Be Confident & Feel it

Thursday, October 7, 2010

maher zain...er..


Assalamualaikum wbt~
semalam penuh dengan keseronokan. (bercampur baur dengan muka tak bersalah hari tu)
sanggup berkejar-kejar naik bas dari uia kuantan ke uia gombak.. rasa nak tergelak pun ada bila terfikir kembali..ish ish..donia....
well,entah kenapa aura maher zain menyusup di sanubari.
terasa sangat dekat dengan mesej yang disampaikan dalam setiap bait-bait liriknya.
seperti datang sebagai wakil menyampaikan bicara isi hati ini dalam bentuk melodi kontemporari.
pergh, tergamam melihat kesungguhan peminat-peminat yang rata-rata dari warga uia ketika sesi bertemu peminat.
berasak-asakan hanya kerna mahu melihat sendiri wajah maher zain tersenyum menandatangi autograf, tapi sayangnya, tak semua dapat berbuat sedemikian kerna terlalu ramai agresif menyerbu dewan sehinggakan polis terpaksa mengembleng tenaga dengan komiti meleraikan mereka.
cukuplah sekadar itu dengan maher zain,
(tak perlu terlalu fanatik pada manusia yang sifatnya sementara..biarlah berpada-pada)
hurm,
dalam keadaan berhimpitan itu hati ini jadi teringat,
alangkah indahnya jika ketika itu bukan maher zain yang datang,
tetapi baginda Rasulullah saw yang datang.
bukan sekadar sanggup dihimpit hinga patah pinggang,
bukan sekadar meletup kamera dslr menangkap gambar,
malahan,
biar luruh tangan ketika melambai-lambai ke arah Baginda pun sudah cukup bagiku.
kan best kalo semua yang datang berpusu-pusu itu sanggup berpusu-pusu menemui Baginda?
semoga mereka beroleh kesedaran itu..
suasana itu membuka lagi mata hati untuk menggambarkan bagaimanakah keadaan di padang mahsyar nanti,
tatkala ramai yang resah menanti hukuman dan balasan
tak semua dapat lari dari kenyataan itu, maher zain pun sekali (herm...)
atas apa yang hatinya membenci,
atas apa yang lidahnya bicara,
atas apa yang tangannya bermaksiat,
atas apakah kakinya menginjak dosa.
tatkala itu,
hanya satu harapan untuk kita memperoleh penolong dari manusia paling indah yang ALLAH Maha Kasih akan Baginda.
apa mungkin mampu terlihat lintasan wajah Baginda di sana?
apa mungkin mampu terhidu haruman jasad Baginda di sana?
sedangkan, diri selalu terleka untuk melantunkan selawat,
jauh sekali untuk,
mempamerkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
terbenam kaki di ufuk taubat, terasa jauh lagi rupanya untukku sampai ke tahap itu...
bukan setakat nak dapat syafaat, nak menatap wajah Baginda Rasulullah saw yang mulia itupun entah dapat atau tidak..
ya ALLAH, perbaikilah agamaku~
izinkanlah aku bertemu Baginda Rasulullah suatu hari nanti~

1 comment: