Be Confident & Feel it

Thursday, October 2, 2014

..Seratus ringgit kita dan seratus ringgit dia..

~Dedikasi khas buat Pakcik (i know who)~


Seratus ringgit kita mungkin bertahan dalam masa 15-30 minit.
Online shopping, berjela senarai dress berjenama, beg berjenama, apa-apa sahaja rekaan pereka eksklusif..

Seratus ringgit dia mungkin dibelanjakan untuk pelajaran anak-anak. Malah mungkin terpaksa berhutang sementara dengan pihak sekolah.. yuran tetap yuran...
 -----------
Seratus ringgit kita untuk kehendak..
Laju sahaja apabila membayar.. Seronok apabila dapat parcel.. Melawa depan cermin. Keluar berjalan bersama kawan-kawan.

Seratus ringgit dia untuk keperluan. 
Belanja ubatan isteri dan anak-anak.. Mungkin ubatan penyakit kritikal..biarlah hanya sempat satu pusingan dialisisnya.. mungkin untuk ubatan lelah anak yang lain.
 ------------
Seratus ringgit kita mungkin untuk memenuhi perut seringkas waktu tengahari..Makan malam restoran francais..Pesan saja ikut mahu kita.. Duit ada jangan risau.. Selak dompet, kepingan biru kehijauan setia menanti..

Seratus ringgit dia mungkin mampu bertahan dalam masa seminggu…
Buat makan dan belanja anak-anak..mungkin itu saja masa dapat merasa daging mahupun nasi..belasan orang ramainya..
  ------------
Seratus ringgit kita mungkin datang dari gaji 2-3 hari bekerja.. 
Duduk dalam pejabat berhawa dingin, selesa dan empuk berkerusi meja.. Yang sentiasa perlu dikerah mungkin idea dan pemikiran terutamanya. Cukup masa, balik,tutup komputer,rehat.

Seratus ringgit dia datang daripada rembesan keringat. 
Tak kira penat dan semput.Gigih membanting tulang empat kerat mengangkut barang..biarlah sakit seluruh badan, asalkan amanah dilaksanakan demi mencari sesuap rezeki keluarga. Lenguh semalam tak surut lagi.
  -----------
Satu perkara yang saya perasan dan sangat menyentuh hati. 
Pakcik sangat puas dan gembira menerima seratus ringgit itu. Bukan sahaja gembira malahan pakcik sangat menghargai dan bersyukur.. terbayang wajah ceria isteri dan anak-anak menyambut kepulangan hero mereka..

Bagaimana pula dengan kita? Pernahkah kita menghargai seratus ringgit itu atau sekadar melepaskan keinginan semata?

Maaf, Pesanan ini khas buat diri saya dahulu.. Bukan simpati yang saya tagih dari post ini kerana pakcik ini sudah cukup istimewa dalam alam pekerjaan yang dia ad sekarang.

Ayuhlah bersyukur ;)
Ganjaran besar ALLAH buat hambaNYA yang sentiasa bersyukur..

Firman Cinta dari ALLAH:
(Surah Ibrahim: 7)
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

1 comment: