Be Confident & Feel it

Sunday, June 28, 2009

Semaian benih-benih ukhuwah (~_^)


Ada apa dengan ukhuwwah?

Manis.Indah.Sangat bererti.
Disitulah kita menampakkan senyuman jiwa yang paling manis.
Indah sungguh kasih ini Ya ALLAH~
Penuh keasyikan tautan syurgawi..


Hari ini dan semalam melakar sejarah manis yang tersendiri memorinya..

Kelmarin, kenangan indah mekar harum bermula.
Syukran kathir di atas kunjungan ramah mesra sahabat sejatiku,
Hazwani Abdul Zalil.
Wani..Nama yang moga sentiasa tersirat dalam jiwaku.
Duhai sahabat, tiada ungkapan kasih lain yang wujud lagi di dunia ini yang bisa ku tujukan khas untukmu.
kawan-kawan,
Memang payah worh kita nak cari sahabat sejati dan setia.
Petang itu yang menceriakan.
Kami sambung menyambung gelak tawa,
mengisi slot kerinduan yang kosong dengan sapaan anak mata
selama 2 tahun kami berpisah dari sekolah yang sama.
seorang sahabat yang akan sentiasa dikenang hingga ke akhir hayat.
Smoga dikau tetap berada dalam lindungan ALLAH swt.(~_^)

Malamnya pula lepas maghrib, penulis sangat berbesar hati menerima kunjungan ukhuwah dari ab seperjuangan ukhti anis nadia dan ukhti maziah,rumet yang sangat setia.
Cukup terharu dengan kunjungan mengejut ini,kaget untuk diluahkan.
Gelak tawa ramah mesra yang sahabat-sahabat penulis hulurkan pada hari itu menceriakan jiwa tua seorang ibu tunggal biarpun sudah punya anak gadis iaitu penulis ni sendiri. =p
Tapi,jujur dikatakan, kunjungan itu melakar seribu satu memori indah bersemi.
First time penulis tengok mak penulis ketawa mesra melayan tetamu yang dianggap seperti anak sendiri semenjak sekian lama rumah kami sunyi dari gelak tawa penceria suasana rumah dari anak-anak.(~_T)
Herm, sebenaqnya baru penulis tahu rumah ukhti anis dekat2 ja dalam aloq staq neh.
isy isy dekat ghupanya rumah kak anis ni, kalo dah tau, tiap-tiap raya tobat dah pi serbu...(~_^).
Namun,dia yang yang hadir bersama adik ketiganya terpaksa pulang pada malam itu juga kerna kedua ibu bapa mereka pulang menjenguk tokwan yang sedang sakit.
Mujurlah kesempatan yang diberikan ALLAH, mengizinkan maziah bermalam semalam di teratak penulis ini. (^_^)
Baguih baguih =)
Tak pernah terlintas langsung peluang ini ALLAH akan hadiahkan buat diri penulis.
Penulis berpeluang menghabiskan masa dengan bekas rumet tersayang, ukhti ma.
Semalaman kami bertanya itu dan ini sembang bermacam cerita,
sekejap update cerita itu, sekejap renew cerita ini,
ibarat kami tak pernah berpisah sepanjang cuti ini.
Kemudian, keesokan harinya, iaitu hari ini,
Secara kebetulan, ma ternampak buah-buah manggis yang sudah mekar ranum di dahan di halaman rumah.
"syah, banyaknya buah manggis ni, dah masak pung".
Kami berdua menyambar penyapu daun di sekitar,
lalu ma dengan penuh bersemangat mengait satu persatu.
MARVELOUS! satu memori yang memberi momentum yang sangat mantop.
First time penulis berpeluang mengait buah bersama teman.
(punyalah malas nak kait sorang-sorang)
huu..terharu sunggoh lar nak ghoyak guane pun ambo dok ahu..
Tapi apakan daya, setiap pertemuan pastikan ada perpisahan.
lewat petang itu jua dia harus pulang ke uia pj semula untuk meneruskan perjuangan yang perlu diselesaikan.
Sahabat, moga ALLAH memperkuatkan jiwamu dengan kegigihan yang tinggi.
Usah disesali pertemuan kita.
Usah disesali jua perpisahan yang berlaku.
Kerna apa yang ku yakin,
kita pasti bertemu semula,
biar bukan di sini, di akhirat jua kekal menanti.


salam ukhuwah.
p/s: kawan-kawan, sayangilah sahabat anda seikhlas mungkin kerna ALLAH. Tak rugi. cuba lah.
okey. setakat ini saja. jumpa lagi (~_^)

Bom pemusnah diri.. kebbabom!

Assalamualaikum wbt~
Kaifahalukum? apa khabar orang kampung? tok mudim semua sehat2 belaka? (^_^)
Smoga kawan-kawan sentiasa sihat walafiat di samping insan tersayang kerna ALLAH~
Huluran maaf ditadah menandakan penulis sudah lama tidak update blog ini..
Halaman yang setia menerima luahan kesakitan jiwa yang sedia menerima apa2 yang dicoret. Terima kasih wahai jasad bernama blog ini.. (~_T)

Kawan-kawan..
Bukan mudah worh untuk kita nak nasihat orang lain kalu diri sendiri ralat mendengar teguran..


makanya,
Tujuan post ini ditulis, mungkin bukan untuk perkongsian kawan-kawan semua..
Maaf kerna tidak mampu lagi meringankan bebanan di jiwa kawan-kawan kerna
Post kali ini ditujukan khas sebagai tazkirah kepada jiwa penulis yang kini kemaruk dengan lifestyle dan environment jiwa yang islamik.
Penulis nak tegah dan marah jiwa penulis ini untuk sedar hakikat kehambaan diri..
Waduuh...Teruk bangat sih..
Diriku akui selama hidup ini...
Terlalu banyak dosa maksiat yang telah dilalui,
Terlalu menebal sifat munafik di hati,
Rencana maksiat yang silih berganti waktu demi waktu
Memaparkan kesombongan hati,
ketamakan naluri,
kepincangan pegangan,
aku review page by page tanpa segan silu walopun sedar diri
tak lari diawasi 24 hours oleh yang MAHA MELIHAT..
ISYK isyk Isyk...........
Kalo nak digambarkan betapa teruk dan hinanya,
Ibarat bangkai ikan yang terapung-apung di lautan terumbang-ambing di permukaan lautan
tanpa sudi dilihat taring helang bangkai sekalipun..
Sekejap hatiku singgah pada keasyikan duniawi,
Sekejap hatiku mengadu pada Illahi.
Sekejap insaf,
Sekejap tak insaf.
Alarh.
Macam biskut chipsmore,
kejap ada kejap takde.

Adoiii, banyak sungguh chan (peluang) yang ALLAH dah bagi Free Of Charge,
siap Keep the Change lagi,
namun,
Bila saja aku bertemu bom pemusnah iman (nafsu),
Ditambah power generator maksiat yang pulun dan bersungguh-sungguh
Lalu menghasilkan tenaga nuklear yang bercas negatif..
WUSH!! KEBBABOM!!
Hancur lumat berkecai terburai segala serpihan dinding iman yang zahirnya rapuh ini..
Hanyut.. hanyut..hanyut di lautan kecewa
Terapung-apung dibawa bersama buih-buih noda..

Maruah itu indah berhiaskan akhlak murni.
Maruah itu darjatnya tinggi bila dijaga rapi..
Maruah wanita terletak pada sifat malunya.
Namun aku??

Jauh sungguh dari menjaga maruah,
Malah tercalar teruk begitu sahaja.
kesan calaran itu disembunyikan di sebalik wajah pura-pura innocent.
Mantap syah !! Mantap sungguh tipu daya aku!
Benar..tiada yang benar melainkan yang benar semata-mata..

Hati ini perlu bertaubat tapi saban kali dihentikan oleh kejahatan nafsu yang jelik ini...
Duhai hati...ketahuilah... Cakna lah..
Hakikat taubat itu indah..
Ibarat meminta maaf atas apa yang salah terjadi.
Ibarat meletakkan sesuatu pada haknya..
Ibarat menadah tangan dirotan untuk menyedarkan ..
" I'm so sorry for what mistake that i've done"
just simple as that! whats wrong huh?!

Tapi,
(itulah manusia, hidup ditemani alasan sentiasa)
Selagi mana nafsu itu megah bertapak rumah banglo di jiwa,
Dilengkapi dengan sistem pura-pura yang canggih,
Kemudahan lif mudah naik turun tahap iman yang senang goyah,
Apa gunanya taubat yang lepas?
Taubat yang aku sendiri tak catat, tak save properly dalam hard disk jiwa!
Pudar..kelabu asap...semakin hilang seri warnanya..


Ya ALLAH....
Ampunilah segala dosa2ku..
laksana buih di laut memutih..
hanyut ditelan gelombang nafsu..

Sunday, June 7, 2009

Derita si Kurus..




Hati aku penuh derita. 
semakin kurus terhalang daripada suapan rohani islam..
semakin melidi tanpa zat istiqamah dan keimanan yang teguh yang memadai..
semakin teruk wabak malnutrisi yang dahsyat tanpa suplemen multivitamin keindahan Islam..
semakin parah anorexia segumpal jiwa ini dengan kehilangan keupayaan untuk taat dan istiqamah dengan limpahan iman..

tick tock tick tock
kalam-MU yang haq dah beri warning siap2!
kullu nafsin zaa iqatul maut~
setiap yang bernyawa pastikan merasai mati..


Gerun!! 
Menggeletar!! 
Tergagap-gagap!! 
Kesejukan!!

Aku khuatir andai detik terakhir aku adalah tatkala aku hanyut dibuai bayangan indah fatamorgana nafsu..
Aku bimbang andai nafasku tersekat di halkum tatkala aku terbahak-bahak ketawa keriangan asyik dengan pelakon dunia..
Aku ketakutan andai malaikat Maut itu datang dengan wajah yang tersangat bengis tatkala aku senyum melihat maksiat..

Astaghfirullah hal azim...
andai aku bisa memutar kembali bilahan jarum waktu yang sentiasa menggoncangkan muka jam itu
akan ku kikis segala bekas hangit nafsu durjana bawah periuk jiwa yang hitam ini dengan kemuliaan detergen air wudhu' yang suci.
akan ku ubah kedudukan jam pasir itu dari terus mengelongsor ke bawah untuk ku ubah maksiat itu menjadi taat..

Ya ALLAH...
monolog aku ini penuh kemunafikan.
monolog aku ini penuh dengan drama swasta yang penuh kepura-puraan.
monolog aku ini penuh dengan hipokrit yang dahsyat!!


Kurusnya jiwa aku!

segala yang aku janjikan terkubur tanpa nisan begitu sahaja.
segala yang aku beria-ria terhegeh-terhegeh nak berubah, ZUP! hilang bak diragut taufan!
segala yang aku iltizam untuk meninggalkannya aku gapai semula belai tanpa rasa bersalah..
segala yang aku benci untuk mengulanginya aku tanpa segan silu mempersilakan kedatangan nafsu yang durjana itu.. 

Ya ALLAH... indah nian nama itu.
tiada kalimah terindah yang wujud di universal ini mahupun seisinya selain namaMU.. 
Ya ALLAH ~
Ya ALLAH ~


kenapa kini?
kenapa kini?
kenapa kini?


setelah ku terlanjur terus membiarkan nafsu munafik meratah jiwa yang penuh barah wahan.
setelah separah ini jiwa aku dibelasah dengan nafsu durjana.
setelah teruknya jiwaku kalah-mati dengan permainan dunia,

aku hairan.. 
aku tercari-cari sebab musababnya..
aku tergapai-gapai dalam lautan bergelombang persoalan..

kenapa Dikau yang MAHA MULIA masih sudi menerima jiwaku yang penuh najis kemunafikan?
kenapa Dikau masih sudi melabuhkan pandanganMU yang MAHA AGUNG itu kepadaku yang disaluti legap dosa noda? 



Siapa-siapalah diriku ini berbanding makhluk2 Mu yang lebih layak..
KAU hulurkan kunci kejayaan jiwa yang merdeka dari dunia kepada aku yang maha hina ini..
KAU labuhkan tirai pemeliharaan untuk aku kembali menutup celaan maruah imanku.

Ampunilah aku wahai ALLAH.. Tuhan yang memiliki segala sifat Pengampun yang terhebat..
betapa hebatnya limpahan hidayah bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA..

YA ALLAH..

ALLAHUMMARZUQNI ISTIQAMAH~




Saturday, June 6, 2009

Mentari hidup ~


Assalamualaikum wbt..

Apa khabar kawan-kawan mayaku... (~_^)

Kawan-kawan mesti hairan bukan kenapa sudah lama penulis tidak update blog ini.. hermm..

Berminggu-minggu jiwa miskin ini diselaputi noda wahan..

Dosa cintakan keindahan hiburan duniawi...

Sungguh....

aku senyap dengan dosa....

aku diam menimbun-nimbunkan kesukaan nafsu menipu...

Terjelepuk di lembah kehinaan 

Lagu ini menarik penulis kembali ke atas daratan realiti Iman dari terus hanyut di lautan gelora nafsu yang membunuh!

Semoga ALLAH memberi segala kebaikan di dunia dan di akhirat kepada hamba-Nya yang terlibat dengan menerbitkan lirik beserta lagu ini..

Begitulah yang penulis ingin nyatakan..

Hidayah ALLAH bisa terbit dari segala macam sudut zarah..

Sirru ala barokatillah.. (~_T)

Mentari Hidup- Haikal

Kala senja itu tiba 
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Thursday, May 14, 2009

Solusi Kecewa Yang Pedih

Assalamualaikum wbt. (^_T)
Bismillahhirrahmnirrahim~

Adoi,
Puas sudah menangis, merintih,
Kenapa itu harus terjadi?
Dentuman hujanan batuan berupa kerikil kata-kata melebamkan dinding jiwa.
Aku tertanya-tanya,
Apakah ujian yang diturunkan ini adalah untuk
menguatkan jiwa yang rapuh ini?



Tarbiyah itu bersifat memaksa.Nak atau tidak,
Diriku dah terjun ke dalam medan juang ini, bersifat terbuka saja. what's wrong with that huh?!

Aku masih bertatih.
Terkadang terjatuh di lubuk ketidakyakinan.
Bangun kembali mengibas-ngibaskan
debuan jahiliah yang terlekat di celahan jiwa.

Cuba lagi!
Bangun berlari, ditolak ke tepi,
terperosok dalam longkang pandangan sinis orang lain.
Argh! ini menganggu perjalanan aku nih.



Cuba lagi!
Bingkas menolak tangan-tangan sang pengacau,
Tak lama kemudian,
tersembam mukaku ke tanah perjuangan dek dihalang tali ujian di pergelangan kaki.

Cuba lagi!
Aku mengesat darah luka perjuangan di bibiran tinta,
Nah,kali ni,
Ditarik pula aku dari rantaian hati-hati jalan juang
Terus,berderaian manik-manik air mataku menzahirkan kecewa..



Sudahla sudah
Aku sudah give up.Give up dengan semua ini.
Ma'assalamah buat sahabat2.
SELAMAT TINGGAL.. Jaga diri ampa semua molek-molek.

Izinkan aku pergi membawa diri yang lara ni
Aku perlukan masa untuk semua ini.
Biar aku kembali dengan semangat juang baru.
I NEED MORE TIME, WHY DONT YOU ALL GET IT??!
Nak mantapkan diri dulu.
Dont disturb me!
Andai di medan juang yang besar nanti, kelibatku tidak kelihatan,
Doakan moga diri ini sentiasa dibimbing ke jalan redhaNYA.
Jangan disesali pertemuan kita kerna itu semua sangat bermakna buat diri ini.

Tata titi tutu



Wop wop wop, wait semenet!~

~Apakah ini yang IMAN aku mahukan atau NAFSU aku mahukan?~

Percikkan kembali air mata keinsafan di pinggiran mata-mata mengantuk yang ingin tidur dari medan juang.
Tampar kedua-dua belah pipi muka yang mamai diulit mimpi keputus-asaan.

NO NO NO.
SAY NO TO GIVE UP!
Aja-aja Fighting!
My journey of tarbiyah wont last untill the last breath!

Kawan-kawan, sekadar nasihat,

Kalo kita sentiasa give up dengan masalah yang melanda,
Cuba kalih belakang, imbas tangisan manusia lain yang merintih kelaparan tanpa sisa-sisa makanan.
Kaji semula deraian air mata yang terluka dengan bilahan memori kehilangan yang tersayang.
Pikiaq-pikiaq balik, lagi sadis kisah depa nak banding dengan kita nih..

Jangan bila orang jentik lobang hidung kita sikit, kita dah mengadu meraung-raung sakit yang tak seberapa tu.
Enggak perlu dong kita terlompat-lompat memegang hujung jari kaki dek digigit semut merah yang disembur ridsect pun terus kojol tu..

"Isy,nak bagitaw masalah aku pun tak pandai macam mana, ujian korang tak macam ujian aku,
aku sedih ni,sedih giler ni taw tak? korang bagi nasihat ikut sedap korang jer,
korang tak faham masalah aku, takyahlah pandai-pandai bagi nasihat, cakap senang ar,korang tak akan faham jugak"

Waduh2, mind setting jenis begini even sampai malam raya tahun depan pun payah nak setllekan masalah tu.isy3
Begini,
Andai manusia sekeliling gagal meraih keyakinan kawan-kawan untuk settle masalah kawan-kawan,
AYOH!
Back to Al-QURAN n As-SUNNAH~
Kedua-dua elemen penting dalam ISLAM tu yang patut kita dahulukan sebenaqnya~

Dalam Al-Quran contohnya:
Antara azimat penguat semangat yang ALLAH dah bagi free2 kat kita time rasa down,

Selak,Terjemah,Hayati,Amalkan ok~

Surah al-Ankabut ayat 2-3:
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar
dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. 29:3)"

Manusia tidak dibiarkan dengan pengakuan atau dakwaan tanpa bukti. sebaliknya mereka dicabar oleh ALLAH SWT dengan pelbagai kesukaran
sehingga terbuktinya kedudukan mereka sama ada seseorang yang benar pendiriannya atau seorang pembohong.

lagi,
Surah al-Baqarah ayat 214:

"Apakah (munasabah) kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. 2:214)"

Ayat tersebut diturunkan oleh ALLAH SWT sebagai jawapan kepada orang yang selalu berfikir, bahawa azab sengsara yang ditimpakan kepada orang-orang berjuang menegakkan agama ALLAH itu, sebagai suatu tanda atau isyarat bahawa Tuhan tidak restu..

-Huraian ayat2 itu penulis ambil dari "Sirah Nabawiyah-Insan Teladan Sepanjang Zaman = hasil karya istimewa Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat"-



Settle dah?

Setakat itu saja buat masa ni, (^_^)
jumpa lagi~
jangan give up OK~

Monday, May 11, 2009

Ala mak, malu ar..





Hari-hari adalah HARI IBU.
sebab apa?
sebab hari-hari kita wajib jaga hati ibu kita.
Ibu kita tak ada hari-hari tertentu untuk dia sayangkan kita bukan? (~_T)

Jauh di sudut hati, hadiah apa yang patut aku bagi nih. (~_~")
Tak layak sungguh aku ni nak banding-bandingkan pemberian dhoif dari seorang anak berbanding pengorbanan kasih seorang ibu.Dah terlalu banyak anugerah yang ALLAH dah
sandarkan pada jiwa seorang emak untuk dihadiahkan tanpa syarat khusus buat anak-anaknya.
Mak, jiwa mak cukup besar dalam mengharungi detik-detik cemas.
Apa tips untuk menjadikan hati ni tabah macam mak?
Mak, kenapa mak sayangkan kami adik-beradik sangat walaupun kami sanggup membutakan mata hati dengan mengabaikan mak?
Benar apa dikata, seorang ibu bisa menjaga 10 orang anaknya, tapi seorang anak sekalipun tersangat liat untuk menjaga ibunya yang keseorangan.

Mak, ampunkan kesalahan dan kederhakaan kami adik-beradik.

Minta halalkan segala urat-urat emak yang putus tatkala emak mengerang kesakitan melahirkan kami.

Minta halalkan setiap titis air mata yang mengalir tatkala anak-anakmu ini menyakiti segumpal darah bernama hati mak. (~,_~,)

Wahai kawan-kawan, penulis menyeru diri ni dan kawan-kawan semua, andai ibu kawan-kawan berada di sisi sekarang,di rumah, di depan mata kawan-kawan sekarang, pergi cari dia, peluk dia, kalo segan nak buat macam tuh, katakan bahawa anda tersangat sayangkan dia.
Sungguh, walau dia tak minta dilayan sebegitu,namun, believe me dear, jaauh jaauh jaauh di sudut hati, dia akan rasa sangat terharu.





Pada yang sudah rasa hilang kasih ibu di dunia, anda jangan mudah tersilap membuat perhitungan,anda tidak terlewat. Hamparkan seluruh pengharapan pada ALLAH untuk memelihara ibu anda di sana dengan sepenuh hati. Jangan sama sekali berputus asa. Doa, doa dan doa~
Pada yang berada di kejauhan, ambik segera telefon, panggillah ibu anda. Just say that"umi,emak,bunda,ma, i love you.ceq sayangkan mak" Kenapa malu untuk katakan bahawa anda sayangkan ibu anda?? Dia bukannya siapa-siapa. Dia adalah IBU anda..

APA YANG PENTING? Kerjasama! Yerp, jalinkan kerjasama hati kawan-kawan dengan perkataan dan perbuatan yang menyenangkan hati ibu kita~

Mari kawan-kawan, kita hayati bait-bait melodi sayu ini sejenak.penulis yakin, kawan-kawan semua sudah biasa mendengar lagu ini sejak kecil lagi bukan?

"Syurga Di Telapak Kaki Ibu"

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu

Syurga itu telapak kaki ibu

~yusuf islam-my mother~

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

~OMMA, SARANG HEYO~

Friday, May 8, 2009

Bangun! Bangun!

Assalamualaikum wbt. Anyoseyo? (apa habaq?) (^_^)

Ok ok,let just straight to ampang point..

Kawan-kawan. My fellow friends..

What do you know about "Swine Flu" atau nama manjanya "Selsema BAB 1"?

Mesti dalam fikiran kawan2, definisinya, berapa yang dah dijangkiti, negara mana, malaysia dah ada ke belum, berapa yang dah mati...

Juz like that arent you? Pardon me to say that. (T_T)

Yelar, kalo dah nama selesema tuuut (BAB 1).. makanya, punca itu datang dari tuuut juga.

Kalo dulu selesema burung, burung la yg patut dipersalahkan di mahkamah juvana.

Normal ar..Hidup dah akhir zaman, penyakit2 yang dok jadi ni pun dah jadi isu biasa.

TAPI TAPI TAPI..

Bangun tak kawan-kawan dari lena panjang?

Itu sekadar omongan media barat.. sekadar coretan kiasan media kafir..

Have u ever think about something known as "Biological war"? "Biological weapons"?? (CARI SENDIRI ok)

Actualy there is something yang berkait rapat dengan asal usul dan agenda sulit mereka di sebalik tersebarnya wabak-wabak berjangkit yang melanda dunia sekarang. cth mcm- virus antrax, selsema burung and swine flu recently!

Penulis yakin,

Semua mungkin dah terbiasa dengan "ghuzwatul fikr" atau "perang saraf" bukan? Alarh.. Senang je..Perang saraf tu kan contoh macam hiburan yang merajai jiwa remaja Islam skrg..hedonisme..Contoh macam ni, macam tu, dan macam-macam ada..

Come on friends..

Again Again n Again.. This is how it will rotates in each time we encounter any recent issues.

Don't be such an obedient person towards any issue!

Kita hanya tahu menyelak dada akhbar,Sekadar meneliti isu-isu semasa (itupun dah cukup banyak dah bagi kita..bukan?)

Tapi kita terlepas pandang untuk mengkaji apakah yang sebenarnya bersembunyi dengan licik di sebalik semua isu.

Perasan tak, kita kalo nak merujuk kehebatan penyiasatan, mesti akan dikaitkan dengan CIA, interpol and what so ever.. puak-puak depa ja yang hebat dalam segenap aspek..

Perasan tak, tokoh tauladan Islam kita tolak tepi?

Di mana perginya keyakinan kita pada kelebihan umat Muhammad s.a.w. Umat yang terbaik di akhir zaman?

Dalam penulisan yang serba dhoif ni,

Penulis tak berupaya lagi dengan sendiri nak catat semua bukti2 sohih untuk menyabitkan kedua-dua mentor pemusnah sebenar keamanan dunia tu secara detail sebab masih lagi cetek ilmu di jiwa, masih banyak lagi kemahiran yang perlu diteroka.Penulis sekadar nak bangkitkan isu..

At least,penulis nak buka mata kawan-kawan semua..

Celikkan kornea, Rungkaikan balik keserabutan saraf neuron...

Jangan terpedaya dengan tuduhan-tuduhan melulu pihak durjana itu terhadap umat ISLAM.

Ianya adalah perangkap mereka terhadap kita. Umat Islam terus-terusan akan dikambing hitamkan dalam segenap krisis dunia..

Pejuang-pejuang agama dianggap terrorist sedangkan dalang dan mastermind adalah mereka!! - buktinya, kawan-kwan kena kaji sendiri. rajin lah sikit siasat isu nih, ok (T_=)

Sedarlah wahai kawan-kawan.. lihat pada isu dunia, kita semakin dalam bahaya!

Amerika, Israel dan yang sama waktu dengannya sedang meletakkan bom jangka hayat pada dunia ISLAM.

AYOH, kita kembalikan kegemilangan ISLAM !

Jangan fikir mustahil untuk ISLAM menang sebab ALLAH dah jamin siap2 dalam Al-Quran kemenangan PASTI PASTI PASTI milik kita semua.

Cumanya kawan-kawan nak atau tak nak sahaja!

Teruskan konsisten dalam ISLAM. Aktifkan SOLAT kawan-kawan.

Majukan KEYAKINAN kepada ALLAH..

Kawan- kawan kena buktikan umat ISLAM bukan umat yang tahu

Angguk-angguk geleng-geleng , tunduk-tunduk ikut tunjuk iye iye saye saye kiri kanan ikut saja!!

Mari kita belajar sungguh-sungguh untuk jadi pencetus perubahan agenda dunia pula!

BOLEH Kawan-kawan?

My warmest Fighting greeting to all~

AJA-AJA FIGHTING!

p/s: Nak tahu lebih lanjut lagi bukti-bukti sohih tentang rencana malapetaka Amerika dan Israeli?

You are most welcome to visit this great blog. I'm very sure u will gonna feel something which is burning inside your. That's the ultimate spirit we want to inculculate within the soul of excellent muslim and muslimah!

http://ibnuyaacob.com/

Wednesday, May 6, 2009

~LATIH TUBI Kehidupan~

Assalamualaikum.
Wadus2. Lama juga x update.
Khuatir plak andai diri menulis blog hanya sekadar untuk berbual-bual kosong dengan kawan2 semua.
Maaf bangat sih,kalau kawan2 rasa blog hingusan ini kurang pengisian, harap dapat ditegur (T_T)
Adoi,sejak2 kebelakangan ni, jiwa terasa kosong tanpa tarbiyah dariNYA.
Mungkin tarbiyah ini sedang bersiaran langsung tapi jiwa yang dah penuh dengan cinta dunia, cinta kesenangan dunia amat payah nak rasa kehadiran makhluk bernama "TARBIYAH" neh.
Hurm..kawan2,
mari saya imbas satu kisah tarbiyah direct dari ALLAH untuk sebuah keluarga berikut.
panjang juga kisah ni (T_T)
sebuah kisah menyayat hati.sekadar perkongsian.

Seorang ayah terbatuk2 menahan sesak di dada. bagaimana teruk semputnya, hanya ALLAH yang Maha TAHU. Hairan di hati, "aneh, selama aku batuk, tak pernah seteruk ini tersilap makan rasanya. merokok pun tak pernah".
Dengan takdir ALLAH, kebetulan pada suatu hari,anaknya yang bakal melanjutkan pelajaran di sebuah ipta tanah air harus melalui medical check-up di sebuah pusat pakar di utara semenanjung. Peluang itu diambil sama si ayah untuk buat medical check-up di hospital yang juga merupakan tempat pantang larang dalam hidupnya.
Terkejut di hati "Subhanallah, x-ray dari doktor menunjukkan paru-paru sebelah kiri aku hampir tidak nampak."
Doktor juga agak terkejut bagaimana air dalam paru-paru boleh wujud sebegitu rupa. Lalu diminta ayah itu tinggal dalam wad untuk pemeriksaan lanjut air tersebut. Dada tua itu perlu ditebuk untuk mengeluarkan air yang bertakung. Gerun di hati mengenangkan dada tua ini bakal ditebuk tiub halus.Mengikut perkiraan, inilah pertama kali ayah itu dimasukkan ke dalam wad dan perlu dioperasi. Debaran kian memuncak.
Bermulalah episod sedih di mana berita yang menggemparkan dikhabarkan.
Seorang isteri yang setia mengangkat telefon dari seorang suami yang disayangi.
"Normah, doktor suspect air tu ada sel kanser". Jantung si isteri seakan-akan terkeluar dari kedudukan asal.Mulut ditekup dengan tangan kiri menahan kejutan dahsyat itu.
Si anak paling kecil sangat hairan melihat tingkah laku ibunya,tambahan pula ibu itu memintanya keluar segera dari bilik lalu mengunci pintu bilik itu. Si anak terasa sangat lain macam, lalu diberanikan dirinya memanjat tingkap masuk ke bilik ibunya tanpa memikirkan bahana jatuh. Dia terus berlari mendapatkan ibunya."kenapa dengan abah,mak?".
Si ibu terkejut melihat anaknya muncul dari celahan almari bilik. Terpaksa juga dia menerangkan kondisi itu. "doktor suspect abah ada sel kanser dalam air kat paru-paru tuh."
Si anak seakan-akan dirasuk makhluk halus,terus berlari laju masuk ke bilik. Ditangisi berita itu sepuas-puasnya. Muka disembam ke bantal. "huuwuu huuwuu". Tangisan kuat itu mengejutkan si nenek yang berada di bawah. Si ibu mengekori anaknya lalu kedua-duanya menangis bersama-sama. Si nenek tua itu pula mengagahkan tulang tuanya menaiki tangga ke tingkat dua lalu mendapatkan dua keturunannya itu."kenapa normah?".
"mak, doktor syaki usop ada kanser kat paru-paru dia"
"astaghfirullah..." si nenek terduduk di penjuru katil.

Terus,episod perubatan secara moden dan islam berselang-seli dimulakan.
Tubuh lemah si ayah yang sudah disyaki kanser stage 4 bertubi-tubi dimasukkan pelbagai ubat-ubatan. Berubat kampung, dituduh terkena santau. Berubat moden, dicop kanser paru-paru. Mana satu yang betul, hanya ALLAH yang Maha Tahu.
Entah berapa kali dada si ayah itu ditebuk bagi mengeluarkan air darah kanser itu yang kerapkali menenggelamkan sebelah paru-parunya.
Entah berapa macam komplikasi penyakit lain bertandang di tubuh ayah tua itu.
Sampaikan penyakit hernia, bengkak hati, sengkak perut, buasir dan lain- lain lagi.
Sampai satu tahap, si ayah terpaksa dimasukkan ke dalam hospital milik penuh pendakyah kristian "mount miriam hospital" di p.pinang yang dikhabarkan mempunyai teknologi perubatan yang canggih untuk rawatan kanser, chemotheraphy yang berkesan, kononya. Gambarkan andai pegangan iman tidak kuat,mungkin sudah lama termakan dakyah kristian di situ. Naudzubillah himin zalik. Bahayanya di mana akan ada satu detik, seorang biarawati akan datang memberi dakyah mengajak mengikut agama kristian tatkala pesakit menghadapi detik-detik kematian. Berjaga-jagalah wahai kawan2. Licik sungguh mereka berjuang mempermainkan iman di dada umat ISLAM.
Malah, hati si ayah juga pernah remuk redam mendengarkan tanggapan seorang doktor pakar bahawa kansernya itu sudah di tahap yang menunggu ajal menjemput.
Bahkan si doktor tak bermoral itu mengatakan jangka hayat hidup ayah tua itu hanya sekadar 2 tahun lagi. Apa bagus sangatkah dia menidakkan kekuasaan ALLAH yang memiliki segala nyawa? Nafsu serakah itu bangga menetapkan bom jangka hayat pada makhluk yang juga sama taraf makhluk dengannya? That was somenthing which totally WRONG!!
Semenjak itu, hidup keluarga itu dirundung pelbagai lagi tarbiyah dari ALLAH..
Kawan-kawan mahu tahu ending story neh?
Hopefully, they become happily ever after and that father recover right?
Tuuuttt.. wrong guess.. (T_T)

"KUN FAYA KUN "..
Di Loh Mahfuz, sedia tercatat,
si ayah akhirnya menemui Tuhan Pemilik Segala Denyutan Nadi pada tanggal
23 februari 2008.
Bukan karena kanser paru-paru, bukan kanser perut..
tapi TAKDIR ALLAH yang mematikan si ayah tua pada detik itu,pada kondisi itu.Kanser bukan peragut nyawa yang mutlak.
Nah, orang yang tiada sakit apa2 pun bisa ditarik nyawanya apabila TAKDIR ALLAH menguasai.
Bayangkan penderitaan si ibu tadi.. Tarikh hari lahirnya kebetulan pada keesokan harinya,
24 februari.. Disambut kedatangan hari itu dengan kehadiran sanak saudara yang datang melihat jenazah si suami tercinta buat kali terakhir.
Dikisahkan, perjalanan tarbiyah kedua berlangsung,sejurus selepasa jenazah si ayah dibawa keluar dari rumah, si nenek tua tiba-tiba terjelepuk longlai di sofa, mengadu lemah-lemah badan. Temperature badan tua itu melambung sebanyak 2 darjah celcius.Dia mula meracau-racau. Dibawanya ke ustaz, dikatanya sampuk. Seharian begitu, pakcik yang sulung tekad membawa nenek tua itu ke hospital kerna sudah koma dan disyaki terkena strok.Selang beberapa hari, tepat tanggal 26 februari 2008, si nenek tua itu pula pergi. Meninggalkan si ibu tadi keseorangan tanpa lagi kasih seorang suami dan cinta seorang ibu.Saat allahyarham si nenek itu ditutup mukanya dengan kafan, si ibu merintih menangis.. "mak, saya nak dok dengan siapa lepas nii? , usop baru ja takda."
Tangisan hiba itu meruntun jiwa sanak saudara yang lain.Si nenek tua itu mungkin merindui untuk bertemu suaminya yang telah 7 tahun tiada dan menyusuli pemergian menantu lelakinya yang tersayang.
Detik kisah tarbiyah ketiga bermula tatkala menantu pertama perempuan keluarga itu pula diuji. Pemeriksaan doktor mendapati terdapat tumor di kawasan belakang lidahnya. Episod perubatan moden dan islami dimulakan lagi sebagai usaha tawakal kepada ALLAH.
Dipotongnya lidah sehingga tinggal sebelah bahagian sahaja. Proses makan dan minum perlu melalui tiub yang dipasang menerusi hidung.Apakan daya, kemudian,tumor itu berubah menjadi kanser lidah. Diterima berita itu dengan hati yang perit namun usaha tetap kena usaha.
Takdir ALLAH penentu segalanya.. menantu perempuan itu selamat bertemu menghadap Tuhan Pemilik segala Jiwa pada tanggal 4 september 2008.
Subhanallah..
Begitulah takdir ALLAH, 3 kematian setahun menimpa keluarga itu.
Lumpuh tanpa seri seorang ketua keluarga, Pincang tanpa kerenah nenek tua,Sunyi tanpa kehadiran menantu pertama..

Kisah hidup keluarga itu masih lagi bersiaran langsung..
Semoga keluarga itu tetap tabah menempuh segala dugaan dan tarbiyah dari ALLAH.
Semoga ibu tabah itu terus tabah, kuat, cekal, teguh iman dalam menempuh tarbiyah yang sedang dan akan berlangsung..
Semoga si anak itu juga tahu menghargai ibunya yang terpaksa melahirkan senyuman di wajah sedangkan hati tua itu terluka dihiris-hiris kilauan pedang kenangan manis dahulu..
SYAH SAYANGKAN MAK...MAK KENA KUAT..KAMI AKAN KUAT DENGAN KEKUATAN MAK..YA ALLAH.. TENANGKANLAH JIWA EMAKKU DENGAN JAMINAN HIKMAH DI SEBALIK UJIANMU INI..amin..

Wednesday, April 29, 2009

Enough is enough!

Pergi! Pergi! nyahkan perasaan ini.
Aku sudah melampaui batas nurani.

Sabaq syah sabaq..
bawa2 bertenang.
adus,
Semakin ditepis semakin ia datang.
What can i do??!! please, i cant bear with this kind of feeling.

go away??! syuh syuh
aku tak mahu jadi rama-rama yang bangga tanpa malu untuk mempamerkan keindahan sayapnya
percuma saja untuk kumbang yang bukan tercipta untukmu!
renungi apa komplikasi negatif itu!

hey rama-rama, kau dulu hanya seekor beluncas yang zahir nak bergerak pun perlu mengensot-engsot.
Makan pun perlu menagih simpati dedaunan hijau yang kau tumpangi.
Kau diulit mimpi indah dalam lindungan kepompong yang ALLAH bagi free2 untuk kau tidoq!
Andai angin tak simpati sama kau, dah lama dia terbangkan kepompong tu, dah jadi arwah rama-rama dah kau.
Tak sedar diri lagi ka? habaq mai kat sini.
Andai ALLAH ingin tarik keindahan warna corak sayapmu itu, kau bakal terima kesan yang sangat berbekas.
Nah, tiada nilai lagi buat kau wahai rama-rama.
Eh, apa pasal marahkan rama-rama ni? (T_T)

Salah diri sendiri kau letakkan pada bahu orang lain.dasar lepas tangan betul!
Aisyah, musnahkan mekanisme pengharapan pada cinta manusia yang zahirnya hina andai tiada pergantungan pada pemilik segala CINTA.
Kitaran perasaan itu pasti menjengah di tingkap jiwamu bila-bila masa sahaja andai kau serahkan kunci itu pada nafsu durjana!

Aneh, kau masih berani menetak urat lehermu dengan bilahan pedang masa.
Hairan, kau masih berani mencabut nikmat aliran masa dari nadi hidupmu!
such a waste of time!



Sedarlah diri wahai diri sendiri.
Aku hamba hina, darjatku di sisi Tuhan mungkin lebih rendah dari kucing yang berkeliaran di sekitar kolejku ini.
Aku masih asyik palitkan najis nafsu di sekelumit hati yang sudah tiada kudrat untuk bersinar.
Hatiku sudah boleh dikategorikan sebagai hati yang menghidapi barah kronik cintakan dunia
Sudah tak mampu menanggung bebanan dosa ni.




Sudah sudah. ini sudah melampaui batas.
Putuskan angan-angan hinamu itu.
Pasakkan kecintaan yang mendalam hanya untukNYA.
Payah sangat ke sehingga kau masih ingin beralasan itu ini.
Enough is enough. no more excuses. start making progress!

Roger and out..



~jumpa lagi andai masa masih sudi menemuiku~

Sunday, April 26, 2009

PengumumaN

Assalamualaikum,
Kepada suma orang kampung!!
saya nak buat PengumumaN jejak kasih neh.
mai rapat2 kita dengaq sat.
Kalo jumpa apa yang saya carikan ini, tolong bgtaw macam mana saya nak jumpa "dia" k.
Makhluk ni nama dia :HATI:
(~_T)



di sini saya perlukan kembali HATI yang hanya mahukan sinar redha ALLAH.
di sini juga saya nak balik HATI yang pernah bertaubat.
di sini juga saya nak ketemu lagi sama HATI yang pernah dulu berkobar2 mengaku diri sebagai pejuang agamaNYA.
di sini juga saya nak jumpa balik HATI yang tanpa segan silu meminta2 cinta ALLAH.
kat sini juga saya kangen ketemu HATI yang ikhlas hidup hanya kerna DIA.
kat sini juga saya nak ambil semula HATI yang pernah bikin mata ini menangis di malam tahajud.

adus... mana perginya HATI itu..
Kawan2 dah jumpe blom?
tolong gtaw saya k.

aduhai HATI ini.. kenapa engkau terlalu tandus kering kontang tanpa simbahan nur ALLAH??
whai diri sendiri,
pergi cari balik HATI itu!!
kalo tak, HATI yg sekarang ni akan mati tanpa redhaNYA.
cepat2 pantas!



Penawar bagi hati~

Ya Allah, please give me this 30 seconds to remember YOU only..

ISTIGHFAR..
Astaghfirullah hal azim, allazi la ila hailla, huwal hayyum qayyum, wa a tubu ilaik...
jap je ambik masa nak sebut istighfar.. jgn sebut saje.. cuba ungkapkan kalimah rindu taubat itu direct link untuk capai redha ALLLAH.. apa macam? rasa lain bukan?

Lagi,
TASBIH..
3 round, lupakan urusan duniawi sepuluh saat,
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakhbar.. (much better)

Lagi,
SELAWAT...
buat Kekasih hati dalam sepuluh saat..
Allahumma solli wassalim ala, sayidina muhammad wa alihi wa sohbihi wa barik ala muhammad. (ceria jiwaku ini)

dah.. legga hati sikit..
baru happy nak terus bekerja untuk ISLAM..
(~_^)
~Jumpa lagi~