku tak dapat lelapkan mata..
entah kenapa, wallahu'alam..
oh ya.. baru teringat,
selama ni, jika ada masalah, pasti aku rujuk pada manusia dahulu,
jarang untuk aku utamakan ALLAH dalam segala masalah hidup.. ish3..
astaghfirullah hal azim..
lantas, aku menaip cara nak solat istikharah di pakcik "googles" lagi..
ok, niatnya mcam selalu, cuma tukar "solat istikharah"..
pada rakaat pertama, baca al-fatihah kemudian surah al-kafirun;
pada rakaat kedua, baca al-fatihah kemudian surah al-ikhlas;
selepas salam, dibacakan doa.. khusus pun ada, atau doa kita sendiri pun takpe.
eh, senang rupanya.. kenapa la selama ni aku pikir ibadat ni benda yg susah-susah saja. ish3

2.oo am-
aku lelapkan mata.. Alhamdulillah.. lebih tenang~ sungguh, pengajaran yang aku dapat semalam adalah "ALLAH adalah rujukan utamaku. SEMUANYA mesti hanya kerana DIA "
~smoga hari esok di awalnya keberkatan, di pertengahannya kekuatan, di hujungnya kemenangan~

untaian hikmah Al-Quran dalam surah Al Muddatstsir;


31. Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat: dan
tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi
orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan
supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al Kitab dan orng-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah
Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk
kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.

SALAM PERJUANGAN SEMUA! yosh!

3 comments: