Be Confident & Feel it

Sunday, July 26, 2009

Serangan iman

Salam..
Apa khabar sahabat-sahabat?
Sihat tak iman hari ini?
Kalo ada problem, dah jumpa doktor yang sepatutnya? (^_^)

Tit tit tit...tiiiiiiiiiiiittttttt.....

Denyutan nadi segumpal darah merah yang bersatu membentuk sebuah organ bernama hati semakin lemah..
Saat ini hatiku barely able to breath..mati kesemputan..
Sokmo mati diserang angin ahmar maksiat hati..
Strok maksiat berderu-deru membuat serangan balas tatkala iman memuncak ke puncak jabal taqwa..
Serangan bertubi-tubi khayalan dunia fana menyerang ruangan memori..
Serangan hendap nafsu di sudut mata dunia mencari-cari peluang terlelap dari ibadat dan berkat.

Dusy dusy kebbabom!
Bom tangan wahan terus menerus dilempar ke pos kawalan zikrullah.
Tak putus asa melemahkan sistem pertahanan iman lantas aku..

Aduh! argh! pedihnya!
Mengerang kesakitan yang zahirnya asyik dan tak disedari sistem pertahanan ketabahan iman.. Darah iman yang segar terpaksa mengalir keluar
Meninggalkan hati lantas membasahi luka dosa.
RUGI RUGI..
Lumpuh.
Longlai.
Terjelepuk di birai taubat..
Tak tercapai alternatif perubatan maksiat terbaik yakni taubat nasuha.
Juzuk taubat suci yang kudus ini tak mampu bergerak menembusi masuk semula ke kapilari
darah yang menyalurkan darah beriman..
Pegun.
Stuck.
Tersekat ditengah-tengah laluan darah kotor dalam hati.
Saliran darah hatiku terlekat-lekat dengan gumpalan kolestrol zina hati..
Penyakit ini kronik hingga membawa kepada tekanan darah tinggi yang berhawa nafsu..

ALLAH..........
ALLAH..........
Izinkanlah aku hidup hanya ditemani kalimah suci ini...
Kurniakanlah aku hidayah berpanjangan..
Aku memohon engkau simpangkanlah aku dari laluan u-turn ke zaman jahiliahku dahulu..
Amin ya rabbal ala min..



Sedikit sedutan kisah wahyu terakhir yang ana khas letakkan untuk sahabat sekalian..
SAYU... tak tergambar dengan kata-kata insan biasa macam kita...


Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para
sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata:

“Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya.
Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir
dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan
menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang
memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid
hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman
yang putih.
Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di
atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah
sebentar meninggalkan aku.
Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t.,
kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh
malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail
berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk
bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku.”
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata,
“Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul
yang diutus kepada kami dan untuk semua,yang mana selama ini anda memberi
kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah para
sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang
terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu
daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja.
Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan
Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan
mengambil pelajaran dari mati.”

Wallahua'alam..
Wassalam..

p/s: Kawan-kawan.. HARGAILAH AL-QURAN DAN AL-HADIS dengan menjadikan kedua-duanya sahabt sejati kawan-kawan.. Penulis juga berdoa kita tetap bersama-sama menghayati dan mencintai hadiah yang tak ternilai harganya peninggalan kekasih kita yang tercinta Baginda NABI MUHAMMAD s.a.w ini.. (~_^)

No comments:

Post a Comment