Be Confident & Feel it

Sunday, May 23, 2010

Salam 1 akidah (^_^)

Assalamualaikum wbt.

wah wah pejam celik pejam celik dah hampir 2 bulan tak update. hoho ibarat tidor tak bangun2, bila bangun saja tahi mata sudah mengeras di bulu mata. (T_T)"
(perumpaan berasaskan logik.harap maklom).

jadual hidup yang agak lengang masih lagi menahan diri untuk mengupdate blog.
nak kata busy sampai tak boleh bernapaih takdelar pulak,
jadual seharian sepanjang cuti hampir 2 bulan seringkali berubah-ubah.
hati manusia memang berbolak-balik.. ibarat mudahnya membalikkan tangan..
iman dirasa turun naik.
motivasi diri juga turun naik.
roller coaster kehidupan ini menimbulkan excitement hidup,ada juga menenggelamkan sampai ke tahap malas untuk hidup, "hidup segan mati tak mahu"
alasannya? NOTHING. hidup ini ada byk (_____________) tempat kosong.
terkadang terisi dengan CINTA AGUNG,
namun sejuta kali malang, selalu tersungkur dengan cinta duniawi.
diriku manusia yang perlu berubah ke arah lebih cemerlang...
cergas sikit nur aisyah!!


Kehidupan pertama


Saya fikir hidup ni kalau tak jatuh menjunam,
kita takkan sedar hidup ini berTUHAN.
betul tak kawan-kawan? (komunikasi dua hala)

manusia mula mencari erti hidup apabila resah dikerumuni masalah,
"adoila...susahla hidup...nak minta tolong kat sapa ni... duit nak cari mana..."
"help! help!"
kita harapkan PERTOLONGAN..
pertolongan yang diharapkan adalah entiti yang superior, berkuasa.
bagi orang ISLAM, entiti itu sangat AGUNG. ALLAH MAHA AGUNG.

ibarat dikelilingi ikan piranha yang rakus memamah isi kaki kita apabila kita
tergelincir di lubuk amazon.tatkala itu tangan digapai-gapai menagih simpati
keajaiban (miracle).
saya buka pilihan untuk diambil...
minta bantuan kepada manusia sekeliling yang sifatnya mementingkan keselamatan diri
sendiri untuk menarik kita kembali ke darat, ATAU
minta bantuan kepada Pemilik jiwa2 piranha yang rakus itu?

ibarat juga tatkala kita terperangkap dalam bilik yang kedap oksigen dan akan mati jika pintu tak dibuka?
saya bukakan lagi pilihan...
minta tolong pada orang di luar yang pasti risau tulangnya patah jika merempuh pintu
untuk menolong kita , ATAU
kita minta bantuan terbesar daripada Pencipta Oksigen?

jika kita jenis berfikir ikut logik, logik manakah yang kita ambil?

Pilihan telah dilampirkan.. ANDA yang membuat keputusan..
kredit tambahan bagi yang beriman pada PENCIPTA AGUNG,
hidupnya semakin manis dan untung bila pertolongan diminta secara lintas langsung
dariNYA.. believe it or not.

hurm...masalah datang tanpa kita sedari. betul dop?
rileks...tarik nafas dalam-dalam, tahan 2 3 minit,
kemudian lepas karbon dioksida dari lubang
hidung dengan perlahan-lahan, dan duduk fikir...
percayalah,makhluk ALLAH yang bernama masalah ni takkan sempat mengerutkan dahi kita andai kita terlebih dahulu kata
"WOP,STOP RIGHT NOW! wait a minute! "
kita tangkis dahulu risiko masalah.buka minda lapangkan dada.
kta kena tahu sumber masalah itu.
bukan setakat tahu sumbernya, tapi akal perlu aktif mencari penyelesaian, tapi jangan
dilupa panduan Islam sebagai nadi hidup bahagia.


selaras dengan kiriman surat CINTA dari ALLAH dalam surah Fusshilat ayat 30;



"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan
turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):
Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)
dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan
beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."


analogi sumber masalah..
bila terkena bucu meja, mulut laju mengadu "ADOI!". maka lebamlah di tulang kering, dimarahi semula bucu itu. (sedangkan itu salah kita, mata bukan dicipta di kepala lutut).
bila terkena duri durian (musim durian skrg), durian dilepaskan atas lantai, dimarahi
semula durian (sedangkan itu salah kita, pegang di tangkai rapuh, tak lapik kain tebal
bila angkat durian),
bila digigit nyamuk, ditampar penyek nyamuk itu sampai terpercik darah di kaki, nyamuk
itu syahid tatkala mencari rezeki, (sedangkan itu salah kita, tak tutup tingkap
bilik)...
namun manusia selalu lupa diri,
bila jatuh terjelepok,ingat TUHAN,
bila gah di puncak tertinggi, semuanya dilihat kecil macam kuman,
diri ini saja yang dianggap tauke hartawan.
"ini harta, AHMAD ALBAB yang punya!"
yang menulis ni juga selalu lupa diri,yang membaca ni juga mari sama-sama sedar diri,
ayuh, hitung diri!


Kehidupan kedua


Alasan dicipta untuk menutup kelemahan.setuju tak?
kita malu dengan kelemahan itu kerana kita mahu segala-galanya sempurna.
alasan juga digunakan untuk melepaskan diri..
peluang di tepi hidung ditolak, kerugian di seberang jalan ditagih..

bila terdetik sesaat mahu jadi baik..
"uish...mana layak..aku ni kuat buat jahat, muka macam pecah rumah, pernah terlanjur,
pernah lari dari rumah, pernah hisap ganja, pernah telan ubat batuk dengan panadol 3
papan, aku pernah curi keropok di stesen minyak, aku buruk...buruk...buruk"



bila tergetar hati mahu bertaubat..
"aii...ALLAH terima ke? aku ni hati busuk,tak pernah semayang, al-fatihah pun aku tak
kenal huruf,aku selalu posa yangyok,aku ni free hair, baju pun dedah sana sini, aku
pernah togak tiger beer, aku pernah makan ayam yang orang kafir sembelih, aku pernah pijak
Quran, aku pernah tendang mak bapak aku time depa tak bagi duit, aku pernah pegi pub..
aku kotor...kotor..kotor..."


sampai bila hidup mahu ditemani "musuh setia" yang bernama "alasan binti segan" ??
sampai bila hidup mahu diludah "musuh keturunan" yang bernama "syaitan direjam" ??
sampai bila hidup mahu dipijak "musuh tradisi" yang bernama "zionis jahanam" ??
sampai bila hidup mahu dijerkah "musuh akhirat" yang bernama "cinta dunia" ??


Anda tentukan.. (saya juga).

Kehidupan ketiga

Hidup kita ini dipenuhi dengan trilion-trilion malah tak terhingga nilainya dengan
keajaiban yang diwujudkan~

mata kita bisa melihat bermacam-macam jenis warna,rupa,keindahan..
telinga kita bisa mendengar bermacam-macam jenis bunyi,melodi,pertuturan...
lidah kita bisa merasa bermacam-macam jenis perisa, perasa,keenakan..
hidung kita bisa menghidu bermacam-macam jenis bauan, wangian, kesegaran..
otak kita bisa menembusi bermacam-macam jenis ilmu, pengetahuan, kecerdikan..
WOW!
SUBHANALLAH!
Marvelous!


Keajaiban yang ALLAH tunjukkan pada kita banyak...
cuma kita yang banyak menolak.. sikit demi sikit..
hidup diratah sekularisme..agama diasingkan, kerjaya diasingkan, rumah tangga
diasingkan, politik diasingkan..
sedangkan ISLAM sifatnya SYUMUL..(lengkap seluruh aspek).. SYUMUL itu indah~


OK,
kita lihat manusia..sifatnya sempurna... bayangkan jika kita dijaja di black market,
seorang pembeli dari Afrika mahukan tangan tegap kita, seorang pembeli dari Jamaica mahukan rambut afro kita..
maka, tinggallah kita yang tiada tangan dan tiada rambut,lalu cacatlah manusia...



Relate balik dengan Kiriman Warkah AGUNG...

ALLAH dengan penuh sifat Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)mengingatkan kita dalam surah Al An'am ayat 104 ;



"(Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan- keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi
kamu."

Maka,
terokailah hidup yang sempurna bersama ISLAM yang indah..
percayalah~
dunia sempit tanpa duit, jadi besar dengan Hukum Islam yang mekar,
dunia derita tanpa permata, jadi bersinar dengan Cinta AGUNG yang terpancar,
dunia hina tanpa dana, jadi kaya dengan Taubat Nasuha yang membunga..

AYOH kawan-kawan!
AYOH sahabat-sahabat!
usah fikir kita tak sempat,
ALLAH sedia menanti tangisan kita yang bertaubat~

SALAM 1 AKIDAH.
"AKIDAH DIDAHULUKAN,KEBAHAGIAAN DIUTAMAKAN"

1 comment:

  1. suriusly, panjangnyer nak baca...hehe..
    wah...makin lama makin terserlah bakat syah ni..
    bleh tulis buku la syah...
    tulis ye..
    klu ma ad syarikat publisher sndri, ma bleh support...huhu..
    syah...syahdu, sendu, dan macam2 uu lagi ca tulisan ni..
    kehidupan ni complicated kn??
    smpai kdg2 rasa "MATI SEGAN, HIDUP TAK MAHU"..bukan frasa tu salah ye, tp itulah yg kdg2 drasakan..
    compliccated x complicatednye ssuatu mslh tu, kdg2 mslhnya, kita tau puncanya apa, siapa, kenapa, bila dan segalanya..tapi....
    we are lost in action.(ntah betul ke x ayat tu..haha)
    xtau ap yg perlu dperbuat.xsmua mslh timbul krn dri kita sndri..kdg2 mslh itu timbul krn trlalu rmai yg involve, rmai yg bersalah, ramai yg terlibat..gagal melaksanakan tanggungjawab masing2..dan yg sdr akn kesilapan hnyalah seorg sdg yg lain keras..degil..membatu..

    namun, itulah yg dinamakan kehidupan kn??
    perjalanan..
    lukisan..
    sebuah ketetapan..

    yg pasti biarlah Dia yang menentukannya...

    ReplyDelete