Be Confident & Feel it

Thursday, May 14, 2009

Solusi Kecewa Yang Pedih

Assalamualaikum wbt. (^_T)
Bismillahhirrahmnirrahim~

Adoi,
Puas sudah menangis, merintih,
Kenapa itu harus terjadi?
Dentuman hujanan batuan berupa kerikil kata-kata melebamkan dinding jiwa.
Aku tertanya-tanya,
Apakah ujian yang diturunkan ini adalah untuk
menguatkan jiwa yang rapuh ini?



Tarbiyah itu bersifat memaksa.Nak atau tidak,
Diriku dah terjun ke dalam medan juang ini, bersifat terbuka saja. what's wrong with that huh?!

Aku masih bertatih.
Terkadang terjatuh di lubuk ketidakyakinan.
Bangun kembali mengibas-ngibaskan
debuan jahiliah yang terlekat di celahan jiwa.

Cuba lagi!
Bangun berlari, ditolak ke tepi,
terperosok dalam longkang pandangan sinis orang lain.
Argh! ini menganggu perjalanan aku nih.



Cuba lagi!
Bingkas menolak tangan-tangan sang pengacau,
Tak lama kemudian,
tersembam mukaku ke tanah perjuangan dek dihalang tali ujian di pergelangan kaki.

Cuba lagi!
Aku mengesat darah luka perjuangan di bibiran tinta,
Nah,kali ni,
Ditarik pula aku dari rantaian hati-hati jalan juang
Terus,berderaian manik-manik air mataku menzahirkan kecewa..



Sudahla sudah
Aku sudah give up.Give up dengan semua ini.
Ma'assalamah buat sahabat2.
SELAMAT TINGGAL.. Jaga diri ampa semua molek-molek.

Izinkan aku pergi membawa diri yang lara ni
Aku perlukan masa untuk semua ini.
Biar aku kembali dengan semangat juang baru.
I NEED MORE TIME, WHY DONT YOU ALL GET IT??!
Nak mantapkan diri dulu.
Dont disturb me!
Andai di medan juang yang besar nanti, kelibatku tidak kelihatan,
Doakan moga diri ini sentiasa dibimbing ke jalan redhaNYA.
Jangan disesali pertemuan kita kerna itu semua sangat bermakna buat diri ini.

Tata titi tutu



Wop wop wop, wait semenet!~

~Apakah ini yang IMAN aku mahukan atau NAFSU aku mahukan?~

Percikkan kembali air mata keinsafan di pinggiran mata-mata mengantuk yang ingin tidur dari medan juang.
Tampar kedua-dua belah pipi muka yang mamai diulit mimpi keputus-asaan.

NO NO NO.
SAY NO TO GIVE UP!
Aja-aja Fighting!
My journey of tarbiyah wont last untill the last breath!

Kawan-kawan, sekadar nasihat,

Kalo kita sentiasa give up dengan masalah yang melanda,
Cuba kalih belakang, imbas tangisan manusia lain yang merintih kelaparan tanpa sisa-sisa makanan.
Kaji semula deraian air mata yang terluka dengan bilahan memori kehilangan yang tersayang.
Pikiaq-pikiaq balik, lagi sadis kisah depa nak banding dengan kita nih..

Jangan bila orang jentik lobang hidung kita sikit, kita dah mengadu meraung-raung sakit yang tak seberapa tu.
Enggak perlu dong kita terlompat-lompat memegang hujung jari kaki dek digigit semut merah yang disembur ridsect pun terus kojol tu..

"Isy,nak bagitaw masalah aku pun tak pandai macam mana, ujian korang tak macam ujian aku,
aku sedih ni,sedih giler ni taw tak? korang bagi nasihat ikut sedap korang jer,
korang tak faham masalah aku, takyahlah pandai-pandai bagi nasihat, cakap senang ar,korang tak akan faham jugak"

Waduh2, mind setting jenis begini even sampai malam raya tahun depan pun payah nak setllekan masalah tu.isy3
Begini,
Andai manusia sekeliling gagal meraih keyakinan kawan-kawan untuk settle masalah kawan-kawan,
AYOH!
Back to Al-QURAN n As-SUNNAH~
Kedua-dua elemen penting dalam ISLAM tu yang patut kita dahulukan sebenaqnya~

Dalam Al-Quran contohnya:
Antara azimat penguat semangat yang ALLAH dah bagi free2 kat kita time rasa down,

Selak,Terjemah,Hayati,Amalkan ok~

Surah al-Ankabut ayat 2-3:
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar
dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. 29:3)"

Manusia tidak dibiarkan dengan pengakuan atau dakwaan tanpa bukti. sebaliknya mereka dicabar oleh ALLAH SWT dengan pelbagai kesukaran
sehingga terbuktinya kedudukan mereka sama ada seseorang yang benar pendiriannya atau seorang pembohong.

lagi,
Surah al-Baqarah ayat 214:

"Apakah (munasabah) kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. 2:214)"

Ayat tersebut diturunkan oleh ALLAH SWT sebagai jawapan kepada orang yang selalu berfikir, bahawa azab sengsara yang ditimpakan kepada orang-orang berjuang menegakkan agama ALLAH itu, sebagai suatu tanda atau isyarat bahawa Tuhan tidak restu..

-Huraian ayat2 itu penulis ambil dari "Sirah Nabawiyah-Insan Teladan Sepanjang Zaman = hasil karya istimewa Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat"-



Settle dah?

Setakat itu saja buat masa ni, (^_^)
jumpa lagi~
jangan give up OK~

2 comments:

  1. never give up!
    aja-aja fighting!

    ReplyDelete
  2. aisyah.. r u ok??? i also experience what u feel.. sometimes bila angin kuat(@ dugaan syaitan) yg datang, rehatkan sebentar bahteramu itu, fikir3, selami sgala ilmu dan kefahaman, renung2kan, ingat balik milmu2 yg kita belajar, dan apabila ada booster kt diri, pecutkan balik bahtera kita... sayang aisyah, cya in kuantan the best place ever =p hehehe...

    ReplyDelete