Be Confident & Feel it

Sunday, July 26, 2009

Serangan iman

Salam..
Apa khabar sahabat-sahabat?
Sihat tak iman hari ini?
Kalo ada problem, dah jumpa doktor yang sepatutnya? (^_^)

Tit tit tit...tiiiiiiiiiiiittttttt.....

Denyutan nadi segumpal darah merah yang bersatu membentuk sebuah organ bernama hati semakin lemah..
Saat ini hatiku barely able to breath..mati kesemputan..
Sokmo mati diserang angin ahmar maksiat hati..
Strok maksiat berderu-deru membuat serangan balas tatkala iman memuncak ke puncak jabal taqwa..
Serangan bertubi-tubi khayalan dunia fana menyerang ruangan memori..
Serangan hendap nafsu di sudut mata dunia mencari-cari peluang terlelap dari ibadat dan berkat.

Dusy dusy kebbabom!
Bom tangan wahan terus menerus dilempar ke pos kawalan zikrullah.
Tak putus asa melemahkan sistem pertahanan iman lantas aku..

Aduh! argh! pedihnya!
Mengerang kesakitan yang zahirnya asyik dan tak disedari sistem pertahanan ketabahan iman.. Darah iman yang segar terpaksa mengalir keluar
Meninggalkan hati lantas membasahi luka dosa.
RUGI RUGI..
Lumpuh.
Longlai.
Terjelepuk di birai taubat..
Tak tercapai alternatif perubatan maksiat terbaik yakni taubat nasuha.
Juzuk taubat suci yang kudus ini tak mampu bergerak menembusi masuk semula ke kapilari
darah yang menyalurkan darah beriman..
Pegun.
Stuck.
Tersekat ditengah-tengah laluan darah kotor dalam hati.
Saliran darah hatiku terlekat-lekat dengan gumpalan kolestrol zina hati..
Penyakit ini kronik hingga membawa kepada tekanan darah tinggi yang berhawa nafsu..

ALLAH..........
ALLAH..........
Izinkanlah aku hidup hanya ditemani kalimah suci ini...
Kurniakanlah aku hidayah berpanjangan..
Aku memohon engkau simpangkanlah aku dari laluan u-turn ke zaman jahiliahku dahulu..
Amin ya rabbal ala min..



Sedikit sedutan kisah wahyu terakhir yang ana khas letakkan untuk sahabat sekalian..
SAYU... tak tergambar dengan kata-kata insan biasa macam kita...


Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para
sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata:

“Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya.
Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir
dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan
menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang
memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid
hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman
yang putih.
Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di
atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah
sebentar meninggalkan aku.
Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t.,
kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh
malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail
berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk
bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku.”
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata,
“Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul
yang diutus kepada kami dan untuk semua,yang mana selama ini anda memberi
kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah para
sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang
terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu
daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja.
Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan
Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan
mengambil pelajaran dari mati.”

Wallahua'alam..
Wassalam..

p/s: Kawan-kawan.. HARGAILAH AL-QURAN DAN AL-HADIS dengan menjadikan kedua-duanya sahabt sejati kawan-kawan.. Penulis juga berdoa kita tetap bersama-sama menghayati dan mencintai hadiah yang tak ternilai harganya peninggalan kekasih kita yang tercinta Baginda NABI MUHAMMAD s.a.w ini.. (~_^)

Friday, July 10, 2009

New life new challenges of iman..



AHLAN WA SAHLAN..
Welcome to the Garden Knowledge of Virtue.Congratulations!
You are now have officially become one part of our IIUM family.

Wuujeeng.. Bangganya... Kembangnya lobang hidong bila dengar senior-senior kata gitu.TERER jugak aku ni.. Masuk UIA worh..
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM..
itulah realiti yang bernaung di jiwa..
Betapa bongkak dan takabburnya seketul daging bernama hati ni..
Weh, setakat jasad yang bernadikan seketul daging tu, apalah yang nak dibanggakan sangat..
Sekali ALLAH matikan satu second ja salah satu saluran darah dalam daging tu,
otomatik KIOK,confirm 120%!
HATI ini semput, lelah, lemah tanpa bantuan pernafasan udara kenikmatan rahmat dan redha ILLAHI..

hello hello aisyah!!

Faham tak realiti hamba tu apa?
Hamba tu mana boleh lupa tokey.
Syarat2 wajib menjadi seorang hamba kenalar sedar status diri.
SO, bilamana ang mengaku menjadi hamba ALLAH,
Apa layakkah ang nih terhegeh-hegeh dan sanggup berbangga-bangga??!!
Kawan-kawan,
Kalo bleh, elakkanlah rasa bangga dan
mohon perlindungan dari ALLAH untuk menghapuskan kita dari sentimen-sentimen pemusnah cahaya redhaNYA ini.
Kalo anda diberi kesempatan untuk melihat dan menyelami dasar lubuk jiwa,
Believe it or not,
Anda akan rasa jijik dan nak termuntah-muntah tatkala melihat betapa
Hamis, Hampeh, Masam, Berulat, Berbakteria,
Berkulatnya permukaan jiwa yang diselaputi rasa bongkak..
Dunia asyik menjengahkan sayapnya dalam langit kehidupan fana ini.
Menayang-nayangkan keindahan sementara fananya itu..
Ditaburi janji-janji palsu dan jaminan pura-pura..
Sedarlah wahai diriku,
Langit hidup ini bakalan runtuh bila-bila masa.
Andai kata tiba saat dan ketikanya langit ini runtuh tatkala aku alpa dan kurang ajar pada suruhan ALLAH,
Cuba jangka bila datang waktu langit ini bergegar lalu menghentam seluruh jiwa tika aku terlompat-lompat riang dengan dunia,
Cukuplah kematian itu sebagai peringatan yang nyata.
WUSH! Roh ditarik lalu terlekat di celah tenggorok!!
ERK ERK ERK... tersekat-sekat menyebut "Ampuni aku Ya ALLAH.."

Ya ALLAH.. bagaimanakah sakitnya sakaratul maut itu?
Inginku hadapi biarpun sesaat, izinkan aku merasai kesakitan yang arwah abah aku telah lalui,
tapi sedarkah aku,
kematian itu sangat hampir cuma masaku kini belum sampai.
Persoalan yang bakal terjawab ditambah dengan persoalan lain pula melanda..
Adakah aku bakal bertemu dengan senyuman manis Malaikat Pencabut Nyawa??
Atau aku menggigil menerima senyuman sinis dan bengis Malaikat Maut itu??
Hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI segala isi alam,
segala penciptaan dan segala kehancuran dunia ini..
..............................................................................................

Alhamdulillah, di sini ada
Sedikit perkongsian dari kitab "Wasiat & Nasihat Kerohanian" karangan ulama tersohor, As- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Chapter "Dunia berdasarkan hikmah, Akhirat berdasarkan qudrat"
"Wahai munafik...!
Engkau adalah hamba dunia dan makhluk.
Engkau beramal kerana makhluk dan engkau bersikap riak kepada mereka dengan amalmu. Engkau lupa, bahawa ALLAH sentiasa melihat dirimu.
Engkau menampakkan bahawa dirimu beramal untuk Akhirat, padahal tujuan semua amalmu adalah dunia semata-mata.
Diriwayatkan dari NABI S.A.W
"Mafhumnya:
"Apabila seorang hamba berhias dengan amal akhirat, padahal dia tidak menghendaki dan mencari dan akhirat itu, maka dia dilaknat di beberapa langit dengan nama dan nasabnya"
Aku mengetahui keadaanmu melalui jalan ilmu dan hikmah, wahai orang-orang munafik. Namun aku menutupmu dengan tutup dari ALLAH.
Aduh...! Sungguh kasihan nasibmu..!
Engkau tidak malu kepada anggota-anggota tubuhmu.
Engkau tidak suci daripada kederhakaan, maksiat, dan najis yang nyata.
Engkau mengaku bahawa batin dan hatimu bersih.
Bagaimanapun semua pengakuanmu itu adalah BOHONG.
Oleh itu, bagaimana dengan batinmu..?
Engkau tidak bersopan santun kepada makhluk, namun engkau mengaku bahawa engkau bersopan santun kepada KHALIQ.
Gurumu tidak redha kepadamu dan engkau tidak bersopan-santun kepadanya serta tidak mendengarkan perintah-perintahnya.
Engkau duduk di hadapan sekali dalam sesuatu majlis.
Tidak ada pembicaraan, sehingga tauhidmu kuat menurut gurumu dan benar menurut ALLAH.
...............................................
Aku kasihan kepadamu...!
Andaikata imanmu kepada-Nya BENAR,
nescaya engkau akan malu kepada-Nya,baik ketika engkau berada di tengah-tengah makhluk, mahupun ketika engkau bersendirian.
Demikian juga andainya engkau benar-benar yakin bahwa DIA sentiasa melihatmu dan mengawasi engkau, engkau juga merasa malu kepada-Nya.
Aku katakan kepadamu tentang kebenaran.
Aku sama sekali tidak takut kepadamu dan tidak pula mengharap kepadamu.
Bagiku, kamu dan seluruh isi bumi adalah bagaikan seekor pepijat dan sebiji gandum, kerana yang memberi manfaat dan mudharat hanyalah ALLAH, BUKAN KAMU.
Bagiku, hamba dan raja adalah sama sahaja, tiada bezanya antara mereka dalam pandanganku. Ingkarilah olehmu nafsumu, berdasarkan agama bukan kerana didorong oleh nafsu dan perangai.
Sesuatu yang didiamkan oleh agama, maka hendaklah engkau mendiamkannya, dan apa yang disuarakan oleh agama, maka hendaklah engkau juga ikut menyuarakannya."
ASTAGHFIRULLAH ROBBAL BAROYA..

ASTAGFIRULLAH MINAL GHOTOYA..

Friday, July 3, 2009

Tribute buat sahabat seperjuanganku



Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim...

Mengisi kehilangan seorang pejuang agama bukan kerja kita.
dan mengambil semula pejuang agama dari jalan ALLAH bukan jua dalam kuasa kita.
semuanya adalah milik ALLAH dan sungguh DIA MAHA MEMILIKI...


Aneh. semalam aku tak dapat melelapkan mata.
"you've got a message!" deringan bunyi mesej masuk ke peti masuk handphone mengejutkan
lamunan aneh itu.

Dibuka peti mesej, baru sahaja separuh mesej aku sempat baca, terus maksud sebenar telah dapatku tangkap. Deraian air mata dan suara sedu-sedan menahan esak diminimakan agar tidak mengejutkan ibu yang sedang lena tidur.

INNALILLAH HI WAINNA ILAIHIRAJIUN...
MasyaALLAH....


Gugurlah seorang mujahid agama ALLAH tatkala bertarung sekuat terdaya dengan penyakitnya.
Sesungguhnya, ujian kesakitan itu perit untuk dilalui, namun apalah daya kita sebagai manusia,
TAKDIR PENENTU SEGALANYA...
Setiap yang sihat, pastikan sakit,
setiap yang bernyawa, pastikan mati..
Begitulah aturan perjalanan takdir yang telah ALLAH janjikan
terhadap seorang sahabat seperjuanganku.
Walaupun aku tidak berapa mengenalinya kerana dia bukan mahramku,
tapi bilamana ikatan Ukhuwah Islamiyyah dan Perjuangan Fisabilillah
menjadi kad pengenalan identiti jiwa antara sahabat,
kehilangan itu sedikit sebanyak meruntun jiwa yang bernama sahabat seperjuangan.
Ditambah terkilannya kerana tidak dapat melawat keadaannya takala sakit di hospital
dan tidak sempat melihat wajahnya buat kali terakhir.

Rasanya tidak lama beliau menderita penyakitnya itu.
sejak cuti baru-baru ini sahaja,
pelbagai komplikasi melanda sistem badannya yang lemah.
sekejap doktor meneka penyakit itu, sekejap doktor meneka penyakit ini,
tapi sehebat manapun kemahiran yang doktor itu ada,
selagimana kuasa menentukan ajal adalah
dalam kekuasaan mutlak YANG MAHA MENCIPTA,
kita hanya mampu berusaha selagi termampu dan bertawakal sepenuhnya kepadaNYA.
sayangnya aku sebagai sahabat, sayang lagi ALLAH terhadapnya.

YA ALLAH...
smoga roh sahabat kita semua, akh NABIL MARWAN sentiasa dirahmati ALLAH, dipermudahkan segala urusan, dan aman di kalangan golongan auliya' dan solihin...
amin ya rabbal ala min...


AL-FATIHAH..


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah
menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau
teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan
kau
pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi
dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di
tempat
yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan
ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di
sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di
jasad
hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai
semalam
kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai
doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama
para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Wednesday, July 1, 2009

Ayoh! ayoh!

Blog bersurat ingatan tulus ikhlas buat diri sendiri..

Salam..
Ke hadapan jiwa yang kesengsaraan..
yang hampir mati lemas dalam gelombang nafsu..
apa khabar iman yang semakin kerdil itu?
gemukkah iman?
atau nafsu yang semakin overweight?
helo helo hang sedar tak ni aisyah???
akar syukur di benak jiwa hang dah kering kontang dan semakin mereput..


Duit hang yang menimbun-nimbun ibarat figura VIP percuma
yang dok bangga2 itu..
sebenaq-benaqnya...
melambangkan keterlupaan
simbolik untuk megah yang melalaikan
akan apakah itu
Erti syukur pada YANG MAHA KAYA LAGI MAHA MEMBERI..

Isy,sejak-sejak ini,
banyak barang yang dibeli..
kelengkapan peribadi,
kelengkapan rumah,
kelengkapan kucing-kucing di rumah..
Fusy..
duit yang menapak dalam dompet ni,
tak kan pernah cukup2 dibelanjakan
kalo nafsu yang kenyang disuapkan saban hari woit..
EHHH...jap2,
rupa-rupanya zat syukur aku terlupa nak beli lol...
kelengkapan iman yang sempurna, aku terlepas pandang..
kelengkapan muslimah yang sejati, aku tersilap bicara..
kelengkapan mukminah yang solehah, aku terlupa kewajipan..
Aiseh...
patutla rasa tak sedap nak syukur...
patutla rasa tak enak nak ibadat..
patutla rasa menyampah nak buat baik..
sebab...
duit, wang, ongkos, fulus, money..
Ada banyak yang tunggu..
semua menanti..
menunggu untuk dibantu..
mengharap pada yang mampu..

Uit aisyah!!
bilamana tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah,
besarkan tangan yang memberi..
kecilkan tangan yang menerima..
Easy right??


Celikkan sebelah mata sahaja supaya mata yang dipejam sebelah lagi,
tidak nampak
bayangan huluran ikhlas sumbangan kepada yang memerlukan..
Pekupkan sebelah telinga supaya telinga yang dengar sebelah lagi,
tidak perasan
akan ucapan terima kasih dari yang menerima tadi..
Tough right?
Tular.. bukan senang nak elak jiwa dari bermegah-megahan..
bukan main payah nak kecutkan kembali jiwa yang kembang dipuji..
bukan main susah nak kempiskan lobang hidong yang kembang bila dibodek..
Dah2, cukuplah hang nih berkata-kata,
AYOH!
Cuba hayati pesanan bermakna daripada Wali ALLAH berikut;

sedikit renungan dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani~
(Kitab Wasiat & Nasihat Kerohanian)

"Wahai orang bodoh..! Wahai orang munafik...! Betapa zalimnya hatimu, alangkah busuknya baumu dan alangkah banyaknya celoteh lidahmu. Bertaubatlah engkau daripada apa yang engkau ada padanya. Tinggalkan sikap suka mencela ALLAH dan para wali-Nya, orang-orang yang dicintai ALLAH dan mereka pun mencintaiNYA. Janganlah kamu berpaling daripada mereka ketika mereka mengambil bahagian mereka di dunia, kerna sesungguhnya mereka mengambil bahagian mereka dengan perintah ALLAH, bukan dengan dorongan hawa nafsu. Mereka memiliki rasa cinta yang amat mendalam kepada ALLAH, mereka memiliki dzuq (kecenderungan) kepada-Nya dan membenci segala sesuatu selain daripada-Nya, zahir dan batin mereka berpaling daripada selain ALLAH~


p/s:
Kawan-kawan,
ayuh
Amalkan doa ini,
simple untuk dibacakan tetapi fadhilatnya menyeluruh..

"Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari azab seksaan api neraka"