semalam.. sejarah hitam menjarah jiwaku~
semalam.. dosa lama bertapak kembali~
semalam.. dosa itu disaksikan Tuhan Maha Melihat..
semalam.. aku menangisi kehipokritan yg melanda diri..
Ya ALLAH..
daku menderita dgn segugus daging yang membengkak dengan dosa lama ini..
daku menangisi ketidak istiqamahnya aku bertaubat padaMU..
isy!!! kenapa diulang lagi?? kenapa kenapa kenapa!!!
apa nak jadi ni?? berulang ku bertaubat, berulang jua dosa itu!!
wah,
selama ni bukan main baik.. bukan main semangat..
Cepatnya aku berpaling tadah..
Cepatnya aku kembali pada dosa lama..
Ke mana harus ku bawa muka hati ini?
Penuh dengan palitan noda~
Jeliknya jiwaku dengan parut2 maksiat~
BURUK!! JIJIK!! PATHETIC!!
duhai hati,
kau mendustakan pengampunanNYA..
kau memperlekehkan lafaz taubat sebelumnya..
kau cepat terburu ikut nafsu menidakkan kesan buruknya..
kau menuduh dirimu akan hidup selama2nya sedangkan ajal itu sedia menanti..
HOI HIPOKRIT!!
kau sedar tak ni? kau sedar atau kau separa sedar?
kau yakin tak ni? kau yakin atau buat2 yakin?
renungi ayat ni.. renungi saja tak cukup..
dalami.. dalami saja tak mantapp.
amalkan... amalkan sekali sekala tidak bermakna..
amalkan dengan istiqamah wahai hati~
(T_T)
Bismillahirrahmanirrahim~
Surah An-Nahl~
[93]Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
[94]Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).
[95]Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.
[96](Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[97]Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
[98]Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
[99]Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
[100]Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
Aku bersimpuh menadah tangan menagih kasihMU kembali~
Tetapkanlah hati ini dengan keindahan taubat~
(,T_T,)
Salam aisyah..
ReplyDeletesebenarnya, apa yang aisyah tulis tu sebijik sama dengan apa yang ainul rasa. tak tipu..
memang nak istiqamah tu..sangat-sangat la susah..kena ada iman yang kuat nak melawan nafsu untuk mujahadah...
kadang2 rasa malu dah dengan Allah, asyik buat benda tak elok, pastu taubat, buat lagi, pastu taubat..
tapi ainul taw, taubat adalah salah satu jalan nak cuci balik hati ni.doakan ainul ye.
sama-sama kita kuatkan diri..