Wahai bakal imamku,
Izinkan aku memohon barang secebis harapan buatmu.
Maafkan aku,
Bukan untuk demanding..
Cuma ini sahaja yang aku pinta..(^_^)
Siapa pun kamu, tolong pimpin aku..
Ku risik dirimu kerana aku mahu mutiara iman yang ada pada
dirimu itu berjangkit auranya padaku..
Ku pohon agar kau tegur diriku bila aku salah dan lalai dari
tanggungjawab ubudiyyah pada ALLAH..
Aku masih bertatih mengenal agamaku..
Tolong ajari aku untuk setia meyakini agamaku..
Aku bukan yang terbaik untuk kamu tapi percayalah, ALLAH dah
jadikan kita pasangan yang mahukan kebaikan dan saling melengkapi..
Aku masih merangkak mencari pautan untuk aku teguh beriman..
Aku perlukan eratnya tanganmu memimpin aku untuk mengejar
cintaNYA…
Aku tak pinta material yang mengaburi matlamat aku untuk
mencari redhaNYA..
Biar material menjadi agen pelangsung kehidupan, bukannya
matlamat utama dalam kehidupan..
Aku bersedia menjadi pendampingmu kerana aku yakin dengan
kecantikan agama yang ada pada dirimu..
Biar aku menjadi kekasihmu yang terbawah di mana yang paling
tinggi adalah ALLAH dan Rasulullah..
Aku mahu kita sama-sama pulang ke sana dengan bekalan iman
yang cukup..
Aku mahu kita memijak pintu syurga bersama-sama… =)
Wahai bakal anak-anak ummi..
Alhamdulillah..
ALLAH membuka pintu hidayahNYA..
Dizinkan untuk ummi menaip tinta ini buat kalian..
Terima kasih kerana sudi untuk dilahirkan dari Rahim ummi..sungguh,semuanya
rahmat yang tak terhingga dari ALLAH..
Wahai bakal pejuang cilik..
Ummi tak mahu kalian lahir dari diri ummi tatkala ummi khilaf
dalam kehidupan.
Di sini, Ummi janji…
Ummi mahu jadi contoh terbaik buat kalian.. biar kita saling
sayang kerana ALLAH..
Ummi sedang belajar untuk melayakkan diri menjadi seorang
ibu..
Sungguh berat amanah ini..
Ummi sedang berlawan kehendak nafsu supaya iman di jiwa ibu
sentiasa menang di kemuncak..
ummi akan jadi ummi yang solehah demi keberkatan hidup kita
bersama-sama..
Walid dan ummi akan sama-sama menjaga iman kami supaya
kalian lahir dalam suasana keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah..
P/s: jom tingkatkan amal.. =) jaga solat.jaga ukhuwah.
bergenang air mataku... T_T
ReplyDeletesayu hati membaca coretan Ummi.... Love it so much...
ReplyDelete