Be Confident & Feel it
Tuesday, December 9, 2008
manifesto diri
salam..
penceritaan hidup ini tidak seindah mana.. selalu dirundung ujian.. kadang2 bley ja trima tp di saat hati parah dek dosa, kdg2 ujian dianggap penghalang kebahagiaan.. adeh...nape lar hati ni tak tenteram? mungkin dosa dok menimbun tak abih tobat lagi..
dosa dgn arwah abah, tataw lar dia dah ampunkan blom.. dia pergi tanpa kembali, teringin nak sujud kat kaki dia mintak ampun segala kederhakaan dan segala dosa kat dia.. abah.. cinta yang tiada balasan..
dosa dgn mak... abih minta maaf buat dosa balik.. apa punya anak lar ana neh.. mak.. moga mak sentiasa dipanjangkan umur dan sentiasa tersenyum dalam ujian menimpa..
dosa dgn adek beradek... pergh.. tataw lar depa n kisah ataw tak nak melayan kerenah adek kechek neh.. sori narh bang cha', pak long, imah wigi2, lokman tonggek, sopi boroi... huhu...
dosa dgn kawan2.. adeh.. banyak wo tak terkira... dulu baik bukan main, tapi bila masing2 dah dok jauh neh, kawan2 suma pakat lupa dah.. adeh.. tabley jdi neh, kena gak jumpa suatu hari nnti..
dosa dgn "adek beradek" seperjuangan.. herm.. kalian banyak membantu ambo.. semoga kita tsabat dlm perjuangan ini.. biar diri tergadai, dakwah islamiah dan semangat juang tetap kian membara.. TAKBIR!!
Thursday, December 4, 2008
Tinta Humayra
Saturday, November 1, 2008
Lama tak update.
Assalamualaikum..
kaifahalukum?
lama tak update norh..(T_T)
sedikit bicara rasa luahan jiwa..
hidup ini tak lari dari ujian..
semakin jauh berlari..semakin kuat hati diuji..
penangan dosa berhamburkan nafsu menjengah ke jendela kehidupan..
dosa ini ibarat tusukan halus asyiknya lalu menjahit jiwa berlatar hitam..
terus aku semakin hanyut dalam arus leka duniawi..
ARGH!!
ke mana hilang semangat perjuangan melawan musuh nombor satu hati?
ke mana arah harus aku kembali ke pangkal jalan?
masihkah DIA mahu menerima diri yg hina ini?
beribu mahupun berpuluh ribu hingga beratus ribu kali ganda aku memohon ampun namun dosa yg sama masih menjadi santapan nurani..
aku tewas lagi
YA ALLAH..
aku kalah lagi...
aku senyum dalam dosa..
aku tertawa mengenang noda..
apakah ini diriku...
BAYANGKAN...
siapakah yg mampu membantuku menjawab segala persoalanMU kelak?
BAYANGKAN..
di akhirat nanti aku bakalan terima azab siksa yg amat pedih tiada tolok bandingnya..
bukan shaja di akhirat...
andai ajalku menarik jiwaku sebelum datangnya kiamat,
aku bakalan terima bidasan libasan hentakan hempukan hentaman dari malaikat yang berkhidmat untuk menyeksaku di alam barzakh nnti...
ARGH!! SAKITNYA!! PEDIHNYA!! (T_T)
YA ALLAH..jauh di sudut hati hitam ini..
ingin sangat kembali padaMu semula..
inginku singkap kembali tirai labuhan hitam ini, menyerlahkan keanggunan kudusnya putih rona keimanan terhadapMU..
hidayahMU bukan sekadar omongan kosong tetapi realiti kebahagiaan jiwa pejuang..
YA ALLAH.... YA ALLAH..YA ALLAH.. namaMu terindah..
namaMu selalu ku tuturkan.. namun namaMU jua aku kerap kali palingkan daripada jiwa...
suatu ketika...suatu saat..aku dambakan keimanan yg berpanjangan..
YA ALLAH... janganlah dikau pesongkan hatiku setelah Engkau kurniakn hidayah dan
petunjukMU..
Monday, October 6, 2008
ku hulurkan salam terindah berteraskan ukhwah fillah..
istilah kahwin muda?
bnyk pngalaman org yg kita boleh cekup banyak cerita orang yg kita dengar malah banyak pengalaman orang sbg pedoman
pelbagai unsur kebaikan yg dilontarkan malahan bukan sedikit jua unsur keburukan yg disembunyikan
sejauh manakah tahap penerimaan seseorang terhadap nilaian dan erti sebuah perkahwinan??
malahan ianya berlaku di usia yg muda..
muda yg bagaimana? 20? 21? 22? 23? 24?
tepuk dada tnya iman.. wahai iman...
soal mampu atau tak mampu menimbulkan tanda tanya??
bersedia atau tak bersedia?
haruskan menerima seadanya.. haruskah menerima yg ditentukan keluarga.. haruskah menerima pilihan hati..haruskah haruskah haruskah.. penat bukan?
malah,persoalan2 ini bisa menimbulkan keraguan di hati yg menanti jawabannya..
kita hanya menilai dr segi pengalaman orang sekeliling..
jangan dilupa.. rujuklah pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yg teguh pendirian dalam membentuk baitul mawaddah yg sejati yakni baitul muslim yg dicari..
pelayaran bahtera pernikahan memerlukan kapten muslim dan nakhoda muslimah yg bersedia dr rohani, mental dan fizikal.. terus lahirlah anak kapal srikandi dan jundi2 ISLAM yg sejati!
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...
" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
mengkhatamkan Al Qur'an."
"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."
"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
Sunday, October 5, 2008
salam..
kehilangan yg dirai bukan kehilangan dirinya..
kepulangan yg dinanti bukan kepulangan dirinya..
dia pergi untuk selama2nya..
dia pergi tanpa berita..
baikkah atau sebaliknya?
yg pasti,
kita pula yg akan pergi..
suatu ketika..
suatu masa..
suatu keadaan..
suatu perjanjian..
suatu pengharapan...
yg baik atau sebaliknya
sebagai
suatu balasan..
Friday, July 18, 2008
Permulaan hariku.... semangat baru biar menyala sepanjang masa... TAKBIR!
Assalamualaikum..
Salam mulia khas aku tujukan pda Zat Yang Maha Memiliki..~~
jauh aku dariNYA membawa daku kembali kpd kejahilan..
tetapi, dalam kelalaian yg aku hadapi, ujian demi ujian Dia timpakan..
sungguh aku terduduk meneliti apa yang tidak kena...
kian jauh.. kian dalam aku selami dasar lubuk kelam jiwa yg kotor..
tetapi yang aku temui hanya timbunan dosa noda hitam melegapkan sanubari..
NAMUN, entah bagaiman satu ketika, aku mendalami kitab suciNya..
Apa yg aku temui??!!!!
Tasbih.. Tahmid.. meluncur terus dari mulut yg banyak menimbulkan fitnah ini..
rupa2ya aku masih lagi disayangi.. sayangNYA tanpa syarat... kasihNya menyelimuti jiwaku..
sedarilah wahai diri ini... biar jauh hina aku di pandangan manusia, tetapi hina lagi mereka yang mencerca itu..
apa aku peduli dgn kesombongan kelebihan mereka??
punah tiang kekaguman aku tatkala menyelami lautan fakta, lalu menemukan aku dengan istilah.. SEMUANYA SEMENTARA.. narh... baru aku tersentak... rupa2nya semua itu sekadar cagaran.. menguji keimanan kepada Yang Maha Kekal...
~pemburu syahid~