Be Confident & Feel it

Thursday, October 2, 2014

..Seratus ringgit kita dan seratus ringgit dia..

~Dedikasi khas buat Pakcik (i know who)~


Seratus ringgit kita mungkin bertahan dalam masa 15-30 minit.
Online shopping, berjela senarai dress berjenama, beg berjenama, apa-apa sahaja rekaan pereka eksklusif..

Seratus ringgit dia mungkin dibelanjakan untuk pelajaran anak-anak. Malah mungkin terpaksa berhutang sementara dengan pihak sekolah.. yuran tetap yuran...
 -----------
Seratus ringgit kita untuk kehendak..
Laju sahaja apabila membayar.. Seronok apabila dapat parcel.. Melawa depan cermin. Keluar berjalan bersama kawan-kawan.

Seratus ringgit dia untuk keperluan. 
Belanja ubatan isteri dan anak-anak.. Mungkin ubatan penyakit kritikal..biarlah hanya sempat satu pusingan dialisisnya.. mungkin untuk ubatan lelah anak yang lain.
 ------------
Seratus ringgit kita mungkin untuk memenuhi perut seringkas waktu tengahari..Makan malam restoran francais..Pesan saja ikut mahu kita.. Duit ada jangan risau.. Selak dompet, kepingan biru kehijauan setia menanti..

Seratus ringgit dia mungkin mampu bertahan dalam masa seminggu…
Buat makan dan belanja anak-anak..mungkin itu saja masa dapat merasa daging mahupun nasi..belasan orang ramainya..
  ------------
Seratus ringgit kita mungkin datang dari gaji 2-3 hari bekerja.. 
Duduk dalam pejabat berhawa dingin, selesa dan empuk berkerusi meja.. Yang sentiasa perlu dikerah mungkin idea dan pemikiran terutamanya. Cukup masa, balik,tutup komputer,rehat.

Seratus ringgit dia datang daripada rembesan keringat. 
Tak kira penat dan semput.Gigih membanting tulang empat kerat mengangkut barang..biarlah sakit seluruh badan, asalkan amanah dilaksanakan demi mencari sesuap rezeki keluarga. Lenguh semalam tak surut lagi.
  -----------
Satu perkara yang saya perasan dan sangat menyentuh hati. 
Pakcik sangat puas dan gembira menerima seratus ringgit itu. Bukan sahaja gembira malahan pakcik sangat menghargai dan bersyukur.. terbayang wajah ceria isteri dan anak-anak menyambut kepulangan hero mereka..

Bagaimana pula dengan kita? Pernahkah kita menghargai seratus ringgit itu atau sekadar melepaskan keinginan semata?

Maaf, Pesanan ini khas buat diri saya dahulu.. Bukan simpati yang saya tagih dari post ini kerana pakcik ini sudah cukup istimewa dalam alam pekerjaan yang dia ad sekarang.

Ayuhlah bersyukur ;)
Ganjaran besar ALLAH buat hambaNYA yang sentiasa bersyukur..

Firman Cinta dari ALLAH:
(Surah Ibrahim: 7)
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Sunday, September 21, 2014

Saat yang sengsara, bukannya lama..

Tuhan….
Saat ku hilang arah, inginku lari ke suatu ceruk dunia. terpencil dan senyap tanpa sebarang kelibat..
Masa itu, aku ingin menipu diri bahawasanya aku juga bisa bahagia tanpa sesiapa.  Terasa  ingin terbang meluncur atas ke langit, mahu merasai saat bebas terbang di udara. Aku ingin segera mendarat untuk ku tidur di jelapang hijau yang disertai bunga-bungaan kecil indah lagi harum mewangi. Malah, mahu juga aku tidur mengipas tangan dan kaki diselubungi butiran halus salji yang dingin di puncak yang tinggi. 
Indah.itulah definisinya bagiku.

Aku mahu menutup sesaknya dada untuk menerima kenyataan di mana ku rasa jatuh terjelepuk di dasar tangga kehidupan, ku lihat ramai yang mempamerkan kebahagian masing-masing, berpasangan, berkeluarga, bekerjaya, berumahtangga dan sebagainya.. mereka tersenyum… mempamerkan kesenangan hidup masing-masing. Bergelak tawa, bergurau senda bagaikan dunia ini menyebelahi nasib mereka.. tatkala itu, hati aku menjadi marah dan tak keruan kerana aku membayangkan kekalahan yang melanda diri. Kenapa mereka yang bahagia bukannya aku?







Lalu, ku menelurusi kisah duka mereka yang lagi satu.
Ada yang kehilangan, ada yang kecelekaan, ada yang kemurungan, ada yang jatuh tanpa tujuan…

Lantas ku menepuk kepala yang bingung ini supaya sedar dan normal semula,
Apakah aku ini hamba yang tidak bersyukur?
Ya,  melalui awal tulisan ini, ITU TANDA BESAR hamba yang tak mengenang jasa dan budi PENCIPTA YANG MAHA MENCIPTA.

Maafkan daku wahai Tuhan, aku salah mengatur posisi. Aku salah mengambil sudut pandang yang sementara…


Tuesday, September 3, 2013

Buatmu, sahabat dunia akhirat.

Maafkan duhai teman,
tatkala kau keseorangan,
ku lupa untuk mengingatkan,
cinta ALLAH lagi teguh,
cinta ALLAH lagi abadi,

kejarlah cinta ALLAH,
dunia pasti mengiringi..
jika kita sedang mengejar dunia,
cuba tanya dalam hati,
apakah itu bahagia yang kau dapati?

ALLAH takkan lupa pada hambaNya yang selalu meminta..
Gunalah peluang ini untuk memohon hati yang suci dan bersih,
Cucilah karat-karat prasangka,
Sental kerak-kerak curiga,
Lembutkan dengan air taqwa yang menyembuhkan..
Siramlah dengan air mata keinsafan..




Dunia..
apa yang ada pada dunia?
hanya derita..
takkan puas walau satu dunia kita miliki..
Dunia..
kita fikir kita sudah punya segala-galanya?
jangan dilupa, itu pinjaman sahaja..
pangkat? harta? keturunan?
semua itu bakal kita tinggalkan..
takkan muat liang kubur..
bahkan sempit lagi bila tanah sudah dicurahkan..
peneman kita siapa?
tanyalah sama hati, jika iman masih menemani..

Bangga..
kenapa harus berbangga?
saat nyawa sudah di hujung..
banggakah kita dengan bekalan riak yang tersemat..?
banggakah kita dengan bekalan dendam yang terikat..?

Apa mungkin kita menongkat dunia?
Dunia itu ibarat lelehan najis yang membawa bau dan warna kotor..
buangkanlah ego itu kerana itu adalah sakit yang busuk..
buangkanlah prasangka itu kerana ia barah yang tak pernah sembuh..
buanglah ia jauh-jauh agar bau dan sakit yang menyengat itu,
bisa kita sembur dengan wangian kasturi firdausi dan syifa' yang hakiki..

aku bukan sempurna..
menasihatimu bagai wali..
cuma diriku terpana..
sedalam itu kesumat di hati..


ku akhiri dengan kalam suci Tuhan kita..

Al-Hujurat (49;12)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada ALLAH, sungguh ALLAH Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang"



Khas.. untuk kita
Mengemis Kasih (Raihan)


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku




Friday, August 30, 2013

Goodbye is OK


Pernahkah kita menangis bila diri terpaksa berpisah dengan seseorang yang pernah kita anggap sebagai kawan dunia akhirat? 
Anda normal.
Pernahkah kita diuji sehingga kita tak mampu menahan sedu dan hiba di hati dan serasa mahu lari dari fakta? 
Anda normal.
Pernahkah kita rasa dunia seakan kejam menghukum tanpa soal selidik dan serasa mahu hamburkan segala yang terbuku di hati untuk mendiamkan mereka? 
Anda normal.

Anda akan menjadi tidak normal bila anda terus hidup sebegitu. 
beradu dengan menyalahkan diri, salahkan dia, salahkan semua orang.

sedarkah kita?

anda sedang menghabiskan setiap inci saraf anda kepada kesakitan yang sia-sia.
sedangkan orang yang optimis sentiasa melangkah yakin dengan pendirian yang tersemat.

apa yang telah berlaku,
tetap sudah berlaku kerana kita bukan pemilik taqdir.  

rasa macam nak putar balik masa, ambil peluang yang ada.
oops,
jangan dilupa,
ALLAH punya kuasa yang mengatasi segala perancangan kita yang serba dhaif ini. 

jangan banyak berandaian sedangkan realiti sedang menanti di muka pintu.

sibukkan diri dengan aktiviti yang lebih membina jati diri. 
masa lapang adalah musuh kepada potensi yang tersembunyi.
ilmu aqidah dah cukup di dada? ilmu fikah? 
belajar masak? menjahit?  rajinkan berkebun? 
rajinkan berbakti kepada orang lain..
jangan berhenti untuk belajar sesuatu yang baru. 
isi masa lapang kamu sehinggakan setiap saat, anda beroleh pahala.

aura negatif tentang apa yang manusia sedang menceritakan tentang kamu, 
jangan salurkan pada fikiran kamu. ianya boleh disekat dengan tanda "NO ENTRY".

Mind setting yang baik boleh membantu kamu untuk terus melangkah laju ke hadapan.



Common disease



Kosong....bukan kerana hilang.
Kosong...sebab sudah tidak berharap.

Penuh..bukan kerana banyak.
Penuh..sebab sudah cukup.

Tepu...bukan kerana pekat.
Tepu..sebab sudah sarat.

Sakit..bukan kerana merana.
Sakit..sebab pulih lambat sangat.





lets amalkan surah ini. semoga sentiasa berfikiran terbuka dengan himpitan masalah. =) 

Wednesday, May 22, 2013

Puisi untuk bakal imamku dan bakal zuriat kami =)


Assalamualaikum wbt...






Wahai bakal imamku,
Izinkan aku memohon barang secebis harapan buatmu.
Maafkan aku,
Bukan untuk demanding..
Cuma ini sahaja yang aku pinta..(^_^)

Siapa pun kamu, tolong pimpin aku..
Ku risik dirimu kerana aku mahu mutiara iman yang ada pada dirimu itu berjangkit auranya padaku..
Ku pohon agar kau tegur diriku bila aku salah dan lalai dari tanggungjawab ubudiyyah pada ALLAH..
Aku masih bertatih mengenal agamaku..
Tolong ajari aku untuk setia meyakini agamaku..
Aku bukan yang terbaik untuk kamu tapi percayalah, ALLAH dah jadikan kita pasangan yang mahukan kebaikan dan saling melengkapi..
Aku masih merangkak mencari pautan untuk aku teguh beriman..
Aku perlukan eratnya tanganmu memimpin aku untuk mengejar cintaNYA…
Aku tak pinta material yang mengaburi matlamat aku untuk mencari redhaNYA..
Biar material menjadi agen pelangsung kehidupan, bukannya matlamat utama dalam kehidupan..
Aku bersedia menjadi pendampingmu kerana aku yakin dengan kecantikan agama yang ada pada dirimu..
Biar aku menjadi kekasihmu yang terbawah di mana yang paling tinggi adalah ALLAH dan Rasulullah..
Aku mahu kita sama-sama pulang ke sana dengan bekalan iman yang cukup..
Aku mahu kita memijak pintu syurga bersama-sama… =)

Wahai bakal anak-anak ummi..
Alhamdulillah..
ALLAH membuka pintu hidayahNYA..
Dizinkan untuk ummi menaip tinta ini buat kalian..

Terima kasih kerana sudi untuk dilahirkan dari Rahim ummi..sungguh,semuanya rahmat yang tak terhingga dari ALLAH..
Wahai bakal pejuang cilik..
Ummi tak mahu kalian lahir dari diri ummi tatkala ummi khilaf dalam kehidupan.
Di sini, Ummi janji…
Ummi mahu jadi contoh terbaik buat kalian.. biar kita saling sayang kerana ALLAH..
Ummi sedang belajar untuk melayakkan diri menjadi seorang ibu..
Sungguh berat amanah ini..
Ummi sedang berlawan kehendak nafsu supaya iman di jiwa ibu sentiasa menang di kemuncak..
ummi akan jadi ummi yang solehah demi keberkatan hidup kita bersama-sama..

Walid dan ummi akan sama-sama menjaga iman kami supaya kalian lahir dalam suasana keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah..

P/s:  jom tingkatkan amal.. =) jaga solat.jaga ukhuwah.

 coretan, hari ini =)

Thursday, March 14, 2013

Tentang Si Dia


Tentang dia.

aku bicara tentang dia..
mahu tahu siapa?




---------------------------------------------------------------------------------

dia yang bernama FYP..
Bukan Farhan Yeop Poyyo, mahupun Farid yang Pandai..

ianya adalah Final Year Project,
subjek akhir tahun yang digeruni oleh ramai junior.. termasuklah senior ini..
"akak, Fyp ni payah tak?"
kalau jawapan di awal sem :
"oh, senang je kot, kalo suka buat lab, amik yang lab-based,
kalo suka jumpa orang, jenis yang tebai 5 inci kulit mukanya, silakan aja amik yang survey,
kalo suka menelaah journal sampai beratus-ratus atau satu library,
silakan pula amik book review"

kalau jawapan di tengah sem :
"akak sarankan janganlah amik lab-based kalau awak tak minat.. payah sungguh nak buat eksperimen ni tambah2 dengan cell culture..tidur di lab la jawabnya sebab kena jaga cell 24-7.."

_perasaan sekarang_


itu semua kalau..berkalau-kalau ni kan tak baik, betul tak?
 =)

maka..
aku ingin ubah,

Sekarang ini,
aku ingin berterima kasih  kepada subjek ini..

melalui FYP ini,
ALLAH sedang melatih
aku menjadi insan yang penyabar
(sabar tunggu barang nak sampai, sabar dengan kerenah orang)

komited (komited dengan study, komited sangat sampai kawan2 rapat rindu lama tak makan sekali),

 rajin (rajin bertanya, rajin membaca, rajin buat kiraan dadah sebab kena tegur dengan SV tak buat homework..oopss.),

berdedikasi (berdedikasi sampaikan setiap kali orang tanya, free tak? tak...ada fyp. kadang2 orang tanya terus, ada kat lab ke? hihi),

cakna dengan masa (cakna sangat sampai setiap pagi kalau boleh tak nak tidur lepas subuh,
1, sebab sunnah Rasulullah, 2 , time lepas subuh la ALLAH permudahkan banyak kerja boleh buat, lepas penat seharian kat lab masa malam tu rasa syukur sangat2 sebab ALLAH masih sudi bagi peluang untuk diberi nikmat rehat dan tidur,

hargai orang sekeliling (semua orang terasa berharga sebab susah payah suka duka ditempuhi bersama.. hari ni aku teriak, diorang bagi kata semangat, esok dia teriak, aku pun akan buat benda yang sama)

 dan segala macam kebaikan yang disertai ujian.

kena repeat sebab contaminated..
kena repeat sebab tak cukup syarat..

stress uuuiiiitt... nampak koridor bangunan kulliyah ni pun rasa macam nak lari-lari satu bangunan sebab stress... (cara nak hilang stress..)
tapi..
kata-kata motivasi dari ibuku..
ah... satu kelegaan.. terbit air mata jernih kerana ALLAH menciptakan jiwa seorang ibu itu yang sangat memahami hati kecil anaknya..

"hang dok kena repeat eksperimen tu sebab ALLAH nak bagi hang belajaq bagi cekap, nanti keja tak buat silap dah, tanggungjawab lagi besaq, nanti takda sapa nak habaq kata ni salah ni betui, kena berdikari time tu"

Mak..
sarangheyoo  
(^_^)


okeylah encik atau cik FYP...
Saya tujukan blog ini untuk anda..
please be nice to me again =)

insyaALLAH, kita habiskan dalam bulan ni jugak ye..
Fighting!!

for ISLAM and the ummah ~


~ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.. .~





Thursday, January 31, 2013

Aku cuba lagi

Assalamualaikum wbt.

update update.

pasal isu yakin pada ALLAH.

perjuangan memburu kejayaan di puncak. (^_^)

keyakinan itu indah bila mana kita melihat ke jauh dan sangat optimis kepada visi yang ingin dicapai.

ada yang berputus asa apabila berada di tengahnya..
 malahan.. hidupnya masih diuji biarpun di penghujungnya..


tapi, yakinlah.
Dengan izin dari-Nya..
nothing is impossible.
teruskan mengorak langkah..

peluang dan ruang masih ada.
nikmat kesenangan dan nikmat yang cukup masih dirasai.

usah sibuk mencabut duri yang mencacak di kaki
apabila kita yakin kelembutan kelopak mawar masih berkembang indah..
bayangkan harumannya bila deria hidu bersatu dengan kelopaknya..

menghayun dilambai angin..bertukar frekuensi..
dihayun laju.. kita terluka lagi di jari..
dihayun lembut, cuba untuk  menggapai dari bawah..
 ah, tercucuk lagi..
berdarah...menangis boleh...tapi jangan dilayan menangis itu..


luka itu pasti akan kembali bertaup dan membina imuniti yang baru..
mawar itu pastikan ku petik dengan kesyukuran yang seinfiniti buatNYA..

(smart quotation)
sekarang ni.. jangan putus asa. jangan putus asa dari Rahmat ALLAH..

walaupun belum sampai lagi masanya..
yakin dan usaha.lipat gandakan taqwa..

begitulah sindrom menjelang akhir semester..




ayuh semua~

kita pulun lagi.

ALLAH wont let us down..
the one that let us down is our ownself.
we regret and let the regret kills us softly inside.
grumpy.moody.hatred.
ah...
release it..
say it "ALHAMDULILLAH" for hard moments that we are facing, they helped us in developing patient and strong will.

bare with it and you'll be success..

In the sweetest way.
you'll smile brighter than those who already felt it..

INSYAALLAH..

in making..

@Huffaz
@master
@Phd
@ Husnul Khotimah




Wednesday, October 24, 2012

Menunggu mati

Assalamualaikum..anyong haseyo~

coretan bermula.. ditemani scenery live cast Tawaf di tv Al-Hijrah yang menenangkan kalbu.
indah sungguh... Subhanallah... rindunya Al-Haramain (T____T)


tangan ligat menari di atas papan perkataan..
ARGHH!

sedih bila lihat ummat Syria dijamah serakus-rakusnya. (syiah dan kuffar bersorak menindas kita)
geram bila tengok ummat Islam Rohingya dibakar sehangus-hangusnya. (kuffar bertepuk tampar suka)
sakit hati bila lihat ummat Islam di Malaysia terkinja-kinja di konsert penyanyi agenda Dajjal.
majlis anugerah hiburan yang dikaut untung oleh materialist dan fashionist  dengan tajaan pakaian dedah-dedah dan pembaziran melampaui batas.
menyampah tengok lakonan sandiwara pemimpin-pemimpin negara yang enak menayangkan tawaran kebendaan kepada rakyat sedangkan jasad pembinaan rohani dihenyak sekemek yang mungkin.

kadang-kadang mahu lari jauh dari hiruk-pikuk dunia yang makin bernanah jahiliahnya!
tapi... panjangnya umur yang ALLAH berikan ini mungkin jadi asbab untuk diri menyumbang sesuatu pada ummat..
hmm... (planning starts now)

Oh My Sisters and Brothers in Islam~

meneliti kondisi ummat sekarang mencerminkan hilangnya perasaan kagum dengan kekuatan agama Islam.
why shouldn't we put total faith in believing that Islam will win this world no matter how hard it is since this religion is made and regulated by ALLAH, The AL-Mighty?
chill bro & sis..
open up your mind & soul..

Islam itu kuat kerana datang daripada Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

tapi sayang... sejuta kali sayang..
kita dimomokkan kekurangan dan kehampehan Islam bukannya datang dari mulut non-Muslim terlebih dahulu,
tapi sebenarnya urat nadi paling aktif dalam jiwa kita yang memusnahkan potensi ummat Islam.
malah..
kita sendiri rasa lemah,
lalu memperhambakan diri pada dunia, maka kehinaanlah yang kita terima..
sedih giler...
tatkala
kerap kali bukan Islam melihat kita jauh ke belakang,
bahkan teknologi mereka pegang, tamadun mereka pegang, ekonomi mereka tawan.
bila manakah Islam akan kembali dijulang?

kita kurang merasa 'izzah dengan Islam kerana sejak lahir hingga kini,
malang sangat-sangat..

pembinaan minda terceruk di takuk lama.
mentaliti tipikal dipraktik..

kita jauh menyimpang dalam mengisi matlamat masa depan,
kita buang keinginan untuk memenangkan cita-cita demi Islam.
kita hanya hidup nak cukup syarat..
list what-to-do dalam hidup kita..
hanyalah..
mengisi periuk nasi,
menyalakan lampu rumah,
menyejukkan ruang tamu,
memanaskan enjin kereta,
melunaskan timbunan kertas kerja demi sesuap nasi setiap hujung bulan.
rutin itu berputar-putar sampai ke tua.
kalo kayuh gerek tu, sampai hoih taya gerek, bunga taya habeh botak, pastu sampai satu tahap, meletop habeh taya sebab dok bergesiaq dengan rim. (kedah pekat, harap maklum).

so....
apa lagi ditunggu?
nak tangguh jumpa soalan final exam di Hari Hitungan kah?
takut-takut bekalan yang kita kendong itu sebenarnya menjadi abu dan debu yang sudah lama ditiup angin jauh berserakan..
habis formula kebajikan dan amal ibadat yang kita anggap sudah dihafal dilempar sekeras-kerasnya ke muka..sia-sia..
naudzubillahimin zalik...

fine...
kalo sekarang kudrat kita rasa tak berdaya,
kembali semula pada kebergantungan padaNYA..
HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL.. 
" Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong "
kita hanya HambaNYA..
jadilah hamba yang sebenar-benarnya.
kita beriman kepada NYA...
latih iman sebenar-benarnya..

UBAH YOK! (^_______^)







Sunday, October 14, 2012

menuju SAAT lafaz itu =)

Salam satu malaysia..
ok.itu adalah iklan.

Assalamualaikum..=)

siulan imbas cerita:

Pada satu hari,
habislah aku..malam ini aku bakal menjadi tumpuan disyarahkan.

"saya ada masalah, masih lagi serabut dengan masalah itu.apa yang harus saya buat? dia tawarkan begini.."

dengan harapan, mereka masih lagi sudi mendengarnya.
semua mata tunduk pada lantai, mungkin terpana dengan kenyataan aku sebentar tadi.

seorang sahabat yang daku segani, 
lantas tersentak, terdiam, malah, terus menangis dan meninggalkan daku. 
terpinga-pinga aku. 
salahkah aku mahu berkongsi cerita..?? bukankah kita satu keluarga?

seakan-akan jantung berhenti berdegup,
degupanku berhenti kerana tersentak dengan tindakannya.
aku jadi tak keruan.
oh.. baru ku sedar.. rupa-rupanya,cerita itu aku sudah ceritakan pada telinganya, 
2 minggu lalu sebelum detik ini..
lantas aku membisikan kerisauanku, 
dia juga sudah bersedia membantu.. 
dan,  minggu berikutnya,
dia juga sudah menceritakan hasilnya..
jawapannya membuatkan ku termangu..
masih ada lagikah harapan?
dia orang yang baik, latar belakang agamanya baik,
keluargaku juga mengenalinya.
tapi..masih ada satu sebab yang membuatkan aku serabut..

dan..berterusanlah hari tu..sampailah pada hari yang aku ceritakan ini.

aku dicuci, aku disergah, aku dimotivasi, 
diriku ibarat dilambung, disambut, malah dihempap ke tanah. (itulah perasaan dalaman)

bermacam emosi disimbah di mukaku..
aku menangis, mereka pun turut menangis,,
aku sedar.. mereka risau..sangat risau..

lantas, keputusan itu aku ambil demi mengejar cinta dan redha ALLAH..

sambaran digit 111 tatkala mataku terpandang jam digital menyebabkan daku teringat lafaz janji ALLAH dalam surah At-Taubah: 111..

oh, mungkin ini peringatan langsung dari ALLAH supaya aku kuatkan semangat,
mujahadah ini sangat perit.
berbolak balik perasaanku.sehinggakan daku mahu lari, terus berlari..
lantaklah apa yang diorang nak anggapkan, dah suratannya begini.

ah, 
aku tak boleh lembik!
tak boleh kalah pada emosi!
tak boleh akur pada situasi!

yang sudah lepas...lepaslah..
biarlah kami masing-masing bahagia dengan cara masing-masing.
yang penting, matlamat sama, redha ALLAH yang diburu.
soal jodoh dah lama termaktub di catatan loh Mahfuz.
mungkin sempat bertemu di dunia..
mungkin juga terus berjumpa di akhirat..
itu janjinya.
aku kena yakin..
itu JANJI AGUNG dari ALLAH yang Maha Mengatur segala urusan.











Saturday, July 28, 2012

taubat tu senang je.. camne ek?

Assalamualaikum wbt..

SALAM RAMADHAN KAREEM..
1433H.. dah hampir seminggu... cepat sungguh Ramadhan melambaikan rahmatnya..


hari ni nak berkongsi kuliah pengajian dari syeikh Zainul Asri di Ukir Mall pagi tadi..
Alhamdulillah, ALLAH buka jalan untuk terima ilmuNYA =)

pengolahan dan huraian menusuk sanubari
dari kisah Alkiflu dalam kitab Bahrul Mazi..
sedikit penceritaan mengenainya..sekadar yang saya mampu ingat... (buku nota tertinggal dalam keta..hihi)

al-kiflu ini seorang juru maksiat tegar... sampaikan tak de rasa mahu berhenti dari dosa-dosanya..
pada suatu hari, seorang wanita yang dalam kesusahan dan sangat berhajat untuk meminta wang sebanyak 60 dinar kepada kiflu.. kiflu kata, boleh saja tapi imbalannya adalah diri wanita tersebut..
wanita tu yang sangat terpaksa dan sangat memerlukan wang tersebut lalu terpaksalah menerima syarat itu..
jadi, persetujuan dicapai..tatkala perbuatan terkutuk itu mahu berjalan, tiba2 wanita itu menangis teresak-esak. maka, alkiflu tanya, apakah kamu menangis sebab kamu terpaksa lakukan semua ini?
jawab wanita itu, tidaklah aku menangis kerana perbuatan ini kerana aku yang bersetuju tapi aku menangis kerana perbuatan terkutuk ini tidak pernah aku lakukan selama hidup aku dan aku takut pada ALLAH!
tatkala itu, al-kiflu terdiam dan tiba-tiba terdetik dihatinya, perasaan aneh dan malu dengan perbuatannya itu sedangkan selama ini, itulah perbuatan yang sering dia lakukan..

maka disitulah, hidayah ALLAH lembut menyentuh dan mengetuk pintu hatinya.. tok tok.

Alkiflu terus berhenti dan melepaskan wanita tersebut dan terus bertaubat memohon keampunan dari ALLAH yang selama ini dia sering melupakan..
lalu, meninggal lah kiflu itu tadi dan pada keesokan harinya,
 di pintu rumah al-kiflu, terlakar kalimah lebih kurangnya tertulis begini
"sesungguhnya ALLAH telah menerima taubat alkiflu"
see.... thats how ALLAH mahu kembalikan seseorang pada jalannya..
there is possibility and there is no impossibility when we think about ALLAH, the Forgiver..

tak semua orang perfect dan mampu suci sendiri dari kesalahan.. huhu...
(Menyentuh sungguh der...)

meh kita cakap lagi...
hmm....
baiknya ALLAH...
sifatnya yang MAHA PENGAMPUN dan MAHA MENGASIHANI..
ya ALLAH ya Ghoffururrahim...
Dia Maha Mengampun dengan penuh kasih sayang..
malah lebih dari kasih sayang mak kita.. huhu...
terkadang tertanya kenapa kita ditakdirkan untuk berdosa?
kerana apa? kerana kita manusia... tak pernah dapat lari dari melakukannya..
kerana itulah, ALLAH berkehendak untuk mengampun segala dosa-dosa kita..
sehinggakan ALLAH tidak mahu langsung membongkarkan dosa-dosa kita di hadapan khalayak ramai tatkala hari kebangkitan nanti...
malu.... macam nak luruh isi muka jika ada dosa-dosa yang masih tidak terampun..
so.. bila dah macam tu, tak payahla suka suki canangkan dosa-dosa kita pada orang lain sedangkan ALLAH dah tutup aib kita selama ni.. ha..lagi satu.. tak payahlah ceritakan keaiban orang lain.. apa kita ingat kita di takda aib jugak ke? jadi.. self reflection is very important things to do.. ok? =)

kawan-kawan,

usahlah berputus asa dari rahmat ALLAH.. Dia sentiasa berkehendak mengampunkan kita cuma kita saja yang tidak sedar dan mahu terus lagi berdosa..

buat dosa ni malu....
pernah tengok kes orang tangkap gambar pesalah-pesalah macam time serbuan kelab malam?
yang bukan islam pun malu.. malu dengan perbuatan dia..
apatah lagi kita... orang Islam yang tahu dosa pahala...

terkadang ada yang tertipu dengan taubatnya... mengambil kesempatan di atas sifat Pengampun ALLAH.. sehinggakan mahu saja terus berbuat maksiat sampai jemu baru nak bertaubat..
oh, sahabat dan diriku.. jangan dilupa.. ALLAH juga menyatakn dalam Al-Quran.. sesungguhnya Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.. ikutilah DIA sopan santun...
usah dibuat main-main taubat...

berbalik pada kisah betapa kasihnya ALLAH pada kita, setiap ibadat pasti akan diganjari pengampunan..tatkalah mahu bersolat, berwudu' saja sudah meluruhkan dosa-dosa pada anggota zahir kita... maka, tatkala kita menghadapnya untuk mendirikan solat..zahir kita sudah suci.. mana mungkin diri kita yang kotor bisa menghadapnya? itulah hikmah berwudu'...

tatkala kita membawa fizikal yang suci ke masjid, rumah ALLAH yang suci, ALLAH telah perintahkan malaikat untuk mengangkat dosa-dosa kita letakkan di luar supaya kita terus suci dari dosa.. setelah pulang, apa mungkin dosa-dosa yang tadi malaikat mahu memberi kepada kita semula sedangkan kita sudah suci selepas menghadapnya? itulah hikmah solat...

ALLAHUAKHBAR...
antara syarat mahu merasai nikmat taubat yang betul...
ada 3 langkah yang dikongsi oleh syeikh murobbi al-ustaz Zainul Asri...

Pertama : MENYESALI
Kedua : BERIMAN (takut dan malu dibongkarkan kesalahan di Padang Mahsyar - itu tanda beriman pada Hari KIAMAT)
Ketiga : AMAL SOLEH (tanda kita beramal untuk menjana diri yang lebih baik cthnya seperti pergi ke kelas2 pengajian, kerap ke masjid, sentiasa bersedekah dsbnya)
di situ... insyaALLAH.. segala macam dosa...diampunkan... segala macam usaha taubat.. diterima...
lagi satu...
andai kita tertanya kenapa masih lagi tak terjawab doa-doa yang kita ungkapkan?
disitulah ia, peri pentingnya... TAUBAT.. sebelum buat solat hajat... ISTIGHFAR lah dahulu...
insyaALLAH, hati suci.. minta apa pun ALLAH bagi... confirm! =)


masyaALLAH...

jom, perbaharui azam ramadhan kali ini dengan TAUBAT yang BETUI2 TAUBAT (^_^)

chow dulu.. bai bai

(^_~)






Monday, June 25, 2012

Resah! ah, semua orang pun ada masalah le..





Madah berhelah buat jiwa resah..
ianya menjadikan hidup tak menentu,
matlamat hidup lari bercelaru...
jalan setapak kabur ibarat dipadam jejaknya..

Sendiri dan sepi menyesakkan rongga dada..
dada sempit bersedu sedan menahan amarah..
amarah kerana kehendak diri dianggap tidak ditepati
jauh dari angan-angan yang dipasang..
mulalah diri menjauh dari redha pada nasib sendiri..
semua orang dilihat lagi bertuah...
semua orang dianggap lagi beruntung..

Hey!
"Nikmat Tuhanmu mana yang telah kau dustakan"
jangan sampai tiada lagi hembusan nafas diberi pinjam!
jangan sampai tiada lagi akal yang waras menempuh hari!
jangan sampai tiada lagi otot tangan menghayun daya!

Kamu lihat masalah lebih besar dari selesainya ia.
jangan bertuhankan masalah sedangkan ianya juga makhluk yang diciptakan Al-Khalik.
kamu jangan salah jatuh pada lubang neraka..
jangan terpijak duri bisa pembunuh potensi..
hati-hati dalam melangkah, laluilah titian kehidupan dengan penuh waspada..
ibarat kamu merentasi lautan berapi, ombaknya panas menyambar urat nadi.
anggaplah setiap pikometer sarafmu kembara merentasi sinapse semuanya
disaksikan Tuhan yang Maha Tahu dan Maha Melihat..
eee...malu lah...
kamu jangan sombong pada Tuhan..

bayangkan tika sujud, lambungmu berisi najis lagi mulia dari kepala yang kau dongakkan dengan megah terhadap manusia lain..

Jangan bodoh!
jika jahil, belajar,
jika tersalah, betulkan,
jika tersilap, ubahkan.

jangan malas!
Doa itu senjata ampuh!
ia mampu mengubah seksa jiwa kepada bahagia kalbu..

~SELAMAT BERMUJAHADAH~

anda mampu mengubahnya!
ingatlag TUHAN yang tersayang =)


Monday, April 30, 2012

i just want to THANK YOU =)



Bismillahirrahmanirrahim...


Dear ALLAH,

Pertama sekali..
TERIMA KASIH YA ALLAH =)
hambaMU ini sering minta.. mohon..pinta…
tapi hari ini baru terdetik..
isy ish isk
selama ini..
diriku hanya tahu meminta tanpa tahu menghargai..

terima kasih Ya ALLAH..
dalam nikmat Islam..aku masih bernafas..
dalam keringat peluh..aku masih mampu beribadat dengan sempurna..
dalam sendu sayu.. aku masih mampu menangisi dosa lalu..
dalam senda gurau..aku masih mampu untuk ketawa menghilang duka..

malahan,
terima kasih Ya ALLAH..
aku masih mampu menaip menggunakan sepuluh jari yang telah Kau susun cantik untuk aku..

terima kasih Ya ALLAH..
aku berterima kasih kerana Dikau masih sudi mengurniakan nikmat akal yang sihat..
aku meminta otak yang mantop, IQ yang hebat tapi aku lupa... Engkau telah beriku segala-galanya yang aku perlu...
tanpa dilucut kewarasan berfikir,
tanpa ditarik nikmat keseimbangan badan,
tanpa ditarik nikmat pendengaran untukku mendengar pujian untukMU.
tanpa dirembat nikmat penglihatan sepertimana insan lain yang hanya mampu bertemu gelap dalam hidupnya..
aku berterima kasih lagi Ya ALLAH..
kerana Dikau sudi meminjamkan lagi emak yang aku sangat kasih..
malahan jiwaku sanggup pergi jika dia pergi..tapi aku sedar..
itu bukan akhlak umat Islam..
semoga detik-detik yang ada ini aku masih mampu berbakti padanya biarpun dari kejauhan ku mencinta..

aku menangisi pemergian abah, 
namun aku tahu sebenarnya dia hanya pinjaman dariMu. 
Terima kasih Ya ALLAH, aku dapat menikmati pengalaman ber ‘abah’ selama 19 tahun dulu..
semoga abah selamat2 di sana..
hebatnya kasih sayangMU wahai ALLAH...
biarpun abah sudah pergi, namun talian kasih sayangku masih bisa sampai kepadanya tatkala doa saban kali ku titipkan..

terima kasih juga Ya ALLAH..
kerana telah mengurniakan aku adik-beradik yang ramai..
empat orang abang.. semuanya baik-baik…penuh dengan kepelbagaian perangai..
seorang bossy, seorang slumber, seorang moody, seorang anak-manja type..
apa-apapun perangai mereka, aku tetap sayangkan mereka.. =)
Terima kasih juga Ya ALLAH...
Kau sudi pinjamkan aku seorang kakak… 
dialah tempat aku bergurau-senda… segala inci kelemahanku akan jadi gurauannya tapi itulah kelebihannya..kami mesra kerana kami saling melengkapi.. =)
malahan, diserikan dengan kehadiran tiga orang kakak ipar… 
masing-masing unik… terima kasih Ya ALLAH…
sebelum ni ada seorang kakak ipar.. namun dia juga adalah pinjaman dariMU..
tambahan pula, Dikau sudi mengurniakan penyeri keluarga bahagia kami.. 6 orang mutiara permata Islam....(T_^)

Terima kasih Ya ALLAH…
Aku dikurniakan ramai kawan, ramai sahabat, ramai teman seperjuangan..
Terkadang aku menangis kerana tindakan mereka tetapi selalunya juga aku tertawa dengan keletah mereka..
mereka suri penyubur duniaku.. 
jika diam mereka, bisa kabut hidupku..
jika bising mereka, bisa serabut amanku..
hehe..

Semoga aku hidup dengan sentiasa bersyukur..
Dan semoga juga satu hari nanti, hingga aku mati… 
lidahku sentiasa berterima kasih padaMU Ya ALLAH…

everything.. is always because of You…
how can I forget You..

LOVE YOU FOREVER ALLAH =)