Assalamualaikum wbt..
updating blog is in progress~tuuuut tuuuut....
Pagi jumaat yang indah ini,
ku gagahkan menemani ibuku membeli barangan dapur bagi menyambut kepulangan anak, menantu, cucu dan saudara mara yang bakalan pulang dari seluruh pelusuk semenanjung.esoknya akan diadakan majlis tunang abangku yang kedua.
Maka, berkumpullah ramai anak2 menantu di teratak sunyi ini..
Mata yang separa kuyu ku tahan untuk tujuan itu setelah tidur lewat semalam kerna rancak bersembang dengan akakku yang sorang ni.
Pagi ini,aku ingin selami kepayahan ibunda tercinta mencari rezki buat anak tercinta. aku tekadkan azam, usaha semampu mungkin untuk gembirakan hatinya..
Awal pagi, sewal jam 7.30 kami sudah sampai,
dia meluru terus ke arah penjual daging kerna khuatir daging yang elok sudah dibeli orang. mujurlah bila sampai "dagin tak sampai lagi kak"
"akak nak chup daging batang pinang dgn hati na,satgi akak mai balik, nak round-round dulu beli benda len" .
"ok kak"
ku perhati dirinya, excited menunding jari pada penjual sayur, ayam,telur..
"Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia"
terngiang-ngiang lagu "anak" dari penyanyi filipina,Freddy Aguilar itu.
Ya ALLAH, izinkanlah aku membalas biarpun sekelumit dari segenap limpahan kasih sayang nurani seorang ibu ini..sungguh, aku anak berdosa...ampunilah...
.
di sudut pasar jalan tun razak,
bersebelahan gerai menjual akhbar,pandangan ku mulai tertangkap pada susuk tubuh tua berkopiah putih, berbaju coklat corak lusuh..
ku lihat warga tua itu memegang plastik berbungkus bijian friskies.
dia terhinjut-hinjut melangkah, mungkin kerna lutut tuanya sudah mulai hilang bendalir synovial di lutut..
aku mula usya sampai habis...
dilemparnya bijian friskies ke arah dinding, maka berkerumunlah kucing-kucing liar di pasar, ada yang berebut, ada juga yang boo layan(tak layan)...
kemudian, di sudut yang lain, ku lihat seekor kucing putih rakus memamah kepala ikan temenung (ikan kembung).
mulai teringat tema kfc "kesedapannya hingga menjilat jari" (boikot norh...)
orang tua itu mulai hilang dari pandangan..
aku tumpukan perhatian mengangkut barangan dapur tadi..
3 nkali round letak barangan di boot kereta.
memang borong sakan pagi ni.macam nak sambut soltan brunei.
setelah hampir sejam kami tawaf satu pasaq,
di sudut hadapan terdapat gerai santan..
kami menuju ke sana sebagai penutup sesi memborong di pasaq.
mataku mula terakam imej warga tua itu di sebelah basikal bmx usangnya.
dalam bakul basikal itu terdapat beberapa bungkus berisi ikan kembung dan bermacam-macam lagi. dalam 7-8 ekor kucing mengerumuni beliau.
bila kucing mengiaw dan menggesel di seluar panjang hitamnya, digagahkan jua di membongkokkan pinggang tua menyuapkan seekor ikan fresh ke mulut kucing itu.
tersenyum-senyum dia, puas agaknya.
senyuman ceria yang dilemparkan itu, melontarkan keikhlasannya yang dapat dirasakan semua yang memerhati..
dalam hati aku mengagumi kemuliaan hatinya.
"pakcik ni dapat pahala besaq wo"..
peniaga santan yang perasan akan pandangan aku dan ibuku kepada orang tua itu,
peniaga santan yang perasan akan pandangan aku dan ibuku kepada orang tua itu,
lalu berkata "uish kak, pakcik ni dari pasaq yang lama, sampai pindah ke pasaq len pastu ke pasaq yang baru renovate ni pun dia dah ada. tiap-tiap hari dok bagi ikan."
mak aku sambung bertanya "tudia, tiap-tiap hari no...kerja apa? pencen dah ka? bini dia ada lagi dak?"
"ish, tataula nak abaq lagu mana kak oi, tapi dia saja la yang dok bagi kucing-kucing kt pasaq ni makan ikan lagu tu.makin banyak kucing kat sini.banyak duit kot"
kemudian,
warga tua itu mula mengayuh pedal, agak terkial-kial mengawal stereng supaya tak terbabas, lalu, menunggang ke jalan besar.
"good bye pakcik, smoga ALLAH merahmati segala-galanya".spontan aku melambai-lambai ke arahnya.
bertambah lagi tabik spring yang aku hadiahkan pada tokoh hati mulia ni.
aku yakin, tatkala di padang mahsyar nanti, kucing-kucing ini akan menjadi saksi dan penyokongnya untuk dimasukkan ke syurga kerna segala curahan sen yang dia lontarkan itu diiktiraf sebagai satu dakwah buat diriku.
"mengajak aku menyayangi haiwan"
"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik
daripadanya)."SALAM 1 AKIDAH.
"AKIDAH DIDAHULUKAN,KEBAHAGIAAN DIUTAMAKAN"
No comments:
Post a Comment