Be Confident & Feel it

Sunday, August 9, 2009

Please... please..

Assalamualaikum wbt.
Kawan-kawanku sayang,
Apa khabar iman anda pada saat ini?
Semoga kita tetap kekal berada dalam limpahan nikmat iman dan islam yang pada hakikatnya kita tak sedar ia ada pada nama sahaja..
Semoga nikmat itu memancar berseri dari lubuk sanubari kita ye kawan-kawan. (~_^) HARGAI IMAN YANG ADA.

Kiriman salam dari hati yang baru tadi terdetik meminta ampun dan memohon keampunan dari Tuhan yang Maha Mengampuni..
Diimbas kembali memori indah perjuangan semalam meruntun jiwaku..
Kehilangan peluang berjuang direct bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan
cukup menyiat-nyiat hati ini.
Ketiadaan peluang yang selama ini aku harapkan tidak terjadi akhirnya berlaku begitu sahaja dengan takdirNYA Yang Maha Mengetahui..
Terpinga-pinga aku mencari sebab dan musababnya..
Sesalan yang tiada gunanya.. weh,adelar hikmah di sebalik semua ni syah uit..
Wahai diri...
Sedarlah jiwa,
Senyumlah kembali bibir kedukaan..
dengan berkat maghfirah dan rahmat ALLAH.
Peluang itu cuma hilang sekejap sahaja
peluang lain pula menjengah ke jendela kehidupan..
Betapa indahnya aturan Yang Maha Berkuasa,
Entah bagaimana hang diterima
Tanpa disangka-sangka termasuk dalam senarai yang berpeluang mentadabbur kalamullah.
SUBHANALLAH..
Hati yang sangat busuk,
Jasad yang sangat hina ni,
Minda yang sangat jijik ini,
Masih lagi diterima ke dalam golongan muttaqin?
Apakah sejarah hitamku telah kembali putih begitu sahaja?
Adakah dosa sesaat yang lepas sudah diampunkan?
Adakah doa semalam sedang dikabulkan?
Sebentar syah.. sat tunggu sat..
Hang jgn sekali-kali berani menjejakkan kaki
ke zon selesa dan lega!!!



Peluang intan berlian ini bisa ditarik bila-bila masa sahaja.
Dah tau diri tu tak banyak ilmu, masih sanggup lagi hang menggatai isi masa2 dengan perkara yang melalaikan?? facebooking?? ym??? gaming??
Sungguh hang dasar hamba yang tak sedar diri status hamba..
Masa hang lebih bermakna andai hang curahkan kesungguhan
dalam perkara-perkara yang sepatutnya.
Do you notice that, sebenarnya ada lagi syah..
Ada lagi dosa yang hang tak perasan...
Selain hang selalu lalai dalam bermujahadah,
Masih ada lagi dosa yang hang buat-buat tak nampak,
Sengaja pejam sebelah mata hati,
Mengada-ngada menolak kenyataan yang sepatutnya,
Hang ada buat zina hati kan?
Hang ada membenarkan agen2 syubhah seludup masuk teritori jiwa hang kan?
Hang sengaja buat-buat tak salah sedangkan benda tu jelas ketara SALAH!!
Kan?! kan?! kan?!
Ha... Ya.. aku ada buat benda tu..
Aku lalai dalam berukhuwah..
Aku lalai dalam menjaga batas-batas sebagai muslimah yang mukminah..
Aku alpa mengejar yang sementara..
Aku leka mengisahkan masa depan yang tak sudah..
Aku lupa masa yang berlalu tadi telah musnah..
Aku tak cakna dengan hukuman dan balasan yang bakal aku baca
dalam kitab amalanku di Mahsyar ..
Aku tak takut dengan tayangan semula dosa-dosa di dunia ketika aku disoal di mahkamah ALLAH nanti..



Ya ALLAH...
HidayahMu sangat bernilai.
Tak terhitung dengan segala kemewahan dan keasyikan duniawi yang lain..
Izinkanlah aku Duhai YA ALLAH..
Izinkanlah aku menjengah kembali pintu taubat nasuha yang aku rindukan itu..


Please let me love you whole heartedly..
Please please please...

No comments:

Post a Comment