Be Confident & Feel it

Wednesday, October 27, 2010

ohayo kuantan (^_^)


Assalamualaikum wbt.
suatu ungkapan doa indah buat saudara seagamaku. (^^)

selamat pagi kuantan. suasana kedamaian jelas terpancar pada sinaran mentari ba'da subuh.
no wonder why Umat Islam tidak digalakkan untuk tidur selepas subuh.
keberkatan masa itu terletak pada waktu ini.
saya fikir jika kita tidur lepas solat subuh dan bangun jam 10, hidup terasa terumbang-ambing dan jadual lari lintang pukang.
saya mahu kongsi perasaan ini dengan semua orang, supaya mereka sedar apa hikmah di sebalik mencari keberkatan selepas subuh.
soal bicara mata hati dan bukan sekadar akal biasa
sebenarnya bisa mengubah gundah gulana menjadi riang gembira dalam pertukaran saat kerna dalam setiap perincian hidup kita, saya jadi bersetuju untuk mempositifkan diri pada setiap perkara,
ALLAH dan atuq molek pada taqdir setiap kita.
bilamana kesukaran diberi bertalu-talu, saya sudah mula mahu mengorak paradigma yang lebih cantik "ALLAH nak bentuk jiwa aku menjadi kuat dan kental".
di saat kita diuji dengan perasaan senang dan happy moments, saya mula memikirkan tiada yang lebih menggembirakan melainkan dapat gembira dalam naungan rahmat ILLAHI
"ALLAH menguji tahap kesyukuranku di kala ini".
jika hidup sentiasa alert dengan setiap hikmah yang berlaku, saya fikir tak mustahil untuk kita mampu untuk terus "menebalkan muka" menahan tohmahan manusia sekeliling atau
menahan kepanjangan hidung pinochio dek "pujian meninggi" dari manusia sekitar yang rambutnya sama hitam tapi hati lain-lain.
satu prinsip seorang kakak di sini, "aku hidup bukan sebab pujian ko, aku pun tak mati dengan cacian ko". kasar bunyinya tapi disitu terselit "aku tak pedulisme" dalam setiap perkara yang bisa merosakkan fokus kecemerlangan dalam setiap hayat di dunia dan akhirat.
bila hati kuat dengan izin ALLAH, nothing is impossible.
bahkan, jika di saat musuh ALLAH mahu memenggal kepala kita pun, insyaALLAH, masih kuat akidah kita ALLAHU AHAD.
tatkala exam (exam je pun..)
mahu menjengah jendela minda, saya mula gabra dan BP jadi tak stabil,
tambahan pula sympathetic nervous system sedang beroperasi. "flight-fright-fight response".
sapa tak ketaq bilamana memikirkan timbunan nota masih kemas tak bercalit contengan ulangkaji.habuk pun tak ingat. adeyh (T_T)"
almaklumla...suma ni salah makhluk yang bernama "busy" .
terus-terusan menganggu kelancaran hidup ini.
Eh,lihat, jari ini selalu ditunding pada kesalahan "mahkluk" lain. isy isy isy
kehadiran dan ketidak hadiran makhluk "busy" ini juga ujian.
jika ada, "masa terasa diisi dengan amanah",
jika tiada, "masa panjang lagi der, rileks2 sudah"..
jadi, seimbangkanlah ia dengan keizinan dari ALLAH.
lagi satu, selain daripada mencari hikmah di sebalik sesuatu,
yang penting niatkan dia hati sokmo bahawa setiap aktiviti jasad, rohani mahupun akal kita,
apa yang penting??
"memburu pandangan redha dari ALLAH"..maka segala2ny akan direct padaNYA. xda tersekat-sekat dalam traffic jam.
jika redha manusia yang dicari, kacau bilau penuh accident jiwa ni dek kerna tak dipenuhi kehendak kita.
"ayoh, sahabat2ku, kentalkan jiwa hanya untuk ALLAH"
p/s: rindu pada allahyarham abah...smoga dikau tenang disana (T_T)

Thursday, October 7, 2010

maher zain...er..


Assalamualaikum wbt~
semalam penuh dengan keseronokan. (bercampur baur dengan muka tak bersalah hari tu)
sanggup berkejar-kejar naik bas dari uia kuantan ke uia gombak.. rasa nak tergelak pun ada bila terfikir kembali..ish ish..donia....
well,entah kenapa aura maher zain menyusup di sanubari.
terasa sangat dekat dengan mesej yang disampaikan dalam setiap bait-bait liriknya.
seperti datang sebagai wakil menyampaikan bicara isi hati ini dalam bentuk melodi kontemporari.
pergh, tergamam melihat kesungguhan peminat-peminat yang rata-rata dari warga uia ketika sesi bertemu peminat.
berasak-asakan hanya kerna mahu melihat sendiri wajah maher zain tersenyum menandatangi autograf, tapi sayangnya, tak semua dapat berbuat sedemikian kerna terlalu ramai agresif menyerbu dewan sehinggakan polis terpaksa mengembleng tenaga dengan komiti meleraikan mereka.
cukuplah sekadar itu dengan maher zain,
(tak perlu terlalu fanatik pada manusia yang sifatnya sementara..biarlah berpada-pada)
hurm,
dalam keadaan berhimpitan itu hati ini jadi teringat,
alangkah indahnya jika ketika itu bukan maher zain yang datang,
tetapi baginda Rasulullah saw yang datang.
bukan sekadar sanggup dihimpit hinga patah pinggang,
bukan sekadar meletup kamera dslr menangkap gambar,
malahan,
biar luruh tangan ketika melambai-lambai ke arah Baginda pun sudah cukup bagiku.
kan best kalo semua yang datang berpusu-pusu itu sanggup berpusu-pusu menemui Baginda?
semoga mereka beroleh kesedaran itu..
suasana itu membuka lagi mata hati untuk menggambarkan bagaimanakah keadaan di padang mahsyar nanti,
tatkala ramai yang resah menanti hukuman dan balasan
tak semua dapat lari dari kenyataan itu, maher zain pun sekali (herm...)
atas apa yang hatinya membenci,
atas apa yang lidahnya bicara,
atas apa yang tangannya bermaksiat,
atas apakah kakinya menginjak dosa.
tatkala itu,
hanya satu harapan untuk kita memperoleh penolong dari manusia paling indah yang ALLAH Maha Kasih akan Baginda.
apa mungkin mampu terlihat lintasan wajah Baginda di sana?
apa mungkin mampu terhidu haruman jasad Baginda di sana?
sedangkan, diri selalu terleka untuk melantunkan selawat,
jauh sekali untuk,
mempamerkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
terbenam kaki di ufuk taubat, terasa jauh lagi rupanya untukku sampai ke tahap itu...
bukan setakat nak dapat syafaat, nak menatap wajah Baginda Rasulullah saw yang mulia itupun entah dapat atau tidak..
ya ALLAH, perbaikilah agamaku~
izinkanlah aku bertemu Baginda Rasulullah suatu hari nanti~