lalala.. (T_T)
diriku sedang menghiburkan diri yang sedang lara.
tak senang duduk memikirkan exam biochem tulat nnti.huhu
nota yang masih putih bersih tanpa palitan highlighter pink dan garisan pen biru
dakwat basah menunggu dengan setia untuk aku kunjung.sabar ye notaku sayang..
sebentar tadi,
jam 6.15 ptg 28 hb3 2010..
aku tunduk meneleku di birai meja study.
merenung sayu foto abah dengan mak.
tergantung kaku di hadapan board meja studyku.
gambar itu diambil pada raya tahun 2005.
teringat lagi kata-kata abah
"ambiklah gambar abah, kot2la abah dah takbleh bergambaq macam ni dah".
wajah suci itu sangat kudus.
memakai jubah putih yang banyak dibeli sewaktu umrah
dulu.tangan kirinya erat memegang bahu emak. macam tak mahu dilepaskan.
tatkala post ini ditulis,air mataku laju mengalir deras di pipi,
ku kesat sayu dengan t-shirt merahku.
ingin saja aku melangkah masuk ke mesin masa,
putar semula detik dan minit pada awal tahun 2007.
namun ku sedar, masa lalu adalah benda yang paling jauh untuk ku gapai~
konflik yang berlaku 3 tahun lepas menyiat-nyiat memori silamku.
aku tegar mahu menarik semula salam yang dihulurkan oleh abahku dengan "pembunuhnya".
ingin saja aku aku tutup pintu serapat-rapatnya pada "mereka" yang berpura-pura untuk
baik semula dgn keluargaku.
"mereka" merampas segala kebahagiaan yang kami ada.
masuk ke rumah kami dengan senyuman kenaifan yang kami hulurkan tanpa disedari ada
agenda sulit yang "mereka" rencanakan.
madu yang kami hulurkan, tapi tuba siam yang "mereka" hulurkan.
"mereka" rampas satu-satunya abah yang aku sayang.
"mereka" licik menganiaya satu-satunya nenek yang aku sayang,
"mereka" rampas segala-galanya!!
abahku menderita kesakitan selepas kejadian itu.
badan yang sihat tanpa sakit, diserang
siri penyakit yang ibarat tajamnya duri durian jatuh di atas kepala. sakit!
teringat lagi sewaktu semester 1 tahun pertama di cenfos uia,
aku bertanyakan pada madam biology 1, madam rosmarina, kebetulan selepas belajar pasal "cancer cell"
"madam,adakah pesakit kanser boleh sembuh?"
"it depends on the stage actually whether it has been spreading on the surrounding organ or not. if the level reach the forth level, wallahua'alam . why did u ask aisyah?".
"its my father,madam. he has been detected to get lung cancer".
"insyaALLAH, pray a lot to ALLAH. tawakal"
aku pulang ke bilik dengan wajah yang "blur"~ (i hope this was just a bad dream)
pelbagai episod duka menjadi tema cerita hidup kami sekeluarga selepas itu.
sungguh, ujian ALLAH mematangkn jiwaku untuk menerima kematian yang selama ni aku doa
disimpangkan. bukan aku tidak redha, tapi cuma aku mengenangkan kembali~
setelah pemergian abah dan tok yang ku sayang,
episod duka bersambung pula.
sinetron rating tertinggi.tip top!
makcik-makcik aku yang dulunya sokmo datang meminta tolong abah dan emakku tatkala mereka di dalam kesusahan mula menunjukkan belang hitam dan taring tumpul masing-masing. mereka buang jauh-jauh mak aku dan seluruh ahli keluargaku dengan alasan takut dijangkiti
"penyakit buatan manusia" itu.
ibarat mengikis serpihan kutikel keras pada luka nanah yang dulu pernah melindungi luka itu daripada diserang pathogen.
apa mereka fikir, ALLAH sekadar melihat sahaja?
ketahuilah, ALLAH MAHA ADIL.
biarlah kami menangis sendirian, kami tidak tagih simpati
manusia, hanya pada ALLAH tempat kami berserah segala-galanya.
aku tahu, di sudut hati mereka, ada satu perasaan puas kerna keluargaku tidak lagi
menjadi segah dulu.
aku hairan, adakah status "kaya" menjadi tarikan mereka?
terus-terang aku katakan, kekayaan itu bukan milik kami, kerna ia hanya pinjaman dan
ujian dari ALLAH yang MAHA KAYA.
kita hidup bukan menongkat dunia dengan harta.
aku cukup anti (tak suka) pada insan yang memandang harta menjamin segala-galanya.
namun,manusia bilamana diselaputi dengan sifat hasad dengki, dendam kesumat, suka
melihat kemusnahan orang lain,
segalanya pasti hancus,segala yang putih suci, menjadi hitam sebusuk-busuk mayat manusia.
sedangkan dulu,
tatkala rumah mereka hampir ditarik oleh kerajaan kerana tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, abah dan makku bersusah-payah ulang turun-naik tangga pejabat tanah untuk dirunding atas dasar kematian suami dan kurang pendapatan bulanan,
dengan izin ALLAH, segalanya selesai dan mereka pun gembira dengan geran baru itu.
abah dan makku menolong atas nama pertalian darah.
istilah kekeluargaan itu kami sangat sanjung.
tidak pernah terdetik, pengkhianatan
sesama pertalian darah akan berlaku.
di sini,
bukanlah mahu mengungkit kerna aku sedar,
ALLAH yang menjadikan abah dan makku sebagai wasilah untuk menolong mereka.
hati mereka digerakkan ALLAH untuk menolong sesiapa yang memerlukan bantuan.
aku percaya, kebaikan hati abah dan mak aku semuanya ALLAH yang aturkan.
sejak itu, aku trauma dengan insan yang penuh dengan penyakit hipokrit~
aku yakin ada hikmah di sebalik ujian ini,
mungkin ALLAH mahu menapis insan yang benar-benar setia dan jujur tatkala keluarga kami dirundung derita. Alhamdulillah, tidak semua makcik2 aku yang sebegitu, ada lagi makcik dan pakcik2 aku yang masih setia,
semoga ALLAH melimpahkan rahmat ke atas kalian~
Kepada yang sudi membaca luahan pinggiran ini,
hindarilah diri kalian dari mengkhianati sesama manusia.
tolong sangat-sangat jangan bahagiakan hidup atas kemusnahan hidup orang lain.
setiap putaran jarum saat akan dihitung dan dicatat.
what u give, u get back.
kita takkan terlepas dari hitungan itu kerna ALLAH MAHA MENGHITUNG..
Kepada diriku yang menulis luahan ini,
usahalah semampumu untuk mengembalikan pancaran senyuman emak yang sudah lama tidak
bersinar semenjak pemergian abah.
ingatlah pesanan emak "bila dah besaq nanti, mak dok harap kat ang sorang saja la yang boleh jaga mak bila dah tua, nyanyuk, basuh tahi mak, suap makan mak"..
ingatlah pesanan emak "belajaq rajin-rajin na not aisyah"
aku teringat-ingat mesej abah suatu masa dulu..
mesej yang aku sendiri takkan lupa sampai bila-bila masa.
"you are my glittering jewelery.
u r my consolidation in the hereafter. pray early.
be a good tabibah soon so you can help other poor and needy people."
ya ALLAH, jika abahku mampu mendengar suara kerinduanku ini,
KAU tolong sampaikan..
aku sangat sunyi tanpa senda gurau abah yang asli itu.
aku sangat sunyi untuk menceritakan kisah cintaku..
aku sangat sunyi untuk menceritakan kisahku di alam kampus ini..
abah, syah rindu kat abah sangat2.. smoga berbahagia di sana