Ada apa dengan ukhuwwah?
Manis.Indah.Sangat bererti.
Disitulah kita menampakkan senyuman jiwa yang paling manis.
Indah sungguh kasih ini Ya ALLAH~
Penuh keasyikan tautan syurgawi..
Manis.Indah.Sangat bererti.
Disitulah kita menampakkan senyuman jiwa yang paling manis.
Indah sungguh kasih ini Ya ALLAH~
Penuh keasyikan tautan syurgawi..
Hari ini dan semalam melakar sejarah manis yang tersendiri memorinya..
Kelmarin, kenangan indah mekar harum bermula.
Syukran kathir di atas kunjungan ramah mesra sahabat sejatiku,
Hazwani Abdul Zalil.
Wani..Nama yang moga sentiasa tersirat dalam jiwaku.
Duhai sahabat, tiada ungkapan kasih lain yang wujud lagi di dunia ini yang bisa ku tujukan khas untukmu.
kawan-kawan,
Memang payah worh kita nak cari sahabat sejati dan setia.
Petang itu yang menceriakan.
Kami sambung menyambung gelak tawa,
mengisi slot kerinduan yang kosong dengan sapaan anak mata
selama 2 tahun kami berpisah dari sekolah yang sama.
seorang sahabat yang akan sentiasa dikenang hingga ke akhir hayat.
Smoga dikau tetap berada dalam lindungan ALLAH swt.(~_^)
Malamnya pula lepas maghrib, penulis sangat berbesar hati menerima kunjungan ukhuwah dari ab seperjuangan ukhti anis nadia dan ukhti maziah,rumet yang sangat setia.
Cukup terharu dengan kunjungan mengejut ini,kaget untuk diluahkan.
Gelak tawa ramah mesra yang sahabat-sahabat penulis hulurkan pada hari itu menceriakan jiwa tua seorang ibu tunggal biarpun sudah punya anak gadis iaitu penulis ni sendiri. =p
Tapi,jujur dikatakan, kunjungan itu melakar seribu satu memori indah bersemi.
First time penulis tengok mak penulis ketawa mesra melayan tetamu yang dianggap seperti anak sendiri semenjak sekian lama rumah kami sunyi dari gelak tawa penceria suasana rumah dari anak-anak.(~_T)
Herm, sebenaqnya baru penulis tahu rumah ukhti anis dekat2 ja dalam aloq staq neh.
isy isy dekat ghupanya rumah kak anis ni, kalo dah tau, tiap-tiap raya tobat dah pi serbu...(~_^).
Namun,dia yang yang hadir bersama adik ketiganya terpaksa pulang pada malam itu juga kerna kedua ibu bapa mereka pulang menjenguk tokwan yang sedang sakit.
Mujurlah kesempatan yang diberikan ALLAH, mengizinkan maziah bermalam semalam di teratak penulis ini. (^_^)
Baguih baguih =)
Tak pernah terlintas langsung peluang ini ALLAH akan hadiahkan buat diri penulis.
Penulis berpeluang menghabiskan masa dengan bekas rumet tersayang, ukhti ma.
Semalaman kami bertanya itu dan ini sembang bermacam cerita,
sekejap update cerita itu, sekejap renew cerita ini,
ibarat kami tak pernah berpisah sepanjang cuti ini.
Kemudian, keesokan harinya, iaitu hari ini,
Secara kebetulan, ma ternampak buah-buah manggis yang sudah mekar ranum di dahan di halaman rumah.
"syah, banyaknya buah manggis ni, dah masak pung".
Kami berdua menyambar penyapu daun di sekitar,
lalu ma dengan penuh bersemangat mengait satu persatu.
MARVELOUS! satu memori yang memberi momentum yang sangat mantop.
First time penulis berpeluang mengait buah bersama teman.
(punyalah malas nak kait sorang-sorang)
huu..terharu sunggoh lar nak ghoyak guane pun ambo dok ahu..
Tapi apakan daya, setiap pertemuan pastikan ada perpisahan.
lewat petang itu jua dia harus pulang ke uia pj semula untuk meneruskan perjuangan yang perlu diselesaikan.
Sahabat, moga ALLAH memperkuatkan jiwamu dengan kegigihan yang tinggi.
Usah disesali pertemuan kita.
Usah disesali jua perpisahan yang berlaku.
Kerna apa yang ku yakin,
kita pasti bertemu semula,
biar bukan di sini, di akhirat jua kekal menanti.
salam ukhuwah.
p/s: kawan-kawan, sayangilah sahabat anda seikhlas mungkin kerna ALLAH. Tak rugi. cuba lah.
okey. setakat ini saja. jumpa lagi (~_^)
salam buat sahabat yg sangt ku cintai..
ReplyDeletealhamdulillah akhirnya mimpi ku jdi kenyataan..
akhirnya dapat jugak ak jumpa sahabat yang sungguh tabah ni...
ecah!! tq sangat2!! i'm very 2 happy that day...
dendam rindu sudah terbals...
cuma ak harapkn this freindship will last forever...
sama2 kta doakn kejayaan dalm kehidupan di dunia dan akhirat yaa..insyaallah...
You are the best my FRiEND!