aku tak pinta bermewah dengan dunia...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang terhebat
aku tak pinta jaminan kerja lumayan...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang teratas
aku tak pinta wajah cantik seindah bidateruna...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang terhangat
aku tak pinta kesenangan dunia yang melekakan..
itu kejaran manusia biasa..
bertanding siapa yang bertuah
kerana
mahar perjuangan ini menuntut kehadiran susuk tubuh yang luar biasa..
khalifah itu bukan manusia biasa...
khalifah itu mencintai ALLAH dan RasulNYA melebihi segala2nya..
khalifah itu mengutamakan pertemuan indah di sepertiga malam bersama kekasih Agung..
khalifah itu tegar melayan masalah umat daripada melayan kepentingan peribadi..
khalifah itu takut pada kemurkaaan ALLAH yang sangat malang baginya...
khalifah itu menangis bukan kecewa dek aturan hidupnya tapi tatkala gagal melaksanakan amanahnya..
bicara indah ALLAH pada ayat ini menyentuh kalbuku
Nilai tertinggi "ISTIQAMAH" menjadi dambaan..
surah al-Ahqaaf:13"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. "
hanya ini yang ku pinta...
perjuangan ini jangan dimudahkan...
perjuangan ini jangan dimainkan...
perjuangan ini jangan diperlecehkan...
siapalah kita mahu menolak perjuangan?
sedangkan itu bukan semangat yang dilaung-laungkan.
berdegar-degar tanpa solusi..
bertekak di medan selesa..
siapalah kita mahu menghalang perjuangan?
sedangkan umat masih tak keruan...
tidakkah sedih melihat umat ini bergelimpangan?
terdampar di layaran maksiat...
generasi tak berayah tapi beribu..
generasi yang tak berlesen hak masyarakat..
generasi yang lahir dari percaturan nafsu serakah..
jika bukan diri ini yang bergerak,
apa jawapan pada soalan ALLAH nanti?
apa sumbangan kamu pada umat ini?
bersedialah menerima balasan atas amanah yang tergadai itu..
adakah sekadar melihat dari jauh?
adakah sekadar mengutuk tanpa belas?
adakah sekadar menjaga kepentingan kelompok sendiri?
adakah sekadar meninjau masalah luar tanpa prihatin pada masyarakat terdekat?
aku mahu mencorak generasi tarbawi
tak lelah kerana lelah biasa
tak lembik kerana lembik biasa
biar nanti generasi ini
tekad menapak selangkah ke hadapan
memegang panji jihad
bukannya leka melayan gajet terkini
kerana
medan dakwah itu perlukan mereka
medan siasah itu mahukan mereka
aku mahu
generasi nanti
bangkit mara menyahut seruan
bukan sekadar mengikut arus perdana
terumbang-ambing tanpa tali yang kukuh
mengejar realiti yang sebenarnya maya semata
jika ini yang aku mahukan,
aku sendiri perlu tekad memburu lesen ini:
manusia luar biasa malah menjadi hamba ALLAH yang sangat luar biasa!
moga bukan permainan kata sekadarnya.
"Innalillah hi wainna ilaihirojiun..
Allahumma ajirni fi musibati, wa akhlifhi khoira minha"
No comments:
Post a Comment