Hati aku penuh derita.
semakin kurus terhalang daripada suapan rohani islam..
semakin melidi tanpa zat istiqamah dan keimanan yang teguh yang memadai..
semakin teruk wabak malnutrisi yang dahsyat tanpa suplemen multivitamin keindahan Islam..
semakin parah anorexia segumpal jiwa ini dengan kehilangan keupayaan untuk taat dan istiqamah dengan limpahan iman..
tick tock tick tock
kalam-MU yang haq dah beri warning siap2!
kullu nafsin zaa iqatul maut~
setiap yang bernyawa pastikan merasai mati..
Gerun!!
Menggeletar!!
Tergagap-gagap!!
Kesejukan!!
Aku khuatir andai detik terakhir aku adalah tatkala aku hanyut dibuai bayangan indah fatamorgana nafsu..
Aku bimbang andai nafasku tersekat di halkum tatkala aku terbahak-bahak ketawa keriangan asyik dengan pelakon dunia..
Aku ketakutan andai malaikat Maut itu datang dengan wajah yang tersangat bengis tatkala aku senyum melihat maksiat..
Astaghfirullah hal azim...
andai aku bisa memutar kembali bilahan jarum waktu yang sentiasa menggoncangkan muka jam itu
akan ku kikis segala bekas hangit nafsu durjana bawah periuk jiwa yang hitam ini dengan kemuliaan detergen air wudhu' yang suci.
akan ku ubah kedudukan jam pasir itu dari terus mengelongsor ke bawah untuk ku ubah maksiat itu menjadi taat..
Ya ALLAH...
monolog aku ini penuh kemunafikan.
monolog aku ini penuh dengan drama swasta yang penuh kepura-puraan.
monolog aku ini penuh dengan hipokrit yang dahsyat!!
Kurusnya jiwa aku!
segala yang aku janjikan terkubur tanpa nisan begitu sahaja.
segala yang aku beria-ria terhegeh-terhegeh nak berubah, ZUP! hilang bak diragut taufan!
segala yang aku iltizam untuk meninggalkannya aku gapai semula belai tanpa rasa bersalah..
segala yang aku benci untuk mengulanginya aku tanpa segan silu mempersilakan kedatangan nafsu yang durjana itu..
Ya ALLAH... indah nian nama itu.
tiada kalimah terindah yang wujud di universal ini mahupun seisinya selain namaMU..
Ya ALLAH ~
Ya ALLAH ~
kenapa kini?
kenapa kini?
kenapa kini?
setelah ku terlanjur terus membiarkan nafsu munafik meratah jiwa yang penuh barah wahan.
setelah separah ini jiwa aku dibelasah dengan nafsu durjana.
setelah teruknya jiwaku kalah-mati dengan permainan dunia,
aku hairan..
aku tercari-cari sebab musababnya..
aku tergapai-gapai dalam lautan bergelombang persoalan..
kenapa Dikau yang MAHA MULIA masih sudi menerima jiwaku yang penuh najis kemunafikan?
kenapa Dikau masih sudi melabuhkan pandanganMU yang MAHA AGUNG itu kepadaku yang disaluti legap dosa noda?
Siapa-siapalah diriku ini berbanding makhluk2 Mu yang lebih layak..
KAU hulurkan kunci kejayaan jiwa yang merdeka dari dunia kepada aku yang maha hina ini..
KAU labuhkan tirai pemeliharaan untuk aku kembali menutup celaan maruah imanku.
Ampunilah aku wahai ALLAH.. Tuhan yang memiliki segala sifat Pengampun yang terhebat..
betapa hebatnya limpahan hidayah bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA..
YA ALLAH..
salam..
ReplyDelete-long time no see..huhu
-jom sm2 kt cr blik makanan rohani, lg bgs kalu dtambah lg"vitamin" or supplement..smg hati makin sihat:)
ya Allah3
ReplyDelete