Be Confident & Feel it

Tuesday, March 23, 2010

pandang sisi yang aku ketepikan~

Assalamualaikum wbt..
lamanya tak update.. dah berkepuk-kepuk debu dan sawang di siling blog ni.. huhu..

luahan hati yang merintih~

duhai Al-QURAN..
aku tak pernah menghargai keberadaanmu disisiku selama ni..




kau terkandung pelbagai nasihat ke arah kebaikan hakiki...
malah lebih hebat dari nasihat seorang manusia yang tinggi ilmu..
kau terkandung peringatan hari kemudian,
malah lebih hebat dari filem 2012 yang penuh dgn kepalsuan hari kiamat sebenar...
kau membawa khabar gembira dan gambaran nikmat yg tak pernah ku mampu ungkapkan,
malah lebih hebat dari tayangan siri realiti tv yang memaparkan hidup mewah artis barat kim kardashian...

jika dibuat metafora...
manusia tidak semua boleh dipercayai..
sejauhmana aku mencintai mereka ataupun cintaku dibalas..
manusia tidak semua boleh dijadikan tauladan..
sejauhmana baik mereka di hadapanku ataupun di ketiadaanku..
manusia tidak semuanya indah..
sejauhmana kemachoan, keanggunan yang mereka pamerkan..

apa lagi yang aku mahukan dalam hidup?
percaya...
kata-kata indah yang kau hidangkan, tiada keraguan mahupun sebesar biji sawi!! 0.00001 error in reading pun confirm takkan wujud!
tauladan...
tatasusila dalam kehidupan ini yang paling perfect telah digariskan dalam bait-bait nasihat yang kau sediakan manualnya.. 100% tiada cacat-celanya..
indah...
lantunan dan susunan indah irama yang kau nyanyikan untukku, lebih indah dari syair arab, lebih merdu dari lagu maher zain, lebih tepat bunyinya dari susunan lagu komposer terkenal dunia...

jelas di sini,
aku sayu mengenangkan masa-masa berlalu tanpa alunan indah kalammu di hujung lidahku..
jelas di sini,
aku terpaku mengenangkan bagaimana tiba suatu masa yg dijanjikan kau akan pergi diambil semula oleh Tuhan Tempat kembali segala-galanya..
jelas di sini,
aku MENYESAL kerana aku mengabaikanmu!!!

astaghfirullah hal azim...
aku cinta padamu... YA AL-QURANUL KARIM...

Monday, March 1, 2010

Tika itu ku menangis mengenangkanmu~

Assalamualaikum wbt..
kaifahalukum? harap baik2 aja yar.. usah tensyen2..
hidup mesti ceria kalo tak buang karan namanya...(^_^)

herm..
medium penulisan ini penulis jadikan satu garis panduan untuk muhasabah diri yang asyik dengan jadual dunia..

pembaca budiman sekalian,
sekadar perkongsian untuk makanan rohani kita..hermm
balik cuti maulidurrasul, baru-baru ni
penulis bersyukur diberi kesempatan untuk menyertai pengajian sirah di menara zakat alor setar bersama bonda tercinta.
lantunan selawat sebanyak 100 kali memberi kesan untuk penulis tunduk sayu mengenangkan perjuangan getir Rasulullah s.a.w yang tercinta.
berikut adalah sedikit coretan yang mampu penulis kongsikan ;
Subhanallah..



Betapa indah rupawan wajah Baginda.
Tak berapa tingi, tak berapa rendah, sederhana saja namun pabila Baginda yang mulia ini berdiri dalam kalangan orang yang paling tinggi, Bagindalah dilihat paling tinggi! Baginda adalah makhluk ALLAH yang paling indah di atas muka bumi yang pernah diciptakan. Rambut Baginda tak kerinting tak lurus, ikal mayang.
MasyaALLLAH..
{how come kita menggilai wajah2 hemcem pelakon2 hollywood, korea, hindustan mahupun bangladesh sedangkan Nabi yang sangat cintakan kita walaupun di saat kewafatan Baginda yang sangat Sakit dan pedih itu masih disebut nama kita 3 kali tapi kita sanggup ketepikan? pelik pelik}

Betapa indahnya sinaran wajah Baginda, satu ketika yang agak kelam, saidatina Aisyah r.a sedang menjahit baju, jarumnya terjatuh di atas lantai, ketika Baginda yang mulia ini masuk ke dalam rumahnya, sinaran nur Baginda menerangi rumah yang kelam itu sehinggakn saidatina Aisyah r.a dapat mencari semula jarum yang terjatuh itu..nak kata betapa terang benderangnya nur pada Baginda..
MasyaALLAH..
{orang2 kata, muka orang beriman ni kalo kita tengok, tenang2 aja sebab ada nur. tapi cuba bayangkan wajah Baginda yang sinaran Nur Baginda jauuuuhhh lebih indah dan mantap..masih lagikah kita nak deny kehebatan yang ALLAH campakkan kepada KekasihNya?}

Ada satu soalan pernah diajukan buat Baginda sekiranya kita mahu berjumpa dengan Baginda di akhirat kelak.
lalu Baginda berkata, carilah aku di tiga tempat.
pertama, di hadapan Mizan (tempat menimbang amalan)
kedua,jika aku tiada di situ, carilah aku di permulaan titian Sirat.
ketiga,jika aku tiada di situ, carilah aku di Telaga Kauthar..
MasyaALLAH...
{layakkah kita bertemu dengan Baginda yang mulia??
sunnah Baginda pun kita terlepas pandang ataupun ambil separuh-separuh.kita hanya ikut apa yang sesuai dengan kehendak duniawi dan nafsu kita sahaja padahal kalo benar kita sayangkan Nabi, hatta Sunnah Baginda ketika makan pun kita wajib ikut tapi apa selalu ditiru adalah petua anak pakcik "Mat Salleh"}


Ada satu kisah di mana seorang hamba ditarik kasar oleh 2 malaikat yang bengis untuk dihumbankan ke neraka tetapi Baginda s.a.w yang cukup dikenali sangat kasih pada umatnya,meminta supaya tidak ditarik umatnya ke dalam neraka namun 2 malaikat itu berkata mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan dan tidak mampu berbuat apa.
lalu Baginda memohon kepada ALLAH supaya ditimbang semula amalan hamba itu sekali lagi, lalu ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mengarahkan ditimbang semula.
setelah ditimbang, amalan jahatnya masih lagi lebih berat,
lalu Baginda meletakkan sesuatu di atas timbangan kebaikan,
maka timbangan kejahatan menjadi lebih ringan.
lalu, hamba itu dijemput dengan senyuman manis oleh 2 malaikat tadi untuk dimasukkan ke syurga.
lalu, bertanyala hamba tadi yang sangat hairan..
"Ya Rasulullah, apakah yang telah Dikau berikan tadi?"
lalu dijawabnya Baginda,
"itu adalah SATU selawat yang pernah kau ucapkan untuk aku"..
MASYA ALLAH..
{betapa ruginya kita memandang enteng untuk berselawat ke atas Baginda sedangkan Kesan hebat Selawat itu bisa menentukan
sama ada kita hidup selamanya merana dalam neraka ataupun selamanya bahagia di syurga..}

Kadang-kadang kita pelik (ataupun penulis sahaja yang berfikiran begitu barangkali)
"kenapa yar Nabi s.a.w tak dilahirkan malah tak diwafatkan pada hari Jumaat sedangkan dalam Islam, hari Jumaat adalah penghulu sekalian hari?.". lalu, persoalan itu dirungkai oleh ustaz dengan jawapan yang ringkas dan tepat "Nabi Muhammad s.a.w tidak mulia atas sesuatu sebab kerna sesuatu sebab itulah yang jadi mulia kerna Baginda. contohnya, Baginda yang mulia ini dilahirkan dan juga diwafatkan pada hari Isnin lalu hari Isnin menjadi salah satu hari yang mulia disebabkan kemuliaan Rasulullah s.a.w"
MasyaALLAH..
{betapa uniknya kurniaan yang ALLAH hadiahkan buat KekasihNYA itu..
why not we try to be one of servant of ALLAH yang sudi dipandang oleh ALLAH di dunia dan diakhirat kelak..
usah bicara isu layak atau tak layak sebab yang tak melayakkan kita adalah Alasan!! }



ayoh, koreksi diri kita..
cukupkah amalan yang kita yang hakikatnya tak berapa nak cukup2 makan itu?

jeng jeng jeng <--- tetiba plak (^_=") satu trivia ringkas untuk pembaca.
macam mana nak tingkatkan iQ kita?
seorang sahabat yang penulis kagumi, bagi satu tips yang senang untuk dipraktikkan "Banyakkan bertanya Soalan"
setakat ni dah cuba, Alhamdulillah, terkesan di minda. cubalah =)

Sunday, February 21, 2010

Hadirlah cinta~

~falsafah cintaku..lontaran jiwa ini~

semakin hari ke hari,
hati kecil mencari-cari,
erti ketenangan hakiki,
ku lontar pandangan ke arah langit tinggi,
ku tadah telinga ke arah belantara sunyi,
ku hidu bauan udara malam sepi,
ku sentuh air mengalir rapi,
ku rasai kesejukan wuduk di pipi..

semua lima deriaku berfungsi pada masa yang sama,
aneh, masih ada lagi deria yang aku hadapi..
apakah cinta? apakah jua CINTA?
ku ungkapkan indah rasa pada sususan kata berikut..
ku dengar alunan asyik memuji kalam Illahi,
inilah CINTA....
ku berteleku di birai sejadah menangisi dosa tadi,
inilah CINTA...
ku intai mutiara hikmah ibunda,
inilah CINTA...
ku cari ketenangan janji ALLAH dalam al-hikam,
inilah CINTA...

<---------------------------------------->





ku teringat memori itu..
aku tatap wajah bahagia mereka,
indah...tiada yang indah melainkan indah semata-mata.

kebahagiaan jelas terpancar bila sah disatu,
bukan dengan ikatan suka-suka "i love u",
tetapi,dengan lafaz "aku terima nikahnya" itu..

aku samakan ia dengan sebuah masjid hati,
luarannya biarlah biasa dan tiada emas menghiasi,
dalamnya menyimpan ketenangan hati yang sejati,
jauh dari hiruk pikuk godaan duniawi,
bebas dari fitnah yang meracuni,
aku mahu memeriahkan dengan kesuburan mencari CINTA ILLAHI,
aku pingin menambahkan ahli yang mahu dekat pada Rabbul Izzati,
aku impikan suasana harmoni yang cantik dalam hati,
ceria membuahkan pucuk-pucuk perjuangan ISLAMI,
aku pinta hadirnya bukan untuk aku sendiri,
kerna ku tahu, aku tak punya apa biarpun udara yang ku hirup kini,
kerana aku mahu hidup yang tiada rugi,
aku hanya ingin mahligai cinta di sini menyambung di syurga menanti.

aku tak percaya wang mampu bahagiakan semua,
kerna wang punca hati keras merana.
aku tak peduli wajah main peranan utama,
kerna wajah itu mampu sembunyikan maksud hati sebenarnya.
aku tak rela pangkat dijadikan penanda,
kerna pangkat mendekatkan lagi dengan dunia fana.

Ya ALLAH,

ku pinta seandainya aku bakalan hidup berteman,
Dikau jadikalah aku mampu membahagiakannya.
Dikau jadikanlah aku bukan bebanan kepadanya,
Dikau jadikanlah aku teman yang tidak sia-sia.
Ya ALLAH,
aku tak layak memberi syarat atas apa-apa yang telah Dikau janjikan.
kerna apa yang ku mahukan bukanlah apa yang ku perlukan.
aku tak layak mengarah apa kriteria yang aku pertaruhkan,
kerna ku yakin Dikau Maha Mengetahui hatta sepantas lintasan hati ini.


Kitab CINTA AGUNG memimpinku dengan untaian perisai ini:


surah al-Furqaan ; 25

"74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Sunday, February 7, 2010

it just a little... only a little..


Nukilan hati buat TuhanKU..
Ya ALLAH,


dalam pencarian ini,
izinkanlah daku menagih semula akidah yang benar-benar strong padaMU,

dalam kembara ini,
izinkanlah daku melutut merayu mengemis kasihMU yang baru ku sedar Suci...

Indahnya hidup..
no problem, mafi musykila

jika kita benar-benar yakin adanya ALLAH dalam hidup ini,

bila mana aku pikir tiada langsung yang mengerti,
aku silap...
Sungguh, ADA YANG MAHA MENGETAHUI,

bila mana aku kecewa dengan result exam yang aku tak inginkan,
aku silap....
Sungguh, ADA YANG MAHA MELIMPAH NIKMAT...

bila mana aku kecewa untuk teruskan hidup,
aku silap...
Sungguh, ADA YANG MAHA MEMELIHARA...

bila mana aku sedih kehilangan abah tercinta,
aku silap...
Sungguh, ADA YANG MAHA KEKAL...

bila mana aku diselubungi penyesalan yang merosakkan iman,
aku silap...
Sungguh, ADA YANG MAHA MENERIMA TAUBAT..

bila mana duit dompetku tinggal syiling sahaja dan aku merintih,
aku silap...
Sungguh, ADA YANG MAHA MEMBERI...

bila mana aku rasa belajar kerana mahu survive atas dunia,
aku silap...
Sungguh, ADA YANG MAHA MENGHITUNG..

bila mana aku bangga dengan kelebihan yang aku miliki,
aku silap...
Sungguh, ADA YANG MAHA MULIA..

bila mana aku marahkan seseorang dan terbit rasa benci akan dia,
aku silap...
Sungguh, ADA YANG MAHA PENGAMPUN...

bila mana aku lihat kaum yahudi itu hebat dari segala aspek dunia dan aku lihat umat ISLAM struggle di bawah,
aku silap..
Sungguh, ADA YANG MAHA MENGEMBALI DAN MEMULIHKAN..

apa hebat sangatkah aku meninggalkan
TUHAN YANG MAHA PENYABAR dari hidupku
semata-mata makhluk ciptaanNYA yang bernama
UJIAN HIDUP??

bila aku jatuh, aku lupa DIA,
bila aku sedih, aku kecewa kerna ketentuanNYA,
bila aku sakit, aku salahkan ujianNYA..
Aisyah, apa kelebihan yang hang ada?
kalau bukan kerna IZIN dan limpahan KECINTAANNYA pada hamba2NYA?

sedarlah diri,
celiklah mata hati,
bangunlah dari "mati",
percaya pada ILLAHI,
pasti kau akan disenangi,
apa senang manusia kau fikiri?
tidak!!
redha ALLAH yang kau harus burui~
Take this noble ayat as Ibrah~

Surah Al-Fusshilat;


47. "Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari Kiamat.


Dan tidak ada buah-buahan keluar dari kelopaknya dan tidak seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Pada hari Tuhan memanggil mereka: "Dimanakah sekutu-sekutu-Ku itu?",mereka menjawab: "Kami nyatakan kepada Engkau bahwa tidak ada seorangpun di antara kami yang memberi kesaksian (bahwa Engkau punya sekutu).


48. Dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang selalu mereka sembah dahulu, dan mereka yakin bahwa tidak ada bagi mereka satu jalan keluarpun.


49. Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.


50. Dan jika Kami merasakan kepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata: "Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahwa hari Kiamat itu akan datang. Dan jika aku dikembalikan kepada Tuhanku maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisiNya." Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras. "


Friday, January 29, 2010

lagi sekali kah? bila nak betul2 ni?

Semalam,
malam sebelum itu,
malam sebelum malam itu,

aku terkedu mengenangkan nasib diri..
mulut ditekup menahan malu,
mata ditenyeh menahan tangis,
kepala dipangku menahan sesal,
kenapa harus ku diuji dengan maksiat lagi sedangkan hati ni pernah berjanji tangis sendu di hadapanNYA suatu ketika dahulu..





semalam,
hari khamis malam jumaat,
perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa 12 jam mengajarku erti muhasabah..
lantunan ayat2 suci dari sheikh Mishary menarik sayu air mata keinsafan menuruti prinsip graviti,
lontaran merdu suara anugerah ALLAH buat penasyid mematahkan jiwa bongkakku..

satu2 dosa ku amati.
satu2 calitan hina ku rasai.
satu2 luka maksiat ku perhati.



sungguh duhai ALLAH,

ARGH!!!

ku tidak berupaya meneleku di birai sejadah tatkala keberadaanku di rumah,
ku lumpuh untuk bangkit meraikan pertemuan dengan MU di sepertiga malam,
terlalu banyak dugaan menerjah iman.
aku bercuti dengan linangan air mata iman,
imanku menderita kerna tusukan licik nafsu!!



aisyah oh aisyah,
diri oh diri,


jika aku sedar bahawasanya imanku sedang menangis tatkala ditarik keluar,
jika aku sedar tatkala ku leka dengan maksiat, imanku sedang melambai sayu akan pemergiannya,
jika aku sedar ADA yang MEMERHATI setiap inci lakuku,
tobat lahum aku teramat malu..
malu sangat2!!!
apa mungkin janji munafikku untuk bertaubat masih lagi dikira?

aku tewas dengan pujuk rayu nafsu,
pujukan mematahkan tanjak iman selama ni.
puaskah diriku kalo malaikat maut yg sedia menanti di pintu hidup akan tiba untuk menarik keras nyawamu yang hina disisiNYA?

jangan berani kau bicara soal taubat kalo solat bagai ayam mematuk padi,
jangan berdrama swasta soal taubat kalo solat masih lagi di hujung jarum jam,
jangan mimpi soal taubat kalo mata kuyu dengan nafsu serakah,
jangan terdetik soal taubat kalo dunia menjuarai carta matlamat hidupku......


aku terkesima melihat susunan kalimah suci ini~
oh ALLAH, sungguh dikau Maha Mengetahui diriku~


surah al-isra;

96. Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya."
97. Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya.




=INSAF ITU BUKAN MAINAN=

Wednesday, December 30, 2009

tudung labuh? huh?

haachum!! terbersin mata
bila melihat blog yang sudah lama bersawang dan berhabuk.(metafora lama tak update)..
assalamualaikum..
kawan-kawan.. apa kabar kamu?
macamna azam tahun baru?
mungkin tak terlambat lagi penulis nak doakan selamat
menyambut maal hijrah 1431h..
kita buka buku hidup baru k.. (^_^)

herm..nak tulih apa yek..
ha...okey2.. ALHAMDULILLAH,
ALLAH bagi inspirasi dan kekuatan nak tulih hari ni...

suka untuk diriku berkongsi kisah hidup..
menceritakan pahit manis keinginan memakai tudung labuh
dulu dulu dulu,
sentimen aku terhadap insan yang memakai jilbab labuh apatah lagi dari sekolah agama sangatlah sempit dan mungkin juga tipikal bagi orang lain...
"ingat best sangat ka pakai tudung labuh,
ntah-ntah teruk lagi dari aku"

mungkin ini kisah menarik untuk dikongsi,
aku tertarik hati memakai "pakaian ustazah" ni sejak aku ditugaskan untuk menjadi ahli jemaah disiplin pelajar di sekolah menengah dulu,(pengawas le kata lainnye)
kebetulan kain untuk dibuat tudung, cikgu bagi kain biru saiz bidang 60..
"arh, sudah.. nak buat lagu mana ni, nak tempah kat sapa ni" getus hati kecil.
"takpa kita pi hantaq kat pekan rabu", cadang emak.
mak yang semangat tengok anak dia nak jadi pengawas,lalu ditempahnya 3 helai..

selang beberapa hari,tudung tu pun siap..
dengan semangat nak pakai tudung kaler baru,
aku tarik keluar dari plastik beg hitam slow-slow..
mataku tertangkap pada hujung tudung tu..
"aik aik, awat pelik semacam ja tudung neh"
"fullamak..tudung labuh wo.. real punya..kalah budak skolah agama neh. bak kata orang boleh sapu lantai.nak reyau (nangis).."
esok dah kena pakai baju pengawas..
aku muncungkan mulut, garu-garu kepala yang tak berapa nak gatai tu..
"mak.... tudung ni labuh...." komplen aku pada mak..
"la.... awat jadi lagu neh.. takpa mak pi pekan rabu esok kita minta kak tu alter" mata mak tertumpu pada aku yang jadi model tak rasmi tu..
"huuuuu tak pa lar mak, syah alter sendiri la, potong
ja pun.." tudung tu aku belek-belek depan cermin..
"eh,kalo gunting,jahit tepi nanti kena hantaq pi lim poh liaw (kedai jahit warisan mak) plak.." bagitaw mak.
"ayayai..herm.. kompius2. takpa la mak, syah pakai dulu satu untuk esok, nanti kita pikiaq len".. "kesian plak kat mak aku nak pi buat keja dua kali" bisik hati.

_keesokan harinya_
semua kawan-kawan tengok pelik..
adik-adik yang aku jaga time beratuq kat luaq kelas tu pun usya pelik...
semua ada reaksi yang sama.. "pelik bin ajaib"
tapi tak da yang bersuara, hanya memerhati..
"aku dah agak dah.. biaqpi lah, hari ni ja pun aku pakai tudung ustazah ni" pujuk hatiku yang agak sedih ni.
habis je kelas tambahan hari tuh,
aku berjalan-jalan pulang dari kantin dengan geng-geng 5Negeri..
"fuyyo... labuhnya tudung sampai tutup punggung.. macam ustzah wor.."

laju ja mulut salah seorang gengku ni cakap sambil gelak-gelak.
pergh, berdesing telinga ceq.
"pesyen baru.." kata aku perlahan lalu terus aku lajukan kaki pulang ke kelas ambil beg nak balik rumah~

balik saja rumah..lepas dah settle khidmat diri,
aku ambil tudung tu,
aku gunting sikit, sikit sikit..
mula la monolog dalaman..
"ayik, awat rasa macam labuh lagi.. gunting lagi ar..
eh, kalo gunting lagi, jadi tudung bulat macam tudung meja plak..
xpa,potong tepi-tepi,biaq labuh runcing ke bawah, comey jugak. hehe"..
aku tersengih sorang-sorang.. kalo orang lain tengok, mungkin depa pikiaq aku ada somenthing wrong somewhere..putuih wayar pa dia ni..

ntah bagaimana ia dirasa...
aku sarung kembali tudung yang dialter,
patploh kali posing depan cermin..
"ok gak pa pakai tudung labuh ni.."
satu rasa yang aku klasifikasikan sebagai selesa mula melanda jiwa..
sejak itu... hatiku mula terpikat dengan tudung baru ni... rasa selesa.. selamat...
kenapa duhai ALLAH?

aku tak minta nak berubah jadi baik dengan pakai tudung labuh tapi aku ditakdirkan menyayangi juzuk labuh ini...
-aku budak baru belajar-
aku tak terus memakai tudung labuh di luar sekolah
sebab aku tak punya kekuatan lagi..
pegi tusyen, aku selesa bertudung biasa..
tudung bawai..
biarlah tak pakai tudung labuh,
cukup aja tudung tutup dada,
pakai stokin,
baju lengan panjang tapi tak fit,
tudung tak berapa jarang..
aku tak selesa tudungku singkat tak menutupi dada
kerna aku rasa ibarat diperhati dengan nafsu serakah
oleh mata-mata liar..

kemudian aku mula beli beramai-ramai tudung turki yang bidang 60.. nice.. macam-macam kaler ada.
sapa kata pakai tudung labuh takbleh berfesyen?
kalo kena dengan caranya, why not?

tibalah diriku di uia...
"garden of knowledge and virtue"
pertama kali di mata student uia aku dah start terus
pakai tudung labuh,
aku dihinggapi rasa tidak selesa dengan mata-mata yang assume

"awak skolah agama eh?"
kalo aku geleng kepala dan kata

"dak eh, kami dulu sekolah sultanah asma, sekolah biasa-biasa ja" aku berbasa-basi..
apa tidak layakkah insan yang bukan dari sekolah agama mahu memakai pakaian sebegini?
statement tu aku cakap hampir setiap kali bertemu kawan-kawan baru.. cemuih dak? huhu



tapi, bila datangnya hari ni,

aku tertarik mahu
bercerita soal ni kerna aku ditanya soalan yang cepu cemas oleh seorang sahabatku dari sarawak.



"apa pendapat namy, kalo ada orang yang tak mahu pakai tudung sebab dia lihat perangai orang yang pakai tudung ni lagi teruk dari yang tak?"
garu-garu dagu aku yang tak gatai ni..
herm.. aku ni bukannya banyak ilmu sangat nak kongsi
sebab aku masih lagi bertatih untuk mendalami Islam..
tapi satu statement yang aku bagi sama dia..
"kita takbley menyalahkan ISLAM disebabkan orang ISLAM"...
bagi aku, pakai tudung bukan soal kawan...
ianya soal tuntutan dalam ISLAM...

ALLAH suruh kita tutup aurat bukan sebab kawan kita nampak baik so,dia layak pakai tudung..
ALLAH suruh kita jauhi kapel bukan sebab kawan kita yang pakai tudung ni cakap tak serupa bikin padahai larang kita ada gelifren atau buayafren..

HIKMAH SURUHAN DAN LARANGAN ITU ADA PADA DIRI ANDA~

jika kawan-kwan sangka buruk pada perintah ALLAH, maka buruklah segala2nya..

jika kawan-kawan sangka baik sama perintah ALLAH, nikmatnya hanya kawan-kawan yang rasa.. bukan orang lain, tapi diri kawan-kawan sendiri...


wahai saudara dan saudariku dalam ISLAM..

jangan jadikan ISLAM sebagai agama turun temurun,
sebab kita akan pandang ringan laungan takbir di telinga kita tatkala menjengah ke dunia dulu..


jangan main-main dengan perintah ALLAH,

sebab kita ada malaikat pencatit kiri kanan kita..

jangan jadikan solat sekadar ritual tertentu yang berkala 5 kali sehari sahaja,

sebab dari situ, kita akan rasa berat dan liat untuk bertemu dan sayang ALLAH ketika solat...

jangan jadikan puasa sebagai acara tahunan lapar berama-ramai,
sebab kita hanya menyeksa tubuh badan dengan berlapar dahaga tanpa kredit ganjaran disisiNYA..



ayoh mulai saat ini kita tackle balik nikmat ini..
IMAN dan ISLAM..

tak terlambat lagi untuk bertaubat wahai kawan-kawan..

pintunya sentiasa terbuka.. kuncinya ada pada anda~
kalo hari ni kita terima hidayah,
tak mustahil untuk kita hilang balik hidayah ni sebab
ALLAH punya kuasa untuk menariknya kembali..

sokmo doa moga2 kita istiqamah dan rajin sayangi
"mereka" ini..

salam sayang dari budak baru belajar (^_^)










Friday, December 4, 2009

HIPOKRIT!!

Tangisan hipokrit taubat yang berubah-ubah.. 

semalam.. sejarah hitam menjarah jiwaku~
semalam.. dosa lama bertapak kembali~
semalam.. dosa itu disaksikan Tuhan Maha Melihat..
semalam.. aku menangisi kehipokritan yg melanda diri..




Ya ALLAH..
daku menderita dgn segugus daging yang membengkak dengan dosa lama ini..
daku menangisi ketidak istiqamahnya aku bertaubat padaMU..
isy!!! kenapa diulang lagi?? kenapa kenapa kenapa!!!
apa nak jadi ni?? berulang ku bertaubat, berulang jua dosa itu!!
wah,
selama ni bukan main baik.. bukan main semangat..
Cepatnya aku berpaling tadah..
Cepatnya aku kembali pada dosa lama.
.
Ke mana harus ku bawa muka hati ini?
Penuh dengan palitan noda~
Jeliknya jiwaku dengan parut2 maksiat~
BURUK!! JIJIK!! PATHETIC!!



duhai hati,
kau mendustakan pengampunanNYA..
kau memperlekehkan lafaz taubat sebelumnya..
kau cepat terburu ikut nafsu menidakkan kesan buruknya..
kau menuduh dirimu akan hidup selama2nya sedangkan ajal itu sedia menanti..

HOI HIPOKRIT!!
kau sedar tak ni? kau sedar atau kau separa sedar?
kau yakin tak ni? kau yakin atau buat2 yakin?

renungi ayat ni.. renungi saja tak cukup..
dalami.. dalami saja tak mantapp.
amalkan... amalkan sekali sekala tidak bermakna..
amalkan dengan istiqamah wahai hati~
(T_T)

Bismillahirrahmanirrahim~ 
Surah An-Nahl~
[93]Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
[94]Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).
[95]Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.
[96](Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[97]Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
[98]Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
[99]Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
[100]Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.



YA ALLAH~

Aku bersimpuh menadah tangan menagih kasihMU kembali~

Tetapkanlah hati ini dengan keindahan taubat~

(,T_T,)

Sunday, November 1, 2009

~perpisahan terasing~

Susuk tubuh itu ku rindu..
Suara gemersik kasih sayang itu ku kepingin..
Sengih bridge gigi palsu itu ku rindu menatap..
Ibu jari tangan yang bertahi lalat hidup itu ku rindu untuk menandatangani dokumen persekolahanku..
Lantunan bunyi bersin sebanyak 6 kali itu sudah lama tidak bersiulan..
Belaian tangan yang hangat di atas kepala menyentap2 jiwa ini..

Duhai ALLAH..
aku rindu akan dia...
apa khabar dia di sana?
adakah baik?
ku harap itu yang selamanya..

Sudah terlambat untuk syah ungkapkan lafaz yang
tersimpan ini..
biar jasadmu sudah mereput dalam lahad..
biar kain kafanmu sudah terbiodegradasi..
biar jubah putihmu lusuh di sidaian almari..
biar kepiah putihmu tersalut habuk..
biar cermin matamu berkarat bingkainya..
biar rosak key pad handphone peninggalanmu..
biar gambarmu pudar di dinding..

syah tetap rindu..
syah tetap menangis..
syah tetap menyesal...
bukan tidak meredhai tapi merindui..
bukan tidak sayang tapi sayu...
bukan tidak suka tapi duka...
bukan tidak gelak tapi sebak...

syah menyesai sebab tak kata benda ni awai2 sebelum masa itu tiba..
syah terduduk tatkala mengingatkan laku yang terlanjur
melukakan hatimu..
syah mengenggam tangan tatkala geram akan diri yang tak pernah menghargai...
diamku,
bisingku,
senyumku,
keletahku,
kau bijak mentafsirkan..
kau bijak menutur nasihat berhikmah..
kau bijak mengawal keadaan seceria mungkin..

syah kesal tak sempat minta halal segala titik peluh
yang telah dicurahkan untuk kebahagiaan diri ini..
syah rindu menuturkan panggilan itu..
syah nak lari sekuat mungkin ke arahmu andai dikau
melambai sedetik..
syah menangis bila syah sedaq syah bukan insan yang
terbaik untuk membantumu di sana..

"Abah jangan pi mana mana taw, satgi syah mai balik"
~terngiang-ngiang ayat terakhirku yang kau respon
dengan anggukan lemah ..
dengan lirikan mata kuyu..
sebelum semput menjelang ajal tiba~



YA ALLAH...
Kau cucurilah rahmat ke atas insan yang tiada galang
gantinya di dunia ini..
Baru ku tahu erti kehilangan bila dia sudah pergi
selama-lamanya..
Baru ku tahu makna kasih sayang yang sejati bila
gamitan nasihat seorang ABAH sudah sayup2 meninggalkan
corong telinga ini..
~AL FATIHAH~

Monday, October 12, 2009

Panahan mata pena~

Assalamualaikum wbt..
Ke hadapan sahabat2 yang setia mengunjungi teratak yang serba kekurangan ini.
ye lar, macam-macam yang kurang...
kurang dari segi updatenya,
kurang dari segi pengisiannya,
kurang dari segi istiqomahnya
.. haiss...
maafkan atas segala salah silap penulis. semoga diberi kekuatan jiwa untuk menulis sesuatu yang mungkin berguna untuk diri. (T_T)

semenjak saya melancarkan jihad fisabilillah ke dalam jiwa supaya meminimizekan dosa pergaulan bebas secara maya ataupun secara langsung.
hati ini sering diserang virus up-n-down.
simptom-simptom yang payah nak detect.
jenuh sungguh lar nak membuat hati ini untuk kuat dan istiqomah.

herm,
sekadar nak cerita pengalaman,
fusy,
memang payah untuk penulis meluahkan apa yang iman tak suka dan pada masa yang nafsu meronta-ronta untuk tidak dilepaskan.
sangat payah worh wahai kawan-kawan...
bayangkan emas angan-angan depan mata dibuang ke dalam lubuk sedar yang sangat dalam.
bayangkan juga harapan menggunung dihancurkan dengan hayunan baseball realiti..
tak sanggup rasanya jika tiada sinaran hidayah dari- NYA..
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...

warkah berbisa beserta mata pena yang tajam saya telah hunuskan buat jiwa yang perlukan sergahan.
perit untuk menghunuskan pedang tulisan itu
tetapi demi keselamatan jiwa yang mahukan jaminan pengawasan redha ILLAHI, saya gagahkan jua.



berdarah membuak-buak juga luka yang ditusuk
tapi dengan bantuan ubat zikrullah dan antiseptik al-quran as-syifa,
moga2 saya tak gatal tangan untuk menoleh membuka balutan jiwa yang lara dengan luka dosa-dosa silam.

ketahuilah duhai hati yang merintih,
jalan menuju Tuhan sangat meriah dengan ujian
dan sememangnya memerlukan pengorbanan yang kita perlu yakin adanya hikmah yang lebih besar menanti.
bukan setakat yakin yang 'hot hot chicken shit'
tapi kena kuat dan teguh ibarat bumi yang berpasak di bumi dengan gunung ganang.

kadang-kadang parut di hati terusik dengan suasana kebiasaan dengan maksiat,
sokmo saja parut di hati yang senang allergic dengan gatal-gatal dosa ni nak merah kembali,
tapi,
saya usahakan juga untuk tepis dengan topeng pelindung keyakinan pada janji-NYA.
mat saleh kata "an apple a day keeps a doctor away",
biar kita modify sikit ayat tu..
"a repeating zikrullah a day keeps maksiat to go go away" (^_^)


kawan-kawan, hakikat yang saya lihat sekarang,
peyebaran virus epidemik pasangan "halal" atas dasar "cinta abadi" semakin menjadi-jadi dalam kalangan mahasiswa-mahasiwi.
adakah status belajar di menara gading membolehkan budaya "chup-mengchup"? macam ada cop sirim la plak..
"in a relationship with..."
hais,
rata-rata keluarkan kenyataan rasmi,
"nanti bila dah grad tak payah susah2 cari dan mengembara ke serata alam"..
betuikah begitu? hem hem..

tergaru-garu dagu saya yang tak berjanggut ni.
apakah jodohku jua di sini ataupun di mana2?
Arh, biaq pi lah,
selagi mana aku yakin adanya my destined couple di lauh mahfuz sana, jangan susah2 risau..
sabaq syah sabaq norh.
buat serabut neuron kat medula oblongata saja memikiokannye..
andai bukan bertamu di dunia,
insyaALLAH, di syurga menanti (layakkah diri?)

apa-apapun, huluran jambangan tahniah saya ajukan buat sahabat-sahabat senior yang sudah melangkau ke alam rumah tangga.
rumah yang dibina atas nama cinta ILLAHI,
bersandarkan tangga KETAQWAAN..
pergh,marvellous!! two thumbs up!
best worh,
tatkala terleka dengan urusan dunia, ada yang mengingatkan.
tatkala dilempar dalam ujian hidup, ada yang menenangkan jiwa.
indah indah (^_^)


okeylah kawan-kawan..
setakat ini sahaja yang penulis berdaya nak kongsi.
salam juang dalam hidup.
kita hidup hanya sekali ja kat dunia yang goyah ni..
kalo iman di hati tak terangkan jalan,
takut-takut terlanggaq tiang elektrik kat selekoh maut
fatamorgana maksiat..
JAGA-JAGA wahai HATI.
SEMOGA HATI KITA SENTIASA MENCINTAI CINTA SEJATI.

Tuesday, September 22, 2009

kami sayang kat dia syah..

(surah an-Nahl ayat 72)



"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan
bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki
dari yang baik-baik
. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan
mengingkari nikmat Allah ?"

"kami sayang sangat kat dia syah.
kami pun tahu dia sayang sangat2 kat kami.
kami tak tahu apa akan jadi kat dia kalo kami tinggaikan dia.mustahil juga untuk kami tinggalkan dia"

duhai sahabat..


duhai sahabat yang ku sayang..
duhai sahabat yang ku ukir madah buatmu..
jauh layaknya aku untuk memberi nasihat buatmu kernadiri ini layak ditepis saja ke tepi dari senarai yang baik2.
kerna diri ini cakna, diriku sangat terdedah dengan hipokrasi..


sahabat..
madah hingusan ini ku tujukan jua buat diriku..
oh teman,


cinta manusia
membingungkankan kita kerna ia saling berubah...ibarat membalikkan tangan..
cinta manusia
juga memeningkan lagi jiwa yg kusut..makin kita kejar, makin asyik ia membelit jiwa..
cinta manusia
kerap ditemani rakan yang tidak baik, kerna hawa nafsu dan hembusan syetan menambahkn perasa bercinta..
cinta manusia
enak dilihat romantisnya oleh mata2 yang kabur dari melihat indahnya cinta dari ALLAH..
cinta manusia
memancarkan pantulan cahaya seri putih sedangkan pada hakikatnya, prisma iman membiaskan 7 warna-warni akibat dahsyat cinta nafsu..
cinta manusia
mengindahkan material,wajah jelita rupa yang kacak dimartabatkan sebagai idola kenangan harian..
cinta manusia
menarik tangan-tangan suci ke dalam lumpur noda maksiat..
cinta manusia
ditimbang dengan pengorbanan yang kelabu motifnya.. janji ditabur mahu menyuburkan tanah harapan kosong..

andai kau tahu,
pedih oh sayangku, sangatlah pedih hirisan dilukai cinta manusia..
sadis worh luka itu..
sangatlah sadis titisan air mata darah dek cinta manusia..
permata hatiku..
sahabatmu ini sangat pengecut,
hanya sekadar berani menasihatimu dari sudut penulisan dhoif ini..
tetapi, satu yang ku pinta..
hatiku tetap mendoakan
agar cinta ALLAH yang sentiasa mencintaimu adalah melebihi cintamu pada
dia..