Be Confident & Feel it

Monday, November 1, 2010

the only guy for me.its him.

There was a guy who will always be there for me,
he hold my hands tightly as we crossed the road together,
he made me a cup of milo (very strong, half of water but double scoops of milo perhaps)
and lots of buttered gardenia breads for my breakfast (i only eat the white part, such
a waste, ish).
he knocked my door continuosly until i said "dah bangun!" for my subuh prayer.
he was very strict about solat. dare to get warning if we didnt wake up for subuh *worh...*
i would rather woke up late to make him send me off to school instead of by "pakcik
bas" who always arrived exactly 6.30 am.*sigh*
then,
he pinched my hand when i went downstairs as it almost 7 o'clock. *ouch!*

When i was 10 years old (approximately - zaman jahiliah),
i was so "mengada-ngada" when i asked him to buy mcD for me although it was fasting month.
i failed to realise how tebal his muka was when he bought that for me *PLEASE forgive me*

Right exactly at 11 am in every friday morning, he would go upstairs to watch live
friday prayer at masjidil haram at astro art channel 111.he really adored syeikh rahman sudais as he claimed that he have seen him during the last hajj. "abah semayang dekat dia depan kaabah wo.."
he will scolded me if i "gatal tangan" to change the channel to watch my disney channel eventhough
he claimed that i was his little princess. *ayoyo*

we called him "pak haji" as he liked to be called as his father, "tok aji".
he would wear his white jubah,white baju panas and along with white trousers that
simply looked many white as possible to go to friday prayer. *i just dont get it*
his fragrance was quite strong as he liked to enjoy his friday prayer with the best
smell as possible.

he would asked my mom to cook his favourite "kari ikan" exclusively on that day as he
said "today is my resting day,i cooked for many days, now its your moms turn, abah
pencen hari ni"
*haha* while he read harakah at the living room with opened sliding door with "lanun" and "marsha" nagging him around for food. *nyiaw*

his grin really made my day, my life will be entertained by his mimicking action of my mother's mumbling.he would chicken danced behind her like he didn't care on a single thing that she
talked.
even the scenes kept on repeating, i know, deeply inside him, he loved my mom soooo much.

I really cant forget the way he made me smiled out of bursting tears when he simply
said
"oh, mafi musykila,they dont have the opportunity to get haji akbar like you"
when my friends' spm results were a lot much better than mine. it took me several
minutes to recover because i really couldnt relate with that situation,
he did try his best though.*good job abah*

He stood by me when my friends were teasing me with our "kereta keranda".
they said that his old-fashioned-yellow volvo cars is too long where it can transport me "the white pale mayat" in there.
then,
he showed off his s60 volvo when he took me at tuition,he really shut their big
mouth.i didnt hear any single "kereta mayat" anymore after that. *dont play play aa*

abah,
i thought you will be there for me when i meet the right guy in my life.i need your advice in choosing the rigt guy for me, you know better as man.you told me to be a good cook as to please my husband."ang kena pandai masak kalo tak nanti laki lari".you said you will teach me how.yet,you left me with only these words "fry me some" when
i did fry my favourite "keropok lekor".*i wanted to inherit your secret recipes*

abah,
i cried beside your bed. i said "who is going to be my wali??"
i took your cold hand close onto my head as i want to feel the same warm hand like before.
i lost control of my sadness as i cried badly without noticing that you were
there seeing me.it only your roh was not anymore inside your body. we have been
separated by the boundary of different worlds.

At this moment,
i just wanted to hear your voice to say "all the best for your exams",
i have waited almost 3 years for you to say that.
YES.
i know i cant avoid the destiny,but i couldnt help myself from thinking of you. (T_T)

abah,
i just dont know how can i repay all of your hardship and tears.
i will try my best to send my miss and love for you by being a solehah daughter to
cherish you there with prayers.
i will protect your good name.
miss you SOOOO MUCH my dear ABAH.
may peace be upon you there.
~AL-FATIHAH~

Wednesday, October 27, 2010

ohayo kuantan (^_^)


Assalamualaikum wbt.
suatu ungkapan doa indah buat saudara seagamaku. (^^)

selamat pagi kuantan. suasana kedamaian jelas terpancar pada sinaran mentari ba'da subuh.
no wonder why Umat Islam tidak digalakkan untuk tidur selepas subuh.
keberkatan masa itu terletak pada waktu ini.
saya fikir jika kita tidur lepas solat subuh dan bangun jam 10, hidup terasa terumbang-ambing dan jadual lari lintang pukang.
saya mahu kongsi perasaan ini dengan semua orang, supaya mereka sedar apa hikmah di sebalik mencari keberkatan selepas subuh.
soal bicara mata hati dan bukan sekadar akal biasa
sebenarnya bisa mengubah gundah gulana menjadi riang gembira dalam pertukaran saat kerna dalam setiap perincian hidup kita, saya jadi bersetuju untuk mempositifkan diri pada setiap perkara,
ALLAH dan atuq molek pada taqdir setiap kita.
bilamana kesukaran diberi bertalu-talu, saya sudah mula mahu mengorak paradigma yang lebih cantik "ALLAH nak bentuk jiwa aku menjadi kuat dan kental".
di saat kita diuji dengan perasaan senang dan happy moments, saya mula memikirkan tiada yang lebih menggembirakan melainkan dapat gembira dalam naungan rahmat ILLAHI
"ALLAH menguji tahap kesyukuranku di kala ini".
jika hidup sentiasa alert dengan setiap hikmah yang berlaku, saya fikir tak mustahil untuk kita mampu untuk terus "menebalkan muka" menahan tohmahan manusia sekeliling atau
menahan kepanjangan hidung pinochio dek "pujian meninggi" dari manusia sekitar yang rambutnya sama hitam tapi hati lain-lain.
satu prinsip seorang kakak di sini, "aku hidup bukan sebab pujian ko, aku pun tak mati dengan cacian ko". kasar bunyinya tapi disitu terselit "aku tak pedulisme" dalam setiap perkara yang bisa merosakkan fokus kecemerlangan dalam setiap hayat di dunia dan akhirat.
bila hati kuat dengan izin ALLAH, nothing is impossible.
bahkan, jika di saat musuh ALLAH mahu memenggal kepala kita pun, insyaALLAH, masih kuat akidah kita ALLAHU AHAD.
tatkala exam (exam je pun..)
mahu menjengah jendela minda, saya mula gabra dan BP jadi tak stabil,
tambahan pula sympathetic nervous system sedang beroperasi. "flight-fright-fight response".
sapa tak ketaq bilamana memikirkan timbunan nota masih kemas tak bercalit contengan ulangkaji.habuk pun tak ingat. adeyh (T_T)"
almaklumla...suma ni salah makhluk yang bernama "busy" .
terus-terusan menganggu kelancaran hidup ini.
Eh,lihat, jari ini selalu ditunding pada kesalahan "mahkluk" lain. isy isy isy
kehadiran dan ketidak hadiran makhluk "busy" ini juga ujian.
jika ada, "masa terasa diisi dengan amanah",
jika tiada, "masa panjang lagi der, rileks2 sudah"..
jadi, seimbangkanlah ia dengan keizinan dari ALLAH.
lagi satu, selain daripada mencari hikmah di sebalik sesuatu,
yang penting niatkan dia hati sokmo bahawa setiap aktiviti jasad, rohani mahupun akal kita,
apa yang penting??
"memburu pandangan redha dari ALLAH"..maka segala2ny akan direct padaNYA. xda tersekat-sekat dalam traffic jam.
jika redha manusia yang dicari, kacau bilau penuh accident jiwa ni dek kerna tak dipenuhi kehendak kita.
"ayoh, sahabat2ku, kentalkan jiwa hanya untuk ALLAH"
p/s: rindu pada allahyarham abah...smoga dikau tenang disana (T_T)

Thursday, October 7, 2010

maher zain...er..


Assalamualaikum wbt~
semalam penuh dengan keseronokan. (bercampur baur dengan muka tak bersalah hari tu)
sanggup berkejar-kejar naik bas dari uia kuantan ke uia gombak.. rasa nak tergelak pun ada bila terfikir kembali..ish ish..donia....
well,entah kenapa aura maher zain menyusup di sanubari.
terasa sangat dekat dengan mesej yang disampaikan dalam setiap bait-bait liriknya.
seperti datang sebagai wakil menyampaikan bicara isi hati ini dalam bentuk melodi kontemporari.
pergh, tergamam melihat kesungguhan peminat-peminat yang rata-rata dari warga uia ketika sesi bertemu peminat.
berasak-asakan hanya kerna mahu melihat sendiri wajah maher zain tersenyum menandatangi autograf, tapi sayangnya, tak semua dapat berbuat sedemikian kerna terlalu ramai agresif menyerbu dewan sehinggakan polis terpaksa mengembleng tenaga dengan komiti meleraikan mereka.
cukuplah sekadar itu dengan maher zain,
(tak perlu terlalu fanatik pada manusia yang sifatnya sementara..biarlah berpada-pada)
hurm,
dalam keadaan berhimpitan itu hati ini jadi teringat,
alangkah indahnya jika ketika itu bukan maher zain yang datang,
tetapi baginda Rasulullah saw yang datang.
bukan sekadar sanggup dihimpit hinga patah pinggang,
bukan sekadar meletup kamera dslr menangkap gambar,
malahan,
biar luruh tangan ketika melambai-lambai ke arah Baginda pun sudah cukup bagiku.
kan best kalo semua yang datang berpusu-pusu itu sanggup berpusu-pusu menemui Baginda?
semoga mereka beroleh kesedaran itu..
suasana itu membuka lagi mata hati untuk menggambarkan bagaimanakah keadaan di padang mahsyar nanti,
tatkala ramai yang resah menanti hukuman dan balasan
tak semua dapat lari dari kenyataan itu, maher zain pun sekali (herm...)
atas apa yang hatinya membenci,
atas apa yang lidahnya bicara,
atas apa yang tangannya bermaksiat,
atas apakah kakinya menginjak dosa.
tatkala itu,
hanya satu harapan untuk kita memperoleh penolong dari manusia paling indah yang ALLAH Maha Kasih akan Baginda.
apa mungkin mampu terlihat lintasan wajah Baginda di sana?
apa mungkin mampu terhidu haruman jasad Baginda di sana?
sedangkan, diri selalu terleka untuk melantunkan selawat,
jauh sekali untuk,
mempamerkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
terbenam kaki di ufuk taubat, terasa jauh lagi rupanya untukku sampai ke tahap itu...
bukan setakat nak dapat syafaat, nak menatap wajah Baginda Rasulullah saw yang mulia itupun entah dapat atau tidak..
ya ALLAH, perbaikilah agamaku~
izinkanlah aku bertemu Baginda Rasulullah suatu hari nanti~

Sunday, September 26, 2010

Alone is me, me is alone.

saya tak selamanya baik, tapi jangan lupa, kita tak selamanya jahat.
memang kebiasaan, jiwa manusia berubah.
bila suka, jangan disangkal kenapa.
tapi, bila benci, jangan ditempuh siapa.
saya cuba melawan kebiasaan itu dengan mahu suka sentiasa tapi
diri ini jauh lemah dari yang dilawan.
kebiasaan itu berulang kembali.
janji-janji masih kurang ditepati.
harapan-harapan palsu realiti.
janji setia namun terus berhenti.
kadang-kadang terasa mahu lari dari semua masalah,
lari dan terus berlari,
biarlah siapa yang saya tinggalkan,
biarlah kepentingan yang saya abaikan.
saya hanya mahu bersendiri.
saya mahu berseorangan.
saya takut untuk dikecewakan jika saya bertaat setia pada manusia.
tidak mengharapkan apa-apa daripada mereka tapi
biarlah saya hidup dengan hidup yang bersih tanpa pura-pura.
selalu sangat jiwa ini meronta perlukan kebebasan,
jauh dari harapan orang,
jauh dari pergantungan orang,
jauh dari keinginan orang,
tapi apa yang perlu dilakukan?
jika habis skala bumi untuk berlari pun,
masalah tetap tak selesai.
kena berani berhadapan.
kena teguh pendirian.
kena cekap keputusan.
inilah hidup duniawi,
saling bergantung pada yang insan lain saja.
jika saya diletakkan pada tempat yang meminta,
baru faham rasanya.
tapi entah kenapa,
hati ni tak mampu kembali tersenyum dan berkata manis.
kosong, zero percent feeling. tak mampu diisi dengan apa-apa.
"YA ALLAH, kayakanlah aku dengan perasaan kasih suci kepadaMU..
ku yakin, jiwaku kan kembali tersenyum bilamana kasihku padaMU benar-benar
realiti.."

Wednesday, September 22, 2010

salah si tudung labuh....


terlebih dahulu, maaf kerana isu ini terlalu negatif untuk dibicarakan..
sampaikanlah kebenaran walaupun pahit untuk diterima.
open minded is needed~

Pernahkah kawan-kawan merasai kepedihan pandangan slack orang lain terhadap kita?
bila terserempak di tengah jalan, nah..maka mulalah melihat kita atas bawah..
mungkin dia tak sedar yang kita sedang terasa hati..
well,
terkadang hidup tak sesempurna orang lain lalu tatkala TERbuat apa yang tidak berkenan di hati mereka yang prejudis,
pandangan tajam ditusuk lalu sangat sakitlah hati, menyucuk hingga ke tulang sulbi.
"SALAH tu!!! tak patut buat begitu!! tak elok lah!!! Eeee...dia ni tak tahu ke"
<--- jelingan mata itu seakan-akan bersuara~
aduhai kamu....
diri ini merasa hairan, tergaru-garu dagu berjerawat ini..
kaget melihat sek-sek bertudung labuh menjeling sinis mereka yang tidak sempurna menutup aurat dengan pandangan yang sangat menyakitkan hati.
mata itu ibarat printer 3-in-1.
scan penampilan orang lain,naik turun naik turun kesan kelemahan orang lain.
print out reaksi muka.dakwat hitam putih tanpa toleransi.
assalamualaikum...haluuu haluu..
mereka itu tak semestinya kekal dengan keadaan tak menutup aurat itu
cumanya masih belum sampai lagi masanya.
jiwa mereka lebih bersih dari kita yang terlalu prejudis..
sebenarnya hidayah ALLAH sedang menanti mereka.
mungkin mereka terlupa mendoakan kebaikan untuk sempurna beragama?
mereka terleka dengan godaan dunia lalu terhijab jalan menuju cahaya...
semua kita fitrah sejak dari lahir lagi adalah suci, cumanya sepanjang kita lalu di landasan kehidupan, ada sahaja hentian yang memalitkan cat dosa dan bauan najis maksiat..
peluntur cat dosa dan sabun pewangi taubat belum lagi dibeli dengan matawang DOA..
believe me, bila saja kita teringat untuk berdoa, nescaya ALLAH akan makbulkannya..
logiknya, what's the point of requesting something to The Most Knowing..
He knows everything, hanya kita sahaja belum mendoakan... hurm...

By the way, berbalik kepada isu di atas,
puan...
kenapa harus menundukkan maruah orang lain?
yes, anda mungkin berniat suci dan mulus untuk menegur yang batil tetapi..
cara anda jauh salah dari teladan Baginda Rasulullah...
tegur direct secara berhikmah lebih BAIK dan BERKUALITI daripada pandangan sinis Puan itu.100% dijamin berkesan mengubah pahit menjadi manis.
erm, nak tanya sikit,
yakinkah puan bahawa iman puan yang dianggap tinggi melangit itu mampu bertahan di puncak sampai..... "bila Izrail datang memanggil"??
jika puan yakin,with pleasure,
sila tunjukkan dalil bahawa Iman kalian takkan pernah susut..
Uush...bukan senang untuk menjaga iman kita kerana iman itu ibarat membalikan tangan.

Teringat akan seorang teman pernah meluahkan rasa..
"namy, is it diorang yang pakai tudung labuh ni suka menilai orang secara luaran?
is it yang tak tudung labuh ni tak boleh dipercayai untuk pegang jawatan society?"
persoalan itu menambah lepuh di jiwa kerna diriku dulu malahan sekarang pun terkena tempias air bisanya.
Terimbau jua insiden,
pernah seorang yang ramai sedia pra-anggap dirinya sempurna segala sisi,
baik penampilannya,masyi hafalannya,berkualiti latar belakangnya
namun akhlaknya jauh lebih rendah dari yang jahil lagi tentang agama.
Alamak.. semua dah wangi tapi satu bahagian sedang membusuk...
Rugi aiii rugi...
Senyum pun tak pernah dilemparkan pada yang tak sempurna pakaiannya..
Mencebik je... Muncung mulut tak payah katalah...
ish ish ish...
Jatuh graf teladan anda..
bukan main kata nak sebarkan Islam,
kalo akhlak pun lompang sana sini, macam mana nak bentuk orang lain?
Bukankah Nabi diturunkan untuk menyempurnakan akhlak manusia?
Setinggi-tinggi martabat Baginda pun masih sangat concern tentang akhlak..
Apatah lagi kita yang hanya hingusan di tangga keimanan..
siapa kita untuk menilai kebaikan orang HANYA secara luaran?
aneh oh aneh.
manusia terlalu suka meniru katak,
terlompat-lompat mengata buruknya orang lain,
terloncat-loncat menyimpulkan standard seseorang..

p/s: teguran ini berupa bandul.
melantun kepada yang sakit terasa,
terlantun balik lebamnya kepada yang menulis ini..

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"

Sunday, September 19, 2010

Aku adalah aku

Aku punya impian,
ingin menggapai redha tertinggi,
hidup hanya dikelilingi mereka berjiwa hamba Tuhan,
hiasan jiwaku hanya zikir fikir demi Islam,
cukup sahaja hidup tanpa imanku diganggu,
tapi ku punya cabaran sendiri,
ALLAH tempatkanku di kawasan ini,
hidupku dulu penuh dengan pendedahan,
latar belakangku penuh dengan lalai..
aku tak biasa didedahkan didikan ad-deen intensif,
tidak layak ku salahkan ibubapa yang mendidik,
kerna ku sedar hikmahnya,
lalu kuterima sebagai penyebab untukku,
tahu apa fikiran sana,
lihat apa yang salahnya,
ingat apa yang jahilnya.
cari solusi masalahnya,
justeru,

aku cuba menjadi diriku sendiri,
aku ada sebab dan matlamat,
aku punya kawan-kawan yang tak bisa ku tinggalkan,
aku tak mahu dicop mementingkan iman sendiri,
mereka perlu seseorang figura yang boleh mereka rujuk tatkala buntu,
mereka perlu seseorang yang bisa mengingatkan bahawa mereka tidak bersendirian,
mereka perlu ajakan yang berterusan tanpa putus asa,
mereka melakukan dosa tetapi dosa lagi diriku jika membiarkan mereka terus hanyut..
Ya ALLAH.. berikanlah daku kekuatan..demi ISLAM tercinta~

Sealed with Syukur~


salam...
Just wanna express my gratitude to my Beloved ALLAH the Most Merciful (^_^)

thank you ALLAH ; celebrating me with this bounty of Islam
thank you ALLAH ; giving me hard time so that i can repent to You
thank you ALLAH ; pampering me with my parents love & my family care
thank you ALLAH ; pleasuring my life with healthy mind, body and life
thank you ALLAH ; cherishing me with lots of friends,
they give me smile and tears that grows my maturity
thank you ALLAH ; blessing me with this movement,they open up wide scope of aim
thank you ALLAH ; bringing up my heart to love and live so that I can enjoy happiness
If there's time i tend to blame You when every wrong thing happen to me,
please dont take away my sense of gratitude cause i know
abundance of good things is there for me.
ALHAMDULILLAH YA RABBI!!

Friday, September 17, 2010

pia....buatmu...


Ada saat yang tak mampu ku tekan "delete" dari memori silam..
mulut tersenyum tapi mata tak mampu menipu.,
mata yang bundar ini aku tatap penuh kasih..
ada riak gusar di sinar matanya..mungkin terbit bimbang akan masa depan tanpa orang penting di dunia..sesungguhnya, ALLAH punya rancangan yang lebih baik untuknya..
di saat umurnya genting memerlukan belaian jiwa seorang ibu..
perkataan "mama" semakin kabur di bibir...
kasih sayang dipindahkan pada ayahanda yang serba baru belajar..umur setahun lebih...apa yang dia tahu...yang pasti,perhatian dan kasih sayang, itu yang dia tagihkan..
Pada tanggal 7 bulan selepas abahku pergi meninggalkan kami semua.. ibunya pula pergi menghadap Illahi..
aku sempat menziarahinya...
mata kecil itu bengkak menangis,merah berair..
duhai anak,
sungguh kau menangis bukan kerna mainanmu yang hilang, tetapi kau seperti faham situasi mendatang..
di saat ibundanya sesak di birai katil,tangisannya di bahu papa menjadi ligat..
aku jadi mengerti..
si anak kecil itu merasakan kehadiran malaikat maut yang kerap kali mengunjungi
ibunya..
dia meronta melihat lingkaran tiub di badan lemah itu.
dek kerna,lidahnya terpaksa dipotong sebelah akibat tumor,
tiub udara disalurkan agar pernafasan lebih lancar..
tiub makanan terpaksa ditebuk di kerongkong bagi memudahkan cairan susu mengalir masuk.
kimoterapi sedia meluruhkan segala rambut..
peluh kesakitan memercik di baju..
badan yang tinggal hanya berbentuk tulang rangka...
wajah putih semakin pucat lesi...
aduh,tabahnya ibumu,bertarung semampu mungkin dengan kanser yang menanah..
aku imbas kembali..
jamuan makan yang sepatutnya aku nikmati menjadi hambar,
aku rasa tidak keruan, lantas ku dail nombor abah..
mak menjawab;"hello" (suaranya agak tertekan)
"mak,nak cakap dengan abah sat"gagang diubah kepada abah.
"abah, dok wat pa?"
"tak buat apa...hmmpphh...hmpph..."
"sihat dak?" (aku menahan tangis)
"hmpph...sihat....hmpphh" (suaranya diselang seli semput kerna air kanser memenuhi
rongga paru-parunya)
Cukup.
aku tak mampu lagi teruskan perbualan ini, lantas ku minta mak untuk meneruskan jawaban panggilanku..
"mak dok wat pa? jangan tensyen2 taw"(aku gagahkan jua berbasa-basi)
"tak buat apa, kat PMC ni, abah masuk wad balik" (aku terkedu tanpa respons).
....(keadaan sunyi menyelebungi)...
"syah,nak habaq ni,kak liza kena kanser lidah.." (mulut ditekup menahan kejutan)
----------------YA ALLAH... sungguh berat ujian ini-----------------
kondisi kami ketika itu sangat perit,
ayahanda yang sedang berhempas pulas dengan "pembunuhnya"..
kakak ipar yang sedang mempositifkan dirinya..
umur yang masih muda.. awal 30-an.. kanser lidah menziarahinya..
kompilasinya,
permulaan 2008 menghimpunkan kisah sedih keluargaku..
februari menyaksikan kehilangan abah dan tok...
september meneruskan kehilangan akak ipar sulung...
ya ALLAH, sungguh Dikau Maha berkuasa ke atas segalanya..........
sekarang..
kau cergas berlari ke situ-ke sini..
habis tunggang langgang sofa rumah dijadikan bahan lompatan..
habis buih mainan ditiup ke muka orang...
habis laci rumah diselongkar satu persatu..
habis sisa jajan ditabur ke karpet tebai..namun...
hati ini tak sanggup memarahinya kerna dia juga anak yatim sepertiku...
tabahlah sayang..
mak su sentiasa menemanimu.. (T_T)
~LUV U PIA~

Tuesday, August 24, 2010

aku celaru


Assalamualaikum wbt..ramadhan kareem semua =)
kipas ligat berpusing.Level 5.
namun, masih tak mampu menidurkan diri.jam sudah 12.13 pagi buta.
bila la diri ni nak membuta.mata dah kuyu tapi sistem dalaman tubuh mencegahku tidur.
mindaku kosong dengan tuntutan hafazan. sokmo tertinggal. tebal mukaku bila berhadapan dengan ustaz. terasa kenapa bengap sangat diriku ini..hais...payah juga untuk memelihara roh al-Quran di jiwa.YA ALLAH, permudahkanlah...permudahkanlah...
jiwaku kini kabur dengan harapan, angan-angan, kerisauan...
aku celaru dengan perasaan. "jangan terburu-buru, jangan tertangguh-tangguh"..
pilihanku tersepit antara Islam yang memang telah janjikan syurga versus sesuatu yang belum tentu lagi membawaku ke syurga. YA ALLAH, tunjukkanlah....kebaikan dunia dan akhirat...
saat ini, mindaku serabut dengan timbunan tugasan..
exam is just around the side corner..
bila aku serabut, ada saja halangan untuk menelaah..
entah kenapa, nota ungs masih suci murni, tak terpalit langsung dengan contengan ulangkaji.
tapi aku sedar,
diriku ini ada satu yang pengakuan yang perlu ku terbitkan,
sangat payah untuk memasakkan jiwa pada sesuatu. ada saja yang mampu mempengaruhiku. jika aku disuruh makan rumput pun, aku terus mengikut kerna apa yang terlintas di fikiran ketika itu adalah, "OH,mungkin itu terbaik buatku"..
YA ALLAH..kawallah hatiku ini...

lagi....
kepala juga asyik berligat memutar memori. di atas meja terselit warkah paling bermakna dari sahabat seAkidah. simply written in test pad, yet it brings me everything i mostly needed =,)
sahabat ini,
seakan-akan mampu membaca gundah gulana hati. dia pandai memberi respon yang aku mahukan. sahabat ini seorang yang mampu mentafsir reaksi mukaku, ekspresi perlakuanku. sungguh, ALLAH MAHA KAYA, menemukanku dengannya...dulu kami ibarat orang asing.cukuplah dengan sebuah pertemuan selama satu tahun yang bermakna bijak mengeratkanku lagi dengannya.
ALLAH MAHA PENGASIH,kerna mencampakkan rasa sayu bila dirinya sakit.
aku tak mampu bantu apa-apa, sekadar mengangguk, mengiakan apa yang diharunginya.
aku hanya mampu melihatnya dari jauh, sayu untuk aku melihat dirinya bergenang airmata.entah kenapa aku menangis mendayu-dayu bila aku pertama kali berjumpanya di tahun kedua.aku cemburu kerana dia tidak bersapa denganku.aku sayangkan dia
YA ALLAH..tersedu aku menatap badan yang sudah kering, semakin kurus melidi.
UJIAN ALLAH sangat hebat untuknya tapi ketahuilah, LAGI MAHA HEBAT ALLAH DARI UJIAN ciptaanNYA itu.
mindamu dulu tajam bak pisau, mampu menangkis kecelaruan akademik.
sekarang, aku khuatir dengan keadaan mindamu yang bertungkus lumus meresap memori.
YA ALLAH, kurniakanlah dirinya kesihatan dahulu, kecerdasan dahulu, senyuman tawa dahulu...
jika dirinya terlintas membaca warkahku ini,
usah ditangisi kerana terharu,
cukuplah apa yang telah dia tunjukkan tauladan buatku.
dari jauh, ku mengaguminya..

Friday, August 20, 2010

sampai bila.....

Ramadhan datang...
sedang berjalan...
sedang meninggalkan bingkisan rahmat buat Hamba TUHAN..
sudah berapa tarawih dijalankan..
sudah berapa juzu' Al-Quran dialunkan..
sudah berapa malam digadaikan...
persoalan ini hanya terjawab bila "dada ditepuk, iman merespon"
diriku ini...
penuh dengan rancangan...
bermain-main dengan teori..
praktikaliti jauh sekali..
azam tinggi menggunung..
mahu mengadaikan tidur 8 jam kepada 4 jam untuk pengabadian...
akan ku genggam AL-QURAN dengan kesungguhan..
akan ku ikhlaskan jiwa menghafalnya..
azamku melangit jauh..
ingin menggapai nikmat khusyuk qiamulail..
akan ku tebalkan kudrat untuk menyampaikan cinta padaNYA
...........................................................
janji tinggal janji..azam tinggal azam..
bila keserabutan melanda,

aku ingin lari!!
tak mahu hadapi.
tolong jauhi!!
sampai satu takat,
aku tak mahu hidup dengan amanah ini lagi.
cukuplah sekali tapi ia tetap bersambung-sambung...
maafkan daku Tuhan... tak pernah kuhargai.
aku kalah dengan masalah..
hidup celaru haru-biru...
penuh dengan susah payah lemah...
ku hairan kenapa tiada yang mudah bagi diriku?
mungkin..erm..
tiada lagi perkataan "mungkin" harus ku catatkan..
pasti..ya,pasti ALLAH sedang menguji cintaku padaNYA..
mana mungkin ku raih nikmat keimanan andai diri tak diuji..
bukan sikit ujiannya...
gamitan memori arwah abah..laungan "abah, apa kabar?" di talian telefon sudah lama ku
tak ungkapkan..

cubitan kesakitan mendaki kecemerlangan akademik.. target demi target ku letakkan..
teriakan jiwa yang inginkan ketenangan jiwa...apa mungkin ku luahkan atau ku
sembunyikan hingga tiba masanya?


bear in mind,
masa untuk ku berhenti bukan sekarang.
apakah aku mahu menyesal tatkala malaikat maut menghayunkan tangganya untuk menarik
nyawaku..tiada penangguhan.. satu nano saat kurang atau lebih tiada kompromi..

Wise words to ponder :
"Develop an attitude of gratitude, and give thanks for everything that happens to you, knowing that every step forward is a step toward achieving something bigger and better than your current situation"

Tuesday, August 10, 2010

Its for you dear =)


DEAR R....
my eyes can't sleep thinking of you..
both of my hands busy typing your name..
both sides of my brain searching the right position to put you in...
der....yet... my heart feels recklessly..
my soul senses alarm of emptyness..
if i throw it aside, the "tink toink" sound will be heard. (like an empty rusty can)
am i ready for your coming back?
hey, actually,do i have the heart to invite you in?
seriously, i have nothing to offer you.MONEY? Is it enough?
my preparation?
i think, it is only by emptying my stomach..no food or drink during the day..
honestly,i dont prepare any new thing for you..
i used the same old telekung with 'tahi lalat' to meet my Lord during tarawikh,
i washed hundred times my fading-colored sejadah,
i wear my re-tied torn off anak tudung,
i wear my re-stitched hollowed stockings.
no need to waste our money right?
wasting money dude is accompanied by devil. hey
i'm just being moderate in ibadah..er...am i?
Moreover...
i dont really care about the real enjoyment of celebrating the ifthar,
what i want is, my food for ifthar must be colourful,
full with needed nutrient, filling the blank spot on the dinner table,
no matter how much i spent per day at the bazaar..
i deserve those for my energy supply decreement during fasting.
er...is it ok?
my mind always think of the end of your coming...
have i bought my tiket to balik raya yet?
do i have enough accesories for my raya dress?
am i eligible to get enough duit raya from elder and working relatives?
my confession?
listen here,recently awaken...
my heart is packed with worldy love.
stuck in the road of lust..
trust me,
it shall bouncing when i stumbled into human, instead of when hearing your steps...
simpley said,the phenomena playing around with the world aside...
my notepad sticking everywhere on my noticeboard and desk..
just targetting.. on how to catch my dream cgpa,
my expensive house in resident,
my full packaged spouse,
my sporty pinkish car,
my happy intellectual family..
herm..
my solution?
ne no ne no (the sounds of ambulance comes!!)
this patient is so sick!
she fainted and drowning in lake of sins..
not normal CPR can help her!
if my heart being scanned,
there will be lots of cancerous snobbish!
much more blockage in my fitrah passage(lots of sin summons)...
surely...
i think my heart need the true rejuvenation..
no more retorically written..enough already.
some refreshing injection needed!
the right medicine requested!
here i attached this love letter for you..
oh R...i'm dedicating this words for you...
your special spirit makes me cry...
your finest aura makes me fell down on knee..
your strongest embracement overwhelming me..
my warm tears falling gently upon my cheeks..
you are sooo special... dear...
you are adorable...nothing can replace you..
i adore you for these special gifts..
no devil to influence me (yet, the lust replacing that role)
no excessive eating and drinking (making my pocketmoney stabilize)
no windowing shopping and cuci mata (my energy saver)
no late night korean dramas (my meeting with ALLAH during Qiamulail keep me stronger)
THANKS FOR COMING..
Allahumma bariklana fii RAMADHAN.... (^_^)

Tuesday, July 6, 2010

A letter for the Most KNOWING~

Assalamualaikum....

This week is fulled with feelings,love,hatred,sorrow, pain, dullness,sadness
(if u notice, mostly are negative feelings..urgh..what a life)

Last Friday,i've been informed for a very unpleasant news,
Another application for changing my academic programme has been rejected,
and there will not be any chance onwards. That's their policy and i do respect it.
In the moment, my heart feels restless and my face is emotionless,
no matter how good the jokes made by the comedian in the Tv, my face is zero reaction.
sorry guys, you need to work on your ridiculousity more.

If i can shout till my voice cord runs out, i would really want to tell others
that i really, truly and deeply want to have it,
but no matter how hard I tried, that thing still be apart from me.
i tend to replay my feeling on the day i've felt off from leader of hope...

Have you ever felt that your world will come to an end?
You are suffering from unpleasant things given to you..
I'm lying if i told you that i'm not blaming the destiny,
me is still the homo-sapien who are given heart to feel, heart to cry and heart to laugh.
i tend to blame others instead of myself. what a human...

Hurm,enough with my babbling on how my life went wrong,
I'm trying not to entertain this unworthy feeling.
i've decided not to think about it anymore,
and those who keep on asking, underestimating, judging me,
just mind your own bussiness, stay away from others life,
if myself do bothers you, er, thats your problem, not mine.


Now, those feelings alter and become unfeelingness..
If my memory serves me right, i've never felt this emptyness before.
The emptyness isnt showing my sadness, sorrow, moody or what,
it just showing nothing to worry about.isnt that awkward? herm..thats a sign maybe.

oh ALLAH, You've made Your decision, this path will never be mine.
i'm exhausted from being to demanding. i know,
i've asking sooo many wishes, sooo many good things...
i know You never teach me to give up trying but this time,
You have give a definite sign not to count on it anymore, and yes,
for the first time, i do agree on You..

oh ALLAH, there's a lot of things that bother me,
what will going to happen to me on future?
what if i dont get any job?
what if i cant take care of my mother when i got a job that force me to stay far from her?
what if... er... so many if and yet, i'm still learning.
what am i thinking? come on...here comes again...the same old way of thinking...
i've kept thinking on negative perception instead of learning to be the best.
that's how, my concious mind set me up, i do put aside the chance in front of my eyes.

oh ALLAH,
You are giving the hint...
I notice there is another path to be explored,
much more to be grateful for, much more to be appreaciate with,
lots of challenges awaits from me in this field.

oh ALLAH, please give me strength, i'm loser without your continuous attention.
oh ALLAH, i'm here writing for You..

I'm here begging for your Forgiveness and Lovely Blessing to bless what i've done,
what i'm going to do and what i will not do.
i know, if i choose to be regret for what You've planned for me,
i'll failed to be a Good Muslimah.
I admire Prophet Muhammad s.a.w,
eventhough You've honoured him to be your most beloved,
he still got the rough time in his life,
he wasnt being pampered..He faced the challenges like a REAL man!
You've thought him to be strong when the entire world was against him.
He's been cursed, been hurt by thorns, been thrown with shits and puke, he's been hit till the blood flowed vigirously..
yet, he never thinks negatively. he thinks of us, his ummah~ 3 times lovingly till he meet YOU there...
he never take advantage on Your Love towards him to punish those were cruel to him,
just imagine, my life being suffering like him?
and now, what have i done to my destiny?
i blamed on them, destiny is wrong, destiny is what so ever... what a servant am i?

Love Letter from YOU Have Said Clearly in..
surah an-Nisa: 078;

"Wherever ye are, death will find you out, even if ye are in towers built up strong and high!" If some good befalls them, they say, "This is from Allah.; but if evil, they say, "This is from thee" (O Prophet). Say: "All things are from Allah." But what hath come to these people, that they fail to understand a single fact?


.................................................................................................................................................
-these fullstop shows me continuing on living not the end of live. get the whole start-

Friday, June 25, 2010

The way i feel..


Hari ini diri tak mampu tersenyum biasa..
pelbagai persoalan menerjah di minda...
er..kenapa diorang dapat apa yang diorang impikan?
herm...awat aku slalu ke belakang?
hurm...pasaipa depa tak study sangat pun tapi result gempak2 ja?
ish...tak aci sungguh....kenapa aku yang derita?

sudah-sudahlah mengeluh.
jika mahu mengeluh,
keluh atas dosa yang dibuat,
risaulah atas maksiat yang terhidang,
bimbanglah atas solat yang tak diterima,

tanamkanlah tekad...
matlamat hidup yang besar adalah membawa ISLAM dalam diri..
senang diungkap,payah untuk diraih...

apa-apa pun jangan sedih dengan rahmat dan kuasa ALLAH,YA MUJIB...
jika otak masih berfungsi,kudrat masih meninggi,jangan sesekali kecewa dengan sifat ALLAH, YA MUSOWWIR...

Tapi, bila saja motivasi sedang dibina,ada saja hasutan yang melanda..
"kau dah doa..kau dah cuba, tengok? apa yang ALLAH bagi?
bukan yang kau minta"
"sejauh mana aku mencuba.berkejar ke sana ke mari,masih lagi bukan rezeki."

astaghfirullah hal azim..
licik sungguh jeneral setan menyebarkan dakyah yang mampu menggoncang akidah.
sekali aku menyalahkan ALLAH, iman automatik rosak! bahaya oh bahaya.

biarlah...aku cuba redha...
walaupun payah untuk ku redha semua, tapi aku cuba..
ALLAH tak melihat hasilnya, ALLAH melihat usaha..
nothing is impossible,kun fayakun!
tapi hukum ALLAH, sunnatullah kena seiring dengan syariatullah...
kalo sekadar doa, solat hajat 40 hari 40 malam, tanpa pulun dan usaha, jangan harap lahh wei...

kejayaan tak datang bergolek. kesenangan tak datang melayang.
jika sekadar goyang kaki, menongkat dagu, menadah tangan,semua akan menghilang...
apa pun tak dapat.
biarlah bukan sekarang,
biarlah bukan hari ini,kejayaan itu pasti milikku..
yakinlah, kejayaan itu menanti diriku berlari kencang mendapatkan baton!
pastilah, doa yang aku panjatkan, lambat laun pasti terjawab!
ketahuilah, tangisan ini bukan sia-sia, biar ia mengalir laju membasuh luka kecewa!

masanya belum sesuai..
detiknya belum tepat..
masih banyak lagi cabaran yang aku perlu tempuh untuk menggapainya.
masih banyak lagi tangga berduri untuk ku daki dalam mencapainya..
nak berjaya kena cukup syarat-syarat kelayakannya...
ada hikmah tersembunyi di sebalik ketiadaan sekarang...

atas apa aku harus katakan?
atas rungutan dan alasan?
atas dengki dan irihati?
atas dendam dan amarah?
oh tidak!kabi nehi!
atas usaha,doa dan tawakkal..
atas berlapang dada, syukur dan redha...
sekali gagal,
dua kali gagal,
tiga kali..er,..confirm gagalkah?
jika belum pasti, jangan jadi pengecut untuk mencuba.
apa kata yang lain?
mereka tentu gelakkan aku yang masih lagi melukut di tepi gantang,
menunggu kucing bertanduk,
memetik durian kristal...

la.....ada tak kita menyusahkan hidup diorang?
humpphh...ada ke kita minta duit diorang?
hais... itulah mentaliti sempit..
buat benda yang mustahil, dah takut pada pandangan orang..
yang pandangan ALLAH, tak pernah pula risau...
setiap hari lagho,setiap hari buang masa,tak pernah pula berubah...

udah udah le skeptikal...jadilah optimis...

Antara petikan blog motivasi ;
Redha kepada Allah hendaklah dengan sepenuh hati seperti maksud hadis:
" Bila kamu mohon sesuatu kepada Allah S.W.T maka mohonlah dengan penuh keyakinan bahawa doamu akan terkabul Allah tidak akan memakbulkan doa orang yang hatinya lalai dan lemah ".
Terdapat banyak kelebihan doa dan menurut Rasulullah S.A.W :
" Tidak ada yang lebih utama (mulia) di sisi Allah daripada doa".
" Sesiapa tidak (pernah) berdoa kepada Allah maka Allah murka kepadanya ".
" Sesungguhnya Allah Amat Pemalu dan Maha Murah hati. Allah malu bila ada hamba-Nya yang menadahkan tangan (memohon kepada-Nya) Ialu dibiarkan kosong dan kecewa ".

Antara pengajaran bermakna dari AL-QURAN, pengubat duka lara..ALLAH, Ya Rahman...
Surah ar-Ra'd ayat 12 ;

"Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air)."

Friday, June 4, 2010

Selamat hari "menghampiri mati" ....


Assalamualaikum..
selamat hari lahir...hari jumaat yang mulia..
sudah 21 tahun..
namun, apa sumbangan diriku pada umat ISLAM?
sungguh aku tak punya apa untuk disumbangkan..
jika ku punya hati, adakah benar hatiku tercipta untuk ISLAM?
jika ku punya akal, adakah ia mendorongku untuk memikirkan ISLAM?
jika ku punya tangan, adakah ia mampu menggongcang dunia untuk kemajuan ISLAM?
jika ku punya kaki, adakah ia dihayunkan ke tempat yang hidup dengan ISLAM?
jika ku punya mata, adakah dilihat pada kebaikan ISLAM?
jika ku punya telinga, adakah ia dialunkan dengan zikir pada suara ISLAM?
jika ku punya jasad, adakah aku dibesarkan dengan cara hidup ISLAM?

persoalan-persoalan ini menjadi titik tolak untukku mengukir hidup baru kerna aku tak yakin semua yang dipinjamkan padaku sejak 21 tahun + 36 minggu dalam rahim ibunda ini adalah disalurkan sebenar-benarnya pada ISLAMku sayang..

Saudara ISLAM ku,
dikau dekat....
dikau jauh....
tapi,
saban hari ku lihat kalian dipijak-pijak hedonisme,
kerap kali ku lihat, kalian dihenyak-henyak kaki zionis durjana,
setiap detik ku lihat, kalian diludah syaitan jahanam,
namun,
aku fikir..
adakah ini semuanya ada kaitan dengan diriku?
apakah aku pernah bersuara menolak kemungkaran di tepi hidung?
apakah aku pernah katakan tidak pada maksiat di persekitaran?
pernah,
aku pernah diam membisu,
sibuk dengan urusan duniaku sendiri,
pernah,
aku pernah tunduk membatu,
membiarkan kalian hanyut ditarik gelombang dosa,
pernah,
aku pernah memekakkan telinga,
menidakkan rayuan kalian yang inginkan ajakan kebaikan..
oh tidak!!!!
aku hanyut dengan kepentingan diriku sendiri..
21 tahun ini nampaknya sia-sia!!
memperabihkan beras di rumah,
membazirkan tenaga pada yang sementara,
menyusahkan hidup mak bapak dan keluarga,
merumitkan urusan saudara seperjuangan..
aduh....aduh...seribu kali aduh aku mengaduh..
kesal dengan sikap sendiri!
argh! kesal sahajakah?
itu sajakah yg aku mampu?

sudah! jangan berjanji kosong!
kelak, aku yg terlopong!
sudah! usah berdrama swasta dengan tangisan pura-pura!
kelak, mataku kan ternganga!
sudah! usah salahkan diri lalu mengulang salahku lagi!
kelak, jiwa mati menyepi!
INSAF??
betulkah aku sudah insaf?
tak tipu? argh, dulu pernah insaf, kenapa sekarang berulang? retorik!
MENYESAL??
benarkah aku sudah menyesal?
tak bohong? eleh, dulu pernah menyesal, kenapa sekarang dosa menebal? dayus!
BERTAUBAT??
sungguhkah aku bertaubat?
tak dusta? huh, dulu pernah sujud bertaubat, kenapa sekarang masih sesat? hipokrit!
something wrong somewhere...yes, it is IN ME!
MY IMAN IS SICK,
treatment is needed in hurry!
please,
PLEASE,
OH ALLAH...help me... i believe in YOU..


YA ALLAH, bantulah daku hambaMU yang serba lemah lagi hina ini untuk
menongkah arus hidup ini dengan rahmat dan kasih-sayangMU...
sungguh aku tiada daya upaya melainkan ENGKAU...

Warkah cintaMU menghiburkan daku, menenangkan jiwaku yang resah...

surah an-Nisa' : ayat 17

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi
orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian
mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima
Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana."

Saturday, May 29, 2010

"Ajakan si tua"




Assalamualaikum wbt..

updating blog is in progress~tuuuut tuuuut....

Pagi jumaat yang indah ini,
ku gagahkan menemani ibuku membeli barangan dapur bagi menyambut kepulangan anak, menantu, cucu dan saudara mara yang bakalan pulang dari seluruh pelusuk semenanjung.esoknya akan diadakan majlis tunang abangku yang kedua.
Maka, berkumpullah ramai anak2 menantu di teratak sunyi ini..
Mata yang separa kuyu ku tahan untuk tujuan itu setelah tidur lewat semalam kerna rancak bersembang dengan akakku yang sorang ni.
Pagi ini,aku ingin selami kepayahan ibunda tercinta mencari rezki buat anak tercinta. aku tekadkan azam, usaha semampu mungkin untuk gembirakan hatinya..
Awal pagi, sewal jam 7.30 kami sudah sampai,
dia meluru terus ke arah penjual daging kerna khuatir daging yang elok sudah dibeli orang. mujurlah bila sampai "dagin tak sampai lagi kak"
"akak nak chup daging batang pinang dgn hati na,satgi akak mai balik, nak round-round dulu beli benda len" .
"ok kak"
ku perhati dirinya, excited menunding jari pada penjual sayur, ayam,telur..
"Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia"
terngiang-ngiang lagu "anak" dari penyanyi filipina,Freddy Aguilar itu.

Ya ALLAH, izinkanlah aku membalas biarpun sekelumit dari segenap limpahan kasih sayang nurani seorang ibu ini..sungguh, aku anak berdosa...ampunilah...

.


di sudut pasar jalan tun razak,
bersebelahan gerai menjual akhbar,pandangan ku mulai tertangkap pada susuk tubuh tua berkopiah putih, berbaju coklat corak lusuh..
ku lihat warga tua itu memegang plastik berbungkus bijian friskies.
dia terhinjut-hinjut melangkah, mungkin kerna lutut tuanya sudah mulai hilang bendalir synovial di lutut..
aku mula usya sampai habis...
dilemparnya bijian friskies ke arah dinding, maka berkerumunlah kucing-kucing liar di pasar, ada yang berebut, ada juga yang boo layan(tak layan)...
kemudian, di sudut yang lain, ku lihat seekor kucing putih rakus memamah kepala ikan temenung (ikan kembung).
mulai teringat tema kfc "kesedapannya hingga menjilat jari" (boikot norh...)
orang tua itu mulai hilang dari pandangan..
aku tumpukan perhatian mengangkut barangan dapur tadi..
3 nkali round letak barangan di boot kereta.
memang borong sakan pagi ni.macam nak sambut soltan brunei.
setelah hampir sejam kami tawaf satu pasaq,
di sudut hadapan terdapat gerai santan..
kami menuju ke sana sebagai penutup sesi memborong di pasaq.
mataku mula terakam imej warga tua itu di sebelah basikal bmx usangnya.
dalam bakul basikal itu terdapat beberapa bungkus berisi ikan kembung dan bermacam-macam lagi. dalam 7-8 ekor kucing mengerumuni beliau.
bila kucing mengiaw dan menggesel di seluar panjang hitamnya, digagahkan jua di membongkokkan pinggang tua menyuapkan seekor ikan fresh ke mulut kucing itu.
tersenyum-senyum dia, puas agaknya.
senyuman ceria yang dilemparkan itu, melontarkan keikhlasannya yang dapat dirasakan semua yang memerhati..
dalam hati aku mengagumi kemuliaan hatinya.
"pakcik ni dapat pahala besaq wo"..
peniaga santan yang perasan akan pandangan aku dan ibuku kepada orang tua itu,
lalu berkata "uish kak, pakcik ni dari pasaq yang lama, sampai pindah ke pasaq len pastu ke pasaq yang baru renovate ni pun dia dah ada. tiap-tiap hari dok bagi ikan."
mak aku sambung bertanya "tudia, tiap-tiap hari no...kerja apa? pencen dah ka? bini dia ada lagi dak?"
"ish, tataula nak abaq lagu mana kak oi, tapi dia saja la yang dok bagi kucing-kucing kt pasaq ni makan ikan lagu tu.makin banyak kucing kat sini.banyak duit kot"

kemudian,
warga tua itu mula mengayuh pedal, agak terkial-kial mengawal stereng supaya tak terbabas, lalu, menunggang ke jalan besar.
"good bye pakcik, smoga ALLAH merahmati segala-galanya".spontan aku melambai-lambai ke arahnya.
bertambah lagi tabik spring yang aku hadiahkan pada tokoh hati mulia ni.
aku yakin, tatkala di padang mahsyar nanti, kucing-kucing ini akan menjadi saksi dan penyokongnya untuk dimasukkan ke syurga kerna segala curahan sen yang dia lontarkan itu diiktiraf sebagai satu dakwah buat diriku.

"mengajak aku menyayangi haiwan"


ku titipkan seuntai mutiara hikmah dari surat CINTA ILLAHI..surah Muhammad : ayat 36



"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik
daripadanya)."


SALAM 1 AKIDAH.


"AKIDAH DIDAHULUKAN,KEBAHAGIAAN DIUTAMAKAN"

Sunday, May 23, 2010

Salam 1 akidah (^_^)

Assalamualaikum wbt.

wah wah pejam celik pejam celik dah hampir 2 bulan tak update. hoho ibarat tidor tak bangun2, bila bangun saja tahi mata sudah mengeras di bulu mata. (T_T)"
(perumpaan berasaskan logik.harap maklom).

jadual hidup yang agak lengang masih lagi menahan diri untuk mengupdate blog.
nak kata busy sampai tak boleh bernapaih takdelar pulak,
jadual seharian sepanjang cuti hampir 2 bulan seringkali berubah-ubah.
hati manusia memang berbolak-balik.. ibarat mudahnya membalikkan tangan..
iman dirasa turun naik.
motivasi diri juga turun naik.
roller coaster kehidupan ini menimbulkan excitement hidup,ada juga menenggelamkan sampai ke tahap malas untuk hidup, "hidup segan mati tak mahu"
alasannya? NOTHING. hidup ini ada byk (_____________) tempat kosong.
terkadang terisi dengan CINTA AGUNG,
namun sejuta kali malang, selalu tersungkur dengan cinta duniawi.
diriku manusia yang perlu berubah ke arah lebih cemerlang...
cergas sikit nur aisyah!!


Kehidupan pertama


Saya fikir hidup ni kalau tak jatuh menjunam,
kita takkan sedar hidup ini berTUHAN.
betul tak kawan-kawan? (komunikasi dua hala)

manusia mula mencari erti hidup apabila resah dikerumuni masalah,
"adoila...susahla hidup...nak minta tolong kat sapa ni... duit nak cari mana..."
"help! help!"
kita harapkan PERTOLONGAN..
pertolongan yang diharapkan adalah entiti yang superior, berkuasa.
bagi orang ISLAM, entiti itu sangat AGUNG. ALLAH MAHA AGUNG.

ibarat dikelilingi ikan piranha yang rakus memamah isi kaki kita apabila kita
tergelincir di lubuk amazon.tatkala itu tangan digapai-gapai menagih simpati
keajaiban (miracle).
saya buka pilihan untuk diambil...
minta bantuan kepada manusia sekeliling yang sifatnya mementingkan keselamatan diri
sendiri untuk menarik kita kembali ke darat, ATAU
minta bantuan kepada Pemilik jiwa2 piranha yang rakus itu?

ibarat juga tatkala kita terperangkap dalam bilik yang kedap oksigen dan akan mati jika pintu tak dibuka?
saya bukakan lagi pilihan...
minta tolong pada orang di luar yang pasti risau tulangnya patah jika merempuh pintu
untuk menolong kita , ATAU
kita minta bantuan terbesar daripada Pencipta Oksigen?

jika kita jenis berfikir ikut logik, logik manakah yang kita ambil?

Pilihan telah dilampirkan.. ANDA yang membuat keputusan..
kredit tambahan bagi yang beriman pada PENCIPTA AGUNG,
hidupnya semakin manis dan untung bila pertolongan diminta secara lintas langsung
dariNYA.. believe it or not.

hurm...masalah datang tanpa kita sedari. betul dop?
rileks...tarik nafas dalam-dalam, tahan 2 3 minit,
kemudian lepas karbon dioksida dari lubang
hidung dengan perlahan-lahan, dan duduk fikir...
percayalah,makhluk ALLAH yang bernama masalah ni takkan sempat mengerutkan dahi kita andai kita terlebih dahulu kata
"WOP,STOP RIGHT NOW! wait a minute! "
kita tangkis dahulu risiko masalah.buka minda lapangkan dada.
kta kena tahu sumber masalah itu.
bukan setakat tahu sumbernya, tapi akal perlu aktif mencari penyelesaian, tapi jangan
dilupa panduan Islam sebagai nadi hidup bahagia.


selaras dengan kiriman surat CINTA dari ALLAH dalam surah Fusshilat ayat 30;



"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan
turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):
Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)
dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan
beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."


analogi sumber masalah..
bila terkena bucu meja, mulut laju mengadu "ADOI!". maka lebamlah di tulang kering, dimarahi semula bucu itu. (sedangkan itu salah kita, mata bukan dicipta di kepala lutut).
bila terkena duri durian (musim durian skrg), durian dilepaskan atas lantai, dimarahi
semula durian (sedangkan itu salah kita, pegang di tangkai rapuh, tak lapik kain tebal
bila angkat durian),
bila digigit nyamuk, ditampar penyek nyamuk itu sampai terpercik darah di kaki, nyamuk
itu syahid tatkala mencari rezeki, (sedangkan itu salah kita, tak tutup tingkap
bilik)...
namun manusia selalu lupa diri,
bila jatuh terjelepok,ingat TUHAN,
bila gah di puncak tertinggi, semuanya dilihat kecil macam kuman,
diri ini saja yang dianggap tauke hartawan.
"ini harta, AHMAD ALBAB yang punya!"
yang menulis ni juga selalu lupa diri,yang membaca ni juga mari sama-sama sedar diri,
ayuh, hitung diri!


Kehidupan kedua


Alasan dicipta untuk menutup kelemahan.setuju tak?
kita malu dengan kelemahan itu kerana kita mahu segala-galanya sempurna.
alasan juga digunakan untuk melepaskan diri..
peluang di tepi hidung ditolak, kerugian di seberang jalan ditagih..

bila terdetik sesaat mahu jadi baik..
"uish...mana layak..aku ni kuat buat jahat, muka macam pecah rumah, pernah terlanjur,
pernah lari dari rumah, pernah hisap ganja, pernah telan ubat batuk dengan panadol 3
papan, aku pernah curi keropok di stesen minyak, aku buruk...buruk...buruk"



bila tergetar hati mahu bertaubat..
"aii...ALLAH terima ke? aku ni hati busuk,tak pernah semayang, al-fatihah pun aku tak
kenal huruf,aku selalu posa yangyok,aku ni free hair, baju pun dedah sana sini, aku
pernah togak tiger beer, aku pernah makan ayam yang orang kafir sembelih, aku pernah pijak
Quran, aku pernah tendang mak bapak aku time depa tak bagi duit, aku pernah pegi pub..
aku kotor...kotor..kotor..."


sampai bila hidup mahu ditemani "musuh setia" yang bernama "alasan binti segan" ??
sampai bila hidup mahu diludah "musuh keturunan" yang bernama "syaitan direjam" ??
sampai bila hidup mahu dipijak "musuh tradisi" yang bernama "zionis jahanam" ??
sampai bila hidup mahu dijerkah "musuh akhirat" yang bernama "cinta dunia" ??


Anda tentukan.. (saya juga).

Kehidupan ketiga

Hidup kita ini dipenuhi dengan trilion-trilion malah tak terhingga nilainya dengan
keajaiban yang diwujudkan~

mata kita bisa melihat bermacam-macam jenis warna,rupa,keindahan..
telinga kita bisa mendengar bermacam-macam jenis bunyi,melodi,pertuturan...
lidah kita bisa merasa bermacam-macam jenis perisa, perasa,keenakan..
hidung kita bisa menghidu bermacam-macam jenis bauan, wangian, kesegaran..
otak kita bisa menembusi bermacam-macam jenis ilmu, pengetahuan, kecerdikan..
WOW!
SUBHANALLAH!
Marvelous!


Keajaiban yang ALLAH tunjukkan pada kita banyak...
cuma kita yang banyak menolak.. sikit demi sikit..
hidup diratah sekularisme..agama diasingkan, kerjaya diasingkan, rumah tangga
diasingkan, politik diasingkan..
sedangkan ISLAM sifatnya SYUMUL..(lengkap seluruh aspek).. SYUMUL itu indah~


OK,
kita lihat manusia..sifatnya sempurna... bayangkan jika kita dijaja di black market,
seorang pembeli dari Afrika mahukan tangan tegap kita, seorang pembeli dari Jamaica mahukan rambut afro kita..
maka, tinggallah kita yang tiada tangan dan tiada rambut,lalu cacatlah manusia...



Relate balik dengan Kiriman Warkah AGUNG...

ALLAH dengan penuh sifat Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)mengingatkan kita dalam surah Al An'am ayat 104 ;



"(Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan- keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi
kamu."

Maka,
terokailah hidup yang sempurna bersama ISLAM yang indah..
percayalah~
dunia sempit tanpa duit, jadi besar dengan Hukum Islam yang mekar,
dunia derita tanpa permata, jadi bersinar dengan Cinta AGUNG yang terpancar,
dunia hina tanpa dana, jadi kaya dengan Taubat Nasuha yang membunga..

AYOH kawan-kawan!
AYOH sahabat-sahabat!
usah fikir kita tak sempat,
ALLAH sedia menanti tangisan kita yang bertaubat~

SALAM 1 AKIDAH.
"AKIDAH DIDAHULUKAN,KEBAHAGIAAN DIUTAMAKAN"

Thursday, April 1, 2010

diriku 3 (lagi sekali da...)

Jam 7.42 pagi (ambik berkat berpagi-pagian)



Assalamualaikum.
boring tak dengar kisah diriku? hoho.
hello,bila ada saluran untuk berbicara,
gunakan saja peluang yang ada. this is wat blogging for =)
herm,pejam celik pejam beliak, dah nak habis tahun pertama di uia kuantan.
"the garden of knowledge and virtue" <--- falsafah yang aku sampai sekarang dok cari apalah yang dimaksudkan sebenarnya.
hem....
bicara soal akademik (skrg demam exam)
aku yakin separuh ragu separuh.
EH,
dalam Islam xde konsep "campurization" - istilah ustaz razak.
yang ada konsep halal haram, hak dan batil, tiada tengah2 atas pagaq.
belajar kerana apa sebenarnya?
exam atau ALLAH?

apa matlamat hidup aku untuk belajar sebenarnya? <-- tanyaku sambil mata melihat ke sudut kiri siling bilik (aksi memikir)
zupp! terngiang-ngiang irama,
"bila tiba hari exam,
semua insan ulangkaji,
tetapi bagiku,
hanyalah tekanan,
yang hanyut di atas katil.
siapakah yang sudi, membantuku tuk stadi,
seperti insan yang lain..ho ooo.... "
(try nyanyi ikut rentak lagu "hitam-anjing-tulang" aka black dog bone- cahaya di aidilfitri)
hehe =)

fenomena oh fenomena!
ramai yang tensyen bila encik exam dan puan exam datang bertandang 2 kali satu semester.mereka datang tanpa dijemput.
bila mai exam mid-sem,
suma pakat kalut2 study sambil sibuk menghadiri kuliah,
time ni juga la meeting berjela-jela (mungkin ini untuk diriku saja),
time ni la kalut nak kuiz,siapkan assignment..
time ni la kalut "macam-macam ada"..

bila nak mai final,
suma pakat-pakat kalut study,lecturer 'dok perderaih' (org kedah) aka sibuk pecutan (org amik BM sem ni) menghabiskan silibus.
time ni la sibuk kira carry mark (mid sem,assignment,presentation),
time ni la juga facebook semakin rancak (diriku sajakah?)
time ni la sindrom kepala penin,
pikirkan apa yang belajar selama ni rupa2nya habuk pun tak ingat kat kepala..
alamak..ni sudah parah ni.. (isu 3 mggu lepas)
bila final dah sampai..
setelah 3 paper ku lalui..ujian tebuk,ungs,biochem 2,
aku masih lagi cuba menyayangi "mereka" sebagai teman hidupku.
tapi maafkan aku
encik exam dan puan exam,
saya sering salahkan kamu berdua !

aku tak suka "exam-oriented" education,
berderu-deru semangat untuk exam tapi hilang terus ilmunya lepas saja
cikgu kata "ok, masa dah tamat, sila berhenti menulis"
pulanglah kita suka atau duka bergantung pada pencapaian semasa jawab exam..
that's it. NOKTAH!

sindrom oh sindrom!
di mana penuntut ilmu semakin jarang kala ini, yang ada hanya penuntut CGPA 1st class honour..
di mana pencinta ilmu semakin hanyut kala ini, yang ada hanya pencinta kerjaya bergaji besar..
di mana pengamal ilmu semakin lembik kala ini, yang ada hanya pengamal kerja based on kelayakan..
PASIF!

ilmu sekadar retorik semata-mata.
bermain-main tarik tali dengan teori saja.
NATO (no action talk only)
budaya cinta ilmu (dulu2 kertas-kertas yang ada ilmu di letak tinggi atas meja,sekarang nota-nota bersepah atas lantai),
budaya hormat guru (dulu2 nak tengok muka cikgu pun ketaq pala lutut sebab hormat, sekarang siap gosip-gosip cikgu lagi),
budaya pratikkan ilmu (dulu2 belajar alif-ba-ta dah mampu ajar orang lain, sekarang belajar untuk diri sendiri)..
keindahan budaya2 itu semakin pupus dalam kalangan umat ISLAM sekarang ini.
zaman semakin maju, kita semakin mundur, atas sebab apa?
teknologi dikuasai pemikir barat,pemikir ISLAM hanya tahu guna..
ekonomi dimonopoli pemikir materialisma,pemikir ISLAM hanya tahu beli..
pendidikan dikuasai pemikir sekularisma,pemikir ISLAM hanya tahu disuapkan...
PASIF!


oh muslimin,
oh muslimat,
BILA MAHU BERUBAH?
SEMINIT LAGI KAH?
ATAU TUNGGU DULU....
MAHUKAH BIARKAN SAHAJA MEREKA RAMPAS NIKMAT MASA KITA.
BILA MAHU BERUBAH?
jawapan ada pada anda. CARI dan BONGKAR!


ok, setakat ni saja "pencerahan minda"- istilah ustaz shaari
pada pagi khamis yang indah ini..
buka mata tanpa tindakan, adalah satu yang sia-sia,
ok KAWAN-KAWAN,
yang menulis ni pun sekali,
cakap saja tak guna,
jom pulun study untuk kemajuan umat!
yosh! aja2 fighting~

Sunday, March 28, 2010

diriku 2

Assalamualaikum wbt.

lalala.. (T_T)
diriku sedang menghiburkan diri yang sedang lara.
tak senang duduk memikirkan exam biochem tulat nnti.huhu
nota yang masih putih bersih tanpa palitan highlighter pink dan garisan pen biru
dakwat basah menunggu dengan setia untuk aku kunjung.sabar ye notaku sayang..
sebentar tadi,
jam 6.15 ptg 28 hb3 2010..
aku tunduk meneleku di birai meja study.
merenung sayu foto abah dengan mak.
tergantung kaku di hadapan board meja studyku.
gambar itu diambil pada raya tahun 2005.
teringat lagi kata-kata abah
"ambiklah gambar abah, kot2la abah dah takbleh bergambaq macam ni dah".
wajah suci itu sangat kudus.
memakai jubah putih yang banyak dibeli sewaktu umrah
dulu.tangan kirinya erat memegang bahu emak. macam tak mahu dilepaskan.
tatkala post ini ditulis,air mataku laju mengalir deras di pipi,
ku kesat sayu dengan t-shirt merahku.

ingin saja aku melangkah masuk ke mesin masa,
putar semula detik dan minit pada awal tahun 2007.
namun ku sedar, masa lalu adalah benda yang paling jauh untuk ku gapai~

konflik yang berlaku 3 tahun lepas menyiat-nyiat memori silamku.
aku tegar mahu menarik semula salam yang dihulurkan oleh abahku dengan "pembunuhnya".
ingin saja aku aku tutup pintu serapat-rapatnya pada "mereka" yang berpura-pura untuk
baik semula dgn keluargaku.
"mereka" merampas segala kebahagiaan yang kami ada.
masuk ke rumah kami dengan senyuman kenaifan yang kami hulurkan tanpa disedari ada
agenda sulit yang "mereka" rencanakan.
madu yang kami hulurkan, tapi tuba siam yang "mereka" hulurkan.
"mereka" rampas satu-satunya abah yang aku sayang.
"mereka" licik menganiaya satu-satunya nenek yang aku sayang,
"mereka" rampas segala-galanya!!
abahku menderita kesakitan selepas kejadian itu.
badan yang sihat tanpa sakit, diserang
siri penyakit yang ibarat tajamnya duri durian jatuh di atas kepala. sakit!
teringat lagi sewaktu semester 1 tahun pertama di cenfos uia,
aku bertanyakan pada madam biology 1, madam rosmarina, kebetulan selepas belajar pasal "cancer cell"
"madam,adakah pesakit kanser boleh sembuh?"
"it depends on the stage actually whether it has been spreading on the surrounding organ or not. if the level reach the forth level, wallahua'alam . why did u ask aisyah?".

"its my father,madam. he has been detected to get lung cancer".
"insyaALLAH, pray a lot to ALLAH. tawakal"
aku pulang ke bilik dengan wajah yang "blur"~ (i hope this was just a bad dream)


pelbagai episod duka menjadi tema cerita hidup kami sekeluarga selepas itu.
sungguh, ujian ALLAH mematangkn jiwaku untuk menerima kematian yang selama ni aku doa
disimpangkan. bukan aku tidak redha, tapi cuma aku mengenangkan kembali~
setelah pemergian abah dan tok yang ku sayang,
episod duka bersambung pula.
sinetron rating tertinggi.tip top!
makcik-makcik aku yang dulunya sokmo datang meminta tolong abah dan emakku tatkala mereka di dalam kesusahan mula menunjukkan belang hitam dan taring tumpul masing-masing. mereka buang jauh-jauh mak aku dan seluruh ahli keluargaku dengan alasan takut dijangkiti
"penyakit buatan manusia" itu.
ibarat mengikis serpihan kutikel keras pada luka nanah yang dulu pernah melindungi luka itu daripada diserang pathogen.

apa mereka fikir, ALLAH sekadar melihat sahaja?
ketahuilah, ALLAH MAHA ADIL.
biarlah kami menangis sendirian, kami tidak tagih simpati
manusia, hanya pada ALLAH tempat kami berserah segala-galanya.
aku tahu, di sudut hati mereka, ada satu perasaan puas kerna keluargaku tidak lagi
menjadi segah dulu.
aku hairan, adakah status "kaya" menjadi tarikan mereka?
terus-terang aku katakan, kekayaan itu bukan milik kami, kerna ia hanya pinjaman dan
ujian dari ALLAH yang MAHA KAYA.
kita hidup bukan menongkat dunia dengan harta.
aku cukup anti (tak suka) pada insan yang memandang harta menjamin segala-galanya.

namun,manusia bilamana diselaputi dengan sifat hasad dengki, dendam kesumat, suka
melihat kemusnahan orang lain,
segalanya pasti hancus,segala yang putih suci, menjadi hitam sebusuk-busuk mayat manusia.
sedangkan dulu,
tatkala rumah mereka hampir ditarik oleh kerajaan kerana tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, abah dan makku bersusah-payah ulang turun-naik tangga pejabat tanah untuk dirunding atas dasar kematian suami dan kurang pendapatan bulanan,
dengan izin ALLAH, segalanya selesai dan mereka pun gembira dengan geran baru itu.
abah dan makku menolong atas nama pertalian darah.
istilah kekeluargaan itu kami sangat sanjung.
tidak pernah terdetik, pengkhianatan
sesama pertalian darah
akan berlaku.
di sini,
bukanlah mahu mengungkit kerna aku sedar,
ALLAH yang menjadikan abah dan makku sebagai wasilah untuk menolong mereka.
hati mereka digerakkan ALLAH untuk menolong sesiapa yang memerlukan bantuan.
aku percaya, kebaikan hati abah dan mak aku semuanya ALLAH yang aturkan.
sejak itu, aku trauma dengan insan yang penuh dengan penyakit hipokrit~

aku yakin ada hikmah di sebalik ujian ini,
mungkin ALLAH mahu menapis insan yang benar-benar setia dan jujur tatkala keluarga kami dirundung derita. Alhamdulillah, tidak semua makcik2 aku yang sebegitu, ada lagi makcik dan pakcik2 aku yang masih setia,
semoga ALLAH melimpahkan rahmat ke atas kalian~

Kepada yang sudi membaca luahan pinggiran ini,
hindarilah diri kalian dari mengkhianati sesama manusia.
tolong sangat-sangat jangan bahagiakan hidup atas kemusnahan hidup orang lain.
setiap putaran jarum saat akan dihitung dan dicatat.
what u give, u get back.
kita takkan terlepas dari hitungan itu kerna ALLAH MAHA MENGHITUNG..

Kepada diriku yang menulis luahan ini,
usahalah semampumu untuk mengembalikan pancaran senyuman emak yang sudah lama tidak
bersinar semenjak pemergian abah.
ingatlah pesanan emak "bila dah besaq nanti, mak dok harap kat ang sorang saja la yang boleh jaga mak bila dah tua, nyanyuk, basuh tahi mak, suap makan mak"..
ingatlah pesanan emak "belajaq rajin-rajin na not aisyah"

aku teringat-ingat mesej abah suatu masa dulu..
mesej yang aku sendiri takkan lupa sampai bila-bila masa.


"you are my glittering jewelery.
u r my consolidation in the hereafter. pray early.
be a good tabibah soon so you can help other poor and needy people."

ya ALLAH, jika abahku mampu mendengar suara kerinduanku ini,
KAU tolong sampaikan..
aku sangat sunyi tanpa senda gurau abah yang asli itu.
aku sangat sunyi untuk menceritakan kisah cintaku..
aku sangat sunyi untuk menceritakan kisahku di alam kampus ini..
abah, syah rindu kat abah sangat2.. smoga berbahagia di sana

~AL-FATIHAH~

Thursday, March 25, 2010

diriku 1


-catatan hidupku-
Assalamualaikum wbt~
hidup mesti enjoy. erti apa harus aku enjoy?
enjoy bukan bererti hukum ALLAH dilanggari.
Just by spending the ni'mat wisely. that's it for me.


herm. sekadar berkongsi;
(24hb Mac 2010)

6-7.50pm =
semalam time nak pecah kepala dengan exam UNGS 26hb esok,
aku masih lagi sempat mengikuti kursus
kecantikan di bilik ika..ahaha. mary kay. botanical-based product.
baru tahu mukaku ni jenis kulit kering. hais, kena minum ayaq banyak-banyak ni.
tapi satu tips yang aku takkan lupa,
kalo mencuci muka kena guna 3 beauty fingers = semua jari tangan kecuali jari telunjuk dengan ibu jari sebab tekanan otot pada kedua-dua jari ni lebih kuat lalu akan menyebabkan kulit yang kering bertambah kering, kulit berjerawat semakin galak naik jerawatnya~
tapi apa2pun, Tips kecantikan semulajadi =Banyakkan Senyuman=

8.00-9.50pm =
persiapan diri.. persiapan rohani...
tick! tock! masa berlalu dengan begitu pantas. (T_T)

10.00pm =
baru start study. BIOCHEM2- Reactive Oxygen Species (ROS) .. dibahagikan kepada radicals and non-radicals. during the process of energy production, oxygen escapes in the form of dangerous molecules in the form of ROS called radicals..etc
sukooi = cool (japanese).. (^_^)
MasyaALLAH, terasa nikmat study bila aku rasa aku study kerna ALLAH time tu,
niat study untuk exam aku tepis tepi-tepi keluar tingkap. syuh! syuh!

12.00am =
pertarungan ilmu direct...
boom! kepala jadi jem, (rehat rehat)
trus, bukak internet, wireless free menjajah ke pelosok uia kuantan. (T_T)"
Alhamdulillah, tangan dah tak gatal buka facebook lagi.
"leli, nanti kalo kamu tahu namy buka facebook time exam ni, chubit ye"
hehe. terngiang-ngiang janji takmo buka facebook.
justeru,
tanganku tangkas menaip "pengalaman kahwin semasa belajar" di pakcik "googles".
sengih sorang-sorang.
nape la mek chah uit. tetiba ja teringat isu ni. =p
"oh, lupa, ni semua penangan blog amalina-peter.blogspot.com".
kisah hidupnya banyak memotivasikan diriku, "TO BE MY OWN SELF!" walopun tak pernah ketemu di UIA, tapi blognya menarik minatku untuk ditatap hampir setiap hari. =)
kawan-kawan pun dok usik-usik, siapa la yang nak jadi org pertama memecah tradisi biomedic 09/10 ni... aku salah seorang yang dicop "kawin awal".. sebab apa? sebab selalu tanya pasal kawin da..ahaha..=p
sori ek,kalo sisters,si cantik manis hanan,
kalo brothers, sama ada saudara ismail atau fais adha..
hee.. kita tunggu dulu sapa yang pos kad kawin. =p

oops, berbalik kepada tajuk tu;
nah.. berderet-deret website terpampang tajuk ni.
aku tertarik pada catatan Ustaz Hasrizal. "saifulislam.com"
"jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh"
ada lagi yang aku tertarik :
"Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan."
....................
aku blur sebentar. *kosong*
mencari-cari adakah ini satu petunjuk bahawasanya sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku menikah?
hoho.
jangan terikut-ikut ataupun bertaqlid buta not esyah uit. hem..
betul betul betul~
tapi, bila dilihat keseluruhan artikel ustaz tauladan aku ni, aku fikir-fikir,
ustaz tidak terus menolak mentah-mentah idea bernikah semasa belajar, kerana dia ada juga ajukan nasihat bagi yang memang dah tetap pendirian untuk bernikah semasa belajar, nah silakan. tapi, kena pandai-pandai la uruskan.
ia bukan hanya soal haram halal tapi soal mencari yang terbaik.. =)
........................................................................................
di site pencarian itu, tak kurang juga yang menyokong ;
antara sebab yang aku ingat sampai sekarang

1 - daripada mesej-mesej "i luv u" kepada gelifren atau buayafren yang terang-terangan haram, baik mesej "i luv u" kepada suami atau isteri yang sah-sah halalan toyyiban. dapat pahala free~
2- bisa mententeramkan hati muda yang sedang rancak bergelodak. dah tetap untuk diingati yang mana satu. takdela nak fikir-fikir, "si A ke si B"
3- selalunya kebanyakan yang menikah semasa belajar, jika sebelum ini, result atas pagar saja, tapi lepas nikah, terus dean list. biasala, ada orang yang bagi booster, semangat untuk belajar tatkala rasa malas menjerut leher.
dan seterusnya...

warh... alangkah indahnya hidup mereka.. *blink blink*
woops! hello hello. anybody home?
aku ketuk kepala 2 3 kali.
aku tengok balik kondisi diri.
herm, degree baru first year, skill masak tahap 2.00 (kira gred C),
soal kematangan selalu dipersoalkan sahabat-sahabat lain (aisyah, bila la ang nak matured ni? ),
disiplin diri sokmo kecundang,
dalam kelas kalo tak kaco membe sebelah memang tak sah,
bla bla bla..
patutlah mak tak bagi aku tunang lagi (hoho. isu panas ni).. =p

malam tu jugak aku tak dapat lelapkan mata..
entah kenapa, wallahu'alam..
oh ya.. baru teringat,
selama ni, jika ada masalah, pasti aku rujuk pada manusia dahulu,
jarang untuk aku utamakan ALLAH dalam segala masalah hidup.. ish3..
astaghfirullah hal azim..
lantas, aku menaip cara nak solat istikharah di pakcik "googles" lagi..
ok, niatnya mcam selalu, cuma tukar "solat istikharah"..
pada rakaat pertama, baca al-fatihah kemudian surah al-kafirun;
pada rakaat kedua, baca al-fatihah kemudian surah al-ikhlas;
selepas salam, dibacakan doa.. khusus pun ada, atau doa kita sendiri pun takpe.
eh, senang rupanya.. kenapa la selama ni aku pikir ibadat ni benda yg susah-susah saja. ish3

2.oo am-
aku lelapkan mata.. Alhamdulillah.. lebih tenang~ sungguh, pengajaran yang aku dapat semalam adalah "ALLAH adalah rujukan utamaku. SEMUANYA mesti hanya kerana DIA "
~smoga hari esok di awalnya keberkatan, di pertengahannya kekuatan, di hujungnya kemenangan~

untaian hikmah Al-Quran dalam surah Al Muddatstsir;


31. Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat: dan
tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi
orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan
supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al Kitab dan orng-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah
Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk
kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.

SALAM PERJUANGAN SEMUA! yosh!