Be Confident & Feel it

Monday, February 21, 2011

luahan mengubat rasa..ALLAHU Ghoyatuna (^_^)


aku tak pinta bermewah dengan dunia...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang terhebat

aku tak pinta jaminan kerja lumayan...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang teratas

aku tak pinta wajah cantik seindah bidateruna...
itu kejaran manusia biasa...
bertanding siapa yang terhangat

aku tak pinta kesenangan dunia yang melekakan..
itu kejaran manusia biasa..
bertanding siapa yang bertuah
kerana
mahar perjuangan ini menuntut kehadiran susuk tubuh yang luar biasa..

khalifah itu bukan manusia biasa...
khalifah itu mencintai ALLAH dan RasulNYA melebihi segala2nya..
khalifah itu mengutamakan pertemuan indah di sepertiga malam bersama kekasih Agung..
khalifah itu tegar melayan masalah umat daripada melayan kepentingan peribadi..
khalifah itu takut pada kemurkaaan ALLAH yang sangat malang baginya...
khalifah itu menangis bukan kecewa dek aturan hidupnya tapi tatkala gagal melaksanakan amanahnya..

bicara indah ALLAH pada ayat ini menyentuh kalbuku
Nilai tertinggi "ISTIQAMAH" menjadi dambaan..
surah al-Ahqaaf:13
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. "


hanya ini yang ku pinta...
perjuangan ini jangan dimudahkan...
perjuangan ini jangan dimainkan...
perjuangan ini jangan diperlecehkan...

siapalah kita mahu menolak perjuangan?
sedangkan itu bukan semangat yang dilaung-laungkan.
berdegar-degar tanpa solusi..
bertekak di medan selesa..

siapalah kita mahu menghalang perjuangan?
sedangkan umat masih tak keruan...
tidakkah sedih melihat umat ini bergelimpangan?
terdampar di layaran maksiat...
generasi tak berayah tapi beribu..
generasi yang tak berlesen hak masyarakat..
generasi yang lahir dari percaturan nafsu serakah..

jika bukan diri ini yang bergerak,
apa jawapan pada soalan ALLAH nanti?
apa sumbangan kamu pada umat ini?
bersedialah menerima balasan atas amanah yang tergadai itu..

adakah sekadar melihat dari jauh?
adakah sekadar mengutuk tanpa belas?
adakah sekadar menjaga kepentingan kelompok sendiri?
adakah sekadar meninjau masalah luar tanpa prihatin pada masyarakat terdekat?


aku mahu mencorak generasi tarbawi
tak lelah kerana lelah biasa
tak lembik kerana lembik biasa
biar nanti generasi ini
tekad menapak selangkah ke hadapan
memegang panji jihad
bukannya leka melayan gajet terkini
kerana
medan dakwah itu perlukan mereka
medan siasah itu mahukan mereka


aku mahu
generasi nanti
bangkit mara menyahut seruan
bukan sekadar mengikut arus perdana
terumbang-ambing tanpa tali yang kukuh
mengejar realiti yang sebenarnya maya semata

jika ini yang aku mahukan,
aku sendiri perlu tekad memburu lesen ini:
manusia luar biasa malah menjadi hamba ALLAH yang sangat luar biasa!
moga bukan permainan kata sekadarnya.

"Innalillah hi wainna ilaihirojiun..
Allahumma ajirni fi musibati, wa akhlifhi khoira minha"

Wednesday, February 16, 2011

...bukan mudah....


Assalamualaikum wbt..
.UJIAN.
"itu tanda kasih ALLAH pada kita". ungkap seorang sahabat. =,)
esakan itu makin kuat,
malah bertambah kuat bila diulangi "ALLAH pilih orang yang kuat untuk menerimanya".
kepedihan itu merobek-robek jantung..
kesakitan itu mencakar-cakar kalbu,
keperitan itu menyengat..
setelah menyelongkar lubuk hati,
jiwa ini baru ku kenal,
ianya cukup rapuh dan poros.
ianya mudah jauh dan jatuh.
"aku kecewa kenapa bukan aku???!! "
@##$$$%%%^
godaan kedudukan rupa-rupaya sudah menggamit, *bling-bling*
nampaknya niat aku sudah salah dari awal. Padan muka ang.heh =p
cuma sekarang ianya ketara.

terkesima aku berkenalan dengan "niat jahat" itu,
ibarat gunting dalam lipatan.memotong redha ALLAH pada aku selama ini..
"oh, engkau rupa-rupanya menyebabkan aku jauh dari ALLAH?!"
terlihat jelas...
kelemahan dalaman mulai mengalir sederas titisan air mata hangat ini.
mata sepetku membengkak macam terkena suntikan "kissing bug" ataupun "tsetse bug"
aku menangis semahu-mahunya....biarlah orang nampak, nak sembunyi tapi spek mata hitam tinggai di rumah...(T_T)
ikutkan nafsu,
mahu sahaja lari jauh-jauh.
tapi itulah bahananya bersesatkan nafsu..
ikutkan hati,
mahu sahaja diri ini pergi...
tapi itulah ancamannya bermusuhkan iman..
ikutkan akal,
mahu sahaja ku terpa berjuta-juta persoalan..
tapi itulah rosaknya pulangan ketidaksabaran...

but don't worry...
ALLAH sentiasa bersama-samaku...
aku bersimpuh menghadap Tuhan pemilik segala Jiwa..
kekuatan yang aku perlukan kini sudah mulai menerpa..
aku cuba membina jiwa lusuh ini,
jahitkan kembali dengan benang-benang ukhuwah,
aku cuba tampal dengan sutera kasih ALLAH,
aku gunting lebihan benang halus hasutan syaitan,
aku sematkan pin kesetiaan, jarum peniti kekuatan..
kini aku mahu berdiri lagi sekali,
memakai jiwa yang baru lega..
terima kasih Ya ALLAH,
Engkau pilih daku...
Engkau pilih daku...
Engkau pilih daku..
hak memberi nikmat
dan juga
hak memberi azab,
itu MILIKMU yang Mutlak.
kerdilnya diriku mahu melawan aturan taqdirMU..

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH..
itulah motto hidupku sekarang!!