Be Confident & Feel it

Sunday, September 21, 2014

Saat yang sengsara, bukannya lama..

Tuhan….
Saat ku hilang arah, inginku lari ke suatu ceruk dunia. terpencil dan senyap tanpa sebarang kelibat..
Masa itu, aku ingin menipu diri bahawasanya aku juga bisa bahagia tanpa sesiapa.  Terasa  ingin terbang meluncur atas ke langit, mahu merasai saat bebas terbang di udara. Aku ingin segera mendarat untuk ku tidur di jelapang hijau yang disertai bunga-bungaan kecil indah lagi harum mewangi. Malah, mahu juga aku tidur mengipas tangan dan kaki diselubungi butiran halus salji yang dingin di puncak yang tinggi. 
Indah.itulah definisinya bagiku.

Aku mahu menutup sesaknya dada untuk menerima kenyataan di mana ku rasa jatuh terjelepuk di dasar tangga kehidupan, ku lihat ramai yang mempamerkan kebahagian masing-masing, berpasangan, berkeluarga, bekerjaya, berumahtangga dan sebagainya.. mereka tersenyum… mempamerkan kesenangan hidup masing-masing. Bergelak tawa, bergurau senda bagaikan dunia ini menyebelahi nasib mereka.. tatkala itu, hati aku menjadi marah dan tak keruan kerana aku membayangkan kekalahan yang melanda diri. Kenapa mereka yang bahagia bukannya aku?







Lalu, ku menelurusi kisah duka mereka yang lagi satu.
Ada yang kehilangan, ada yang kecelekaan, ada yang kemurungan, ada yang jatuh tanpa tujuan…

Lantas ku menepuk kepala yang bingung ini supaya sedar dan normal semula,
Apakah aku ini hamba yang tidak bersyukur?
Ya,  melalui awal tulisan ini, ITU TANDA BESAR hamba yang tak mengenang jasa dan budi PENCIPTA YANG MAHA MENCIPTA.

Maafkan daku wahai Tuhan, aku salah mengatur posisi. Aku salah mengambil sudut pandang yang sementara…