Jam 7.42 pagi (ambik berkat berpagi-pagian)
Assalamualaikum.
boring tak dengar kisah diriku? hoho.
hello,bila ada saluran untuk berbicara,
gunakan saja peluang yang ada. this is wat blogging for =)
herm,pejam celik pejam beliak, dah nak habis tahun pertama di uia kuantan.
"the garden of knowledge and virtue" <--- falsafah yang aku sampai sekarang dok cari apalah yang dimaksudkan sebenarnya.
hem....
bicara soal akademik (skrg demam exam)
bicara soal akademik (skrg demam exam)
aku yakin separuh ragu separuh.
EH,
dalam Islam xde konsep "campurization" - istilah ustaz razak.
yang ada konsep halal haram, hak dan batil, tiada tengah2 atas pagaq.
belajar kerana apa sebenarnya?
exam atau ALLAH?
apa matlamat hidup aku untuk belajar sebenarnya? <-- tanyaku sambil mata melihat ke sudut kiri siling bilik (aksi memikir)
zupp! terngiang-ngiang irama,
"bila tiba hari exam,
semua insan ulangkaji,
tetapi bagiku,
hanyalah tekanan,
yang hanyut di atas katil.
siapakah yang sudi, membantuku tuk stadi,
seperti insan yang lain..ho ooo.... "
(try nyanyi ikut rentak lagu "hitam-anjing-tulang" aka black dog bone- cahaya di aidilfitri)
hehe =)
fenomena oh fenomena!
ramai yang tensyen bila encik exam dan puan exam datang bertandang 2 kali satu semester.mereka datang tanpa dijemput.
bila mai exam mid-sem,
suma pakat kalut2 study sambil sibuk menghadiri kuliah,
time ni juga la meeting berjela-jela (mungkin ini untuk diriku saja),
time ni la kalut nak kuiz,siapkan assignment..
time ni la kalut "macam-macam ada"..
bila nak mai final,
suma pakat-pakat kalut study,lecturer 'dok perderaih' (org kedah) aka sibuk pecutan (org amik BM sem ni) menghabiskan silibus.
time ni la sibuk kira carry mark (mid sem,assignment,presentation),
time ni la juga facebook semakin rancak (diriku sajakah?)
time ni la sindrom kepala penin,
pikirkan apa yang belajar selama ni rupa2nya habuk pun tak ingat kat kepala..
alamak..ni sudah parah ni.. (isu 3 mggu lepas)
bila final dah sampai..
setelah 3 paper ku lalui..ujian tebuk,ungs,biochem 2,
aku masih lagi cuba menyayangi "mereka" sebagai teman hidupku.
tapi maafkan aku
encik exam dan puan exam,
saya sering salahkan kamu berdua !
aku tak suka "exam-oriented" education,
berderu-deru semangat untuk exam tapi hilang terus ilmunya lepas saja
cikgu kata "ok, masa dah tamat, sila berhenti menulis"
pulanglah kita suka atau duka bergantung pada pencapaian semasa jawab exam..
pulanglah kita suka atau duka bergantung pada pencapaian semasa jawab exam..
that's it. NOKTAH!
sindrom oh sindrom!
di mana penuntut ilmu semakin jarang kala ini, yang ada hanya penuntut CGPA 1st class honour..
di mana pencinta ilmu semakin hanyut kala ini, yang ada hanya pencinta kerjaya bergaji besar..
di mana pencinta ilmu semakin hanyut kala ini, yang ada hanya pencinta kerjaya bergaji besar..
di mana pengamal ilmu semakin lembik kala ini, yang ada hanya pengamal kerja based on kelayakan..
PASIF!
ilmu sekadar retorik semata-mata.
bermain-main tarik tali dengan teori saja.
NATO (no action talk only)
budaya cinta ilmu (dulu2 kertas-kertas yang ada ilmu di letak tinggi atas meja,sekarang nota-nota bersepah atas lantai),
budaya hormat guru (dulu2 nak tengok muka cikgu pun ketaq pala lutut sebab hormat, sekarang siap gosip-gosip cikgu lagi),
budaya pratikkan ilmu (dulu2 belajar alif-ba-ta dah mampu ajar orang lain, sekarang belajar untuk diri sendiri)..
keindahan budaya2 itu semakin pupus dalam kalangan umat ISLAM sekarang ini.
zaman semakin maju, kita semakin mundur, atas sebab apa?
teknologi dikuasai pemikir barat,pemikir ISLAM hanya tahu guna..
ekonomi dimonopoli pemikir materialisma,pemikir ISLAM hanya tahu beli..
ekonomi dimonopoli pemikir materialisma,pemikir ISLAM hanya tahu beli..
pendidikan dikuasai pemikir sekularisma,pemikir ISLAM hanya tahu disuapkan...
PASIF!
oh muslimin,
oh muslimat,
BILA MAHU BERUBAH?
SEMINIT LAGI KAH?
ATAU TUNGGU DULU....
MAHUKAH BIARKAN SAHAJA MEREKA RAMPAS NIKMAT MASA KITA.
BILA MAHU BERUBAH?
jawapan ada pada anda. CARI dan BONGKAR!
ok, setakat ni saja "pencerahan minda"- istilah ustaz shaari
pada pagi khamis yang indah ini..
buka mata tanpa tindakan, adalah satu yang sia-sia,
ok KAWAN-KAWAN,
yang menulis ni pun sekali,
cakap saja tak guna,
jom pulun study untuk kemajuan umat!
yosh! aja2 fighting~