Assalamualaikum wbt.
*Mode Serius*
bicara hati ini menguntum seribu satu kelopak persoalan.
ianya mekar mewangi harum semerbak membunga-bunga sekeping hati ini
tatkala aku sandarkan pada niat hidup hanya kerana NYA, kerana Agama Nya, kerana Kekasih AgungNya, kerana Umat Kekasih AgungNya...
satu persatu hikmah terbuka,
menandakan sudah tiba masanya aku mengorak langkah ke hadapan,
meninggalkan ketidakpuasan hati pada takuk lama,
pergi membawa diri yang baru,
mendidik singa yang terpendam dalam jiwa ini supaya tangkas menerkam pahala.
aku mahu libas dengan cemeti Taubat jika singa ini liar menjejak jalanan hitam.
singa ini mahu menjadi singa yang berguna pada koloninya, teritorinya...
Ya ALLAH, sejauh mana pengharapanku padaMu?
aku mulai bingung...apa harus ku lakukan? banyak perkara yang menjerut leherku sendiri.
ditelan mati bapak, diluah mati emak.
suatu ketika,
sahabat bertanyakan, sudahkah kamu memberi kata putus?
tak baik kalo lambat-lambat.kesian.
aku mula tergaru-garu, oh, ada jawapan yang perlu diberikan.
aku teringat, cepat! kecilkan skop fitnah ini. elakkan mudharat yang lebih besar.
tadi,
peringatan demi peringatan dikumandangkan,
aku kisar sendiri cerita itu, aku olah sendiri pengalaman ini,
pulangan identiti baru bukan senang seperti terlihat, ianya jauh lagi memerlukan kesediaan.
AH!
baru aku sedar,
bahawa ini bukan lagi masanya untuk aku membuka lembaran hidup baru,
bagaimana harus aku buka halaman yang baru
sedangkan halaman yang sekarang masih belum terisi dengan amanah yang sepatutnya?
banyak lagi layang-layang amanah yang perlu aku tangkap dan warnai dengan penuh dedikasi.
aku tidak mahu membiarkan markahku kosong tatkala aku disoal di hadapanNYA..
entah apa jawapan di hadapan Nya? sungguh Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui setiap yang nyata dan yang tersembunyi.
adakah aku terburu-buru kerna aku takut pada kutukan manusia sekeliling tatkala itu jawapan yang aku berikan?
adakah aku sanggup menggadaikan keutamaan aku hanya kerna terikut-ikut arus kesatuan sahabat handai? ..
adakah aku gentar pada rezeki yang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya nanti?
TIADA JAWAPAN wahai ALLAH...
sungguh, aku tercengang menantikan kitab amalan sebelah mana yang Engkau akan berikan nanti.
jika saat ini jiwaku ditarik,
aku gentar pada tusukan ribuan pedang bayangan sakaratul maut yang bakal menjengah bila-bila masa sahaja.
semoga itu bukan yang aku gentarkan cumanya biarkan aku gentar jika tatkala itu tertimbul sekelumit ketidak yakinan pada TakdirMU wahai yang Maha Mengatur segala Urusan dengan sempurna.
jadi, mulai saat ini,
aku tutup salah satu pintu hatiku pada yang tak sepatutnya,
ada hati yang perlu ku isi,
ada jiwa yang perlu ku temani,
ada fizikal yang perlu ku santuni,
masa ini bukan masa berimaginasi itu ini,
tapi aku perlu cambah kefahaman akan realiti,
aku perlu suburkan kefahaman demi ummat ini.
ini pendirianku.
fokusku sekarang,
mengejar keutamaan, bukan mengejar keterikutan!!
jika ada hati yang terguris,
aku tidak mampu menyembuh luka kalian kerna itu urusan ALLAH,
kembalilah pada ALLAH, Dia Maha Penyembuh segala duka, Pengubat segala lara.
"ALLAH redha terhadap mereka. Dan mereka pun redha terhadap ALLAH SWT. "
(surah al-Bayyinah: 8)
"Dunia dan Akhirat ibarat dua wanita yang dimadu,
Apabila engkau senang (pada) salah satu (antara) keduanya,
maka akan marahlah yang lain."
(Saidina Ali r.a)
No comments:
Post a Comment