Bismillahirrahmanirrahim...
Dear ALLAH,
Pertama sekali..
TERIMA KASIH YA ALLAH =)
hambaMU ini sering minta.. mohon..pinta…
tapi hari ini baru terdetik..
isy ish isk
selama ini..
diriku hanya tahu
meminta tanpa tahu menghargai..
terima kasih Ya ALLAH..
dalam nikmat Islam..aku masih bernafas..
dalam keringat peluh..aku masih mampu beribadat dengan
sempurna..
dalam sendu sayu.. aku masih mampu menangisi dosa lalu..
dalam senda gurau..aku masih mampu untuk ketawa menghilang
duka..
malahan,
terima kasih Ya ALLAH..
aku masih mampu menaip menggunakan sepuluh jari yang telah
Kau susun cantik untuk aku..
terima kasih Ya ALLAH..
aku berterima kasih kerana Dikau masih sudi mengurniakan
nikmat akal yang sihat..
aku meminta otak yang mantop, IQ yang hebat tapi aku lupa... Engkau telah beriku segala-galanya yang aku perlu...
tanpa dilucut kewarasan berfikir,
tanpa ditarik nikmat keseimbangan badan,
tanpa ditarik nikmat pendengaran untukku mendengar pujian
untukMU.
tanpa dirembat nikmat penglihatan sepertimana insan lain
yang hanya mampu bertemu gelap dalam hidupnya..
aku berterima kasih lagi Ya ALLAH..
kerana Dikau sudi meminjamkan lagi emak yang aku sangat
kasih..
itu bukan
akhlak umat Islam..
semoga detik-detik yang ada ini aku masih mampu berbakti padanya biarpun dari kejauhan ku mencinta..
aku menangisi pemergian abah,
namun aku tahu sebenarnya dia
hanya pinjaman dariMu.
Terima kasih Ya ALLAH, aku dapat menikmati pengalaman
ber ‘abah’ selama 19 tahun dulu..
semoga abah selamat2 di sana..
hebatnya kasih sayangMU wahai ALLAH...
biarpun abah sudah pergi, namun talian kasih sayangku masih bisa sampai kepadanya tatkala doa saban kali ku titipkan..
terima kasih juga Ya ALLAH..
kerana telah mengurniakan aku adik-beradik yang ramai..
empat orang abang.. semuanya baik-baik…penuh dengan
kepelbagaian perangai..
seorang bossy, seorang slumber, seorang moody, seorang anak-manja type..
apa-apapun perangai mereka, aku tetap sayangkan mereka.. =)
Terima kasih juga Ya ALLAH...
Kau sudi pinjamkan aku seorang kakak…
dialah tempat aku bergurau-senda… segala inci
kelemahanku akan jadi gurauannya tapi itulah kelebihannya..kami mesra kerana
kami saling melengkapi.. =)
malahan, diserikan dengan kehadiran tiga orang kakak ipar…
masing-masing unik… terima kasih Ya
ALLAH…
sebelum ni ada seorang kakak ipar.. namun dia juga adalah
pinjaman dariMU..
tambahan pula, Dikau sudi mengurniakan penyeri keluarga bahagia kami.. 6 orang mutiara permata Islam....(T_^)
tambahan pula, Dikau sudi mengurniakan penyeri keluarga bahagia kami.. 6 orang mutiara permata Islam....(T_^)
Terima kasih Ya ALLAH…
Aku dikurniakan ramai kawan, ramai sahabat, ramai teman
seperjuangan..
Terkadang aku menangis kerana tindakan mereka tetapi
selalunya juga aku tertawa dengan keletah mereka..
mereka suri penyubur duniaku..
jika diam mereka, bisa kabut hidupku..
jika bising mereka, bisa serabut amanku..
hehe..
Semoga aku hidup dengan sentiasa bersyukur..
Dan semoga juga satu hari nanti, hingga aku mati…
lidahku sentiasa
berterima kasih padaMU Ya ALLAH…
everything.. is always because of You…
how can I forget You..
LOVE YOU FOREVER ALLAH =)