Be Confident & Feel it

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Saturday, April 11, 2009

Kedah: KL: English (^_T)

Kedah : KL : English



awat : kenapa : why??
cabai : cili : chili
cabai melaka : cili api : small chili?
cabai hidup : cili hidup : living chili?
cabai kering : cili kering : dried chili
kemarin : semalam : yesterday
malam kemarin : malam semalam : last night
kemarin dulu: ?? : day before yesterday
kemarin dulu balik sana : ?? : day before day before yesterday
anak menakan : anak saudara ; niece/nephew
gulai : kari: curry
toyu : kicap : soy sauce
renyeh : sengeh: grinning
tekoh-tekoh : kadang-kadang : sometimes
tebiang: sungguh-sungguh : insist
mulut hebiag/capoi : mulut laser: bigmouth / laser mouth?
nyiuq : kelapa : coconut
geghek : basikal : bicycle
baloq liat : malas : lazy
ceroi : cair : diluted
balun : belasah : ??
bataih : jalan raya : road
belahak : sendawa : burp
blemoih : comot/kotor : untidy
boh/ bubuh : letak : put
beradun : banyak songeh : fussy
buaih : buas / terlamapau aktif (kanak2) : hyperactive
kebuluq : kebulur : totally hungry
celuih : muat : fit
cerin : meremang bulu roma : goosebump
cemuih : bosan : boring
contiang : Conteng : ??
coq : cucur : small2 piece of kuih muih =p
dandan : sekilas lalu, segera (pada masa itu juga): right at the moment
dangau : pondok : small hut
daun selom : daun kesum : kesum leaf??
dendan : dandan (rambut) : something done to your hair =p
gabuih : lap : wipe
geremit : pengasah pensil, penebuk kayu : sharpener
ghalit : leka : unfocused
hangat lit-lit : terlalu panas : too hot
hat ni : yang ini : this one
hawin : baling, lempar : throw away
herot : Senget : not straight
hingaq : bising : noisy
hinggot : goyang : shake, sway
jege : jegil : glare with protruding eyes
jengoi : muncul (kepala) : bring out into view, appear
kampoi : usaha gigih (bangun menentang semula) : determined
kaphla jingga : Besar kepala : Big headed
kawaq : pencuri : thieves
kecek : pujuk : to console, to coax
kedarah / kedaghah : makan dengan lahap sekali : voracious, ravenous, gluttonous
kelam : gelap : dark
kelebek : membelek : look closely at something/ operate on
keloi : panggil, kelui : call
kepiah : songkok : ??
ketayap : lebai : ??
ketegaq : degil : stiff-necked, stubborn
koman : kurang bermutu : common
konet : kecil : tiny
kot lera : kawasan : zone, region, area
kuruih kedengkiang : terlalu kurus : too thin
kuy : makin : more and more
langut : dongak : with head up
lau : reban ayam : chicken coop
lece : menyusahkan : difficult, uneasy
lencun : basah kuyup : wet, moist, soaked
lepa : lupa, leka : careless, dreamy
ligan : kejar : to chase, to pursue
loklaq : buat kerja dgn kurang hati-hati : careless
loy : saja (cth: balik loy (tangan kosong): just nothing
luku : pukul kepala : ??
manih melecaih : terlalu manis : too sweet
meghela : gatal : itching, ticklish
mutu : motorsikal : motorcycle
ndoi : buaian : swing
pak pandiaq : buat-buat pandai : try to be pro
panaih lit-lit : terlalu panas : too hot
perak : mcm hairan (sebutan PE bukan seperti negeri Perak tetapi seperti sebutan PE-langgan) : astonished, surprised
raplah : pening : dizzy
sat : sebentar : wait a minute
seghiau : sensitif (takut): scared
sejuk gedi / dik dik : terlalu sejuk : too cold
selekeh : kolot, kotor : stained, untidy, smeared
sempoi : canggih, bermutu, hebat : sophisticated
sengkek : miskin : poor
si'a : mangkuk tingkat yang dibuat daripada tin : ??
tak ketahuan : merapu,tak perasan, tak jelas : botch
teghebeh : lastik : catapult
terpele'ot : terseliuh : ??
terTOMOIH : terjatuh dgn muka menghadap ke tanah : ??
tokak : gigit : bite
tuju : baling ke arah sesuatu dgn tepat : direct to the point

Tuesday, April 7, 2009

Corect Blood + Correct Diet = Fit body?



LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?




Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.



Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.




DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’


Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat




Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
buah-buahan yang berkhasiat



Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan



Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian



Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
31 January 2008
www.iLuvislam.com

Thursday, April 2, 2009

Hari ini bermula muhasabah diri. thank you ALLAH!!

BISMILLAHIRRAHMINIRRAHIM...

Salamunalaik!!



Short semester ku tempuhi dgn berat hati. Terkadang rasa menyesal ambil short sem tatkala sahabat2 lain sedang enak menghabiskan masa di kampung halaman masing-masing. Tujuanku nak ambil short sem bukannya apa, cuma mahu menambah pointer cgpa yang tidak seberapa dan bagi memudahkan aku untuk keluar ke mana-mana (tmpat program). Bukan main payah kalau nak keluar ke mana-mana dari rumah, biasalah, anak bongsu perempuan la katakan..



Setelah hampir 2 minggu berada di bumi cenfos, diimbas kembali, best jugak ambil short sem ni, kalu duduk di rumah pun, lagho ja memanjang dengan astronya, dengan cerita koreanya dan macam2 ada.

Seronok bila fikirkan dapat berjumpa dengan sohabiah yg juga ada short sem, untuk muslimat 13 orang rasanya. Walaupun kami di fasa short sem tapi pelbagai agenda yang dirancang untuk memenuhi masa lapang bila short sem ni, usrahnya, talknya.. ALHAMDULILLAH.. Dia Maha Mengatur segala-galanya.. Sungguh Maha Bijaksana ALLAH..

Antara pengalaman menarik yang ditimba sepanjang 2 minggu nih, ialah salah satunya dapat menjelajah ke rumah ab tersayang, Fatimah.. seronok juga dapat merantau ke Muar, walaupun agak jauh dari JB tapi terubat juga rindu untuk bertandang di tanah kelahiran arwah abah ini. Sejak abah meninggal setahun yang lalu, kami sekeluarga jarang ke johor, mungkin tidak sanggup menatap wajah-wajah saudara yang ada seiras arwah abah.




Ok, berbalik kepada kisah Fatimah, MasyaALLAH, ALLAH pilih dia dan adik2 untuk terima ujian keimanan yang sangat berat, bayangkan kehilangan salah seorang insan yang selama ini menatang kita bagai minyak yang penuh pun sudah hampir gila dibuatnya, apatah lagi kehilangan kedua-duanya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui rahsia dan hikmah di sebalik kejadian. Satu detik yang mengajar saya erti kesyukuran ialah di mana, ada satu ketika saya diminta Fatimah untuk menemani dia dan 2 lagi orang adiknya untuk mengambil adiknya yang lain dari sekolah. Dalam perjalanan, adiknya Zulaikha yang berumur 6 tahun, sempat lagi menceritakan rutin hariannya setiap kali solat. Akak, lepas solat zulaikha akan baca 5x fatihah, satu untuk ummi, satu untuk abi, satu untuk (xingat ), satu untuk (xingat), dan satu untuk (xingat). Lepas tu dia pun membaca ‘bismillahir rahmanirrahim, alhamdulilah hirabbil alamin ilaakhir ayat’. Diulang si adik kecil ini sampai 5x tanpa jemu sambil mengira di jari kecilnya itu. Dalam hati terdetik,“YA ALLAH, terkadang aku sering menyalahkn takdir kehilangan abah lalu aku jarang berdoa untuknya, tapi adik kecil ni kehilangan kedua2nya, masih lagi tidak jemu mendoakan meraka di sana. Astaghfirullah..” ketika berada di sana juga, aku belajar satu lagi benda, erti kasih sayang seorang kakak. Fatimah tidak jemu melayan adik bongsunya yang istimewa, husna. Diajarnya husna ABC, 123. Dimarahnya husna untuk mendidik. Didukungnya penuh kasih sayang. Lantak apa orang nak kata, adik aku darah dagingku, penghibur dukaku, amanah ummi dan abahku. Kisah pengalaman insan bergelar Fatimah ini tidak terhenti ketika saya kembali ke cfs, tetapi ianya menjadi insipirasi untuk terus tabah mengharungi hidup. Terima kasih duhai sahabat, tahniah kerna ALLAH telah memilihmu untuk menjadi hamba yang paling dikasihiNYA.



Satu lagi detik berharga sepanjang 2 minggu ini, berlaku pada hari ini. Tepat jam 3.45 ptg tadi waktu kelas math 2. Seperti biasa kami sekelas disajikan dengan pelbagai kisah nabi dan pengajaran yang berharga dari seorang guru bernama Sir Suhaimi. Wajah yang tak lekang dengan senyuman. Senyum je sokmo.
Rutin beliau yang aku dapat lihat ialah di mana, beliau akan berhenti mengajar silibus math2 kira-kira 15 minit sebelum kelas tamat untuk bercerita tentang kisah nabi.
Sungguh rasa hormatku pada Sir lagi mendalam, beliau tidak memakan gaji buta untuk tidak menghabiskan setiap detik waktu kelasnya dengan perkara yang tidak berfaedah atau keluar awal sebelum waktun kelas.

Mukaddimah ayat untuk dia bercerita seperti selalu ialah “do u remember those 25 names of the prophet?.” Kami sekelas akan tersenyum lalu tangan masing-masing mengemas pen, pensel dan buku untuk menumpukan perhatian pada cerita beliau. Walaupun ada sesetengah yang lain lebih memilih untuk meneruskan kerja math atau lebih tidak sopan lagi dengan bersembang dengan rakan sebelah.

Baiklah, untuk hari ini beliau membawakan kisah Nabi Ayub atau Prophet George.”do u remember the twelve prophet among those 25 prophets?” Sungguh asyik beliau menceritakan di mana kisah nabi ayub ini ditimpa pelbagai jenis ujian dari ALLAH. Ditimpa sakit kulit yang serius sehinggakan isteriny sendiri pergi meninggalkan diri kerna tak sanggup lagi menjaga Nabi Ayub yang sedang ditimpa sakit. Dan macam2 lagi…

Antara pengajaran yang Sir Suhaimi ceritakan yang betul2 mengenai batang hidungku ini ialah “actually, what is belong to us is what we give to others. Even ourselves is not belong to us. Rezki is not just wealth but health also. We can determine whether a person is truly take care of us is when we are sick. As example, if we have stroke, we cannot take care of our own, so we need to depend to other people. That is when we know that the person which we think is near to us in loyal or not. Actually, there’s no person that love us or loyal to us in this life. We can only think that everything is not belong to us. Even our children is not, even this math book is not.”



TERIMA KASIH FATIMAH TERIMA KASIH SIR SUHAIMI.

TAPI, SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH BUAT ALLAH, TUHAN YANG MAHA MEMILIKI KERANA MEMBERIKAN DETIK DAN SAAT INI UNTUK AKU BERFIKIR LALU BERMUHASABAH.




Terima kasih jugak untuk short sem!!!

Sunday, March 15, 2009

First in this year.. hee




by the way...
salam..
hidup di matric uia pj hanya tggal lg beberapa bulan.perjuangan ini akan ku teruskan biarpun shbt seperjuangan kebanyakannya menghabiskan cuti 3 bulan lebih di rumah.

diimbas kembali kenangan bekerjasama, menghirup bayu yang disekat tetapi akhirnya Alhamdulillah berjaya menghembuskan kembali nafas kelegaan. mgkin bukan yg terbaik, but simply believe that, succesful person learn from mistake remake the mistake become a lesson.

sekarang ni dah hampir seminggu lebih nak menghabiskan cuti yg sekelumit ini. buntu nak buat apa cuma tahu meneruskan sisa2 penghidupan.
kenangan menggamit memori, diterjemahkan oleh riak wajah, jika sedih, menangislah mata, jika gembira, terseyumlah mulut, jika terharu, menangis kembali.. thats how it rotate..

perangai manusia??
banyak persoalan menerjah minda, bila dimuhasabah balik, let bygone be bygone, we've got to believe that all heart that beat every sec is belong to ALLAH..

men form mars, women from venus. yearp, agree on that..
pengalaman pahit seakan2 melambai2 menarik kembali ke kancah dilema hati
pedih, siapa yg mahukan kesedihan dlam hatinya? hanya orang yang buta hatinya mampu melihat segala kehancuran..

Thursday, December 4, 2008

Tinta Humayra



Assalamualaikum..
pejam celik pejam celik dah masuk bulan 12..
bulan depan dah jadi tahun depan..
entah2 masa yg depan2 ni kita masih lagi berdepan dengan hidup di dunia
atau kita sudah menemui masa berdepan dengan Pemilik segala Masa..

JOM MUHASABAH DIRI..

walahua'alam..

Saturday, November 1, 2008

Lama tak update.




Assalamualaikum..
kaifahalukum?


lama tak update norh..(T_T)

sedikit bicara rasa luahan jiwa..

hidup ini tak lari dari ujian..
semakin jauh berlari..semakin kuat hati diuji..

penangan dosa berhamburkan nafsu menjengah ke jendela kehidupan..
dosa ini ibarat tusukan halus asyiknya lalu menjahit jiwa berlatar hitam..
terus aku semakin hanyut dalam arus leka duniawi..

ARGH!!

ke mana hilang semangat perjuangan melawan musuh nombor satu hati?
ke mana arah harus aku kembali ke pangkal jalan?
masihkah DIA mahu menerima diri yg hina ini?

beribu mahupun berpuluh ribu hingga beratus ribu kali ganda aku memohon ampun namun dosa yg sama masih menjadi santapan nurani..

aku tewas lagi
YA ALLAH..
aku kalah lagi...
aku senyum dalam dosa..
aku tertawa mengenang noda..

apakah ini diriku...
BAYANGKAN...
siapakah yg mampu membantuku menjawab segala persoalanMU kelak?
BAYANGKAN..
di akhirat nanti aku bakalan terima azab siksa yg amat pedih tiada tolok bandingnya..
bukan shaja di akhirat...
andai ajalku menarik jiwaku sebelum datangnya kiamat,
aku bakalan terima bidasan libasan hentakan hempukan hentaman dari malaikat yang berkhidmat untuk menyeksaku di alam barzakh nnti...
ARGH!! SAKITNYA!! PEDIHNYA!! (T_T)

YA ALLAH..jauh di sudut hati hitam ini..
ingin sangat kembali padaMu semula..
inginku singkap kembali tirai labuhan hitam ini, menyerlahkan keanggunan kudusnya putih rona keimanan terhadapMU..
hidayahMU bukan sekadar omongan kosong tetapi realiti kebahagiaan jiwa pejuang..

YA ALLAH.... YA ALLAH..YA ALLAH.. namaMu terindah..
namaMu selalu ku tuturkan.. namun namaMU jua aku kerap kali palingkan daripada jiwa...
suatu ketika...suatu saat..aku dambakan keimanan yg berpanjangan..

YA ALLAH... janganlah dikau pesongkan hatiku setelah Engkau kurniakn hidayah dan
petunjukMU..

Monday, October 6, 2008




ku hulurkan salam terindah berteraskan ukhwah fillah.. 

istilah kahwin muda?

bnyk pngalaman org yg kita boleh cekup banyak cerita orang yg kita dengar malah banyak pengalaman orang sbg pedoman

pelbagai unsur kebaikan yg dilontarkan malahan bukan sedikit jua unsur keburukan yg disembunyikan

sejauh manakah tahap penerimaan seseorang terhadap nilaian dan erti sebuah perkahwinan??

malahan ianya berlaku di usia yg muda..

muda yg bagaimana? 20? 21? 22? 23? 24?

tepuk dada tnya iman.. wahai iman...

soal mampu atau tak mampu menimbulkan tanda tanya??

bersedia atau tak bersedia? 

haruskan menerima seadanya.. haruskah menerima yg ditentukan keluarga.. haruskah menerima pilihan hati..haruskah haruskah haruskah.. penat bukan?

malah,persoalan2 ini bisa menimbulkan keraguan di hati yg menanti jawabannya..

kita hanya menilai dr segi pengalaman orang sekeliling.. 

jangan dilupa.. rujuklah pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yg teguh pendirian dalam membentuk baitul mawaddah yg sejati yakni baitul muslim yg dicari..

pelayaran bahtera pernikahan memerlukan kapten muslim dan nakhoda muslimah yg bersedia dr rohani, mental dan fizikal.. terus lahirlah anak kapal srikandi dan jundi2 ISLAM yg sejati!