Assalamualaikum.
Wadus2. Lama juga x update.
Khuatir plak andai diri menulis blog hanya sekadar untuk berbual-bual kosong dengan kawan2 semua.
Maaf bangat sih,kalau kawan2 rasa blog hingusan ini kurang pengisian, harap dapat ditegur (T_T)
Adoi,sejak2 kebelakangan ni, jiwa terasa kosong tanpa tarbiyah dariNYA.
Mungkin tarbiyah ini sedang bersiaran langsung tapi jiwa yang dah penuh dengan cinta dunia, cinta kesenangan dunia amat payah nak rasa kehadiran makhluk bernama "TARBIYAH" neh.
Hurm..kawan2,
mari saya imbas satu kisah tarbiyah direct dari ALLAH untuk sebuah keluarga berikut.
panjang juga kisah ni (T_T)
sebuah kisah menyayat hati.sekadar perkongsian.
Seorang ayah terbatuk2 menahan sesak di dada. bagaimana teruk semputnya, hanya ALLAH yang Maha TAHU. Hairan di hati, "aneh, selama aku batuk, tak pernah seteruk ini tersilap makan rasanya. merokok pun tak pernah".
Dengan takdir ALLAH, kebetulan pada suatu hari,anaknya yang bakal melanjutkan pelajaran di sebuah ipta tanah air harus melalui medical check-up di sebuah pusat pakar di utara semenanjung. Peluang itu diambil sama si ayah untuk buat medical check-up di hospital yang juga merupakan tempat pantang larang dalam hidupnya.
Terkejut di hati "Subhanallah, x-ray dari doktor menunjukkan paru-paru sebelah kiri aku hampir tidak nampak."
Doktor juga agak terkejut bagaimana air dalam paru-paru boleh wujud sebegitu rupa. Lalu diminta ayah itu tinggal dalam wad untuk pemeriksaan lanjut air tersebut. Dada tua itu perlu ditebuk untuk mengeluarkan air yang bertakung. Gerun di hati mengenangkan dada tua ini bakal ditebuk tiub halus.Mengikut perkiraan, inilah pertama kali ayah itu dimasukkan ke dalam wad dan perlu dioperasi. Debaran kian memuncak.
Bermulalah episod sedih di mana berita yang menggemparkan dikhabarkan.
Bermulalah episod sedih di mana berita yang menggemparkan dikhabarkan.
Seorang isteri yang setia mengangkat telefon dari seorang suami yang disayangi.
"Normah, doktor suspect air tu ada sel kanser". Jantung si isteri seakan-akan terkeluar dari kedudukan asal.Mulut ditekup dengan tangan kiri menahan kejutan dahsyat itu.
Si anak paling kecil sangat hairan melihat tingkah laku ibunya,tambahan pula ibu itu memintanya keluar segera dari bilik lalu mengunci pintu bilik itu. Si anak terasa sangat lain macam, lalu diberanikan dirinya memanjat tingkap masuk ke bilik ibunya tanpa memikirkan bahana jatuh. Dia terus berlari mendapatkan ibunya."kenapa dengan abah,mak?".
Si ibu terkejut melihat anaknya muncul dari celahan almari bilik. Terpaksa juga dia menerangkan kondisi itu. "doktor suspect abah ada sel kanser dalam air kat paru-paru tuh."
Si ibu terkejut melihat anaknya muncul dari celahan almari bilik. Terpaksa juga dia menerangkan kondisi itu. "doktor suspect abah ada sel kanser dalam air kat paru-paru tuh."
Si anak seakan-akan dirasuk makhluk halus,terus berlari laju masuk ke bilik. Ditangisi berita itu sepuas-puasnya. Muka disembam ke bantal. "huuwuu huuwuu". Tangisan kuat itu mengejutkan si nenek yang berada di bawah. Si ibu mengekori anaknya lalu kedua-duanya menangis bersama-sama. Si nenek tua itu pula mengagahkan tulang tuanya menaiki tangga ke tingkat dua lalu mendapatkan dua keturunannya itu."kenapa normah?".
"mak, doktor syaki usop ada kanser kat paru-paru dia"
"astaghfirullah..." si nenek terduduk di penjuru katil.
Terus,episod perubatan secara moden dan islam berselang-seli dimulakan.
Tubuh lemah si ayah yang sudah disyaki kanser stage 4 bertubi-tubi dimasukkan pelbagai ubat-ubatan. Berubat kampung, dituduh terkena santau. Berubat moden, dicop kanser paru-paru. Mana satu yang betul, hanya ALLAH yang Maha Tahu.
Entah berapa kali dada si ayah itu ditebuk bagi mengeluarkan air darah kanser itu yang kerapkali menenggelamkan sebelah paru-parunya.
Entah berapa kali dada si ayah itu ditebuk bagi mengeluarkan air darah kanser itu yang kerapkali menenggelamkan sebelah paru-parunya.
Entah berapa macam komplikasi penyakit lain bertandang di tubuh ayah tua itu.
Sampaikan penyakit hernia, bengkak hati, sengkak perut, buasir dan lain- lain lagi.
Sampai satu tahap, si ayah terpaksa dimasukkan ke dalam hospital milik penuh pendakyah kristian "mount miriam hospital" di p.pinang yang dikhabarkan mempunyai teknologi perubatan yang canggih untuk rawatan kanser, chemotheraphy yang berkesan, kononya. Gambarkan andai pegangan iman tidak kuat,mungkin sudah lama termakan dakyah kristian di situ. Naudzubillah himin zalik. Bahayanya di mana akan ada satu detik, seorang biarawati akan datang memberi dakyah mengajak mengikut agama kristian tatkala pesakit menghadapi detik-detik kematian. Berjaga-jagalah wahai kawan2. Licik sungguh mereka berjuang mempermainkan iman di dada umat ISLAM.
Malah, hati si ayah juga pernah remuk redam mendengarkan tanggapan seorang doktor pakar bahawa kansernya itu sudah di tahap yang menunggu ajal menjemput.
Malah, hati si ayah juga pernah remuk redam mendengarkan tanggapan seorang doktor pakar bahawa kansernya itu sudah di tahap yang menunggu ajal menjemput.
Bahkan si doktor tak bermoral itu mengatakan jangka hayat hidup ayah tua itu hanya sekadar 2 tahun lagi. Apa bagus sangatkah dia menidakkan kekuasaan ALLAH yang memiliki segala nyawa? Nafsu serakah itu bangga menetapkan bom jangka hayat pada makhluk yang juga sama taraf makhluk dengannya? That was somenthing which totally WRONG!!
Semenjak itu, hidup keluarga itu dirundung pelbagai lagi tarbiyah dari ALLAH..
Kawan-kawan mahu tahu ending story neh?
Kawan-kawan mahu tahu ending story neh?
Hopefully, they become happily ever after and that father recover right?
Tuuuttt.. wrong guess.. (T_T)
"KUN FAYA KUN "..
Di Loh Mahfuz, sedia tercatat,
si ayah akhirnya menemui Tuhan Pemilik Segala Denyutan Nadi pada tanggal
23 februari 2008.
Bukan karena kanser paru-paru, bukan kanser perut..
tapi TAKDIR ALLAH yang mematikan si ayah tua pada detik itu,pada kondisi itu.Kanser bukan peragut nyawa yang mutlak.
Nah, orang yang tiada sakit apa2 pun bisa ditarik nyawanya apabila TAKDIR ALLAH menguasai.
Bayangkan penderitaan si ibu tadi.. Tarikh hari lahirnya kebetulan pada keesokan harinya,
24 februari.. Disambut kedatangan hari itu dengan kehadiran sanak saudara yang datang melihat jenazah si suami tercinta buat kali terakhir.
Dikisahkan, perjalanan tarbiyah kedua berlangsung,sejurus selepasa jenazah si ayah dibawa keluar dari rumah, si nenek tua tiba-tiba terjelepuk longlai di sofa, mengadu lemah-lemah badan. Temperature badan tua itu melambung sebanyak 2 darjah celcius.Dia mula meracau-racau. Dibawanya ke ustaz, dikatanya sampuk. Seharian begitu, pakcik yang sulung tekad membawa nenek tua itu ke hospital kerna sudah koma dan disyaki terkena strok.Selang beberapa hari, tepat tanggal 26 februari 2008, si nenek tua itu pula pergi. Meninggalkan si ibu tadi keseorangan tanpa lagi kasih seorang suami dan cinta seorang ibu.Saat allahyarham si nenek itu ditutup mukanya dengan kafan, si ibu merintih menangis.. "mak, saya nak dok dengan siapa lepas nii? , usop baru ja takda."
Tangisan hiba itu meruntun jiwa sanak saudara yang lain.Si nenek tua itu mungkin merindui untuk bertemu suaminya yang telah 7 tahun tiada dan menyusuli pemergian menantu lelakinya yang tersayang.
Detik kisah tarbiyah ketiga bermula tatkala menantu pertama perempuan keluarga itu pula diuji. Pemeriksaan doktor mendapati terdapat tumor di kawasan belakang lidahnya. Episod perubatan moden dan islami dimulakan lagi sebagai usaha tawakal kepada ALLAH.
Dipotongnya lidah sehingga tinggal sebelah bahagian sahaja. Proses makan dan minum perlu melalui tiub yang dipasang menerusi hidung.Apakan daya, kemudian,tumor itu berubah menjadi kanser lidah. Diterima berita itu dengan hati yang perit namun usaha tetap kena usaha.
Takdir ALLAH penentu segalanya.. menantu perempuan itu selamat bertemu menghadap Tuhan Pemilik segala Jiwa pada tanggal 4 september 2008.
Subhanallah..
Subhanallah..
Begitulah takdir ALLAH, 3 kematian setahun menimpa keluarga itu.
Lumpuh tanpa seri seorang ketua keluarga, Pincang tanpa kerenah nenek tua,Sunyi tanpa kehadiran menantu pertama..
Kisah hidup keluarga itu masih lagi bersiaran langsung..
Semoga keluarga itu tetap tabah menempuh segala dugaan dan tarbiyah dari ALLAH.
Semoga ibu tabah itu terus tabah, kuat, cekal, teguh iman dalam menempuh tarbiyah yang sedang dan akan berlangsung..
Semoga si anak itu juga tahu menghargai ibunya yang terpaksa melahirkan senyuman di wajah sedangkan hati tua itu terluka dihiris-hiris kilauan pedang kenangan manis dahulu..
SYAH SAYANGKAN MAK...MAK KENA KUAT..KAMI AKAN KUAT DENGAN KEKUATAN MAK..YA ALLAH.. TENANGKANLAH JIWA EMAKKU DENGAN JAMINAN HIKMAH DI SEBALIK UJIANMU INI..amin..
mungkin aku blum merasa sebagaimana yang dikau rasa..lantaran aku belum melalui apa yang telah engkau lalui..maka, sebenarnya aku tak layk untuk berkata apa2..tapi cukuplah ku khabarkan padamu, pedoman buatmu terlalu dekat dan hampir..cukuplah dengan mneliti kekasih tercinta Junjungan mulia, Muhammad almustofa..hidupnya lebih hebat darimu..ditinggalkan sang abi sewaktu masih belum sempat untuk mengenali..malah si umi mengikuti seusia masih belum mampu untuk berjalan sendiri..hidup menumpang2..ke sana ke mari..disusi oleh orang yang asing bagi dirinya..dibesarkan oleh bapa saudara..begitu juga, ditinggalkan oleh sang jaddi diwaktu belum puas mengecap kasih sayang dari kluarga tercinta..dialah idola kita..ya ukhti..jangan kau nafikan bahawa dia nabi..kerana dia juga manusia seperti kita..lantaran dia nabi, seharusnya, Allah memberikan segala kecukupan padanya..tapi tidak begitu..itulah ketetapan Allah yang disusun rapi sejak manusia diutuskan..
ReplyDeletekerana apa Dia mengutuskan sebesar2 bencana kepada manusia??kerana sebagai peringatan..begitu juga ujian..sebesar2 ujian, Dia Maha ahu apa yang terbaik buatmu..juga buatku..aku juga berpesan kepada diriku spaya beringat bahawa dunia ini adalah pinjaman..segalanya pinjaman..ibu adalah pinjaman, ayah adalah pinjaman, kakak mahupun abang dan juga adik juga pinjaman dariNya..kita juga pinjaman Allah buat dunia..sampai masanya akan kembali menemui pemiliknya..aku juga sedang mengajar diriku, agar redha dengan apa yang kumiliki..kehilangan atau kecurian..sebagai persiapan untuk kuhadapi sekembalinya insan2 yang kusayangi kepada pemilik Rabbul Izzati..
sungguh ya ukhtie, dikau kuat..jadilah sekuat sumayyah dan maisarah..rela menyerahkan anak dan keluarga tercinta kepada kehendak Allah semata..itulah ujian keimanan dan keutuhan aqidah kita padaNya..
dan semua yang kurngkumi kutujukan jua buat diriku yang lemah ini....masakan tidak, aku belum diuji sebagaimana dikau telah diuji..sungguh dikau hebat ya ukhtie..ada sesuatu yang Allah mahu berikan pada kita..ayuh cari kembali diri, kesilapan kita selama ini, baiki apa yang silap dan tambah apa yang kurang..aasif ya ukhti..aku gagal menjadi temanmu yang bisa mmbimbingmu ke jalanNya..maafkan aku..
doaku, moga dikau dan ibumu sentiasa mendapat redha,rahmat dan maghfirahNya..
ya a'isyah,gembirakanlah hatimu andai ayahnda sedang aman di sana..jangan disedihkan lagi kepergiannya..kerana yang terbaik dari seorang anak itu adalah mahu ayahnda dan bonda bahgia di alam sana..
sirru 'ala barokatillah
salam tarbiah.sungguh hebat apa yg menimpa si aisyah dan pengembara ni.sungguh antuna memang seorang permata islam yg bersinar.cukup tabah menghadapi hidup.jika dibanding diri yg hina ini terlalu byk kekurangan tarbiah.cis bergelar je pencinta tarbiah tp sgt lemah bila diuji iman..betul kata pengembara ujian rasulluah lg hebat..dakwahnya ditentang dan mcm lg..banding diri yg konon pencinta tarbiah ini terlalu daif diri ni..layukallifullahunafsanilawusha'a
ReplyDeletesalam mujahadah buat ukhitiku, aisyah..alhamdulillah, ujian itu tanda kasih dan sayang Allah pada kita..semoga terus ikhlas menerima setiap ujian yang datang menerjah sebuah kehidupan..kita bukan milik makhluk..kita tak pernah memiliki atau dimiliki secara hakiki sesama makhluk..semuanya fana..hanya pinjaman dari Yang Maha Tinggi..semua makhluk milik Allah..redhakanlah pemergian insan tersayang pergi menghadap Ilahi..itulah fitrah..kita datang dariNya dan akan pergi kepadaNya..semoga aisyah dan saya sendiri sentiasa ikhlas menerima setiap tarbiyyah yang datang dari Allah..apapun, saya kagum, Allah mengurniakan ketabahan pada dirimu untuk berhadapan dengan semua ujian ini..kurasakan diri ini belum lagi diuji seberat ujian yang aisyah alami, tapi mungkin bentuk ujian diriku berbeza dengan dirimu..mujahadah dengan diri sendiri..ujian hatilah yang paling berat..sukarnya nak suburkan sebuah organ bernama 'hati'..may we always continuing to remind each other..tegurla diri ini andai ada yang silap, tidak selari dengan kehendak ALLAH..YA ALLAH, kumohon peliharalah hati kami..cucilah hati kami dengan iman dan taqwa yang sebenar-benarnya padaMu RABB!!
ReplyDeletesalam ya sahabatku Aisyah...
ReplyDeletesesungguhnya ak bukn insan yg sempurna tp ak begitu kagum dengan apa yg kau telah lalui...
hati ini begitu lemah jika ak ditakdirkn berada ditempat mu...
cuma inginku kongsikn sesuatu disini yg mungKin dirimu juga pernah mendenGar kisah ini..
sesungguhnya ada seorng penyair sufi menghayati mata hatinya...
"aKu pOhon kekuaTan & Tuhan beriKan ak keSuliTan utk jadiKn ak gagah".
"aKu pOhon ciNta & Tuhan berikAn ak mereka yg bermusuh uTk ku cari peneman duka".
"ak pOhon keteguhan hati & Tuhan beriKan ak BahaYA utK ak ataSi.
Justeru.....ak xPEROLEH APA-APA Yg AKU IMPIKAN.
taPi mengertiLAh sahaBAtku..ALLAH Xmemberi apa yg kita MahuKAn tp dia BERI APA YG KITA PERLUKN..
MAKA sujud & mohonlah yg terBaik hnyA pada ALLAH krana hNYa dia sahaja yg mengetahUi sgla yg TERBAIK...
SEMOGA AISYAH sntiasa berada dibawah naungan serta keredoan ALLAH..amin