Be Confident & Feel it

Sunday, June 28, 2009

Bom pemusnah diri.. kebbabom!

Assalamualaikum wbt~
Kaifahalukum? apa khabar orang kampung? tok mudim semua sehat2 belaka? (^_^)
Smoga kawan-kawan sentiasa sihat walafiat di samping insan tersayang kerna ALLAH~
Huluran maaf ditadah menandakan penulis sudah lama tidak update blog ini..
Halaman yang setia menerima luahan kesakitan jiwa yang sedia menerima apa2 yang dicoret. Terima kasih wahai jasad bernama blog ini.. (~_T)

Kawan-kawan..
Bukan mudah worh untuk kita nak nasihat orang lain kalu diri sendiri ralat mendengar teguran..


makanya,
Tujuan post ini ditulis, mungkin bukan untuk perkongsian kawan-kawan semua..
Maaf kerna tidak mampu lagi meringankan bebanan di jiwa kawan-kawan kerna
Post kali ini ditujukan khas sebagai tazkirah kepada jiwa penulis yang kini kemaruk dengan lifestyle dan environment jiwa yang islamik.
Penulis nak tegah dan marah jiwa penulis ini untuk sedar hakikat kehambaan diri..
Waduuh...Teruk bangat sih..
Diriku akui selama hidup ini...
Terlalu banyak dosa maksiat yang telah dilalui,
Terlalu menebal sifat munafik di hati,
Rencana maksiat yang silih berganti waktu demi waktu
Memaparkan kesombongan hati,
ketamakan naluri,
kepincangan pegangan,
aku review page by page tanpa segan silu walopun sedar diri
tak lari diawasi 24 hours oleh yang MAHA MELIHAT..
ISYK isyk Isyk...........
Kalo nak digambarkan betapa teruk dan hinanya,
Ibarat bangkai ikan yang terapung-apung di lautan terumbang-ambing di permukaan lautan
tanpa sudi dilihat taring helang bangkai sekalipun..
Sekejap hatiku singgah pada keasyikan duniawi,
Sekejap hatiku mengadu pada Illahi.
Sekejap insaf,
Sekejap tak insaf.
Alarh.
Macam biskut chipsmore,
kejap ada kejap takde.

Adoiii, banyak sungguh chan (peluang) yang ALLAH dah bagi Free Of Charge,
siap Keep the Change lagi,
namun,
Bila saja aku bertemu bom pemusnah iman (nafsu),
Ditambah power generator maksiat yang pulun dan bersungguh-sungguh
Lalu menghasilkan tenaga nuklear yang bercas negatif..
WUSH!! KEBBABOM!!
Hancur lumat berkecai terburai segala serpihan dinding iman yang zahirnya rapuh ini..
Hanyut.. hanyut..hanyut di lautan kecewa
Terapung-apung dibawa bersama buih-buih noda..

Maruah itu indah berhiaskan akhlak murni.
Maruah itu darjatnya tinggi bila dijaga rapi..
Maruah wanita terletak pada sifat malunya.
Namun aku??

Jauh sungguh dari menjaga maruah,
Malah tercalar teruk begitu sahaja.
kesan calaran itu disembunyikan di sebalik wajah pura-pura innocent.
Mantap syah !! Mantap sungguh tipu daya aku!
Benar..tiada yang benar melainkan yang benar semata-mata..

Hati ini perlu bertaubat tapi saban kali dihentikan oleh kejahatan nafsu yang jelik ini...
Duhai hati...ketahuilah... Cakna lah..
Hakikat taubat itu indah..
Ibarat meminta maaf atas apa yang salah terjadi.
Ibarat meletakkan sesuatu pada haknya..
Ibarat menadah tangan dirotan untuk menyedarkan ..
" I'm so sorry for what mistake that i've done"
just simple as that! whats wrong huh?!

Tapi,
(itulah manusia, hidup ditemani alasan sentiasa)
Selagi mana nafsu itu megah bertapak rumah banglo di jiwa,
Dilengkapi dengan sistem pura-pura yang canggih,
Kemudahan lif mudah naik turun tahap iman yang senang goyah,
Apa gunanya taubat yang lepas?
Taubat yang aku sendiri tak catat, tak save properly dalam hard disk jiwa!
Pudar..kelabu asap...semakin hilang seri warnanya..


Ya ALLAH....
Ampunilah segala dosa2ku..
laksana buih di laut memutih..
hanyut ditelan gelombang nafsu..

1 comment:

  1. Ya ALLAH....
    Ampunilah segala dosa2 KAMI..
    laksana buih di laut memutih..
    hanyut ditelan gelombang nafsu..


    amin

    ReplyDelete